Showing posts with label Albanna Mutiara Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Albanna Mutiara Ilmu. Show all posts

04 February 2012

Doa Mudah Faham dan Kuatkan Ingatan



"Ya Allah! Terangilah pandanganku dengan Kitab (Al-Quran) dan lapangkanlah dadaku dengannya dan mudah-mudahan dapat aku beramal dengannya dan lancar atau petahkanlah lidahku dengannya dan teguhkan hatiku dengannya dan percepatkan kefahamanku dengannya dan perkuatkannya keazamanku dengan daya kekuatan-Mu, maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Engkau wahai Tuhan yang amat pengasih. Ya Allah, aku mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Engkau ajarkan daku maka kembalikanlah akan dia padaku ketika aku memerlukan kepadanya dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam" Ameen

Sumber: Albanna Mutiara Ilmu

25 December 2011

TANDA TANDA KECIL DEKATNYA HARI KIAMAT: (Bahagian Ketiga)

Disusun oleh Albanna Mutiara Ilmu...

14. Dpd Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ وَاَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا اَصْدَقُكُمْ

حَدِيْثًا. رُؤْيَا الْمُسْلِمِ جُزْءٌ مِنْ خَمْسٍ وَاَرْبَعِيْـنَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ

"Apabila telah dekat masa (dtgnya hari kiamat), maka hampir-hampir mimpi orang muslim itu tdk dusta dan yg paling benar mimpi seseorang diantara kamu adalah orang paling benar perkataannya dan mimpi orang muslim itu merupakan satu bahagian dari empat puluh lima bahagian kenabian (seperempat puluh lima kenabian)'. Dari: Bukhari dan Muslim ~ Sahih Muslim, Kitab Ar-Ru'ya 15:20

15. Dpd Abdullah bin Amr رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

سَيَكُوْنُ فِى آخِرِ اُمَّتِى رِجَالٌ يَرْكَبُوْنَ عَلَى سُرُوْجٍ كَاَشْبَاهِ *الرِّحَالِ* يَنْزِلُوْنَ

عَلٰى اَبْوَابِ الْمَسَاجِدِ نِسَاؤُهُمْ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ عَلٰى رُءُوْسِهِمْ كَاَسْنِمَةِ

الْبُخْتِ الْعُجَافِ الْعَنُوْ هُنَّ فَانَّهُنَّ مَلْعُوْنَاتٌ، لَوْ كَانَتْ وَرَاءَكُمْ اُمَّةٌ مِنَ الاُمَمِ

لَخَدَمْنَ نِسَاؤُكُمْ نِسَاءَهُمْ كَمَا يَخْدُمْنَكُمْ نِسَاءَالْاُمَمِ قَبْلَكُمْ

"Pada umutku y akan dtg akan ada orang-orang lelaki yg naik pelana kuda yg menyerupai pelana kuda, lalu turun dipintu-pintu masjid, rambut kepala mereka bagaikan kelasa unta yg tinggi. Laknatlah mereka kerna mereka adalah wanita-wanita terlaknat. Kalau dibelakangmu (sesudahmu) nanti masih ada umat-umat lain nescaya wanita-wanita kamu akan melayani wanita-wanita mereka sebagaimana dahulu kamu dilayani oleh wanita-wanita bangsa-bangsa sebelum kamu". - Dari: Ahmad ~ Musnad Imam Ahmad 12:36 hadith no 7083

16. Dpd Ibnu Mas'ud رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِنَّ مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ اَنْ يَمُرَّ الرَّجُلُ بِالْمَسْجِدِ لَا يُصَلِّىْ فِيْهِ رَكْعَتَيْنِ

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda tlh dekatnya hari kiamat ialah akan muncul suatu keadaan yg pada waktu itu seseorang melawati masjid dan tdk melakukan solat didlmnya dua rakaat (solat Tahiyatul masjid)".
Sahih Ibnu Khuzaimah, Bab Karahiyatil Mururi Fil Masjid Min Ghairi an Tushalliya Fiha wal Bayan annahu min Asrothis Sa'ah 2:283-284 dan Silsilatul Ahadith Ash-Sahihah 2:253, hadith no 649

17. Dpd Anas bin Malik رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِنَّ مِنْ اَمَارَاتِ السَّـاعَةِ اَنْ يُرَى الْهِلَالُ لِلَيْلَةٍ فَيُقَالُ لِلَيْلَتَيْنَ

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda tlh dekatnya hari kiamat ialah ketika bulan sabit nampak pada malam pertama dikatakan sudah malam kedua (tanggal dua)". >: Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dlm Al-Ausath dan Ash-Shaghir dpd Syeikhnya Al-Haitsam bin Khalid Al-Mashishi.

18. Dpd Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

يَكُـوْنُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُوْنَ كَذَّابُوْنَ يَأْتُوْنَكُمْ مِنَ الْاَحَادِيْثِ بِمَالَمْ

تَسْمَعُوا اَنْتُمْ وَلَا اَبَاؤُكُمْ فَاِيَّاكُمْ وَاِيَّاهُمْ لَا يُضِلُّوْنَكُمْ وَلَا يَفْتِنُونَكُـمْ

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yg dtg kpdmu dgn membawa berita-berita yg belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerna itu jauhilah dirimu dpd mereka agar mereka tdk menyesatkanmu dan memfitnahmu". Dari: Sahih Muslim Syarah Nawawi 1: 78-79

19. Dpd Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِنَّ بَيْـنَ يَدَيِ السَّـاعَةِ، شَهَـادَةَ الزُّوْرِ كِتْمَانَ شَهَـادَةِ الْحَقِّ

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yg benar". Dari: Musnad Imam Ahmad 5:333 dgn syarah Ahmad Syakir,dan isnadnya
adalah sahih.

— with Joan Ahsan.

23 December 2011

TANDA TANDA KECIL DEKATNYA HARI KIAMAT: (Bahagian Kedua)

Disusun oleh Albanna Mutiara Ilmu...

