Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

25 April 2015

3 Momen Saddam Husein: Mencukur Jenggot, Bertasbih pada Allah, dan Berpidato

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh sahabat kita dari Indonesia mengenai Sadam Hussien. Mari kita baca dan anda nilaikan sendiri apa yang diperkatakan oleh Sadam.

KETIKA berada dalam bui, Sadam Husein pernah ditanya: “Wahai Sadam, sekarang Iraq (hancur) tak ada kedamaian dan keamanan di sana. Jika kau keluar dari bui, butuh berapa lama untuk memulihkan kondisi ini?”

Sadam menjawab: “Saya hanya membutuhkan tiga momen. Ketika saya mencukur jenggot saya, ketika bertasbih kepada Allah, kemudian saya berpidato maka kembalilah kedamaian di Iraq.”

Awal Saddam dipenjara, adalah awal penurunan moral dan nilai-nilai Islam di Iraq. Sejak kedatangan Amerika ke Iraq dalam usaha penjajahan, bukan rahasia lagi jika para tentara AS gemar sekali mengadakan pesta minuman keras dalam jumlah banyak. Mereka menularkan kebiasaannya minum minuman keras itu kepada rakyat Iraq.

Di zaman Saddam Hussein, walaupun rejim ini termasuk diktator juga, namun saat itu tak ada bar, pub, atau tokok-toko yang menjual minuman keras. Kini, semua itu bisa ditemui dengan bebas dan terbuka di pelosok Baghdad.

Rumah bordil pun banyak yang beroperasi dan saling berebut pelanggan. Begitu pun bioskop yang kembali dibuka dan banyak memutar film-film yang berbau porno. Dulu, polisi Iraq akan menangkap pelaku kemaksiatan dan si pelaku harus mempertanggungjawabkan perbuatannya itu. Kini hal itu sudah tak ada lagi.

Tara Rasyid, seorang optamologis di Baghdad menyatakan tadinya ia bersyukur ketika Saddam Hussein digulingkan. Namun, enam bulan setelah itu, kehidupan di sekitarnya berubah menjadi neraka. “Saya selalu khawatir jika suatu waktu akan terjadi perang saudara,” ujarnya lirih kepada BBC. “Sekarang saya tidak pernah lagi percaya kepada para politisi di negara kami.”

Sedangkan Mateen Dooski, 45, berasal dari daerah Dohuk, Iraq sebelah utara, mengeluhkan sulitnya perekonomian yang tak terkendali di negaranya

SELENGKAPNYA: https://www.islampos.com/3-momen-saddam-husein-mencukur-je…/

Sumber: Islampos

Nak tahu pandangan saya: saya berpendapat hukum yang dijatuhkan kepada Saddam Hussien tu zalim. Itu hanya permainan politik dan tentunya pelakunya anda sendiri maklum!!

16 December 2013

Kepulauan Natuna: 'Bergeografikan Malaysia' Berdaulatkan Indonesia

Sabtu Disember 7, 2013 - MStar online



KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.

Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’. Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat. Kedudukan Kepulauan Natuna

Berpusatkan kota Ranai sebagai ibu negerinya, Kepulauan Natuna terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo. Mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang bertanya; kenapakah kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah Malaysia, bukan milik Malaysia?

Penduduk

Sehingga tahun 2010, dianggarkan penduduk di Kabupaten (Regency) Natuna adalah sebanyak 69,003 orang, yang terdiri daripada 35,741 orang lelaki dan 33,262 perempuan. Lebih kurang 85% penduduk di sana 85.27% adalah berketurunan Melayu dan selainnya adalah berketurunan Jawa, Sumatera dan Cina.

Bahasa pertuturan utama adalah Bahasa Melayu dielek negeri Terengganu dan Islam adalah agama utama penduduk di Kabupaten Natuna.

Sejarah

Sejarah Kepulauan Natuna tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pemerintahan di Natuna dikatakan bermula pada tahun 1597 yang didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor. Pada sekitar kurun ke-16 iaitu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, kerajaan Patani dan Johor muncul sebagai kuasa baru di rantau Tanah Melayu.

Kuasa dan pengaruh kesultanan Patani dikatakan lebih tertumpu di kawasan utara merangkumi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Menara (Narathiwat) dan Jala (Yala) sebelum dijajah Siam pada kurun ke-18. Manakala Kesultanan Johor pula menguasai kawasan selatan yang terdiri daripada negeri Pahang, sebahagian pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau.

Susur galur pemerintahan Patani di Natuna bermula apabila salah seorang puteri berketurunan pemerintah asal Natuna bernama Puteri Wan Seri Bulan yang telah berkahwin dengan Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani, seorang kerabat diRaja Patani. Zuriat dari pasangan ini telah menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna.

Selain dari itu, antara pemerintah yang terkenal ialah Wan Muhammad al-Fathani yang berketurunan Orang Kaya Aling.

Baginda, yang juga digelar Orang Kaya Perdana Mahkota telah berhubung dengan pihak Inggeris pada tahun 1848 apabila Penguasa Tentera Inggeris bagi negeri-negeri Selat di Tanah Melayu, Leftenan Kolonel Butterworth menghadiahkan sebuah meriam tembaga atas jasa baginda memberikan bantuan kepada sebuah kapal milik pihak Inggeris yang pecah di sekitar pulau Natuna pada 25 Januari 1848.

Sorotan sejarah pemerintahan dan kependudukan awal bangsa Melayu di Natuna ini jelas menunjukkan bahawa kepulauan tersebut mempunyai hubungan yang lebih erat dengan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu berbanding dengan kerajaan-kerajaan dari kepulauan Indonesia ataupun pihak penjajah Belanda yang berpusat di Batavia (Jakarta).

Pemerintahan Penjajah Barat Di Nusantara


Salah satu pemandangan di Kepulauan Natuna.

Kepulauan Melayu (Nusantara) adalah gugusan kepulauan yang terbesar di dunia dan Pulau Natuna terletak di kawasan ini. Sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, iaitu bermula dari kurun ke-7 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu sangat aktif dalam bidang perdagangan dan kota-kota Melayu menjadi pusat pelabuhan yang penting, seperti Palembang, Melaka, Kotaraja (Aceh), Patani dan Brunei.

