Showing posts with label Jiji. Show all posts
Showing posts with label Jiji. Show all posts

22 July 2016

Kucing dan Kotak

Kucing memangnya tidak boleh dipisahkan dengan kotak kertas. Kotak-kotak ini umpamakan ruang permainan, tempat bersembunyi dan yang paling popular adalah tempat mereka mengasah kuku. Photo di atas dan di bawah adalah Oky yang memuatkan dirinya dalam kotak kertas A4.

Masa ni Oky masih anak kucing lagi dan dia akan rasa sangat selamat bila berada dalam kotak tersebut.

Yang ini adalah Jiji, kotak ini saya bawa dari pejabat untuk dijadikan tempat bermain mereka. Kotak ini diterbalikkan dan dia berdiri dengan megah di atasnya.

Saya lebih suka membuka kotak supaya mereka boleh bermain di dalamnya. Selalu juga ada di antara mereka yang menjadikan kotak tempat tidur. Jiji dalam kotak, Manakala Nini, Kiki dan Bujang mengintai dari luar.

Abnag dan Hero juga suka bermain dengan kotak, agaknya Hero harap Abnag keluar dari dalam kotak untuk dia masuk, tapi si Abang terus menerus duduk dalam kotak.

Abang masih menguasai kotak dan akhirnya Hero putus asa.

06 April 2016

Rehat Selepas Lunch

Disuatu waktu, masa tu adalah tengahari dan mereka dijamukan dengan makanan yang istemewa sedikit sempena menyambut ulang tahun hari lahir Mimi, Zizi, Jiji, Kiki dan Nini yang ke2 pada 12 Mac 2016 yang lalu.

Mereka sangat sukakan udang yang digoreng dengan sedikit minyak, tapi tak boleh kerap sangat sebabnya takut mereka dapat penyakit gout pulak.

Selepas semua dah kenyang maka bertaburan mencari tempat tidur menunggu dinner pulak.

06 April 2015

Adik Beradik Tidur Berdakapan

Kiki dan Jiji tidur berdakapan di atas kotak, daripada kecik hingga sekarang hubungan mereka masih baik antara mereka. Ada kalanya mereka membersihkan diri masing-masing di samping ibu mereka Oky juga kerap membersihkan mereka.

Adik dan Zizi kerap dilihat tidur bersama, Adik adalah abang kedua Zizi. Jarak umur mereka adalah 6 bulan. Adik sangat kasihkan kesemua adik-adiknya.

Pada hari yang lain, Baby (abang) juga kerap dihimpit oleh adik-adiknya untuk tidur bersama.

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.

26 January 2015

Jiji Last Bersunat

Anak bujang saya yang bungsu yang bersunat pada 8 januari 2015. Jiji adalah kucing terakhir yang bersunat selepas mak, abang dan adik-adiknya. Kelewatan Jiji bersunat disebabkan oleh dia selsema yang berpanjangan. Selepas dipantau dengan rapi alhamdulillah selsema Jiji hilang.

Kesian tengok muka si bulus kita bila dia masih dalam pengaruh bius. Mereka cuba melawan bius tetap masih tidak berdaya dan kelakuan mereka membuatkan kita kasihan sangat pada mereka. Saya akan sentiasa mengurung mereka dalam kandang kerana mereka akan cuba bergerak walaupun terpaksa mengensut. Jiji sedar sepenuhnya hampir maghrib dan cuba untuk minum tetapi muntah semula. Walau bagaimanapun dia sihat sepenuhnya keesokkan harinya.

23 November 2014

Kesian Buah Hatiku Jiji Sakit Mata

Sebalik sahaja saya dari Bengkel di Ipoh saya disambut oleh baby atau Abang. Agaknya dia rindu sanagat apabila 2 hari tak jumpa saya. Kesemua mereka sihat walafiat tetapi mata kanan Jiji merah dan banyak tahi. Kesian betul saya lihatkan dia, namun dia masih aktif seperti biasa.

Setelah dibersihkan, dilap dengan cecair pembersih mata haiwan dan dibubuhkan ubat mata, Jiji rasa selesa tidur di atas pangkuan saya sambil mengeluarkan bunyi grrrrr dengan manjanya. Kesian betul saya lihat dia dan saya biarkan dia terlelap sekejap.

Tengok tu, lena betul dia dan mungkin dia rasa sangat selamat.

13 July 2014

Ist Vaccine Buat Zizi, Jiji dan Itam

Inilah rupa anak kucing yang saya baru adopt. Kucing ini saya percayai dibuang orang, masa tu umur dia kecil lagi. Kasihan melihat dia tak tentu arah saya dan mak saya ambil dia. Sebulan dia di luar rumah saya rasa hidung dia dah dihinggap kurap. Selepas vaksin pertama saya bawa dia masuk ke rumah.

Ini adalah Jiji dan Zizi. Mereka berdua juga saya vaksinkan bersama dengan SI Itam SI Pungut. Kedua-dua budak ni sangat baik tak bersuara pun mereka leka dengan tidur dan keriuhan di hospital langsung tidak mengganggu mereka... elok je duduk diam dalam carrier mereka.

Aman dan selesa je .... Vaksin kedua budak hitam bertiga ni pada 22 Julai 2014 ni. Masa tu rasanya nak bawa Mimi, Kiki dan Nini untuk vaksin pertama mereka.

Ini juga anak kucing yang dibuang orang.. dan terpaksa dipungut oleh seseorang kerana kasihankan kerana dia terlalu kecil... Tuan mereka bawa ke hospital kerana abang dia demam. Comel sangat dan suka jalan-jalan tanpa hiraukan orang.

29 June 2014

Sun Bathing

Musim panas yang melanda Malaysia, bukan sahaja dirasai oleh kita malahan juga dirasai oleh haiwan seperti kucing. Kucing-kucing saya  mengelupur juga kerana haba panas terutamanya apabila menjelang tengahari.

Emak biasanya leboh suka rumah terbuka dan angin memasuki rumah, tetapi bagi saya pula saya lebih suka buka alat hawa dingin kerana ketidak selesaan. Biasanya masa saya di pejabat emak jarang buka alat hawa dingin sebelah siang, tetapi setiap malam mesti dibuka kerana pintu dan tingkap rumah ditutup.

Bagi menyamankan badan dan diri mereka masing-masing, maka bergelempanglah mereka di veranda kecil rumah saya yang sudah saya pasang jaring kecil.

21 June 2014

Ajar Adik tangkap Cicak

Baby memang nakal, dialah yang mula-mula memanjat kotak-kotak dan peti sejuk untuk beristirehat di atasnya. Rasanya tempat tu adalah lokasi tertinggi dalam rumah saya yang dia boleh capai.  Sejak tu Baby dan Adik sering berehat dan memandang saya dan mak dari atas peti sejuk dan kotak.

Bila adik-adik mereka besar sedikit, adik-adik kecil Baby dan Adik mula belajar memandang mengikut abang-abang mereka. Foto di atas adalah Baby dan Jiji atau Zizi sedang memerhatikan cicak berkeliaran di lampu. Mereka memerhatikan cicak tersebut sambil mengeluarkan bunyi... geli hati melihat gelagat si abang mengajar si adik menangkap cicak. Sayangnya seekor cicak pun mereka tak dapat.