6. Dari Abu Sa'id Al-Khudri رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِفْتَرَقَتِ اْليَهُوْدُ عَلٰى إِحْدٰى اَوِاثْنَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَة ً، وَاتَفَرَّقَت ِالنَّصَارٰى

عَلَى إِحْدٰى اَو اثْنَتَيْنِ فِرْقَة ً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلٰى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَة ً

"Umat Yahudi berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan umat Nashara berpecah belah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan dan umatku ini akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan". Dari: Ashhabus Sunah kecuali Nasa'i

7. Dpd Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَقُوْمُ السَّـاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُوْنَ كَذَّابُوْنَ قَرِيْبٌ مِنْ ثَلَاثِيْـنَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ اَنَّـهُ رَسُوْلُ اللهِ

"Tdk akan datang kiamat sehingga dibangkitkan pembohomg-pembohong besar yg jumlahnya mendekati tiga puluh orang, masing-masing mengaku sebagai utusan Allah". Dari :Al-Bukhari dan Muslim

8. Dpd Anas bin Malik رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ اَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثبُتَ الْجَهْلُ

"Diantara tanda-tanda akan datangnya kiamat ialah dihilangkannya ilmu dan tetapnya kejahilan". Al-Bkhari dan Muslim

9. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَقُوْمُ السَّـاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِى الْاَرْضِ اَللهُ اَللهُ

"Tdk akan datang kiamat sehingga dimuka bumi tdk diucapkan lagi lafaz Allah". Dari: Sahih Bukhari, Kitab Al-Iman, Bab Dzahanbil Iman Akhiruzzaman 2:178

10. Dpd Anas رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

وَاِنَّ مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ فَذَكَرَمِنْهَا وَيَظْهَرُ الزِّنَا

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat ialah (diantaranya) akan bermaharajalelanya perzinaan". Dari: Dlam Sahih Bukhari dan Muslim

11. Dpd An-Nawwas رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

وَيَبْقٰى شَرَارُ النَّاسِ يَتَهَا رَجوْنَ فِيْهَا تَهَارُجَ الْحُمْرِ فَعَلَيْهِمْ تَقُوْمُ السَّـاعَةُ

"Dan tinggallah manusia-manusia yg buruk yg seenaknya melakukan ersetubuhan seperti Hhimar. Maka pada zaman mereka inilah kiamat itu datang". Dari: Sahih Muslim, Kitab Al-Fitan Wa Asyrathis Saah Bab Dzikir Ad-Dajjal 18:70

12. Dpd Ibnu Mas'ud رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِنَّ مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ اَنْ يُسَلِّمَ الرَّجُلُ عَلَى الرَّجُلِ لَايُسَلِّمُ عَلَيْهِ اِلَّا لِلْمَعْرِفَةِ

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda tlh dekatnya hari kiamat ialah manusia tdk mahu mengucapkan salam kpd orang lain kecuali yg dikenalnya saja". >: Ahmad ~ Musnad Ahmad 5:326,

13. Imam Abdullah bin Al-Mubarak meriwayatkan dgn sanad Dpd Abi Umayyah Al-Jamhi رضي الله عنه bahawa :, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

اِنَّ مِنْ اَشْرَاطِ السَّـاعَةِ ثَلَاثًا اِحْدَاهُنَّ اَنْ يُلْتَمَسَ الْعِلْمُ عِنْدَ الْاَصَاغِرِ

"Sesungguhnya diantara tanda-tanda tlh dekatnya hari kiamat itu ada tiga, salah satunya ialah akan dituntutnya ilmu dpd Al-Ashaghir (orang-orang kecil)". Dari: KitabAz-Zuhd karya Ibnu Mubarak halaman 20-21, Dan Al-Hafiz Ibnu Hajar menjadikannya syahid dlm Fathul-Bari 1:143
— with Joan Ahsanand Nurhidayah Hassan.

20 December 2011

TANDA TANDA KECIL DEKATNYA HARI KIAMAT: (Bahagian Pertama)

Disusun oleh Albanna Mutiara Ilmu...

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ

"Telah dekat (datangnya) saat itu dan tlh terbelah bulan". Dari: Ayat 1: سورة الطور

Ayat Al-Quran dan hadith shahi menunjukkan tlh dekatnya kiamat kerna munculnya tanda-tanda kiamat itu menunjukkan dekatnya kiamat dan kita berada pada hari (zaman) akhir dunia.

قْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ

"Tlh dekat kpd manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dlm kelalaian lagi berpaling (daripadanya)". Dari: Ayat 1: سورة الأنبياء

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

"Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya". Dari: Ayat 63: ســورة الأحــزاب

نَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا * وَنَرَاهُ قَرِيبًا

"Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil). * Sedangkan kami memandangnya dekat (pasti terjadi)". Dari: Ayat 6-7: سورة المعارج

>: TANDA-TANDA KECIL MENURUT HADITS NABI:

1. Dari Auf bin Malik رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
اُعَدِّدُ سِتًـا بَيْنَ يَدَيِ السَّـاعَةِ، فَذَكَرَ مِنْهَـا فَتْحَ بَيْـتِ الْمَقْـدِسِ

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat". Beliau menyebut salah satu diantaranya, iaitu 'penaklukan Baitul Maqdis'. Dari: Al-Bukhari

اُعَدِّدُ سِتًـا بَيْنَ يَدَيِ السَّـاعَةِ، فَذَكَرَ مِنْهَـا ثُـمَّ مُوْتَانٌ يَأْخُذُ فِيْكُمْ كَقُعَـاصِ الْغَنَمِ

"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat". Beliau menyebut salah satu diantaranya, kemudian peristiwa kematian dlm jumlah besar yg menimpamu seperti layaknya kambing yg mati mendadak kerna satu penyakit". Fathul-Bari 6: 278

2. Dari Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَقُوْمُ السَّـاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيْكُمُ الْمَاْلُ فَيَفِيْضُ حَتَّى يُهِمُّ رَبُّ الْمَالِ

مَنْ يَقْبَلُهُ مِنْهُ صَدَقَةً، وَيُدْعَى اِلَيْهِ الرَّجُلُ فَيَقُوْلُ: لَا اَرَبَ لِى فِيْهِ

"Kiamat hanya terjadi apabila harta bendamu tlh berjumlah amat banyak hingga melimpah-limpah. Sehingga pemilik harta merasa kesulitan mencari orang yg sudi menerima sedekahnya. Sementara itu seorang leaki mengaku padanya, katanya; 'Aku sendiri tdk mampu menguruskan hartaku". Dari: Lhat Mu'jamul-Buldon 4:157 dan Al-Bidayah Wan-Nilhayah.