Namun, kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu dan kekayaan sumber-sumber alam kepulauan Melayu ini telah mengundang minat penjajah Barat untuk datang menguasai rantau ini.. Kerajaan Melaka adalah kerajaan yang pertama jatuh ke tangan penguasa Portugis pada tahun 1511.

Melaka kemudiannya dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 sementara Bengkulu, yang terletak di Pulau Sumatera, dikuasai Inggeris pada tahun 1685.

Perlumbaan dalam mengembangkan kuasa dan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua kuasa penjajah tersebut.

Bagi menamatkan bibit-bibit konflik dan mengekalkan hubungan baik British-Belanda, Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 (Perjanjian 1824) telah dimetarai. Perjanjian ini telah membahagikan ‘Dunia Melayu’ di mana kedua kuasa tersebut secara sewenang-wenangnya melakarkan ‘peta kekuasaan’ masing-masing.

Artikel 10 Perjanjian ini berbunyi ‘Kota Melaka diserahkan kepada Raja Inggeris, manakala Raja Belanda dan rakyatnya tidak akan menubuhkan sebarang penempatan di Singapura dan Semenanjung Melaka (Semenanjung Melayu)’. Artikel 9 Perjanjian 1824 mengiktiraf pengaruh Belanda di Pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura.

Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak British tidak akan membuka penempatan di pulau-pulau di selatan Singapura dan Belanda juga tidak akan membuka penempatan di Semenanjung Melayu.

Perjanjian 1824 ini telah menjarah sempadan di kepulauan Melayu dan kesannya kekal sehingga ke hari ini.

Kesan Perjanjian 1824 ke Atas Kepulauan Natuna

Secara umum, boleh dikatakan bahawa Perjanjian 1824 tidak meletakkan kepulauan Natuna dengan jelas sama ada di bawah pengaruh Inggeris atau Belanda.

Akan tetapi, Perjanjian 1824 ada mengatakan yang Belanda tidak akan menubuhkan penempatan di utara pulau Singapura dan Semenanjung Melayu yang diiktiraf sebagai wilayah British.

Wilayah Belanda adalah di pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. Dari sudut geografi, Kepulauan Natuna bukanlah gugusan kepulauan yang terletak di selatan pulau Singapura.

Kepulauan Natuna Sebagai Wilayah di Dalam Indonesia

Kepulauan Natuna telah dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia, Provinsi Sumatera Tengah bertarikh 18 Mei 1956.

Kabupaten Natuna kemudiannya telah ditubuhkan di dalam Provinsi Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang No. 53 Tahun 1999 yang telah dikuatkuasakan pada 12 Oktober 1999.

Namun, jika dilihat pada peta Asia Tenggara, jelas menunjukkan bahawa Kepuluan Natuna secara semulajadinya terletak sejajar dengan lokasi negeri Terengganu, sekiranya garis lurus dilukis dari pesisir negeri berkenaan ke arah timur.

Sempadan Indonesia jelas melengkung ke atas dan bukanlah dalam satu garisan yang lurus.

Kepulauan Natuna menjadi salah satu aset utama dalam menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan terbesar di dunia.

Dalam melukis garis kepulauan bagi membentuk perairan kepulauan, satu garis melengkung telah dilukis dari Pulau Bintan ke arah utara menyambung Kepulauan Anambas dan seterusnya Kepulauan Natuna sebelum garis ini melengkung ke bawah untuk bersambung dengan provinsi Kalimantan Barat.

Berdasarkan sumber sejarah, adalah munasabah untuk mengatakan Kepulauan Natuna tidak banyak mempunyai perkaitan dengan negara Indonesia. Kepulauan Natuna berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua.

Wilayah-wilayah ini yang menjadi milik Indonesia yang mewarisinya daripada bekas penjajahnya, Belanda apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945. Konsep yang wujud di dalam undang-undang antarabangsa ini dipanggil utti possideti juris.

Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Juga, Perjanjian 1824 tidak secara jelas meletakkan kepulauan Natuna di bawah pengaruh Belanda.

Malah, sekiranya Perjanjian 1824 diteliti, Belanda tidak berhak membuka penempatan di mana-mana kawasan di utara pulau Singapura yang jelas berada di dalam kawasan pengaruh British.

Secara logiknya, memandangkan kepulauan Natuna masih berada di dalam wilayah lingkup kerajaan Johor saat Perjanjian 1824 ditandantangani, ianya patut berada di bawah pengaruh British, yang menjadi penaung bagi kesultanan Johor pada ketika itu.

Oleh itu, mungkin timbul hujah yang mengatakan kepulauan Natuna sepatutnya berada bersama Malaysia apabila kesultanan Johor merdeka di dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 menerusi konsep utti possideti juris.

Tuntutan ke Atas Kepulauan Natuna

Indonesia secara rasmi memasukkan kepulauan Natuna sebagai wilayahnya pada tahun 1956, setahun sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan dan 6 tahun sebelum berlakunya Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.

Tanah Melayu pada ketika itu masih lagi diperintah British dan belum lagi menjadi sebuah negara berdaulat bagi menuntut ketuanan ke atas kepulauan Natuna. Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku pada tahun 1962-1966 berkemungkinan telah mengalih pandangan pemerintah Malaysia pada ketika itu yang lebih menumpukan untuk menamatkan konflik dengan Indonesia.

Manakala Indonesia pula memerlukan kepulauan Natuna supaya garis kepulauan dapat dilukis menghubungkan pulau-pulau di dalam Indonesia bagi mencipta sebuah lingkungan laut kepulauan bagi memenuhi hasratnya menjadi sebuah negara kepulauan (Archipelagic State) berdasarkan undang-undang laut antarabangsa.

Makanya, besar kemungkinan, atas dasar ingin menamatkan konfrantasi dan berbaik-baik dengan jiran serumpun, isu tuntutan kedaulatan ke atas kepulauan Natuna mungkin tidak menjadi keutamaan pemerintah Malaysia pada ketika itu. Sehingga kini, Malaysia mengiktiraf kedudukan kepulauan Natuna sebagai sebuah wilayah dalam negara kepulauan republik Indonesia.

