Showing posts with label Chase Perdana. Show all posts
Showing posts with label Chase Perdana. Show all posts

13 April 2012

Menang ke Kalah



Semalam adalah hari terakhir perbicaraan yang melibatkan pejabat lama saya? secara langsung ianya juga melibatkan saya dan beberapa kawan-kawan sejawat yang lain termasuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Ramai juga pegawai-pegawai kanan yang bersara terlibat, tetapi kerana kes inilah kami dapat berkumpul, berjumpa lagi dan bertanyakan khabar.


Pegawai-pegawai kanan tersebut masih nampak muda dan segak lagi termasuklah YBhg Tan Sri Dato' Subhan, Tan Sri Dato' Anwar, Dato' Adenan, Dato' Ramlan, Encik Shukur, Dr Hassan dan Kdr Mazlan. Selain daripada mereka, YBhg Dato' Ismail juga terlibat sama, kini Dato' Ismail bertugas di JPM. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang bekerjasama, terima kasih Encik Maniam, Ros, Mail, Zaki, Azizi, Encik Hanafiah dan terutamanya kepada Puan Azlina dan staf-stafnya.


Doakan supaya kita menang!!! kalau tidak apa agaknya tindakan selanjutnya????

Akhirnya Selesai......


Selepas setahun perbincangan kami, dari perbincangan ke perbincangan, dari mesyuarat ke mesyuarat, dari satu lokasi ke lokasi yang lain, akhirnya pada 7hb April 2012, iaitu pada hari Sabtu akhirnya selesai semua nya..... Kini kami hanya berdoa agar kami menang.


Foto-foto semasa acara perbincangan/ mesyuarat berjalan. Terima kasih kepada En Zaki dan Kementerian Pertahanan kerana menyediakan makan minum kami.








26 March 2012

Dari Jendela Chase Perdana

Mulai dari minggu kedua hingga minggu ketiga, boleh dikatakan hampir setiap hari saya bertugas di salah sebuah Jabatan Kerajaan di bangunan Chase Perdana. Semasa waktu makan tengahari ada kalanya kami tidak berhenti hanya untuk makan dan bergilir-gilir untuk solat.

Gambar ini saya ambil pada suatu hari selepas solat asar - cantik permandagan dari atas.