3. Dpd Abu Musa رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَيَـأْتِيَنَّ عَلَى النَّـاسِ زَمَانٌ يَطُوْفُ الرَّجُلُ فِيْهِ بَالصَّدَقَةِ مِنَ الذَّهَبِ ثُمَّ

لَا يَجِدُ اَحَدًا يَأْخُذُهَـا مِنْـهُ

"Sungguh akan datang pada manusi suatu masa seorang lelaki berkeliling dgn membawa sedekahnya berupa emas. Kemudian dia tdk menjumpai seorang pun yg mahu menerimanya". Dari: Sahibul Bukhari, Kitabul Fitani 13:72 dan Sahibul Muslim, Kitabuz Zakati, Bab Kullu Nauim Minal Ma'arufi Sadaqotuh 7:97

4. Dari Abu Hurairah رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

بَادِرُوْا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كِقَطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِ كَافِرًا اَوْ

وَيُمْسِى مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا

"Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti potongan-potongan malam yg gelap gelita. Pagi-pagi seseorang masih beriman, tetapi pada petang harinya sudah menjadi kafir dan pada petang hari seseorang masih beriman, kemudian pada pagi harinya sudah kafir. Dia menjual agamanya utk memperoleh kekayaan dunia". Dari: Sahih Muslim, Kitab Al-Iman, Bab Al-Hatstsi' Ala Al-Mubadaroh Bi Al-A'mal Qabla Tahzaahur Al-Fitan 2:133

5. Dari Abu Sa'id Al-Khudri رضي الله عنه katanya:, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

تَمْرُقُ مَـارِقَةٌ عِنْدَ فِرْقَةٍ مِنَ الْمُسْـلِمِيْـنَ يَقْتُلُهَـا اَوْلَى الطَّائِفَتَيْنِ بِالْحَـقِّ

"Akan muncul satu golongan yg keluar dpd kalangan kaum muslimin, mereka akan dibunuh oleh golongan yg lebih dekat kpd kebenaran diantara dua golonan". Dari: Sahih Muslim, Kitab Az-Zakat, Bab I'tha' Al-Muallafah Wa Man Yukhofu 'Ala Imanihi 7:168

— with Joan Ahsan and Nurhidayah Hassan.

19 December 2011

Salat Tahajjud

بِــــــــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــم

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Dan pada sebahagian malam hari bersholat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yg terpuji. 79: ســـــورة الإســــــراء

dan

رســـول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى

رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا كُتِبَ فِى الذَّاكِرِيْنَ وَالذَّاكِرَاتِ
"Apabila seseorang membangunkan keluarganya malam hari, hingga suami isteri itu sholat (paling tidak) dua rakaat, keduanya akan dimasukkan ke dalam golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir.: Riwayat Abu Daud. Dari Abu Hurairah r.a

dan sabdanya lagi:

مَنْ قَامَ بِعَشِْر آيَاتِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ الْغَافِلِيْنَ ، وَمَنْ قَامَ بِمِائِةِ آيَةٍ كُتِبَ

مِنَ الْقَانِتِيْنَ ، وَمَنْ قَرَأَ بِأَلْفِ آيَةِ كُتِبَ مِنَ الْمُقَنْطِرِيْنَ
"Barang siapa sholat Tahajjud sambil membaca sepuluh ayat, niscaya pada malam itu ia tidak akan termasuk golongan orang2 lalai. Dan barangsiapa sholat Tahajjud sambil membaca seratus ayat, niscaya pada malam itu ia akan dimasukkan kedlm golongan orang yg mendapat 'Qinthar' pahala." Riwayat Ibnu Huzaimah. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.

Keagungan dan kemulian seorang mukmin dlm Sholat Tahajjudnya.
Sahl bin Sa'ad r.a meriwayatkan:

جَاءَ جِبرَئِيْلُ إِلَى النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ׃ يَا مُحَمَّدُ! عِشْ مَا شِئْتَ

فَإِنَّكَ مَيِّتٌ ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِىٌّ بِهِ ، وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مُفَاِرقُهُ ، وَاعْلَمْ

أَنَّ شَرَفَ الْمُؤْمِنِ قِيَامُ اللَّيْلِ ، وعِزَّهُ اسْتِغْنَاءُهُ عَنِ النَّاسِ
"Jibril a.s. datang kpd Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Muhammad, berapa lama pun engkau hidup, suatu saat maut pasti datang. Perbuatlah apa yg kau inginkan, sesungguhnya balasannya akan engkau terima. Cintailah siapa yg engkau mau, sesungguhnya suatu hari engkau akan berpisah dgnnya. Dan ketahuilah bahawa keagungan seorang mukmin adalah dlm sholat Tahjjudnya dan kemuliaannya adalah kecukupan dari keperluannya terhadap manusia." (Thabrani - At-Targhib)

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا يُرَى ظَاهِرُهَا مِنْ بَاطِنِهَا ، وَبَاطِنُهَا مِنْ ظَهِرِهَا ، أَعَدَّهَا

اللهُ لِمَنْ أَطْعمَ الطَّعَمَ ، وَأَفْشَى السَّلاَمَ ، وَصَلَّى بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ

"Sesungguhnya didlm surga ada mahligai2 yg bahagian luarnya terlihat dari dlm dan bahagian dlmnya terlihat dari luar. Allah sediakan bagi orang yg memberi makan, menyebarkan salam, dan sholat malam pada saat orang2 sedang tidur." Riwayat Ibnu Hibban dari Abu Malik Asy'ari r.a.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

عَلَيْكُمْ بِقِيَمِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأبُ الصّلِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قرْبَة ٌ لَكُمْ إِلٰى رَبِّكُمْ

وَمَكْفَرَة ٌ لِلسَّيِّئَاتِ ومَنْهَاة ٌ عَنِ الإِثْمِ
"Sholat malamlah kalian, itu adalah kebiasan orang2 soleh sebelum kalian, dgnnya akan mendekatkan kalian kpd Rabbmu, penghapus dosa2 dan penghalang dari berbuat dosa." Riwayat Hakim dari Abu Umamah Al-Bahily r.a


Petikan dari fb Albanna Mutiara Ilmu

13 December 2011

SHOLAT DI ATAS KENDERAAN LAUTAN, DARATAN DAN UDARA

فَعَنِ ابْنِ عُهَرَ قَالَ: سُـئِلَ النَّبيُّ *صلعم* عَنِ الصَّلَاةِ فِى

السَّـفِيْنَةِ؟ قَالَ: صَلِّ فِيْهَا قَائِمًا إِلَّا أَنْ تَخَافَ الْغَرَقَ

Ibnu Umar رضي الله عنه memberitakan: Telah ditanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang bersholat di dalam bahtera. Nabi menjawab "Bersholat di dalamnya sambil berdiri kecuali jika engkau takut karam" Dari;: Daraqutni.

Hadith ini menyatakan bahawa kewajipan kita bersholat di dalam bahtera dengan berdiri dan tidak diharuskan duduk, kecuali jika takut akan karam atau ada apa-apa halangan yang mencemaskan.