Di bawah konsep undang-undang antarabangsa, sesebuah wilayah itu boleh diperolehi oleh sesebuah kerajaan atau kuasa pemerintah melalui empat cara iaitu perluasan wilayah melalui cara semulajadi (accretion), penyerahan wilayah (cession), penjajahan, dan effective occupation ataupun prescription.

Prescription merujuk kepada tindakan sebuah negara yang mezahirkan kedaulatan dengan cara mengamalkan penguasaan ke atas wilayah tertentu tanpa dibantah oleh negara-negara lain.

Berdasarkan fakta ini, boleh dikatakan bahawa Indonesia telah menguasai Pulau Natuna selama 56 tahun tanpa bantahan dari Malaysia sejak tahun 1956.

Oleh yang demikian, adalah sukar untuk ketika ini bagi Malaysia menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Natuna walaupun berdasarkan fakta geografi dan sejarah, kepulauan Natuna memang mempunyai pertalian yang kuat dengan negeri-negeri di Semenanjung Melayu.

Kesimpulan

Fakta-fakta sejarah jelas menunjukkan kepulauan Natuna mempunyai perkaitan yang lebih jelas dan kukuh dengan negeri-negeri Tanah Melayu berbanding kerajaan-kerajaan awal di kepulauan Indonesia.

Akan tetapi, tiada tuntutan konsisten pernah dilakukan oleh Malaysia dan kependudukan Indonesia di kepulauan Natuna tidak pernah dibantah oleh Malaysia.

Kedaulatan Indonesia ke atasnya telah mencipta ruang lingkup wilayah Indonesia yang membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sehingga kini, kepulauan Natuna kekal sebagai sebuah wilayah Indonesia walaupun yang secara geografinya, kedudukan kepulauan tersebut lebih sejajar dengan kedudukan Malaysia.

Artikel ini disumbangkan Oleh MOHD HAZMI MOHD RUSLI (Ph. D) pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu. MOHD AFANDI SALLEH (Ph.D) seorang pensyarah kanan Universiti Sultan Zainal Abidin dan seorang Felo Bersekutu di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu dan WAN IZATUL ASMA WAN TALAAT (Ph. D), seorang profesor madya di Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu.

09 September 2013

Kalimah Allah: Doa Rakyat Indonesia

Saya sangat rasa terharu apabila mendapat tahu bahawa rakyat negara jiran kita iaitu Indonesia jua mendoakan ke atas kemenangan kita bagi Rayuan Khalimah Allah Makamah Malaysia, bagai mana dengan kita wahai saudara seIslam Malaysia? Apa yang perlu kita buat, setidak-tidaknya kita juga perlu berdoa supaya kita berjaya.

Indonesia telah mengalami kepayahan dalam mengekang hasutan Kristian terhadap anak-anak Islam kerana tektik Kristian yang bertindak selari dengan ajaran kita. Sebelum anak-anak kita keliru bagi kita cegah. 

Kepada rakan-rakan dan saudaraku di Indonesia terima kasih dan mohon diteruskan dia tersebut.

Jom baca artikel di bawah:

Permohonan Majalah Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan majalah versi Bahasa Melayu merupakan agenda tersirat pihak missionary kristian mengikis syiar Islam di Malaysia.

Ketagihan tersebut nyata melanggar ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam adalah Agama Rasmi Malaysia sekaligus mencabar kesabaran umat Islam.

Taktik dan strategi missionary kristian ini yang telah berjaya dilakukan di negara jiran kita; Indonesia dan kini secara halus ia cuba dilakukan di Malaysia.

PERTAMA, di Indonesia umat Islam di sana DIBINGUNGKAN dan DIKELIRUKAN dengan penggunaan istilah-istilah bahasa Arab dan Islam oleh para missionary kristian seperti perkataan kalimah "ALLAH”, makmum, jemaah, doa, zikir, amal ibadat, sedekah jariah , ummat beragama, iman, rohaniyah, Ruhul kudus dan sebagainya.

Missionary kristian turut mengubah corak dakwah mereka dengan menukar waktu ibadah ‘Sunday Prayer’ kepada ‘Friday Prayer’ yang disebut sebagai ‘Ibadat Juma'atan’ yang sama waktunya seperti solat Jumaat bagi umat Islam. Mereka turut mengalun kitab bible dalam bahasa Arab bagi menarik minat pendengar. Ini bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa kristian juga adalah agama samawi (langit) dan diturunkan lebih awal kepada orang Arab. Jadi mengapa umat Islam tidak boleh menerima kristian kerana masing-masing menyembah “ALLAH”?

KEDUA, umat Islam sering DIDOKTRIN dengan dakyah dan idea LIBERALISME, KEBEBASAN serta HAK ASASI MANUSIA dalam setiap tindak-tanduk mereka. Golongan sasaran adalah para mahasiswa dan golongan masyarakat bawahan dengan tema kemiskinan rakyat, tekanan ekonomi dan kepincangan pemerintahan. Mereka sering diupah untuk berdemonstrasi dijalanan membuat kacau atau berwacana memprotes apajua dasar kerajaan.

KETIGA, ketika rakyat leka dengan rasa tidak puas hati membuak-buak kepada pemerintah, pada masa itulah mereka diperkenalkan dengan idea-idea kesaksamaan dan sama rata dimana hanya dengan idealisme ‘semua dapat merasai benda yang sama tanpa mengira status ras dan agama’ maka barulah akan wujud keadilan sosial. Hiburan-hiburan yang melampau digunakan untuk melalaikan umat Islam dari ibadah wajib mereka.

KEEMPAT, ketika rakyat tidak lagi mahu mendengar apajua kebaikan yang dilakukan pemerintah, ketika itulah jarum-jarum Kristianisasi mula memasuki dan merasuk rakyat kononnya pemerintahan Islam banyak membawa keburukan kepada rakyat dan negara. Kristian dipromosikan sebagai agama penyelamat. Sedangkan Islam sebagai agama yang banyak bawa bencana di dunia. Ketika ini idea Jesus Al Masih atau Mesiah Sang Penyelamat mula dicanangkan sebagai bagi menyelamatkan kegawatan ekonomi dan politik negara.

