Showing posts with label Lunch. Show all posts
Showing posts with label Lunch. Show all posts

22 May 2015

Lunch Bersama Mak di Kluang Station Tesco Ampang

Minggu akhir saya dan mak ada di KL iaitu pada 10 Mei 2015, saya dan mak makan tengah hari di Kluang Station, restoran tempat makan kegemaran kami bersama. Saya katakan pada mak entah bila la kami akan makan di sini selepas berpindah ke Melaka.

Macam biasa mak order makanan kegemaran dia roti jala dengan rendang daging dan tempura ikan, manakala saya makan bubur ayam.

Mak sedang menikmati makanannya, mak makan habis semua hidangan yang mak order. Kalau kat Melaka di mana agaknya ada menu ini ya?.

15 April 2015

Kegemaran Mak

Pada suatu pagi saya dan mak bersarapan pagi di Kluang stesen Tesco Ampang. Mak order roti jala dan saya cukup dengan bubur nasi ayam. kami berdua adalah peminat kopi kampung yang diproses khas oleh restauran ini.

Kami bersarapan lambat-lambat sehingga menjelangnya makan tengah ari disediakan. Mungkin mak belum merasa kenyang maka mak orser ikan tempura kegemaran mak. Boleh dikatakan setiap kali lunch di sini, mak akan order tempura ikan dan mak boleh makan sehingga habis. Suka tengok mak berselera....

03 November 2014

Hj Ahmad's Family Gathering 2014 - Part 3

Tak puas berkumpul di dalam restoran, kami berkumpul pula di parkir kenderaan. Berpesan-pesan dan bertukar-tukar pemberian.

Masing-masing macam tak nak bergerak lagi...

Tapi akhirnya masing-masing menuju ke kenderaan dan menuju distinasi masing-masing. Insyallah kalau ada umur dan ada rezeki serta masa mungkinkah dapat bertemu lagi.

27 October 2014

Hj Ahmad's Family Gathering 2014 - Part 2

Kami bergambar dengan mak. Saya di belakang saya adik saya Adnan, disebelah dia adalah Azman, diikuti dengan Azmee dan yang duduk di hadapan Azmee adalah adik bungsu kami Ainee.

Yang ini kami bergambar beramai-ramai selepas masing-masing kenyang dan sebelum kami meninggalkan restoran. Akhirnya mereka adik-adik lelaki saya yang belanja kami semua. Terima kasih semoga dimurahkan rezeki dengan berkatnya. Ameen...

23 October 2014

Hj Ahmad's Family Gathering 2014 - Part 1

Pada 22 Oktober 2014 (semalam) adik-adik saya telah menganjurkan pertemuan keluarga di Restoran Rebung di Bangsar. Semua adik-adik saya dan keluarga mereka hadir sama walaupun ada beberapa members of family yang tidak dapat hadir atas urusan peribadi, mereka yang tidak hadir adalah Adik (Mohamad Firdaus), Kak Ngah (Afifa) dan Amir (Mohamad Amirudin).

Adnan dan keluarganya bersama dengan Ain bertolak dari Kota Tinggi Johor dan menginap di rumah keluarga kami di Felda Bukit Senggeh, Melaka. Manakala Azman pula bertolak dari pejabatnya di Johor sementara keluarganya bertolak dari Kuantan. Saya dan emak dari Taman Saga.

Allah huakbar... bukan main susahnya nak saya sampai di Restoran ini. Sesat beberapa kali dan hampir berlaku kemalangan. Kejadian ini betul-betul buat saya stress dan hilang selesa makan, sebaliknya rasa nak muntah pula bila melihat pelbagai makanan. 

Kelihatan anak-anak bujang kami dalam foto di atas Amir di hadapan sekali, di belakangnya adalah Ammar dan di belakang Ammar adalah Amirul. Manakala di sebelahnya juga bernama Amir, kedua-dua Amir berkaca mata.