PENDAPAT PARA FUQAHA:

Kata An-Nawawi: Apabila seseorang bersholat fardhu di dalam bahtera, tidak boleh baginya mengerjakan sambil duduk, selama sanggup ia berdiri. Sama dengan keadaan di darat. Demikian menurut Malik dan Ahmad. Menurut Abu Hanifah boleh dikerjakan sambil duduk jika bahtera itu sedang berjalan, Menurut para ulama Syafieyah, jika orang yang bersholat itu sedang pusing (kerana bahteranya berputar), bolehlah ia mengerjakan sholat yang fardhu sambil duduk. Kerana ia tidak sanggup berdiri. Jika angin berhembus dan berputarlah haluan bahtera itu, maka wajiblah ia berputarkan dirinya kembali ke arah qiblat dan terus mengerjakan sholat.

Kata Ibnu Qudamah: Tidak sah sholat di dalam bahtera sambil duduk jika ia sanggup berdiri. Ada diriwayatkan dari Ahmad, bahawa tidak sah mengerjakan sholat di dalam bahtera yang sedang berjalan. Dalam satu riwayat sah, pendapat ini lebih utama, selama ia sanggup berdiri, tidak lah boleh dikerjakan sambil duduk.

Kata Ibnu Hazam: Bila kita sholat di dalam kapal tidak dapat kita ke darat untak sholat seperti biasa, atau kita dalam ayunan gelombang badai, maka bolehlah kita kerjakan dengan apa cara sekalipun. Abu Hanifah menetapkan bahawa sholat di dalam kapal itu boleh dengan duduk. Walaupun tidak ada halangan untuk berdiri. Pendapat ini dibantah oleh kedua-dua sahabat beliau sendiri, iaitu Abu Yusuf dan Muhammad bin Hassan. Beliau-beliau ini membolehkan jika tidak ada halangan berdiri.

Sebahagian ulama pula ada berpendapat sah mengerjakan sholat fardhu atas kenderaan daratan apabila dikerjakan dengan menhgadap qiblat walaupun sedang berjalan.

KATA MUKTAMAT:

Jamhur Ulama mensyaratkan sah sholat fardhu dengan menghadapi qiblat di dalam kenderaan yang tetap (tidak terumbang-ambing) di semua sholat lima waktu dan mereka membolehkan tidak menghadapi qiblat dalam masa ketakutan.

Tegasnya:

1) Bersholat sambil berdiri adalah diwajibkan selama kita dapat berdiri, baik di dalam sholat fardhu mahupun sunat.

2) Mengenai kenderaan seperti bahtera, kapal terbang, keretapi, motorkar dan lain-lain kenderaan darat, tidaklah dapat disamakan dengan kenderaan unta, hanya dapat disamakan tentang keuzurannya, di dalam masalah ini kita boleh jalankan ijtihad (berusaha dan bertindak dengan pemikiran yang sehat), iaitu dapat kita laksanakan sholat menurut keadaan. Firman Allah:

هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

"Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan". Dari;: Ayat 78: سورة الحج

3). Tentang menghadapi kiblat hendaklah kita perhatikan keadaan, jika tidak menyusahkan, tetapi jika menyusahkan tidaklah dituntut kita mesti menghadap qiblat. Firman Allah:

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui". >: Ayat 115: سورة البقرة

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~ — with Joan Ahsan.

12 December 2011

MINTALAH KEPADA YANG TIDAK JEMU MEMBERI

Dari kesempurnaan tauhid ialah meninggalkan perbuatan meminta-minta dari manusia dan seorang muslim hanyalah meminta dari Allah سبحانه وتعالى sahaja didlm semua keadaan. Ini adalah kerana Allah سبحانه وتعالى sendiri yang memohon para hamba-Nya agar meminta dariNya dengan firman Allah:

وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ

نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" Dari: Ayat 32: سورة النساء

Telah diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari Nabi صلى الله عليه وسلم yang bersabda "Pintalah dari Allah dari kelebihan-Nya kerana sesungguhnya Allah amat suka jika (para hamba-Nya) meminta dari-Nya".

Dan Dialah Allah سبحانه وتعالى yang tidak pernah jemu terhadap setiap permintaan dan permohonan dan tidak pernah jemu memberi dan memperkenankan kurniaan-Nya. Lantaran khazanah-Nya sentiasa penuh dan tidak akan kehabisan. Firman Allah:

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". Dari;: Ayat 96: سورة النحل

Sebaliknya, Allah سبحانه وتعالى amat murka sekiranya hamba-Nya tidak berdoa dan meminta dari-Nya. Telah diriwayatkan oleh At-Tirmidzi bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa tidak meminta dari Allah, Allah murka terhadapnya. Justeru itu hendaklah seseorang dari kalangan kamu memohon dari Tuhannya agar menunaikan kesemua hajatnya hinggakan sekiranya tali seliparnya terputus sekalipun."

Adakah selepas itu atau sehingga itu sekalipun semestinya seseorang insan meminta dari sesama insan sedangkan Allah سبحانه وتعالى tidak pernah jemu dalam memberi, mengurniakan dan mengkabulkan segala permintaan? Allah سبحانه وتعالى merahmati barang siapa yang berkata:

لَا تَسْأَلُنَّ بُنِيَّ آدَمَ حَاجَةً وَسَلِ الَّذِيْ أَبْوَابُهُ لَا تَحْجَبُ الله يَغْضَبُ

إِنْ تَرَكْتَ سُؤْالَهُ وَبُنِيَّ آدَمَ حِيْنَ يُسْأَلُ يَغْضَبُ

"Janganlah kamu meminta dari Anak Adam untuk memenuhi keperluanmu dan pintalah dari Dia yang pintu-pintunya tidak tertutup, Allah murka jika kamu tidak meminta dari-Nya". Dan (sebaliknya) anak Adam jika dipinta kepadanya marahlah ia".

~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~ — with Joan Ahsan.

23 November 2011

AL-MUJAHADAH ( المجـاهـدة )

Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh di jalan Allah سبحانه تَعَلىٰ tanpa menghiraukan perasan takut dan gentar yang datang menjelma. Mujahadah ini juga membawa pengertian mengetepikan perasan malas di dalam meneruskan bahtera perjuangan akibat dibuai oleh perasaan hawa nafsu atau kecenderungan hati terhadap habuan duniawi. Apabila kita dilanda oleh perasan sebegini, hendaklah dibuang secepat mungkin perasaan tersebut dan sebaik-baiknya kita cuba mewajibkan ke atas diri kita untuk terus bersemangat di dalam setiap tindakan bagi meninggikan kalimah 'ILAHI'.