KELIMA, ketika keadaan rakyat yang semakin tertekan akibat kegawatan ekonomi, mereka kurang menghiraukan soal-soal agama, kepentingan bangsa mahupun kedaulatan negara. Ketika ini dakyah kristianisasi gereja akan memujuk rakyat dengan pelbagai bantuan wang, makanan, khidmat pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan yang berselindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti-parti politik atas dasar ‘kepedulian bangsa’ dan ‘kebersamaan’. Dana asing ketika ini akan mencurah-curah masuk dan promosi khidmat masyarakat tersebut diberikan secara besar-besaran melalui pelbagai alternatif media.

Pihak missionary mendampingi golongan sasaran melalui kunjungan agen-agen mereka ke masjid, surau, pesantren dan rumah-rumah kebajikan antaranya melalui majlis berbuka puasa bersama, pemberian Al Quran, sumbangan kewangan dan barang keperluan kepada ketua-ketua kampung, anak-anak yatim serta ibu tunggal.

Para missionary kristian akan berpakaian dan berbicara sepertimana umat islam berpakaian dan berbicara, bahkan mereka semakin berani membaca ayat-ayat Quran dan hadis-hadis muktabar. Ketika ini ada segelintir umat Islam tersentuh dengan budi baik pihak ini dan menyokong apajua tindakan tersebut atas nama ‘kesatuan dan toleransi umat beragama’. Maka acara bersama seperti doa, solat dan ibadah puasa pelbagai agama dipromosikan dalam sesebuah acara. Idea-idea PLURALISME kian subur dan giat dicanangkan oleh tokoh-tokoh Islam sendiri.

KEENAM, apabila masyarakat muslim mula terhutang budi pada organisasi-organisasi gereja ini maka dakyah seterusnya adalah memesongkan iman seseorang muslim dengan cara mendapatkan pengakuan bahawa Islam adalah ajaran yang salah. Ketika ini apa jua berkaitan Islam, Nabi Muhammad, Al-Quran, Puasa, Zakat dan Haji dianggap sebagai ibadah sia-sia dan menyesatkan serta tidak diterima Jesus. Hati umat yang telah kotor dan keliru akibat sumber makanan haram yang diterima selama ini akan mudah dipengaruhi dakyah-dakyah kristian yang memujuk ini.

KETUJUH, apabila seseorang yang didakyahkan semakin keliru, terhutang budi dan mula meragui ajaran Islam, maka ketika ini mereka akan dipujuk rayu oleh beberapa pastor-pastor ternama yang boleh berbicara dan mengetahui selok belok Islam. Ketika ini acara brainwash atau cuci otak dilakukan secara agresif yang akan menyaksikan si individu atau kumpulan individu akan membuat ikrar untuk keluar dari Islam kerana tidak lagi yakin pada Islam. Ketika inilah PEMURTADAN secara sedar dan separa sedar berlaku.

KELAPAN, apabila diyakini seseorang individu atau kumpulan telah murtad maka acara seterusnya mereka akan dikristiankan oleh Ketua Pastor melalui upacara PEMBAPTISAN. Mereka dikehendaki meminum air ‘HOLY WATER’ atau upacara berendam di dalam air. Ketika itu iman Islam akan tercabut dan sahlah seseorang itu menjadi kristian dan kafir kepada Islam. Penganut Kristian baru ini seterusnya akan dilantik menjadi pastor-pastor yang akan menyebarkan lagi dakyah kristian terhadap umat Islam seterusnya.

Foto: Ibadah solat umat Islam ditiru untuk menggambarkan seolah-olah agama lain juga menyembah Allah dengan cara yang sama. Kononnya Islam telah mewarisi cara ibadah agama lain yang terlebih dahulu diturunkan ALLAH

http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/09/rakyat-indonisia-turut-berdoa-rayuan.html?m=1

17 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Bersama Jemaah Indonesia

Emak bergambar dengan beberapa orang jemaah wanita Indonesia di hadapan hotel. Kami gembira dapat berjumpa dengan mereka walaupun hanya dapat bermesra sekejap sahaja. Maklumlah kitakan serumpun, bahasa hampir sama dan apabila berkomunikasi pasti dalam memahami antara satu sama lain.

Allah maha mengetahui rupanya rumpun Melayu berjumpa di tanah yang berkat. Kepada teman-teman baru ku itu... sekiranya datang ke Malaysia nanti, hubungilah saya melalui blog ini agar kita boleh ketemu lagi... insyallah. Terima kasih sebab baik terhadap saya dan ibu saya.

06 October 2012

Peneraju JIL - Ulil Abshar Abdalla

punca kehancuran dunia
Liberalisma dan Pluralisma
Seorang lagi rakan Anwar di Komunitas Utan Kayu ialah Ulil Abshar Abdalla yang diberi tanggungjawab sebagai Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia).

Di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang diasaskan oleh Goenawan. Ulil Abshar adalah salah seorang staf ISAI.

Kini Ulil Abshar mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada 2001, dia mendapat sokonmgan penuh daripada Goenawan. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi.

Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung 100 peratus kepada sokongan padu Goenawan, tanpa Goenawan, Ulil Abshar dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini.


Buat masa ini, Ulil Abshar adalah Pengararh ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia ynag ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan kebebasan dalam Islam.

Oleh itu, menurut sumber, apa yang dipraktikkan Anwar bersama rakan-rakannya di Indonesia adalah satu perkara yang perlu ditangani segera kerana sudah ramai mahasiswa dan barisan muda negara diberi pendedahan yang amat buruk untuk kerajaan pimpinan Najib.


Justeru, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau perjalanan keluar masuk mahasiswa ke Indonesia terutamanya mereka yang ingin melawat Utan kayu kerana bimbang itulah agenda yang dibawa Anwar untuk menanamkan sikap benci mereka kepada kerajaan.

“Islam Liberal tidak sesuai di Malaysia apatah lagi perkara yang menjadi intipati Anwar menghalalkan apa yang diharamkan agama Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah perlu disekat".

