Showing posts with label Sarapan Pagi. Show all posts
Showing posts with label Sarapan Pagi. Show all posts

02 June 2015

Breakfast Di Mydin Jasin

First time saya dengan emak breakfast di Mydin jasin selepas kami  berpindah balik ke Melaka. Ini berlaku pada hari Ahad 24 Mei 2015 yang lepas. Memang tak banyak pilihan tapi ini sahaja yang kami terfikir untuk pesan.

Emak makan sop dagning dan saya pesan nasi dengan tomyam seafood. Bolehlah dari mengalami rasa lapar hingga ke petang.

15 April 2015

Kegemaran Mak

Pada suatu pagi saya dan mak bersarapan pagi di Kluang stesen Tesco Ampang. Mak order roti jala dan saya cukup dengan bubur nasi ayam. kami berdua adalah peminat kopi kampung yang diproses khas oleh restauran ini.

Kami bersarapan lambat-lambat sehingga menjelangnya makan tengah ari disediakan. Mungkin mak belum merasa kenyang maka mak orser ikan tempura kegemaran mak. Boleh dikatakan setiap kali lunch di sini, mak akan order tempura ikan dan mak boleh makan sehingga habis. Suka tengok mak berselera....

23 February 2015

Kenangan di Monte Carlo

Semasa bersarapan pagi di Avilion Hotel PD, saya teringat semasa dan dan rakan-rakan TLDM minum pagi di Monaco. Suasana yang hampir sama tetapi lokasi yang sangat berbeza. Di PD kapal layar tidak begitu banyak berbanding di Monaco.

Cuba perhatikan di belakang saya, kelihatan banyak kapal-kapal layar yang pelbagai saiz. Rasanya di sini memangnya parkir kapal layar negeri ini. Monaco merupakan salah sebuah negeri di dalam Negara Peranchis. Yang bezanya Monaco masih ada raja dan saya berkesempatan melawat ke istana Monaco.

28 June 2014

Breakfast di Hentian Duta

Seronoknya mereka... agak-agaknya apa yang mereka bualkan? Kami bersarapan bersama pada 25 Jun 2014 sebelum kami bertolak ke Institut Latihan Dewan Bandaraya KL di Cheras untuk rehersel  APC Jabatan kami yang dijadualkan pada 26 Jun 2014.

Rupanya ini pot mereka, iaitu di Hentian Duta.

Saya pun join sama pada hari tu...

Sesekali seronok juga bersarapan di luar Jabatan. Hafizal itukan kopi saya!!!!

07 June 2014

Janji Tertunai

Percutian kali ini (pada bulan Jun 2014 - selama 2 minggu) hanya di Kuala Lumpur je....  Adik-adik dan anak-anak saudara saya tiba di rumah saya pada 1 Jun 2014 sebelah tengahari. Kerana kepenatan kami tidak ke mana-mana dan saya masak serba ringkas untuk mereka. Photo atas - Kesian Ammar dia yang selfee tapi gambar dia yang tidak masuk. 

Pada keesokkan harinya seperti yang dijanjikan sebelum ini, breakfast kami di Kluang Station Tesco Ampang. Ain dan Shima menikmati juadah masing-masing.

Janji nak belanja bubur (porridge) tapi hanya saya dan Ain je yang order bubur yang lain makan sarapan yang lain. Seperti biasa emak hanya makan roti jala dengan rendang daging kegemarannya.

Apa lagi jom kayuh selepas ini ada lagi acara ringkas kita terutamanya kami-kami yang banyak berjalan dan gunakan kaki... cuba teka apa dia???

Seperti biasa anak sedang membesar dan menjadi hero adalah Ammar dan Amir - selera sedang baik dan perut sanggup terima apa sahaja. Teringat kami semasa kami seumur dengan mereka juga makan apa saja sedap....

27 May 2014

Breakfast Dengan Mak Di Kluang Station Lagi

Pada 21 Mei 2014, saya ada appoinment dengan HAT Mizan untuk persediaan appoinment dengan MOPD pada minggu hadapan. Seperti biasa saya terpaksa berpuasa sebelum menyerahkan urine dan diambil darah. Jadi mak sahaja yang breakfast di rumah tapi breakfast yang simple je.

Dah siap semua tugasan saya dengan hospital tersebut, saya dah mula rasa lapar jadi saya ajak mak untuk late breakfast di Tesco, macam biasa saya dan mak ke Kluang Station di Tesco. Apa lagi dalam kelaparan saya order bubur ikan dan mak hanya makan fish and chips je. Mungkin mak masih lagi rasa kenyang.

Di sinilah selalunya saya dan mak breakfast dan saya pernah berjanji untuk belanja adik-adik saya Shima dan Ain serta anak-anak mereka untuk breakfast di sini bila cuti sekolah nanti. Looking forward to see them all termasuk Adik kucing Shima.

04 May 2014

Breakfast Dengan Emak Di Kluang Station

3 Mei 2014, saya bawa mak shopping untuk membeli beberapa keperluan dapur, makanan tambahan mak dan makanan serta keperluan kucing. Macam biasa kami shopping di Tesco. Sebelum jam 10 pagi saya dan mak dah keluar rumah dan tiba di Tesco sebelum jam 10.30 pagi dan parkir memang masih banyak lagi.

Disebabkan awal pagi saya cadangkan kami ambil breakfast di Kluang Station Tesco Ampang. Mak makan 2 roti bom dengan rendang daging dan saya pesan spring roll dan bubur nasi ikan. Mungkin disebabkan kami memang dah lapar makanya semua yang dihidangkan nampak sangat sedap.