: قَالَ اللهُ سبحانه تَعَلىٰ

وَالَّذِيـنَ جَـاهَدُوا فِينَـا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَـا وَإِنَّ اللَّهَ لَـمَعَ الْمُحْسِنِيـنَ

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". >: Ayat 69: سورة العنكبوت

Setiap individu muslim yang ingin mencari keredhaan Allah سبحانه تَعَلىٰ. mestilah meneruskan program mujahadah ini di dalam setiap sifat kehidupan yang ditempuhnya, kerana ianya boleh mewujudkan sifat-sifat keberanian pada diri seseorang, di samping menunjukkan watak kesungguhan dalam program ibadat. Marilah kita lihat contoh tauladan yg ditunjukkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam amal ibadahnya, baginda bangun pada waktu malam untuk mendirikan solat dan oleh kerana terlalu lama berdiri, menyebabkan kaki baginda bengkak, lalu Asiyah رضي الله عنه bertanya:

لِـمَ تَصْنَعْ وَقَدْ غَفَـرَ اللهُ لَكَ مَا تَقَـدَّمَ مِنْ نَنْبِكَ وَمَا تَأَخّـرَ؟

"Mengapa kamu lakukan ini semua, sedangkan Allah telah berjanji mengampuni dosamu yg lalu dan yang akan datang".

Lalu baginda صلى الله عليه وسلم menjawab:

أَفَـلَا أَكُـوْنَ عَبْـدًا شُـكُوْرًا

"Tidakkah aku adalah seorang hamba yang sentiasa bersyukur?". >: Bukhari & Muslim

Mujahadah juga merupakan perjuangan untuk melatih diri terus bersungguh-sungguh di dalam membina ruang ibadat kepada Allah, di samping melahirkan perasan syukur terhadap kekuatan yang dikurniakan oleh Allah سبحانه تَعَلىٰ.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

عَـلَيْكُمْ مِنَ الْأَعْمَـالِ مَا تَطِيقُوْنَ فَـوَاللهِ لَا يَمِلُّ اللهُ حَتَّى تَمِلُّـوْا

"Hendaklah kamu beramal dengan amalan-amalan yg kamu mampu lakukan, demi Allah! Allah tidak akan jemu (menerima amalanmu) sehingga kamu sendiri yang merasa jemu". >: Bukhari & Muslim

Abu Said Al-Khudri رضي الله عنه pernah meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

أَفْضَـلُ الْجِهَـادِ كَاِمَـةُ عَـدْلٍ عِنْـدَ سُلْطَـانِ جَائِرٍ

"Sebaik-baik jihad ialah perkataan yg adil dihadapan pemerintah yg zalim". >: At-Tirmidzi

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

19 November 2011

Selamat Pagi Sayang !!!!!!!!

Ramai orang mengucapkan selamat pagi apabila bertemu dengan sanak saudara atau sahabat handai di pagi hari, sayangnya ramai yang terlupa hari itu akan lebih ceria dan dipermudahkan Allah jika doa di bawah ini menjadi amalan kita.

Saya mendapat ilmu ini dari Uncle Albanna Mutiara Ilmu yang boleh dikongsi bersama kekawan semua.

Uncle Albanna mengucapkan Selamat Pagi dan اَلـسَّـلَامُ عَـلَيـكُـم

"Apabila manusia bangun dari tidurnya, maka malaikat dan syaitan berlumba-lumba mendekatinya. Malaikat berkata, 'Bukalah (amalanmu hari ini) dgn kebaikan" dan syaitan berkata: 'Bukalah dengan keburukan".

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِذَا قَامَا أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَقُلْ: الْحَمْدُ للهِ الَّذِى رَدَّ فِيْنَا أَرْوَاحَنَا بَعْدَ إِذْ كُنَّا أَمْوَاتَا

Apabila seorang dari kamu sekalian bangun dari tidurnya, maka hendaklah dia mengucapkan, 'Segala puji bagi Allah, yang telah mengambil ruh kepada kita, setelah kita menjadi orang-orang mati. >: Ath-Thabarani dalam Al-Kabir dari Huzdaifah رضي الله عنه.