“Saya memohon KDN pantau pergerakan mereka yang mahu ke Utan Kayu demi memastikan mahasiswa kita tidak terjerat dengan nafsu serakah Anwar” kata sumber tersebut.


05 October 2012

Neo-Con: Ancaman Baru Dari Indonesia

Selamatkah Malaysia dari hentaman wabak Liberalisma yang bakal mengheret seluruh kaum muslimin menuju Pluralisma? Pluralisma ini adalah agama yang ditaja oleh Yahudi Zionis sebagai laluan memaksa semua manusia mematuhi apa sahaja yang mereka ketengahkan termasuklah Order Dunia Baru (New World Order) di bawah pemerintahan satu kuasa mutlak, kaum Yahudi. Sejauh mana umat Islam Malaysia sensitif dengan gerakan ini bergantung kepada tahap kefahaman umat Islam terhadap bahaya yang bakal terhasil dari serangan penganut Islam Liberal. Gerakan Islam Liberal telah berpusat di Indonesia dan Turki ketika ini. Mereka menyusup ke setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda yang mentah agama. Liberalisma adalah ancaman bentuk baru kepada sekelian orang beriman.

Manusia penganut fahaman Islam Liberal ini sering mengaku sebagai golongan beriman, tetapi sebenarnya mereka hanya berimankan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka bijak berbicara dan berhujah, tetapi semuanya dipandu oleh kehendak nafsu serakah dan kenginan dunia termasuk pangkat, harta dan seks. Oleh itu, kekangan terhadap pergerakan ini wajar dilakukan tanpa sebarang tolak ansur. Mereka akan melakukan kerosakan besar termasuk menyesatkan akidah kaum muslimin. Ajaran sesat jenis baru ini didokong sepenuhnya oleh talibarut Yahudi dan mendapat bantuan dana besar dari pertubuhan-pertubuhan Yahudi Antarabangsa.

Demi politik, pastinya akan ada yang menentang amaran ini. Namun seperti biasa, politik kepartian sangatlah bejat dan ia hanya akan mendungukan akal dan membataskan tahap kematangan sesaorang. Hanya kematangan yang sempurna akan dapat memisahkan antara kepentingan agama dengan kepentingan politik. Mana patut didahulukan. Mungkinkah ada yang rela ke neraka semata-mata atas kehendak politik? Terserahlah kepada kebijaksanaan masing-masing.  

Gerila Pluralisme

Satu kejutan baru, gerakan Liberalisma dan Pluralisma yang sedang giat di Indonesia bakal melanda negara ini secara terang-terangan sedikit waktu lagi. Sebuah kem khas telah diwujudkan di sebuah tempat bernama Utan Kayu, Jakarta, Indonesia. Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) sebuah pertubuhan yang mendapat dana khas dari beberapa pertubuhan di USA menjadi tenaga pengajar dan juga pentadbir kepada gerakan ini. Ia juga bakal menjadi senjata baru bagi seorang pemimpin yang sedang bersiap sedia mengambil alih pentadbiran negara ini.
Markas ini dibiayai oleh agen luar negara yang juga bertanggung jawab membangkitkan gerakan penentangan dan pemberontakan di Timur Tengah. Markas ini dibina bagi melatih anggota gerila khusus dalam penerapan halacara (pelbagai kaedah) dalam bentuk gerak saraf. Selanjutnya anggota terlatih ini akan menyerap masuk ke seluruh lapisan masyarakat negara ini dalam masa terdekat dengan beberapa pendekatan baru. Membawa agenda Islam Liberal adalah matlamat utama kumpulan ini. Berperanan menyesatkan sebahagian besar anak-anak muda Malaysia sebagaimana yang telah mereka lakukan di Indonesia. 
Terbuktilah sekarang kenapa pemimpin tersebut sering berulang alik ke Indonesia sedikit masa dahulu. Pernah menjadi rakan kepada bekas Presiden Indonesia yang menyanjung Israel. Bersahabat baik dengan peneraju JIL sehingga menimbulkan rasa kurang senang sebahagian rakyat negara berkenaan.
Add caption
Terserahlah kepada rakyat negara ini sama ada untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin ini setelah pendedahan tersebut. Islam Liberal akan merosakkan pegangan akidah umat dan bakal mencetuskan pertelingkahan dahsyat jika ia berjaya disebarkan dalam negara ini.

Kebijakannya menyembunyikan rahsia ini amat membimbangkan terutamanya kepada para pengikut parti Islam negara yang sudah tentu tidak akan menyenanginya. Selagi pemimpin parti tersebut tidak mengiakan, selagi itulah rahsia ini selamat bagi pemimpin ini. Adakah ia dapat diklasifikasikan sebagai pengkhianatan? Terserahlah kepada pembaca untuk menilainya.

Malaysia Hari Ini - Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil ‘Malaysia Harini’, namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.

Goenawan
Pendedahan di muka depannya yang bertajuk ‘Utan Kayu markas lahir gerila anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat. Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat. Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka. 

Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang. Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.

Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja. Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.

Goenawan, Anwar dan Ulil Abshar Abdalla

Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia. 

Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.

Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama. Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.

Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.

Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi. 


Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana. Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.

Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.

Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation.

Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.

Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US State Department’s International Women of Courage kerana membela LGBT. Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.

Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.

Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.

Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka” (al baqarah ayat 120).

Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata. Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.

Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini. Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita.

sumber: brojinggo.blogspot.com

04 October 2012

Keadilan Di Tangan Hakim

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp 1 juta ke dalam topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


13 September 2012

Kenangan: Entikong Indonesia

Bergambar bersama kawan-kawan yang sama-sama bertugas sementara di Serawak, Kalau tidak silap foto ini diambil pada tahun 2003, di mana ketika itu saya telah ditugaskan untuk membuat pemantauan pembinaan 7 buah pejabat Pegawai tadbir Awam (PTA) di beberapa kem tentera di negeri ini. Boleh dikatakan pada tahun itu setiap 2 bulan sekali saya akan ke Serawak atas tujuan tersebut. Dan di masa lapang kami akan ke Entikong, iaitu sempadan antara Sarawak dan Indonesia, manakala daerah sempadan Malaysia adalah Tebedu. Dulu Entikong menerima ramai pelancong kerana ia merupakan syurga membeli belah kerana harga barang-barang di kawasan ini sangat-sangat murah manakala buatannya hampir-hampir sama dengan barangan asal.

