Showing posts with label Bujang. Show all posts
Showing posts with label Bujang. Show all posts

22 July 2016

Kucing dan Kotak

Kucing memangnya tidak boleh dipisahkan dengan kotak kertas. Kotak-kotak ini umpamakan ruang permainan, tempat bersembunyi dan yang paling popular adalah tempat mereka mengasah kuku. Photo di atas dan di bawah adalah Oky yang memuatkan dirinya dalam kotak kertas A4.

Masa ni Oky masih anak kucing lagi dan dia akan rasa sangat selamat bila berada dalam kotak tersebut.

Yang ini adalah Jiji, kotak ini saya bawa dari pejabat untuk dijadikan tempat bermain mereka. Kotak ini diterbalikkan dan dia berdiri dengan megah di atasnya.

Saya lebih suka membuka kotak supaya mereka boleh bermain di dalamnya. Selalu juga ada di antara mereka yang menjadikan kotak tempat tidur. Jiji dalam kotak, Manakala Nini, Kiki dan Bujang mengintai dari luar.

Abnag dan Hero juga suka bermain dengan kotak, agaknya Hero harap Abnag keluar dari dalam kotak untuk dia masuk, tapi si Abang terus menerus duduk dalam kotak.

Abang masih menguasai kotak dan akhirnya Hero putus asa.

09 February 2016

Bujang Nak Bawa Ke Mana Jubah Mommy Tuuuuu

Suatu pagi yang nyaman, hari Sabtu rasanya, saya keluarkan sehelai jubah yang saya beli di Mekah untuk disingkatkan. Elok-elok jubah tersebut dibentang ramai pula yang terus berbaring dengan selesa.

Lain halnya dengan si Bujang, dia terus menggigit hujung lengan jubah dan menggonggong dan mengheret jubah tersebut menuju ke dapur. Terkejut emak saya melihatkan aksi si Bujang. 

Bila dah sapai ke pintu menuju ke dapur, dia lepaskan jubah tersebut dan terus berbaring di atas jubah itu, rupanya dia nak kuasai keseluruh jubah tu untuk diri sendiri.

Namun keselesaan Bujang tidak lama, kerana Tuah Fitri dan Hero datang untuk berkongsi sama. Inilah gelagat anak-anak saya yang pantang bila saya bentangkan sesutu di atas lantai dalam sekelip mata mereka dan berkumpul. Apa nak buat biarkan je la....

08 February 2016

Jubah Mommy Jadi Sasaran

Macam yang saya pernah ceritakan dulu, kucing-kucing saya ni pantang jika kita bentangkan sesuatu di atas lantai, dengan segera mereka dan memilikinya dan tanpa segan silu terus berehat dan bersenang lenang di atasnya.

Itulah juga yang berlaku apabila saya nak pendekkan jubah yang saya baru beli. Bujang dan Hero yang merasmikannya siap Hero tidur dengan lena..

Bujang tentunya tidak puas hati kerana dia tak dapat duduk sepenuhnya di atas jubah itu.

Bujang sedang berfikir macam mana nak halau Hero dari jubah mommy. Kita tengok apa yang akan dilakukan oleh Bujang.

22 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Persiapan Pergi

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat menunaikan fardu haji buat kali ke2. Kali ini saya pergi bersama dengan adik bungsu saya Hjh Ainee yang merupakan ibadat hajinya yang pertama. Saya dan Ain menerima surat tawaran sebagai bakal jemaah haji tahun 2015 pada Disember 2015. Tabung Haji (TH) memberikan masa lebih kurang 2 minggu untuk menjawab dan mencukupkan duit dalam TH. 

Jadual penerbangan kami telah ditentukan pada 4 September 2015 dan sehari sebelum itu Ain dan saya mengambil cuti untuk berkemas-kemas. Bukan saya dan Ain saja yang sibuk untuk berkemas rupanya budak-budak meow juga sibuk. 

Tuah Fitrilah yang paling seronok berlari dan melompat apabila barang-barang diangkat dan diletakkan di atas lantai dan di dalam beg. Bergolek-golek dan menyorok-yorok dicelah-celah barang. Memang perangai kucing macam tu.

Manakala Acik lebih suka duduk dalam beg dan mengeluarkan pelbagai barang yang dah disusun rapi menjadikan beg tak terkemas. Sehinggakan ubat Asthma saya pun tertinggal.