Mak selepas siap makanan dengan kekenyangan yang amat sangat, yang sebenarnya maak jarang sekali makan banyak dan kali ini kata mak dia sangat kenyang. Memang pun.... seronok tengok mak makan banyak....

11 February 2014

Sarapan padi Di Kluang Station Tesco Ampang

Pada 9 Februari 2014 hari Ahad, saya dan emak shopping ke Tesco untuk membeli beberapa keperluan kami dan kucing peliharaan. Seperti biasa saya dan emak akan bersarapan pagi di Tesco. Selalunya saya dan mak mengambil sarapan dulu sebelum shopping, tapi lain pula kali ini.

Emak kata dia masih lagi kenyang sebab awal pagi mak dah ambil jus dan kismis, manakala pula dah ambil segelas oat. Jadi kami mengambil keputusan untuk shopping dulu.

Elok selesai membayar saya dah mula rasa lapar, melihat jam di tangan rupanya dah hampir jam 12 tengahari, patutlah perut dah mula berkeroncong. Bila tanya pada emak, rupanya mak pun dah rasa lapar. Saya ambil keputusan untuk bersarapan di Kluang Station. bukannya ke Kluang tapi Restoran Kluang Station di Tesco.

Punya lapar emak order favorite mak iaitu roti bom/ canai dengan kari daging. Saya order lebih sikit iaitu laksa Serawak dan fish and chips. Habis semuanya dimakan dan tidak berlaku pembaziran. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan mak kata dia sangat kenyang. Cuaca di Kuala Lumpur sekarang ni sangat panas dan memang lebih panas dari kebiasaan walaupun musim ini hampir berganjak ke musim tengkujuh.

11 June 2013

Sarapan Pagi Bersama Keluarga Di Simpang Bekoh

Adik saya Adnan dan anak saudara saya Amir sedang menikmati makanan masing-masing. 

Emak dan Dnan ... gayanya macam sedang kelaparan... selepas kami bersarapan masing-masing akan menuju ke destinasi masing-masing. Saya dengan Oky bertolak balik ke Kl. Dnan, Shima dengan emak bertolak ke Kota Tinggi dan Ain bersama dengan Amir bertolak balik ke JB.

Saya terpaksa melayan Oky yang tidak mahu duduk dalam bakulnya... bising suaranya membuatkan orang lain tidak selesa.... nakal pula dia...

Inilah heroen yang nakal tu... Smoky aka Oky... Tengok matanya macam tengah marah...

Shima dan Emak melayan roti canai masing-masing

Bilakah lagi kami akan berjumpa semula.... kalau umur panjang insyallah cuti sekolah akan datang.

18 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - D'Saji Mekah Al Mukkaramah

Emak sedang menjamu selera di Restorant D'Saji Mekah. Emak memang suka bersarapan pagi dengan roti canai dan selepas seminggu emak dapat melepaskan rindunya kepada roti canai di Mekah. Rasanya memang sedap dan harganya sedikit mahal.

Tengok tu licin roti canai dengan kuah dalnya.... 2 keping setiap orang....

Inilah rupanya Restorant D'Saji yang terletak di tingkat 1, sorrylah nama bangunan tu dah lupa tetapi bangunannya tidak jauh dari Masjidil Haram, bangunan betul-betul selepas pintu keluar kalau ikut pintu King Abdul Aziz kalau dulu Pintu yang berhadapan dengan jam besar.

Malaysian Cuisine... sedap kalau lambat sikit, barisan beratur dah panjang

Selain dari itu saya juga ke restorant ini bersama dengan kawan lama Puan Mazinah binti Abdullah bersama dengan adik iparnya.

Selamat menjamu selera....



05 January 2013

Sarapan Pagi: D' Aisyah Kelubi

Inilah antara gerai makan yang ayah pernah suka dulu. Kini ianya menjadi kegemaran kami pulak. Di sini disediakan sarapan pagi dan makan tengah hari juga. Pelanggan gerai ini bukan sahaja orang Melayu tetapi juga pelbagai bangsa. Roti canai dia puuhhhh terbaik dari ladang. Tak percaya cubalah.....

Ammar sedang menikmati roti canai dan roti telur, itu adalah antara favorite Ammar.

Shimah dan Ain pula menikmati hidangan masing-masing.

Nak sikit?  Saya order roti dan juga mee goreng dengan air kopi O. Saya makan dulu!!!

Kami makan roti canai dan yang tengah tu adalah mee goreng basahnya yang juga sangat sedap dan pedas. Tapi mak makan mee rebus.
Bagi anda yang menetap di Jasin tentunya tahu gerai ini yang terletak di Kelubi.

17 December 2012

Pecutian 2012 (Pergerakan Balik - R&R Sungai Perak)

Waktu balik menuju ke Selatan kami mengambil kesempatan untuk singgah sarapan pagi di R&R Sungai Perak. Banyak perkara yang perlu dilakukan di sini.

Kami mengambil nasi lemak dan minuman yang alah kadar di sini, sebabnya kurang ada yang menarik. Tengah makan ada pula manusia yang kurang adab menyebabkan selera kami terbantu.... kurang diajar betul manusia itu...

Replika rumah Perak yang ada ditunjukkan di sini.

Mereka membeli juadah-juadah lain di gerai yang sedia ada di sepanjang kompleks.

Menunggu member-member membuat pembayaran.....

Kami menuju ke kereta kami, selepas ini giliran mengambil petrol dan top-up touch n go. Selepas itu kami terus bertolak ke Selatan menuju ke destinasi masing-masing. Maka berakhirlah sudah percutian kali ini.