Kini Entikong sunyi kerana Sarawak telah membuka satu lagi lokasi membeli belah juga merupakan sempadan Malaysia dan Indonesia di Sariken. Saya juga pernah di Sarikent bersama emak saya pada tahun 2009 dah macam biasalah kami juga membeli-belah di sini walaupun tidak banyak.

11 March 2012

Lagu : 25 Rasul - Oleh Seorang Pesakit Jiwa


Masyallah walaupun dia sakit jiwa dan dikurung, tetapi Allah mengurniakan kepadanya beberapa perkara penting bagi seorang insan, pertama mempunyai suara yang merdu dan mendayu-dayu, kedua dia mengingati kesemua 25 orang Rasul yang wajib kita ingat, saya sendiri pun kalau nak disenaraikan nama-nama Rasul tersebut agak merangkak-rangkak jua. Walaupun dia dalam keadaan sebegitu tetapi, pemuda ini tidak kedekut dengan senyuman. Lihat sahaja senyumannya selepas habis dia menyanyi.

Saya mendoakan semoga pemuda ini disembuhkan oleh Allah atau diberikan hidayah kepadanya. Amin

09 April 2011

Catatan Perjalanan - Lawatan Ke Universitas Gagja Madah Indonesia

Hi Kawan-kawan, jika ada kawan-kawan lama saya yang sama-sama belajar di UPM dulu semasa kita di kelas Sarjana Sains Komunikasi Korporat tahun 1999 kalau tidak silap. Terlihat foto-foto lama teringat kepada anda semua. Saja saya nak postkan beberapa foto kenang-kenangan semasa saya bersama sahabat-sahabat melawat Universitas Gadja Madah di Jogjakarta Indonesia.
Saya bersama Dr Hasan sedang berjalan menuju ke Bilik Kuliah untuk mendengar taklimat dan wacana antara 2 buah universiti dan sekali gus dari 2 buah negara serumpun tetapi mempunyai budaya yang sedikit berlainan. Bukankah kelainan itu adalah jambatan perkelanan, persefahaman dan kemesraan.
Dari UPM kalau saya tidak lupa adalah serama hampir 40 orang dan projek ini adalah salah satu projek yang menjadi kayu pengukur untuk penijazahan kami. Alhamdulillah kami semua lulus kertas ini. Saya bersama seorang sahabat sekuliah di hadapan Fakulti Social dan Politik Universiti tersebut. Kami dalam bilik kuliah sebelum taklimat dan acara wacana dan soal jawab berlangsung antara 2 Universiti. Duduk di barisan hadapan adalah rakan sekuliah yang kini telah bergelar Dr. Awan Ismail. Ramai juga sahabat sekuliah yang kini telah bergelar Dr. agaknya hanya tinggal saya sahaja yang tidak berpeluang untuk mempunyai gelaran Dr sebelum nama saya. Mungkin inilah takdir...
Bergambar beramai-ramai selepas selesai acara. Gambar kenang-kenangan untuk kedua universiti dan kedua negara. Bagusnya kami semua dapat A bagi paper ini. Tak rugi kami merantau begitu jauh. Sayang sekali hubungan kami dengan rakan-rakan di Indonesi sepi selepas itu.

20 March 2011

Catatan Perjalanan - Perjalanan dengan Keretapi Dari Jakarta ke Jogjakarta Indonesia

Ini merupakan kali pertama saya dan rakan-rakan lain meneruskan perjalanan kami dengan menggunakan perkhidmatan keretapi Indonesia. Setelah selesai tugas-tugas di Jakarta, kami harus berada di Jogjakarta dan seterusnya ke Surabaya sebelum terbang balik ke tanah air. Dari Jakarta kami bertolak dari Stesen Keretapi Gambir Jakarta ke Jogjakarta.

Gambar di atas, kami sempat bergambar bersama-sama sebelum keretapi tiba di Stesen. Di samping itu saya juga berpeluang merakamkan gambar kenangan secara solo di Stesen yang sama dalam malam yang gelap, tak nampak apa pun. Hanya landasan keretapi yang tersusun tanpa keretapi. Agak lama juga menunggu, mata dah mula mengantuk dan sah bila naik sahaja keretapi dan duduk kami mungkin akan tenggelam dalam mimpi masing-masing. Lagipun berjalanan adalah di malam hari untuk melihat permandangan adalah mustahil kerana gelap gulita.

Tahu-tahu, kawan-kawan kejut kerana distinasi yang kami tuju dan tiba. Dalam pisat-pisat masing-masing tarik beg menuju ke bas yang dah lama menunggu kami untuk ke hotel.

Ini pandangan dalam keretapi Indonesia, nampak bersih dan ceria. Saya dengan salah seorang sahabat yang sama dalam robongan tersebut. Selepas dari ini kami masing-masing melayan kepenatan badan masing-masing. Agak tidak selesa tidur di tempat duduk.

Perjalanan dengan keretapi memang selesa dan kurang rasa bimbang memandangkan satu landasan satu keretapi, kebarangkalian untuk bertembung amat tipis sekali.

19 March 2011

Catatan Perjalanan - Musium Hamengkubuwono Jogjakarta Indonesia

Keraton - adalah bahasa Jawa yang membawa erti Istana Raja. Keraton Kesultanan Jawa ini telah mula dibina pada 1755 dan berterusan sehingga hampir 40 tahun. Pemerintahan yang panjang oleh Hamengkubuwono I, setelah baginda mangkat pada tahun 1792, terdapat beberapa pembangunan ditambah kepada kompleks asal. Kalau tak silap saya kini yang tinggal hanya bahagian dalam Keraton sahaja, manakala bahagian-bahagian lain (sebahgian besar Keraton) telah menjadi bandar Jogjakarta. Nasib baik ianya sempat diselamatkan kalau tidak mungkin kita tak dapat melihat hasil peninggalan kesultanan Keraton Jawa lagi. Saya bersama beberapa lagi pengunjung Eropah sedang memasuki ruangan utama Keraton.