Bujang dan Tuah sama-sama menyebok membuatkan saya dan Ain sukar untuk mengemas, tapi melihatkan foto-foto ini menjadikan ianya satu kenangan yang indah. Untuk ke mana-mana sekali pun persiapan pergi yang paling seronok, ikut hati semua nak dibawa, tetapi padahnya kita sendiri yang akan penat bawa beg yang besar. Saya dan Ain bawa beg yang kecil bagi memudahkan pergerakan kami. Lagi pun perjalanan ini adalah perjalanan ibadah, tak banyak pakaian yang diperlukan hanya 4 helai jubah, seluar panjang dan 2 pasang baju tidur. 5 pasang setokin dan pakaian dalam yang mencukupi. Lagi pun duduk di hotel kemudahan dobi atau untuk basuh pakaian sendiri disediakan. Alangkah baiknya jika semua hotel yang disewa oleh TH menyediakan perkhidmatan mesin basuh secara token. 

17 December 2015

Sibuk Nak Tolong Mommy Pendekkan Langsir

Gelagat yang memang tak berpisang dari mereka. Pantang dibentangkan apa sahaja maka mereka beramai-ramai akan duduk membersihkan diri masing-masing. Ada yang siap berguling-guling dan menutupkan muka dengan kain.

Langsir bilik tidur saya yang saya pinjam dari adik saya kenalah dipulangkan. Makanya saya pun belilah langsir yang siap dari pasar raya. Sayangnya langsir ni panjang dan saya bercadang untuk potong pendek sedikit. Bila bentang je langsir di lantai Acik dan Bujang terus membaringkan diri. 

Susah betul nak gunting dan jahitkan semula. Tak sampai hati nak halau mereka saya terpaksalah gunting dan jahit semasa mereka masih berada di atas langsir.

Selepas tu datang pulak si Tuah Fitri, tengok tu dia dah siap-siap nak bersihkan bulu dia. 

Macam puteri gelap yang cantik menawan.

Kemudian Si Adik pula menggantikan Tuah. Agaknya semua kucing memang suka kalau ada hamparan di atas lantai kot????

22 November 2015

Tuah Menumpang Kasih Abang-Abang

Tuah Fitri bagaikan anak yatim piatu, masih memerlukan kasih spesis yang sama dengannya untuk bermanja. Nasib Tuah baik sebab ada antara kucing-kucing saya yang sanggup memanjakan dia. Walaupun Tuah tidur dengan saya, tetapi mungkin dalam hati kecilnya lebih selesa tidur dengan sibulus.

Tuah bersama dengan Mimi lena tidur, sedih juga saya lihat Tuah kerana terpaksa berlisah dengan ibu dan adik-adik dia masa dia terlalu kecil. Ramai manusia yang tidak melihat nyawa haiwan sebagai sesuatu yang berharga apatah lagi untuk melihat haiwan juga mempunyai hak yang sama untuk hidup. Makanya haiwan-haiwan sebegini dibuang sahaja bagaikan sampah.

Tuah lena tidur bersama dengan Bujang. Bujanglah yang paling sayangkan Tuah, bermain dengan Tuah, makan juga bersama. Saya juga belajar daripada haiwan-haiwan ini untuk melihat dunia ini dengan kaca mata yang lebih luas. Bumi Allah ini bukan untuk manusia sahaja, malahan Allah swt menguji kita untuk melihat bagaimana kita melayanan makhluk-makhluk Allah yang lain.

02 September 2015

Salam Pengenalan Dari Bujang dan Tuah

Bujang dah dapat rasakan bahawa penghuni baru yang saya bawa balik tu yang sebenarnya adalah lauk dia. Macam kata peribahasa Melayu yang bermakna - tak kan kucing tolak ikan paling tidak menghidu. Itulah yang dilakukan oleh Bujang sekarang.

Sikap Bujang ni sedikit sebanyak mempengaruhi adiknya Tuah Fitri, apa saja yang dilakukan oleh Bujang akan ditiru oleh Tuah. Bujang mengais akurium mkanya Tuah pun mengais akurium juga.

Bujang naik akurium dan terhidu-hidu, Tuah pun buat yang sama tapi sebab akurium kecik Tuah tak ada tempat nak naik.

Akhirnya berjaya juga dia naik bila abangnya Bujang turun. Semoga Allah selamatkan penghuni baru rumah saya ni.

01 September 2015

Bila Mommy Bawa Balik Penghuni Baru

Rakan sepejabat saya, En Noorzlan beri saya 3 ekor ikan betuk atau ikan puyu untuk dipelihara. Tiba je di rumah saya pun letakkan ikan-ikan tersebut dalam akurium Amir (dulu Amir pelihara kura-kura). Itam MB dan Mimi tekun melihat pergerakan ikan tu. 

Saya letakkan akurium tu atas meja di tepi dinding, ikan-ikan tu berenang dan pergerakan itu menarik perhatian hampir kesemua kucing-kucing saya. Pada mulanya semua perhatikan je ikan-ikan dalam akurium tu dari jauh. Rasa takut dan hairan  menyelinap dalam diri mereka agaknya. 

Mereka perhatikan dulu tanpa usik kejap di atas kejap di bawah. Oky siap memanjat untuk perhatikan ikan-ikan tu dengan lebih dekat.