"Apabila seseorang bangun tidur, lalu dia mengucapkan. 'Maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu', maka Allah berkata, 'Benarlah hamba-Ku itu, dan dia telah bersyukur". >: Kharaithi dalam Makarim Al-Akhlaq dari Sa'id رضي الله عنه.

~~~Albanna Mutiara Ilmu~~~

16 November 2011

DZIKIR KALIMAT TAUHID

DZIKIR KALIMAT TAUHID:~ لَا إِلَــهَ إِلَّا اللهُ
Abu Dzar Al-Ghifari رضي الله عنه menuturkan; Kekasihku Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ لَا إِلَــهَ إِلَّا اللهُ ثُمَّ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةِ، وَإِنْ

زَنَ وَإِنْ سَرَقَ وَإِنْ زَنَ وَإِنْ سَرَقَ وَإِنْ زَنَ وَإِنْ سَرَقَ رغْمِ أَنْفِ أَبِي ذَرِّ

"Tidak seorang pun yang mengucapkan 'La ilaha illa Allah' lalu mati dengan keyakinan itu, kecuali dia masuk syurga, sekalipun dia telah berzina dan sekalipun dia telah mencuri, sekalipun dia telah berzina dan sekalipun dia telah mencuri, sekalipun dia telah berzina dan sekalipun dia telah mencuri, dan sekalipun Ab Dzar tidak setuju". >: Ahmad dan Ibnu Maja dpa Abu Dzar رضي الله عنه.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Barangsiapa mengucapkan 'La ilaha illa Allah La syarikalah (Tiada Tuhan selain Allah Yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya), maka dia pasti masuk syurga"

Maka, bertanyalah Abu Ad-Darda رضي الله عنه, "Sekalipun dia berzina? Sekalipun dia mencuri?".

Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم "Sekalipun dia berzina, dan sekalipun dia mencuri".

Abu Ad-Darda رضي الله عنه, mengulangi pertanyaannya "Sekalipun dia berzina? Sekalipun dia mencuri?".

Rasulullah صلى الله عليه وسلم penyandang akhlak yg luhur itu tetap menjawab "Sekalipun dia berzina, dan sekalipun dia mencuri".

Untuk ketiga kalinya Abu Ad-Darda mengulangi pertanyaannya, "Sekalipun dia berzina? Sekalipun dia mencuri?".

Rasulullah صلى الله عليه وسلم yg tdk pernah berkata-kata menurut hawa nafsunya itu menjawab, "Sekalipun dia berzina, dan sekalipun dia mencuri, sekalipun Abu Darda' tdk setuju".".

Abu Ad-Darda' pun hendak keluar memberitahu hal itu kpd orang-orang, namun dihalang oleh Umar seraya berkata, "Kembalilah! Kalau orang-orang itu tahu hal ini, mereka hanya akan mengandalkan kalimat tahuid itu saja".

Maka, Abu Ad-Darda' pun kembali lagi utk menanyakan hal itu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Maka beliau bersabda. "Benarlah Umar"
(Hadith riwayat Imam Ahmad dlm Al-Musnad)

: Dpd Abu Hudzaifah رضي الله عنه , bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ قَالَ لَا إِلَــهَ إِلَّا اللهُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمً اابْتِغَاءَ

وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

"Barangsiapa mengucapkan 'La ilaha illa Allah' dgn menginginkan ridha Allah, dia akan dicap dengan kalimat itu, lalu masuk syurga. Barangsiapa berpuasa satu hari dengan menginginkan ridha Allah, dia akan dicap dengan puasa itu, lalu masuk syurga. Dan, barangsiapa mengeluarkan suatu shadaqah dengan menginginkan ridha Allah, dia akan dicap dengan shadaqah itu, lalu masuk syurga". >: Ahmad dlm Al-Musnad.

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

15 November 2011

ADAB TENTANG KETAATAN KPD IBU-BAPA

Di antara anak dengan bapanya di sudut kacamata Albanna Mutiara Ilmun adalah:

Wajib atas para pendidik untuk mengajarkan abad tata-tusila dgn ayah-ayah dan ibu-ibu mereka; iaitu seperti berikut: Tiada berjalan di hadapan mereka, tiada memanggil mereka dgn nama-nama mereka, tiada duduk di sisi mereka, tiada merasa bosan terhadap nasihat-nasihat mereka, tiada memakan makanan yg mereka lihat kpdnya, tiada berada di tempat yg tinggi dari tempat mereka, tiada membantah perintah mereka...dan lain-lain lagi.

Semua adab susilah ini dipetik dari firman Allah Ta'ala:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا

أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا، وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ

الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan Tuhanmu tlh memerintahkan supaya kamu jgn menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dgn sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jgnlah kamu mengatakan kpd keduanya perkataan "ah" dan jgnlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kpd mereka perkataan yg mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dgn penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua tlh mendidik aku waktu kecil". >: Ayat 23-24: سورة الإسراء

Dan tlh bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

مَـابَرَّ أَبَاهُ مَـنْ سَدَّدَ إِلَيْـهِ الطَّـرْفَ بِالْـغَضَبِ

"Tiada mentaati ayahnya, orang yg menajamkan pandangan kpd ayahnya dg marah"

Daripada Siti Aisyah رضي الله عنه, bahawasanya beliau berkata:

أَتَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ وَمَعَهُ شَيْخٌ فَقَالَ لَهُ: يَاهَذَا: مَنْ

هَذَا الَّذِيْ مَعَكَ؟ قَالَ: أَبِيْ، قَالَ: فَلَاتَمْشِ أَمَامَـهُ، وَلَاتَجْلِسْ قَبْلَـهُ، وَلَاتَدْعُـهُ

بَاسْمِـهِ، وَلَاتَسْتَسِبَّ لَـهُ

"Tlh datang kpd Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seorang lelaki dan dgnnya ada seorang tua, maka bertanya Rasulullah kpdnya: "Wahai fulan! Siapakah orang tua yg datang bersama-samamu ini? Jawab orang itu: "Ini ayah saya! Maka berkata Rasulullah: Jgn engkau berjalan dihadapannya, jgn duduk disampingnya, jgn memanggilnya dgn menggunakan namanya, dan jgn mencelanya"

Pernah Umar bin Zaid ditanya: Bagaimana anakmu mentaatimu? Jawabnya: Tdk pernah aku berjalan diwaktu siang, melainkan dia berjalan dibelakangku. Dan tiada pernah diwaktu malam, melainkan dia berjalan dihadapanku. Dan tdk pernah dia mendaki keatas rumah, melainkan aku sentiasa dibawahnya.

Diriwayatkan dpd Abu Ghassan Adh-Dhabbi, katanya: Sekali periatiwa aku keluar berjalan dgn ayahku di Zhahri-Harrati, maka aku ketemui oleh Abu Hurairah رضي الله عنه dan berkata: Siapa dia ini? Jawabku: Ini ayahku. Berkata Abu Hurairah: Jgn berjalan dihadapan ayahmu! Tetapi berjalanlah dibelakangnya, atau disampingnya. Dan biarkan orang lain menghalang antara engkau dgn dia. Jgn berjalan diatas sutuh rumah bapamu, dan jgn makan daging yg melilit ketulang yg tlh dilihat oleh ayahmu, barangkali dia ingin memakannya.