Kami bergambar di Balairong Seri kalau di negara kita. Dari luar bumbung balai ini kelihatan seperti bangsal biasa yang ditemui di Keraton, kecuali beberapa bahagian panel yang berlapis dengan emas dan dihiasi dengan lilin yang mahal. Cuba lihat silingnya sangat unik - maka tak hairanlah kalau berbaris panjang pengunjung menunggu giliran untuk bergambar di sini. Di belakang kami di dalam kepungan terdapat sebuah meja dan kerusi asal yang sering digunakan oleh Sultan. Di sinilah baginda menghabiskan masanya dengan tugas pentadbiran Kerajaannya setiap hari. Di satu sudut, terdapat batu tiga yang mengabadikan perjanjian rasmi antara Sultan dan Presiden Sukarno yang telah mengistiharkan Yogyakarta dengan status khusus di Republik Indonesia.

Dari penerangan petugas di sini, kesemua peralatan musik yang mempertontonkan adalah alat musik yang digunakan semasa pemerintahan Sultan dan di ruangan inilah pertunjukan seni dan kebudayaan dipersembahkan kepada Sultan. Begitu juga ruangan dan persembahan yang sama juga disajikan oleh Sultan kepada tetamu-tetamu Baginda. Kini ruangan ini masih lagi digunakan bagi tujuan yang serupa. Malangnya kunjungan kami tak kena pada jadual persembahan gamelan dan tarian tradisional Jawa. Saya kira ianya akan lebih menyeronokkan.

Saya bergambar dengan salah seorang petugas di Muzium ini, yang berpakaian Jawa trasdisional. Berbalik kepada bangunan muzium ini, seni binanya agak luar biasa, kalau tak silap mengambil contoh seni bena bangunan Belanda. Walau bagaimanapun Keraton ini telah di perintah oleh 9 Sultan Yogyakarta. Muzium Kesultanan Sri Hamengku Buwono IX (1912-1988), secara rasmi dibuka pada tarikh 28 November 1992, oleh Presiden Indonesia, Suharto.

18 March 2011

Catatan Perjalanan - Candi Prambanan Indonesia

Selepas mesyuarat Fakulti Sosial di Universiti Jogjakarta dan lawatan ke Muzium Karaton Kesultanan Jogjakarta, kami terus ke Candi Prambanan. Ketika kami sampai di Candi ini hari hampir senja, kami diberi peluang untuk meninjau kawasan ini tidak sampai 1 jam, mengikut kata juru panduarah Candi Prambanan melambangkan akan kebangkitan sebuah dinasti Hindu di Jawa Tengah. Ianya dipercayai telah dibina pada tahun 856 Masihi oleh seorang putera Hindu yang telah berkahwin dengan penguasa monarki Buddha Syailendra (dinasti yang membina Candi Borobudur). Candi Prambanan dikatakan sebagai bangunan luar biasa cantik pada abad kesepuluh. Ia menjadi terkenal semasa pemerintahan dua raja iaitu Rakai Pikatan dan Rakai Balitung.

Dalam kelam-kelam senja saya sempat juga merakamkan 3 keping gambar di sini untuk dijadikan kenangan. Rupanya ada cerita lagenda di sini, kalau tak silap jalan ceritanya hampir sama dengan cerita Tangkupan Parahu, walaupun individunya lain. Mengikut cerita rakyat tempatan di sini, patung Durga sebenarnya adalah berasl dari seorang putri cantik yang bernama Lara (Loro) Jonggrang, berubah menjadi menjadi batu disumpah oleh kekasihnya yang bernama Bondowoso, kerana marah. Kesahnya bermula apabila Jonggrang yang disukai oleh Bondowoso telah menetapkan syarat untuk perkahwinan mereka. Syaratnya di mana Bondowoso perlu membina untuknya candi dengan 1,000 arca dalam satu malam, sebelum matahari keesokan paginya terbit.

Walau bagaimanapun Bondowoso telah meminta bantuan dari dunia roh untuk menyelesaikan tugasan tersebut, dan berjaya membuat 999 patung. Bagi mengagalkan usaha Bondowoso, Jonggrang juga menggunakan sedikit tipu muslihat dengan meminta pertolongan daripada penduduk tempatan untuk menyalakan api supaya roh akan terfikir cahaya yang dilihatnya adalah matahari terbit. Bondowoso mengutuk perlakuan sang putri dan menyumpahnya menjadi arca ke1000 Candi Prambanan.

16 March 2011

Catatan Perjalanan - Tugu Bhinneka Tunggal Ika Indonesia Moden

Saya bergambar di Tugu Lambang Kebangsaan Republik Indonesia, GARUDA PANCASILA yang menggenggam irat kata-kata "Bhinneka Tunggal Ika". Di bawahnya dikawal oleh 7 Jeneral.

Bhinneka Tunggal Ika boleh diterjemahkan sebagai 'Unity in Diversity' atau 'Pelbagai jenis tapi bersatu'. Motto ini adalah prinsip terasasnya bangsa Indonesia moden di mana kesatuan esensial dari semua anggotanya dikomitedkan walaupun terdapat perbezaan etnik, serantau, sosial atau agama.

14 March 2011

Catatan Perjalanan - Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

Saya berpeluang ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII) bersama sahabat-sahabat seuniversiti semasa membuat pengajian Sarjana Komunikasi saya dulu. Yang sebenarnya kami ke Indonesia kerana projek universiti, dan diselang-seli dengan riadah dan lawatan. Salah satu tempat menarik yang dilawat oleh kami adalah di Taman Mini Indonesia Indah ini.

Gambar di atas merakamkan kenangan saya dan kawan-kawan bergambar dengan berlatar belakangkan istana seperti dalam cerita dongeng Inggeris.

Seperti yang kawan-kawan sedia maklum, di mana-mana negara maupun negeri sekalipun taman seumpama ini kerap dibina. Ini adalah bertujuan untuk memperlihatkan kepada pengunjung akan kekayaan budaya terutamnya dalam seni bina rumah kediaman tradisional, dan bagi TMII juga tidak terkecuali untuk memperlihatkan kepada kita akan budaya bangsa dari seluruh Indonesia. Indonesia negara yang terbentuk dari beribu pulau dengan sendirinya mempunyai banyak tarikan menarik lain.

