Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

06 December 2012

Percutian Cameron Highland (Perjalanan Turun) - Part 15

Permandangan di CH ini memangnya cantik, nun jauh di sana kelihatan banjaran gunung ganang yang menjadi tulang belakang kepada Semenanjung Malaysia. Nasib saya baik kerana berkongsi minat yang sama dengan ahli keluarga saya yang lain.

Kami semua minat kepada benda yang sama iaitu suka kepada permandangan indah, suka bergambar dan mempunyai kamera masing-masing, suka dan kasihan kepada haiwan terutama-tamanya kucing, suka melancong, suka bercuti, suka cendol, suka durian, suka kepada ICT terutama-tamanya gajet ICT dan banyak lagi.
Lihat awan mendung semakin menurun, inikah tandanya hari akan hujan. Selepas makan durian tanpa banyak lengah kami mengambil beberapa foto dan selepas itu kami memandu turun untuk ke utara pulak.
Sepanjang pemanduan turun dari CH, kenderaan yang menaiki CH juga banyak, oleh itu kami tidak dapat memandu dengan laju kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Semasa turun kelihatan banyak jurang-jurang yang dalam tetapi nasib baik jalanraya yang dibina oleh Kerajaan luas.
Awan makin berat dan belum pun kami tiba di bawah, hari telah hujan maka semakin lambatlah pergerakan kami. Semasa ini sentiasa ingat akan slogan jalanraya kita "pandu cermat jiwa selamat"
Di puncak banjaran kelihatan awan komulus ke? yang banyak mengandungi wap, kelihatan awan tu dah hitam tetapi awan di sebelah lagi tu putih, jadi kawan itu mungkin tidak menerima hujan nanti. itulah kejadian fenomena di sini dalam 1 kawasan tidak semestinya menerima hujan yang sama.
Selamat Tinggal Cameron Highland - entah bila kami akan ke sana lagi.....

05 December 2012

Percutian Cameron Highland 2012 (Makan Durian) - Part 14

Kami ambil keputusan untuk menikmati buah durian di pertengahan jalan semasa turun dari Cameron Highland. Dan gerai ini kelihatan menarik. 
Apabila buah pertama dan kedua tiba... kami terpaksa reject kerana kelihatan kurang menyelerakan. Kami sekeluarga sebenarnya sangat pakar dengan durian kerana kami memang penggemar durian... pernah dahulu datuk saya memiliki ladang durian yang agak besar juga di hujung kampung.
Emak makan durian dengan dua belah tangan.... sambung cerita durian di ladang datuk saya semuanya memang sedap-sedap belaka. Setiap tahaun pedagang bangsa Cina akan memajak beberapa kawasan yang dipenuhi dengan pokok durian, jadi kami makan durian free je... sarapan durian, makan tengahari durian, minum petang dengan durian dan makan malam juga dengan durian.
Selepas datuk dan ayah saya meninggal dunia, semuanya diserahkan kepada adik-adik perempuan ayah untuk diwarisi. Jadi bila kami nak makan durian cari sahajalah di gerai dan tepi jalan di mana ramai penjaja durian berniaga.
Namun rasanya macam tak jumpa lagi durian yang pernah saya makan di ladang datuk... Tengok tu Shima beriya-iya.....
Durian di sini rasanya sejum macam baru keluar dari peti sejum... maklumkan cuaca di sini sememangnya sejuk... tapi rasa durian yang sejuk tak berapa sedaplah....
Bila nak tiba lagi durian ni!!!! 
Ehhhh Shima dan Ain dah sudah ke... dah cuci tangan tu...
Buah durian yang akhir - tapi bagi kami cukuplah setakat ini....
Akhirnya tinggal seulas biji durian di atas meja dan Ain dan Amir macam tak puas lagi terpaksa gigit jari....

Percutian Cameron Highland 2012 (Shopping) - Part 13

Sebelum balik, kami sempat menyoping (bahasa sakit) di 3 buah kedai. Pertama di Cactus Point di mana kedai ini banyak menjual pelbagai jenis kaktus - bila melihatnya hampir-hampir jadi gila - punya la banyak dan pelbagai rupa dan warna. Saya pernah menanam pelbagai jenis kaktus dulu-dulu, tetapi disebabkan kesebukan kerja semuanya mati sebab tidak terjaga.

Sejenis periuk kera yang besar...

Kami melihat-lihat anak-anak kaktus - harganya mahal sedikit jika dibandingkan dengan kedai-kedai lain...

Itulah dia kaktus yang dinyatakan di atas, rasanya kedai ini mempunyai jenis dan bilangan kaktus yang terbanyak di CH ini.

Di samping kaktus, kedai ini juga ada menjual senderahati yang lain.

Kedai-kedai lain seperti Al Manshoor.....

Di kedai ini semua yang dijual lebih murah sedekit jika dibandingkan dengan kedai-kedai lain. Tapi lupalah pulak nama kedainya.

04 December 2012

Percutian Cameron Highland 2012 (Bunga Matahari) - Part 12

Kecantikan bunga matahari tidak dapat dinafikan dengan warna yang cerah dan terang. dari jauh bunga ini mudah menarik perhatian manusia maupun haiwan terutamanya lebah. Sayangnya usia bunga ini tidak terlalu panjang untuk membolehkan kita terus menikmati keindahannya. 

Bunga matahari yang mengadap matahari yang sedang menyinar. Tahukah kawan-kawan kuaci bunga matahari dihasikan dari bijinya yang terkumpul di tengah-tengah bunga tersebut.

