Showing posts with label GCH. Show all posts
Showing posts with label GCH. Show all posts

04 August 2012

Berbuka Puasa di GCH Melaka

Semasa saya bertugas di Melaka daripada 23 hingga 27 Julai 2012 adalah di awal bulan Ramadan. Saya balik ke Melaka pada 20 Julai 2012 dan keesokan harinya rakyat muslim di Malaysia mula berpuasa. Allahamdulillah saya dapat menyambut puasa (bersahur dan berbuka puasa) bersama ibu tercinta dan adik saya Ain dan anaknya Amir.

Saya check-in ke Grand Continental Hotel di jalan Tun Sri Lanang pada 22 Julai 2012. Ain sempat memasakkan beberapa juadah untuk saya berbuka dan bersahur di hotel.

Pada 25 Julai 2012, hari Rabu bersamaan hari ke 5 puasa saya menjemput emak, Ain dan Amir berbuka puasa di hotel ini. Pakej yang dikenakan agak murah iaitu RM25.00 seorang.

Makanan yang dihidangkan sedap sedap belaka, maklumlah orang puasa semua yang dipandang nampak sedap. Yang paling sedap adalah mee goring....

GCH Melaka

Ini bukan kali pertama saya menginap di Grand Continental Hotel Melaka. Dulu kalau tidak silap pada tahun 2007 saya juga pernah 2 kali menginap di sini kerana menghadiri Kursus Juru Audit Dalam ISO Bahagian Perolehan kementerian Pertahanan.

Memandangkan ayah dan mak saya menetap di Melaka, saya jemput mereka menginap sama di hotel ini, apatah lagi apabila hotel ini mempunyai kolam renang - jadi menjadi kegemaran anak-anak saudara saya.

Bilik hotel ini tidak kurang selesa dengan dilengkapi beberapa peralatan asas. Disebabkan hotel ini hotel lama, jadi keluasan biliknya juga membuatkan kita lebih selesa dan mempunyai ruang untuk bersolat - saya berpengalaman mendiami hotel yang sangat sempit dan tiada ruang yang selesa untuk bersolat.

Pandangan dari pintu masuk dan mengadap ke tingkap.

02 August 2012

Bersantai di Bilik 707 GCH

Selalunya apabila saya bertugas sementara di mana-mana dalam negeri, biasanya saya suka bersama dengan saudara-mara terdekat saya. kadang-kala saya ajak mereka tidur bersama saya di hotel. Kelihatan mak sedang membaca kitab

Emak baca kitab sambil menunggu waktu buka puasa. Kami berbuka puasa di hotel ini.

Ain dengan gayanya, keluarga saya memang keluarga yang suka bergaya terutamanya apabila bergambar.

Amir sibuk mengambil foto ibunya dan saya mengambil fotonya.

Saya..... peace yoooo