Ibnu Hibban tlh meriwayatkan didlm Sahihnya, bahawa datang seorang kpd Abu Darda' رضي الله عنه dan berkata: Sesungguhnya ayahku sentiasa mengambil berat terhadap diriku, sehinggalah dia mengahwinkanku. Tetapi sekarang dia menyuruh aku mentalakkan isteriku itu. Menjawab Abu Darda': Aku bukanlah dari orang yg suka engkau menderhakai ayahmu, dan tdk pula dari golongan orang yg akan menyuruh mantalakkan isterimu. Akan tetapi, jika engkau mahu, bolehlah aku membicarakan kpdmu apa yg aku pernah mendengar dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم baginda bersabda:

اَلْوَالِدَُ وْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، فَحافِظْ عَلَى ذٰلِكَ الْبَابِ إِنْ شِئَتَ أَوْدَعْ

"Ayah itu pintu yg paling tengah dari pintu-pintu syurga, maka hdklah engkau menjaga pintu itu baik-baik jika perlu, ataupun tinggalkan saja"

Ibnu Majah dan Ibnu Hibban tlh meriwayatkan didlm Sahihnya daripada Ibnu Umar رضي الله عنه katanya:

كَان تَحْتِيْ امْرَأَةٌ أُحِبُّهَا، وَكَانَ عمَرُ يَكْرَهُهَا، فَقَالَ لِيْ: طَلِّقْهَا، فَأَبَيْتُ، فَأَتَى

عُمَرُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَ ذٰلِكَ لَهُ، فَقَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى

اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَلِّقْهَا

Saya mempunyai seorang isteri yg saya cintainya, dan Umar (bapaku) membencinya. Ia menyuruh saya mentalakkannya, tetapi saya enggan. Maka Umar pun mendatangi Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan memberitahunya perkara itu. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata kpdku: Talakkanlah dia"

Menderhaka, ertinya melakukan maksiat, pelanggaran, tiada menunaikan hak. Diantara penderhakan, ialah seorang anak itu memandang kpd ayahnya dgn pandangan rendah ketika marah, apabila sang anak menganggap dirinya sama dgn ayahnya, apabila sang anak enggan mencium tangan kedua ibu-bapanya, ataupun tiada mahu bangun utk menghormati keduanya dan apabila kebanggaan diri mempengaruhi sang anak, sehingga dia merasa malu utk dikenal dgn nama ayahnya, terutama sekali jika sang anak tlh mendapat pangkat tinggi dlm masyarakat.

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

14 November 2011

MANUSIA HIDUP ANTARA DUA ALAM


جَعَلَكَ فِى الْعَالَمِ الْمُتَوَسِّطِ بَيْنَ مُلْكِهِ وَمَلَكُوْتِهِ لِيُعْلِمَكَ جَلَالَة َ

قَدْرِكَ بَيْنَ مَخْلُوْقَاتِهِ وَاَنَّكَ جَوْهَرَة ٌ تَنْطَِوىْ عَلَيْكَ اَصْدَافُ مُكَوَّنَاتِهِ

"Allah Ta'ala sengaja menempatkan kalian di alam pertengahan, di antara alam dunia dan alam malakut, agar kalian mengetahui keagungan kedudukanmu di antara makhluk-makhlukNya. Bahawa kalian laksana permata dilingkari oleh alam raya ini."

Allah سبحانه وتعالى telah mencipta manusia itu dengan sebagus-bagus bentuk, seperti dijelaskan Allah سبحانه وتعالى dalam surah At-Tin. Allah menyempurnakan seluruh bentuk manusia dengan serasi dan indah. Manusia memang diciptakan sempurna rohani dan jasmani lengkap dengan alat-alatnya. Kerana kesempurnaan dan kelengkapannya ,melebihi makhluk lainnya, maka manusia disebut dengan nama alal asgar (alam kosmis - alam kecil). Memang berada di alam tengah-tengah antara alam dunia dan alam malakut disebut alam ghaib.

Kedudukan manusia seperti yang dikehendaki Allah سبحانه وتعالى untuk memperlihatkan kepada manusia itu sendiri, bagaimana Allah telah memuliakan manusia itu. Manusia memang tidak sama dengan malaikat dan tidak sama dengan jin dan makhluk lainnya. Manusia memiliki keistimewaan yg didlm banyak unsurnya berbeda dgn makhluk lainnya. Bukan hanya kesempurnaan dan keagungan ciptaan saja, manusia dimuliakan, akan tetapi manusia juga diberi tanggungan jawab utk melestarikan alam semesta serta menjaga dari kerusakan dan kemusnahannya. Amanah Allah utk memelihara alam semesta ini pernah ditawarkan kpd makhluk lainnya seperti gunung dan bukit-bukit yg perkasa, akan tetapi mereka semuanya menolak. Hanya manusia yg sanggup menerima amanah Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى menjelaskan hal ini dlm surah Al-Ahzab ayat 72,:

إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ

فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنْسَانُ

"Sesungguhnya Kami tlh mengemukakan amanat kpd langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia".

Abu Abbas Al Mursy mengingatkan; "Semua isi alam ini adalah ibarat seorang budak yg tunduk kpd tuannya, wahai manusia. Padahal kalian hanyalah hamba Allah semata-mata".

Memang manusia diberi ilmu pengetahuan oleh Allah سبحانه وتعالى mengenal alam semesta ini, diberi kesempatan mengelola dan menghidupkannya bagi kepentingan manusia sendiri dan anak cucu serta masa depannya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman dlm surah Al-Isra' ayat 70:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ

مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلا

"Dan sesungguhnya tlh Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yg baik-baik dan Kami lebihkan mereka dgn kelebihan yg sempurna atas kebanyakan makhluk yg tlh Kami ciptakan".

Al-Wasity menafsirkan ayat dgn penjelasan, bahawa alam seisinya diserahkan kpd manusia agar mereka tdk bingung dan tertipu, dan mempersiapkan mereka alat kelengkapan utk memperhambakan diri kpd Allah سبحانه وتعالى .

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

11 November 2011

PERASAAN MALU

Macam juga post sebelum ini, ilmu ini saya pinjam dari Albanna Mutiara Ilmu. Mengikutnya Abu Sa'id Khudri رضي الله عنه meriwayatkan bahawa:

كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَشَدَّ حَيَاءً مِنَ الْعَذْرَاءِ فِي

خَدْرِهَا وَكَانَ إِذَا كَرِهَ شَيْئًا عَرَفْنَاهُ فِى وَجْهِهِ

"Sifat malu silu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatasi sifat seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah. Jika baginda tidak menyukai sesuatu kami dapat mengenalinya melalui wajahnya: di sebalik sifat pemalunya yang bersangatan, baginda tidak suka menyatakan sesuatu yang baginda tidak suka"

Malu itu ialah kelakuan untuk menunjuk dan menjauhkan perkara yang buruk, dan untuk menjaga diri supaya tidak mencuaikan hak orang tua, serta menarik kepada memberikan hak kepada semua orang yang berhak. Sebab itulah, ada sebuah riwayat daripada Al-Bukhari dan Muslim, yang mengutipnya dari Imran bin Hushain yang bermaksud adalah sifat malu itu semuanya baik.

Bukti yg menunjukkan kelebihan sifat malu itu, ialah dari apa yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani daripada Siti Aisyah رضي الله عنه katanya: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

يَاعَائِشَةُ، لَوْ كَانَ الْحَيَاءُ رَجُلًا، لَكَانَ رَجُلًا صَالِحًا، وَلَوْ كَانَ الْفُحْشُ رَجَلًا، لَكَانَ رَجُلَ سُوْءٍ