Taman seperti ini boleh berfungsi sebagai tempat jogging dan juga merupakan tempat Ideal untuk pertemuan keluarga pada akhir minggu di samping menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa. Bagi kami yang hanya ada masa dalam 3 - 4 hari sahaja, untuk melawat ke seluruh Indonesia dalam jangka masa tersebut adalah satu perkara yang mustahil maka TMII ini merupakan jalan penyelesaiannya - kerana semuanya ada di sini.

Bagi saya dalam banyak-banayk rumah, rumah ini yang paling cantik dan sangat warna warni. Saya tak berapa ingat, rumah ini rumah bangsa apa, tetapi saya dan kawan-kawan yang lain sangat kagum dengan seni bina dan kehalusan kerja yang dihasilkan. Kerana untuk membina gerbang dan border tingkat serta pagar bawah rumah yang dilukis dengan pelbagai warna, perlu disertakan dengan sifat tekun, rajin dan tanpa jemu.

Kita sentuh sedikit sejarah mula pembinaan TMII. Untuk pengetahuan semua, TMII ini adalah idea dari Allahyarhamah Ibu Tien Suharto (bekas wanita pertama Indonesia). Pembangunan TMII telah dimulakan pada tahun 1971 dan ianyadirasmikan pada 20 April 1975.




Bergambar bersama kawan-kawan dan ahli pertunjukan keselamatan (Bapak-bapak polisi Indonesia kot) yang membuat latihan pertunjukan semasa lawatan kami.





Saya di halaman Replika Rumah Sumatera Barat

03 March 2011

Catatan Perjalanan - Candi Borobudur Indonesia

Ramai orang pernah terdengar nama tempat penyembahan (kuil) bagi agama Buddha yang besar pada abad ke 9 yang terletak di Pulau Jawa Indonesia iaitu Candi Borobudur. Mari saya ceritakan sedikit kisah candi ini secara ringkas. Mengikut sejarah Indonesia candi ini telah dibina oleh Raja Samaratungga, iaitu salah seorang raja di zaman pemerintahan Kerajaan Lama Mataram, baginda berketurunankan dari Dinasti Sailendra. Foto sebelah adalah saya dari berada di luar kawasan Candi, untuk ke candi ini kita terpaksa berjalan agak jauh juga secara mendaki.

Mengikut sejarah Indonesia, Borobudur telah sempurna dibangun pada 26 Mei 824, iaitu hampir seratus tahun sejak ianya mula dibangun. Menurut beberapa orang cerdik pandai nama Borobudur itu sendiri membawa erti sebuah gunung yang berteras-teras (budhara), sementara pandangan lain pula mengatakan maksud Borobudur adalah biara yang terletak di tempat tinggi. Borobudur dibina dengan 10 tingkat. Ketinggian sebelum candi ini diubahsuai adalah 42meter dan 34.5 meter selepas diubahsuai, ini kerana tingkat paling bawah bertambahan sebagai penahan struktur. Saya berada di kaki candi sebelum mula mendaki.

Daripada 10 tingkat, 6 tingkat paling bawah berbentuk bujur sedikit, manakala 3 tingkat atas adalah dalam bentuk lingkaran, dan tingat paling atas adalah stupa Buddha yang mengadap ke arah barat. Bagi kepercayaan penganut Buddha setiap tingkatan melambangkan tahapan kehidupan manusia. Saya bergambar di dinding berukiran yang mengkisahkan perjalanan kehidupan Buddha. Bagi menganut Buddha kehidupan ini juga menjadi ikutan mereka.

Mengikut ajaran Buddha Mahayana, setiap orang yang berniat untuk mencapai tahap Buddha harus melalui setiap tahap kehidupan yang digambarkan di candi ini. Saya berehat di salah sebuah tangga yang menuju ke tingkat seterusnya. Penat juga mendaki kerana terdapat juga tangga yang sangat curam.

Menurut kajian, terdapat jumlah patung Buddha 504 di candi ini termasuk patung-patung yang rosak.

Ini dia saya dah sampai ke tingkat 8 Candi Borobudur. Tingkat 7 hingga 8 berbentuk platform melingkar di mana terdapatnya 72 buah stupa di mana di dalam setiap stupa itu terdapat Buddha yang duduk. Setiap stupa berbentuk loceng dengan menampilkan susnan dekoratif rumit.




Ini adalah tempat tertinggi di Candi ini iaitu tingkat 10 terletak di tengah-tengah monumen Borobudur, stupa berbentuk loceng yang paling besar. Saya tak pasti apa yang ada di dalamnya. Nak sampai ke sini agak sukar kerana terpaksa memanjatnya pada permukaan yang licin, tapi terpaksa digagahkan juga kerana bukannya selalu kita nak datang ke sini, jadi lakukan sahaja.




Saya dan rakan-rakan bergambar sambil menikmati pemandangan ciptaan Allah Taalah yang nyaman dan Indah.

Cuba lihat pemandangan keliling yang cantik, di belakang kami ada sebuah loceng yang dah runtuh kot dan memperlihatkan patung buddha yang mengadap ke luar. Jadi bolehlah dibayangkan bahawa di dalam setiap loceng besar ni ada patung buddha. Patung ni tak sama dan mempunyai nama dan fungsi masing-masing mengikut kepercayaan penganut agama Buddha.

Berbalik ekpada sejarah penemaun candi ini. Ianya ditemui oleh seorang penjelajah Inggeris Sir Thomas Raffles pada tahun 1814, setelah ditinggalkan kerana kejatuhan kerajaan Buddha dan Hindu di Jawa sekitar abad ke14. Projek untuk mengembalikan candi ini dari hutan belukar mengambil masa, tenaga dan belanja yang besar. Setelah dipulihkan Candi ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sejak itu Borobudur telah menjadi tempat ibadah dan ziarah oleh penganut agama Buddha. Candi ini juga telah berkembang menjadi tumuan pelancongan utama di Jawa khasnya dan Indonesia amnya. Saya dan rakan-rakan dari Universiti Putra malaysia (UPM) juga merupakan mengunjung.