Yang ini pula adalah anak dara kami tentunya tak termasuk mak saya.... Dari kanan Kak Long (Adila), Adlina dan Wawa.

Di hadapan saya pula adalah Abang (Adi Nur Rasyid) anak saudara lelaki sulung keluarga kami. Abang bertolak dari UiTM di Shah Alam dengan menaiki motosikalnya. Jarak antara Uni dia dengan Restoran ini pun bukannya jauh sangat. Yang pakai TShirt merah di hujung tu adik saya Adnan.

Yang ini adalah adik saya Azman dan di sebelah dia adalah Azmee. Dan diperkenalkan adik-adik ipar saya.

Oza isteri kepada Azmee, di sebelahnya Azi isteri kepada Azman dan Shima isteri kepada Adnan. Sebelah abang adalah adik bungsu saya Ain. Mereka makan sekenyang-kenyangnya dan bagi saya rasa makanan di restoran ini bolehlah tahan. Dan lebih baik jika kuih lopis dibuat dengan lebih sempurna iaitu bukan dikukus dan bentuk sebaliknya direbus dari pulut yang dibalut dengan daun pisang.
Saya bagi 4 bintang kepada restoran ini.

30 June 2014

Lunch Di IDBKL

Lawatan tapak merupakan mekanisme penting dalam menentukan sesuatu lokasi itu sesuai untuk sesuatu majlis. Majlis APC 2013 JPWPKL dipilih untuk diadakan di IDBKL yang letaknya di Cheras. Dewan Mestika, itulah namanya.

Pada 20 Jun 2014 yang lepas saya dan AJK Persiapan Dewan, Pentas, Siaraya dan Logistik telah mengadakan lawatan tatak ke IDBKL untuk perbincangan dengan staf di sini. Banyak perkara perlu diselesaikan dan difahami supaya tiada masalah yang timbul di pertengahan majlis nanti.

Hari itu adalah hai Jumaat, di mana hari yang paling singkat kerana semua hero-hero bersama saya melainkan Pemandu Mohan perlu menunakan fardu Jumaat mereka.

Selesai perbincangan dan melihat lokasi, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Kafeteria IDBKL sahaja. makanan sedap tetapi suasana sedikit panas kerana ruang berhawa dingin digunakan oleh peserta kursus. 

19 January 2014

Lunch Dengan Mak Di Jombali Wangsa Maju

Selepas ke HATTM pada 15 Januari 2013 yang lalu, saya dan mak terus ke Jombali untuk makan tengahari. Maklumlah kami belum lagi breakfast kerana saya perlu berpuasa sehingga darah diambil.

Mak tak kisah sangat dengan apa sahaja menu yang saya orderkan. Jadi saya orderkan nasi goreng ketam untuk mak dan saya sendiri order wantan sup dan kami tambah order fish chip sebab masih lagi rasa lapar.

Ni dia order dah tiba. Baca doa dan dipersilakan makan. 

29 June 2013

Makan Tengahari Bersama Masturah dan Hairani

Pada 18 Jun 2013 merupakan kali pertama saya makan bersama dengan staf di pejabat lama saya (UPT) setelah saya bertukar ke Unit baru (PTK). Walaupun tak dapat bersama dengan kesemua mereka, tetapi memadailah saya dapat keluar bersama dengan Mas dan Ani.

Kami makan di Restoran Pinag Masak, tidak jauh dari pejabat kami. Makanan di sini memang menjadi kegemaran saya kerana bertepatan dengan selera saya. Foto atas Mas dan Ani sedang setelah kami selesai menjamu selera.

Kalau dulu restorant ini menjadi tempat kunjungan saya dan rakan baik saya iaitu Hijjah dan Surayati. Kini semuanya tinggal kenangan apabila kami masing-masing terpisah kerana tugas. (Macamlah jauh sangat terpisah kan?)

Saya dengan pos biasa... Peace no war.

Mas dan Ani dengan posing masing-masing, tangkap lentok!!!!. Terima kasih atas kesudian anda berdua menemani saya makan tengahari... kalau ada rezeki dan masa insya Allah kita boleh keluar makan lagi.

