Showing posts with label Menara Dunia. Show all posts
Showing posts with label Menara Dunia. Show all posts

09 December 2011

Menara Dunia - Part III

CN Tower Toronto, Canada. ketinggian adalah 553.3m
- dari jauh nampak macam KL Tower je..

Canton Tower, Guangzhou China - ketinggian 600m.
Cantik berwarna warni dengan air pancur

Burj Khalifa (Arabic: برج خليفة‎ "Khalifa Tower"), juga ada memanggilnya sebagai Burj Dubai. Terletak di dalam United Arab Emirates dan setakat ini merupakan menara tertinggi di dunia dengan ketinggian 829.84 m (2,723 ft)


Absolute World merupakan kondominium menara berkembar, menara ini juga dikenali dengan nama The Marilyn Monroe Towers, terletak di Mississauga Ontorio Toronto. Ketinggian menara pertama adalah 179.5 m (589 ft) dan menara kedua adalah: 161.2 m (529 ft)


Busan Lotte World Tower mempunyai 110-floor, dengan ketinggian 510.1 m (1,674 ft) menara tertinggi di Busan, South Korea. Manakala ia merupakan menara ke6 tinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Shanghai Tower, Abraj Al Bait Towers, One World Trade Center and Pentominium.

From Wikipedia, the free encyclopedia

06 December 2011

Menara Dunia - Part II

Cantik bangunan ini bentuknya unik sangat. Atasnya nipis, boleh tahan ke... hebatnya arkitek dan jurutera yang membina bangunan ini. Kalau tak silap ini Shanghai World Financial Central, China dan tingginya adalah 492 m

Ini adalah Elfel Tower dan pastinya di Paris, dah 2 kali saya ke Menara ini tetapi tak pulak sempat nak naik ke atas. Setiap hari ramainya manusia yang beratur di awal pagi utnuk menunggu giliran menaiki menara ini. Mungkin lain kali saya akan cuba untuk menaikinya... insyaallah.


Dapat nak agaknya menara apa ini...


Kalau tak silap menara ini adalah menara Wilis Tower di Chicago, USA

Saya kurang pasti menara apakah ini, tapi nampak macam Tokyo Sky Tree tetapi nampak lebih runcing dan tinggi lagi.

Hebat teknologi mereka membina menara ini. Perkiraan tentunya perlu tepat supaya ianya nampak seperti besi yang dipusing. Apa nama menara ini dan di mana ya??

05 December 2011

Menara Dunia

Dah lama saya menyimpan foto-foto bangunan tertinggi di dunia. Sebelum saya nak buang, elok juga saya kongsikan bersama, mungkin boleh menambah pengetahuan am.

Taipei 101 di Taiwan. Ketinggiannya 508 m, kegunaannya adalah untuk ruang pejabat. Setakat ni ia merupakan bangunan kedua tinggi.

Apa nama menara ini??? dan di mana????

Ini kalau kita tak tahu jangan jadi rakyat Malaysia. Inilah Petronas Twin Tower Building, bangunan kembar yang tertinggi di dunia. Ketinggian keseluruhannya adalah 451.9 m.


Jin Mao Tower, Shanghai China, ketinggian 420.5 m

Di mana ini??


Siapa tahu ini World Tower di mana? Kalau tak silap namanya Burj al Arab, di Dubai, United Arab Emerites. Ketinggian bangunan ini adalah 320.96 m (1,053.0 ft)