Manakala Tuah dan Bujang lebih berani dan lihat dengan lebih dekat, tapi Acik hanya puas hati lihat dari jauh je. Itulah gelagat 'anak-anak' saya apabila ada penghuni baru di rumah kami.

19 July 2015

Bujang dan Acik

Dua anak kucing yang saya pungut semasa di rumah saya di Taman Saga Ampang, kesemua kucing saya juga dibawa pindah ke Melaka termasuk mereka. Bujang kucing jantan dan Acik kucing betina, kedua-dua mereka seperti kekasih. Namun Acik masih terlalu kecil untuk mengerti kehidupan dewasa, jadi dia selalu marah pada Bujang bila Bujang mengurat dia. Lawak betul mereka berdua...

Nak tidur pun dekat-dekat. Si Adik suka menyakat Acik dan ada kalanya sehinggakan Acik menjerit dengan suara dia yang hilang. Setiap kali Adik cuba menyerang Acik, Bujang akan berlari datang dan tangankan Adik. Saya terfikir adakah mereka ni boleh berfikir atau mereka bertindak ikut firasat. Hanya Allah swt saja yang mengetahui ciptaannya. Ada kemungkinan haiwan juga ada fikiran dan perasaan untuk dikasihi, disayangi dan melindungi.

Bagaimana pula dengan manusia????

02 July 2015

Bujang Selamat Dioperasi

Alhanmdulillah semalam (1 Julai 2015) Bujang selamat dioperasi kerana neutered. Semoga selepas dari ini dia lebih tenang, tidak marah-marah dan tidak bergaduh dengan kucing-kucing saya yang lain.

Mula dari bertolak, Bujang bising-bising di dalam kereta dan masih mengeow apabila tiba di Vet jain, mungkin dia dapat rasakan dia diapa-apakan.

Rupanya proses di Vet jasin cepat siap dan daya bawa balik Bujang ke rumah dalam keadaan dia masih pengsan lagi. Makanya mudahlah saya memindahkan Bujang dari dalam Carrier ke dalam sangkar supaya Buajng tidak lasak apabila sedar kelak.

Bujang sedar dalam jam 12.15 tenagah hari dan mula menjilat tempat luka, saya terpaksa pakaikan e-kolar supaya dia tidak boleh menjilat luka tersebut. Menjelas petang Bujang dah ok, dah boleh minum dan makan. Dan pagi tadi saya mendapat semula Bujang saya yang nakal dan manja. Alhandulillah semuanya ok je.

26 May 2015

Gaya Tidur Bujang

Ini adalah kucing yang saya pungut padA awal tahun 2015. Sekejap saja Bujang membesar dan perlakuannya sangat manja. Kegemaran Bujang adalah tidur di atas katil dan bergolek-golek dengan selesanya.

Selepas bergolek dan mengeliat akhirnya dia terlelap juga.

Cadar dan selimut bergumpal dan akhirnya dia tidur dengan nyenyak. Buatlah apa-apa pun asalkan dia bahagia.

11 May 2015

Bujang Terkenang Semasa Bebas

Anak bujang kecik saya. Si Bujang, kucing terakhir yang saya pungut di hadapan rumah saya. Dah hampir 4 bulan dia bersama. makin manja tapi kuat sangat mengigit.

Sebelum saya ambil dia, hampir sebulan juga di berkeliaran di luar rumah. Kasihan dia, sebab selalu kena kejar dengan kucing-kucing besar. Bergolek-golek dia menyelamatkan diri. Saya tak sampai hati setiap kali dia dikejar. Apabila hujan pandai dia cari tempat teduh untuk elakkan diri dari disimbahi hujan. Masa tu dia kecil lagi saya dan mak pun ambil dia jadi keluarga kami.

Agaknya Bujang terkenang semasa dia bebas di halaman. Kini di terkurung dalam rumah tapi rasanya dia lebih bahagia dan selamat bersama dengan adik dan abang.

09 May 2015

Bujang Cepat Besar

Aduhai!! lihatlah perut Bujang ni bulat dan gendut dia... cepat betul dia besar. Ikut beberapa pandangan kucing jenis ini (jenis Singapore) adalah antara kucing bersaiz kecil. Tapi Bujang besar walaupun belum setahun dia kelihatan panjang. Rangka kucing jenis ini halus dengan muka yang kecil dan comel tetapi teliga yang besar dan capang.

Bujang buas sedikit kerana dia suka menggigit, rasanya gigitan dia menyakitkan sehinggakan adik-adik dia yang lain menjerit kesakitan atau lari serta menderam kemarahan apabila Bujang mendekati mereka. tentunya Bujang ada masalah dengan diri dia, adakah disebabkan semasa kecil dia sering dikejar kucing besar dan kini dia dia besar sedikit dia pula kejar kucing yang lain? entahlah !!