01 June 2013

Makan Tengahari Di Suatu Hari Jumaat

Saya bersama dengan Hairani (Ani) dan Pn Khalifah (Cik Pah) semasa kami makan tengahari di salah 1 Super Market di Selayang pada hari Jumaat. Cara kebetulan kami keluar untuk membeli sedikit barangan dapur untuk rumah dan pantry UPT.

Ani dan Cik Pah sedang menunggu makanan tiba.... Kini hanya tinggal kenangan kerana saya telah pun bertukar ke Unit lain. Namun persahabatan kami insyallah akan kekal abadi....

Ini adalah mee kari pesanan saya, boleh tahan tapi agak pedas. Terlalu banyak dan sangat sukar untuk menghabisannya. Secara purata makanan di sini ok dan boleh datang untuk makan lagi jika ada masa terluang.

07 December 2012

Percutian 2012 Pergerakan Pergi - Lunch Di R&R Sungai Perak

Sepanjang jalan ke Utara (tempat yang kami tuju adalah Lake Town Taiping) cuaca cantik sahaja, tiada hujan yang turun tetapi cuaca agak panas juga. Kami mengambil keputusan untuk singgah di R&R Sungai Perak untuk melepaskan hajat masing-masing dan mengambil makan tengahari di sini.

Semua dengan wajah ceria - kami berehat menantikan ahli-ahli yang lain berkumpul. Bermesyuarat sekejap untuk memutuskan apa yang hendak dimakan. Akhirnya masing-masing bertebaran menyenguk dari 1 gerai ke 1 gerai.
Akhirnya Shima ternampak ada gerai yang menjual cendol.... apa lagi - dia orderkan untuk semua orang.
Ain dan Amir sedang khusuk menikmati makanan masing-masing - entah apa yang hendak dikatakan oleh Ain agaknya??? dah tak dapat untuk memberi tumpuan kerana tumpuan semua orang sekarang ini adalah pada makanan masing-masing. Makan dulu ya...... Sila sila...
Shima dengan senyuman yang manis... maklumlah dah order cendol dan kemudian order nasi pulak. Yang sebenarnya kami memang kelaparan - dalam bahasa yang agak kasar "kami memang kebulur sangat ni"
Ammar makan laksa dulu... kalau nak tahu selepas itu dia makan nasi pulak dan diikuti dengan kuih pau.... anak saudara saya yang seorang ini memang kuat makan tetapi badan dia macam tu jugak. Teringat ayah dia dan 2 lagi adik lelaki saya semasa umur seperti dia juga memang kuat makan. Agaknya anak-anak lelaki yang sedang membesar memang macam ni kot.

Alhamdulillah.... semua pinggan dah kosong, tengok mangkok cendol pun sudah tidak berkesan lagi semuanya habis dimakan. Gerai di R&R Sungai Perak ke Utara memang sedap masakan mereka. Kalau kawan-kawan nak cuba berhentilah sekejap.

07 November 2012

Kursus Komunikasi Berkesan - Makanan Hotel

Sup ayam rasanya dan memang enak... kebanyakan makanan yang dihidangkan di hotel ini memang menarik dan best

Macam macam ada......

10 October 2012

Jamuan Makan Tengahari SK2P

Ketua Sektor Encik Razali bin Iberhim sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Antara ahli keluarga sektor kami yang besar

Teman saya Puan Hor Hijjah

Hai jemput makan sama!!!!

Makan yang dihidangkan memang sedap.... saya memilih makan tengahari saya hari ini nasi putih, ayam goring berempah, ikan kembong masa asam tumis, sedikit sayur campur, sambal belacan semestinya dan sedikit bendi rebus.

Ketenangan kami tiba-tiba diganggu oleh sekumpulan monyet yang mungkin iri hati dengan kami, atau mungkin mereka sedang kelaparan setelah ternidu bau makanan yang menarik.