Kuntuman bunga matahari dilihat dari sisi, bunga ini belum cukup tua untuk ditunai biji-biji bunga untuk dijadikan kuaci. Kuaci ini dimakan oleh manusia dan juga haiwan peliharaan seperti hamster.

2 ekor lebah sedang sebuk dengan tugas semula jadi mereka mengumpulkan madu....

Selain dari madu bunga, secara tidak langsung lebah-lebah itu akan mengutip debunga atau polen untuk dibawa ke sarang mereka. kata orang madu ini sangat berkhasiat kepada manusia - maha berkuasanya Allah haiwan sekicil itu mengumpulkan madu yang dapat dimunum oleh manusia.

Bunga yang baru hendak berkembang, menunduk dan akan mula menegakkan apabila mengembang dan matahari tegak di atas kepala.

Barisan bunga matahari yang terdapat di AF ini. Kalau tak silap saya hanya 1 baris ini sahaja yang ada.

03 December 2012

Percutian Cameron Highland 2012 (Bunga Mawar) - Part 11

Di taman ini terdapat satu kawasan yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga mawar/ ros. Dari jauh nampak seperti belukar dengan dipenuhi dengan kuntuman-kuntuman ros. Bunganya bukan bersaiz kecil, tetapi besar-besar belaka. Sukar untuk kita berjaya menanam bunga sebegini di sekitar rumah kita.
Ros warna perang dan terdapat tumpok-tompok kecil merah. Rata-rata semua pokok mempunyai bunga. Bolehlah kita katakan pokok-pokok di sini tidak kedekut untuk berbunga. 
Ini juga ros yang sama jenis dengan bunga di atas, hanya ianya nampak lebih segar dan cantik kerana bunga ini baru sahaja menguntum.
Bunga ros merah, cuba tengok kelopaknya, berlapis-lapis, bunga ini sangat menyelerakan - saya suka makan bunga ros kelopak merah ini.
Yang ini pula adalah ros warna pink - kelopaknya tidaklah setebal seperti bunga ros di atas, ini mungkin disebabkan jenis bunga-bunga tersebut.
Ini adalah bunga ros putih.... besar tetapi terdapat sedikit kecacatan pada kelopak bunga tersebut.

02 December 2012

Percutian Cameron Highland 2012 (Bunga Hutan/ Liar) - Part 11

Tentunya anda arif dengan bunga senduduk purple di atas, di sisni pokok ini ditanam berderet sepanjang pagar, dari jauh nampak sangat cantik kerana warna purplenya sangat kuat dan menarik perhatian.

Foto bunga-bunga ini semuanya diambil di dalam Agro Farm (AF), memang tidak rugi kami mengunjungi AF kerana banyak bunga-bunga yang kami belum pernah melihat secara terus.

Ini adalah orkid hutan yang belum pernah saya temui.. nampak sangat unit sekali seperti kepak burung yang hendak terbang, tetapi jika dilihat di muncungnya kelihatan seperti sepasang bibir tebal.

Bunga hutan seperti seekor burung berehat di atas dahan kayu.

Ada juga beberapa pokok-pokok yang bukan berasal dari tanah ini telah ditanam di AF dan hidup dengan subur serta mengeluarkan hasil

Percutian Cameron Highland (CH) 2012 (Agro Farm) - Part 10

Tempat mula-mula yang kami singgah adalah di Agro Farm (AF), sebuah ladang tanaman dan bunga-bunga yang agak besar di CH. Untuk memasuki AF ini setiap pengunjung dikenakan bayaran, tetapi bayarannya sangat murah dan sememangnya semua orang mampu untuk mengunjungi AF ini.

Semasa kami tiba sudah ramai memasuki AF ini, nasib baik masih ada parkir lagi. Juru kamera kami (Ammar) sangat aktif ke mana saja dan apa sahaja yang dilakukan oleh keluarga tentunya mendapat liputan kameranya. Macam bersilat kami ....... tetapi tetap maintain dengan senyuman dan wajah ayu...

Wakaf yang disediakan tempat pengunjung melepaskan penat dan lelah. Susun atur di AF ini juga bolehlah dikatakan OK kerana banyak juga disediakan taman bunga kecil beserta dengan bangku dan tempat berehat kerana pengunjung yang datang bukan semuanya orang muda terdapat juga warga emas dan kanak-kanak kecil dari pelbagai bangsa.

Shima di salah satu taman di AF, di belakang Shima terdapat 1 kolam ikan seperti kolam di taman Jepun.

Kami bergambar di bawah rimbunan bunga menjalar, bunga pokok ini seakan-akan periuk kera tetapi warnanya lebih cerah. Sekiranya seseorang mempunyai laman yang luas, pokok ini boleh ditanam sebagai gerbang taman anda, tentunya nampak sangat klasik dan sahdu. Teringin saya.....

Lambang AF Mottonya : Pemimpin Agro Technologi. Rupanya AF ini adalah kerjasama dengan MARDI juga.

Emak dan Shima di atas buaian - nyanyilah lagu buai laju... laju buaiku laju... aku nak kawin dengan anak raja ... ha..ha..ha

Emak menikmati keindahan taman sambil berlindung di bawah rimbunan bunga menjalar.


Bangku yang kecil diduduki oleh sekeluarga, berimpit-impit kami - nasib baik bangkunya tidak patah

2 orang adik saya, Shima dan Ain dengan gaya tersendiri.