"Wahai Aisyah! Kiranya sifat malu umpama manusia, niscaya dia telah menjadi seorang yang salih. Dan kiranya kecurangan itu umpama seorang manusia, niscaya dia menjadi seorang yang jahat".

Ibnu Maja dan At-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Anas رضي الله عنه katanya: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

مَاكَانَ الْفُحْشُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ، وَمَاكَانَ الْحَيَاءُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

Tiada sesuatu yang disentuh oleh kecurangan, melainkan dia merosakkannya. Dan tiada sesuatu yang dicampuri oleh sifat malu, melainkan dia memperbaikinya.

Malik dan Ibnu Majah juga telah meriwayatkan daripada Zaid bin Talha bin Rukanah, dirafakkannya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

إِنَّ لِكُـلِّ دِيْـنٍ خُـلُقًا، وَخُلـُقُ الْإِسْـلَامِ الْحَيَـاءُ

"Setiap agama ada kelakuannya, dan kelakuan Islam itu sifat malu".

Al-Bukhari dan Muslim tlh meriwayatkan sebuah Hadith dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

وَالْحَيَـاءُ شُـعْبَـةٌ مِـنَ الْإِيْمَـان

"Dan sifat malu itu adalah suatu cabang dari Iman".

Sesudah merenungkan semua pertunjuk Nabi صلى الله عليه وسلم tentang keutamaan sifat malu itu, maka tiada hairan lagi kiranya kita lihat anak-anak para sahabat semuanya telah terlengkap dgn kelakuan-kelakuan yang murni ini, dan kesan-kesan akhlak itu ternyata dengan jelas di hadapan orang-orang yang lebih tua dari mereka, ataupun yang lebih berilmu dari mereka.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi daripada Abu Said رضي الله عنه katanya: "Pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم aku masih anak kecil lagi. Aku sering menghafal sesuatu daripadanya. Tiada sesuatu pun yang menghalang aku dari berbicara dengannya, melainkan jika ada di sana orang-orang yang lebih tua dariku".

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~

10 November 2011

TABIAT SUKA MARAH

Saya ambil artikel ini dari fb tuannya Tuan Albanna Mutiara Ilmu, bagusnya dapat share bersama semua kawan-kawan.

Sifat marah itu adalah suatu sikap jiwa dan tabiat pemberontakan yg dirasakan oleh anak-anak pada hari-hari pertamanya dalam hidup, dan sifat ini akan menemaninya dalam semua peringkat umurnya hinggalah ke maut. Maka adalah salah jika marah itu dikira dari tabiat-tabiat yg buruk, dan sikap pemberontakan yg tidak baik. Sebab Allah SWT ketika mencipta manusia dan melengkapkan dlm dirinya bakat, kecenderungan dan perasaan; Semua itu bukan sia-sia, malah dengan kebijaksaan yang tinggi. Kalau tidak kerna tabiat marah ini, yg tlh lengkapkan oleh Allah dlm diri manusia, niscaya orang Islam tidak tahu marah, dan niscaya dia akan berpeluk tubuh apabila larangan-larangan Allah dilanggar, ataupun agamanya dihinakan, ataupun jika ada musuh yang mahu merampas tanah tumpah darahnya, serta menguasai negaranya. Memang telah terang di dalam Hadith, bahawasanya baginda SAW pernah didatangi orang yang mahu memohon digugurkan hukuman terhadap salah satu dari larangan-larangan Allah, lalu baginda marah, dan kelihatan jelas sekali pada wajahnya tanda-tanda marahnya. Baginda lalu berkata dgn tegas: إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُ إِذَا سَرَقَ فِيْهُمُ الشَّرِيْفُ تَرَكُوْهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيْهِمُ الضَّعِيْفُ أَقَامُوْا عَلَيْهِ الْحَدَّ، وَايْمُ اللهِ لَوْ أنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا "Hanyasanya kaum-kaum yg sebelum kamu telah binasa, bahawa jika pembesarnya mencuri mereka bebaskan, dan jika silemah yg mencuri, mereka jatuhkan hukuman atasnya. Demi Allah, sekalipun Fatimah binti Muhammad yang mencuri, niscaya aku akan memotong tangannya".

Ath-Thabarani pula telah meriwayatkan daripada Anas رضي الله عنه bahawasanya dia berkata: مَارَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْتَقَمَ لِنَفْسِه مِنْ شَيْءٍ إِلَّا إِذَا انْتُهِكَتْ للهِ حُرْمَةٌ، فَإِنِ انْتُهِكَتْ للهِ حُرْمَةٌ كَانَ أَشَدَّ النَّاسِ غَضَبًا، وَمَا عُرِضَ عَلَيْهِ أَمْرَانِ إِلَّا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ فِيْهِ سَخَطُا للهِ، فَإِنْ كَانَ فِيْه ِللهِ سَخَطٌ كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ "Saya tdk pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم menunjukkan kemarahannya yang sangat dalam sesuatu perkara, kecuali apabila dilanggar larangan Allah, maka apabila dilanggar larangan Allah, baginda SAW akan kelihatan amat marah sekali. Dan tiada pernah diberikan pilihan kepadanya antara keduanya, dengan syarat tiada berkaitan dengan kemurkaan Allah. Jika perkara itu ada kaitannya dengan kemurkaan Allah, maka baginda adalah orang yg paling jauh daripadanya" Jika ramai daripada pakar-pakar kemasyarakatan dan pendidikkan mengira sifat marah itu antara sifat-sifat yang keji, dan adat-adat yang tercela, maka sebenarnya mereka memaksudkannya sifat marah yang terkeji, yang boleh membawa kepada hasil-hasil yang buruk, dan akibat-akibat yang tidak baik; iaitu ketika dia memberontak dan marah kerana maslahat dirinya sendiri.

Memang tdk sepi lagi, bahawa marah yang seumpama ini akan memecah-belahkan persatuan, merobohkan jamaah dan mencabut akar-umbi erti persaudaraan, cinta kasih dan kebersihan jiwa ditengah-tengah masyarakat. Al-Bukhari dan mUslim juga tlh meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : مَاتَعُدُّوْنَ الصُّرَعَةَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا الَّذِيْ لَاتَصْرَعُهُ الرِّجَالُ، قَالَ: لَا، وَلٰكِنِ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ "Apakah yg kamu maksudkan pergelutan itu? Mereka menjawab: Orang yg tdk dapat dikalahkan oleh orang-orang lelaki. Berkata Nabi صلى الله عليه وسلم: Tidak! Akan tetapi orang yang dapat menguasi dirinya ketika marah" Firman Allah Ta'ala: وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ "Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".

Ayat 34: سورة فصّلت Jika sekiranya yang menyebabkan marah itu asalnya mengejek-ngejek, mengata-nista, dan memanggil dengan gelaran-gelaran yang jijik, maka wajiblah atas para pendidik menjauhi semua sebab-musabab. Alangkan besarnya kesan pendidikan Al-Quran Al-Karim ketika dia mencegah dari mengejek-ngejek, buruk sangka, merisik-risik dan memanggil dgn gelaran-gelaran yang buruk, menerusi firman Allah Ta'ala berikut: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yg mengolok-olok) dan jgnlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yg aniaya". >: Ayat 11: سورة الحجرات

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~