Showing posts with label Kelakuan Manusia. Show all posts
Showing posts with label Kelakuan Manusia. Show all posts

11 December 2013

Orang Malaysia Kurang Sivik

Negara kita hampir mencapai negara maju, sepatutnya negara maju mempunyai rakyat yang berfikiran negara Dunia kelas Satu, sayangnya rakyat negara ini masih kurang siviknya.

Apa tidaknya troli membeli belah tidak diletakkan di tempat troli yang telah disediakan oleh pasaraya. Paling malang tempat troli hanya beberapa meter sahaja dari kenderaan masing-masing.

Kata orang perubahan bermula daripada rumah, tetapi sekiranya instutisi keluarga/ rumah gagal menunjukkan perilaku yang baik kepada ahli keluarga, makanya sukar berlaku perubahan positif. Merubah negara dan dunia perlu dilaksanakan bersama oleh semua dalam sesebuah negara itu. 

16 January 2013

Karektor Wanita Berdasarkan Hari Lahirnya

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya kepada masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari.

Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.

Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang dan kurang pengalaman.

Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.

Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-menunjuk diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.

Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

22 August 2012

Keluhan Ku


Siapa agaknya yang melihat saya tu.... mata tu mata seorang wanita, apa agaknya yang difikirkan - di penghujung dalam bulan Ramadhan saya agak kurang sabar dengan beberapa pekerja kontrak di pejabat saya. Saya melihat ada sahaja yang menyakitkan hati... ada sahaja yang menguji kesabaran... ada sahaja yang melakuan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang muslim. Walaupun masing-masing dah tua tetapi akal penipu, cemburu dan mengelat ada dalam diri.... mereka tidak melihat mencari rezeki dengan melakukan kerja sepatutnya sebagai satu amanah, walaupun kerap saya sindir mereka, tetapi macam tak faham sahaja... apa silapnya.... adakah Allah dah tutup pintu hari mereka untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat. Entahlah..

Jadi kalau ada yang melihat saya dengan mata yang marah.... apa saya peduli.. dah pent saya nak jadi mandur dan nak ikut belakang mereka..... untuk kejutkan mereka bangun dari tidur.. tegur mereka jangan asyik berbual kosong sahaja... dan mencari mereka entah di mana mereka menyembunyikan diri dan curi-curi berehat.

Sampai bila pula saya nak kena buat kerja sebegini..... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui....



17 December 2011

Pesanan Rasulallah SAW : Manusia akhir zaman

Daripada Anas رضي الله عنه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَايَكُوْنُ الْخُرْقُ فِى شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ، وَإِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ

"Kebodohan itu terdapat di dalam perbuatan tercela dan sesungguhnya Allah Maha Lembut dan senang terhadap sifat lemah lembut". Dari Tirmidzi dan Ibnu Majah.

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ؛ يُصَدَّقُ فِيْهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ

فِيْهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيْهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيْهَا اْلأَمِيْنُ

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun (panjang) yang penuh dengan tipuan; pendusta dianggap jujur, orang yang jujur justru dianggap pendusta, pengkhianat dianggap amanah dan justru orang yang amanah dianggap pengkhianat". (Diriwayatkan oleh Ahmad no. 7852; dan Ibnu Majah no. 4036. Dan dishahihkan oleh al-Albani dlm Shahih Ibnu Majah).

24 October 2011

Keluarga Ular

Macam mana keluarga ini boleh hidup dengan aman dan damai apabila ular pemeliharaan mereka berkeliaran. Kalau saya tak mungkin saya boleh ilur lena, sebabnya takut tengah sedap bermimpi bila terkejut badan dah sepatuh dalam mulut ular. Itu kita orang dewasa, kalau ular nak telan agak penat juga, tetapi kalau budak yang duduk atas badan ular tu, rasanya senang saje ular nak telan. Bukannya tak ada haiwan lain nak dijadikan haiwan pemeliharaan.

Gelinya saya............... eeeeeeeeeeeee