Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts

17 May 2013

Ujian Kuku Demi Keselamatan dan Kehormatan


Mesej ini sangat penting untuk anak-anak gadis/ wanita yang menukar pakaian di pasaraya/ pusat beli belah...

Cuba lakukan ujian mudah ini: Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI. Walau bagaimanapun, jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI. ITU CERMIN TEMBUS. ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA MENUKAR PAKAIAN

Jadi ingatlah, setiap kali anda melihat cermin untuk menyalin pakaian, lakukan "ujian kuku." yang mengambil masa seminit sahaja demi kselamatan dan harga diri kita sendiri.

10 November 2012

Ujian Syafawi/ Hafazan Al Quran Asas Masjid Negara 2010/2012

Borang pemarkahan Ujian Syafawi/ Hafazan Al Quran Asas Masjid Negara yang dihadiri oleh saya pada 6 November 2012 yang lalu. Format ujian kali ini adalah 2 kali beberapa keratan ayat syafawi, 2 surah hafazan dan 5 soalan tajwid secara oral. Saya telah siap sedia untuk diuji... tetapi hati tetap berdebar-debar.

Di sinilah kami semua diuji, berhadapan dengan ustaz yang bertanggungjawab menguji ilmu kami. Saat-saat awal memang berdebar tetapi selepas ini dah ok. Dan bacaan mula lancar walaupun ada tersekat sedikit-sedikit.

Melihat sahaja Al Quran yang disediakan di atas meja besar, saya rasa senang hati kerana sudah tentu tulisannya juga besar... jadi mudahlah saya nak baca... maklumlah mata pun dah kurang nampak tambahan pula mata saya yang sakit.

Hanya kami berempat sahaja peserta wanita berbanding teman lelaki seramai 9 orang. Saya sedang menunggu sementara Rashid sedang diuji di dalam. Selepas saya giliran Kak Anita pula... selamat berjaya.

09 November 2012

Selepas Peperiksaan Bertulis Al Quran Asas Masjid Negara

Foto-foto ini diambil selepas tamatnya peperiksaan bertulis Al Quran Asas Masjid Negara yang telah diadakan pada 3 November 2012 yang lalu. Walaupun hati masing-masing risau dan bimbang tetapi peperiksaan ini juga petunjuk bahawa kelas kami sudah tamat dan kata guru-guru Al Quran zaman kanak-kanak saya sudah khatam. Saya bersama dengan Kak Anita.

Sya, kak Anita dan saya sambil kami menunggu rakan-rakan lain yang masih lagi berada di dalam dewan peperiksaan. Saya keluar 15 minit lebih awal kerana terdapat beberapa soalan yang memang saya tidak dapat jawab langsung. Soalan yang diberikan hanya 40 sahaja dengan masa selama 1 jam.

Dari kanan kak Anita, Sya, Timah, Zura, Razi, Lina, Kay dan saya

Foto kami beramai-ramai di tangga ... sedihnya nak berpisah...

Kami semua bersama dengan Ustaz yang banyak berkongsi ilmu dengan kami bukan sahaja ilmu tajwid malahan ilmu-ilmu yang lain. Terima kasih Ustaz hanya Allah sahaja yang membalas budi baik Ustaz.

08 November 2012

Tanda Disayangi Allah: Saya Sakit Mata

Bengkak di mata saya semalam (7 Nov 2012)
Memang menakutkan apabila kita diuji dengan kehilangan salah satu dari panca indera - seperti saya Allah menguji saya dengan sakit mata.... sakit mata yang saya hadapi ini bukannya sakit mata yang boleh berjangkit tetapi sakit mata disebabkan oleh jerawat yang tumbuh di sebelah dalam kelopak mata... bukan satu tapi ada 3 jerawat kat situ. Sakitnya bukan kepalang tetapi yang paling dibimbangi bukan sakitnya tetapi pandangan mata yang tidak jelas dan sangat terganggu. Masa inilah saya terfikir jikalau Allah menarik terus panca indera ini, bagaimanalah agaknya kehidupan saya. Dan biasanya manusia di saat beginilah mula berfikir dan menoleh ke belakang cuba melihat semula apa yang sudah dibuat dengan mata yang sihat di sepanjang masa mata itu diberi pinjam oleh Allah. Masa inilah saya berdoa agar saya diberikan semula panca indea ini untuk dimunfaatkan.

Bengkak mata saya hari ini sebelum
berjumpa doktor jam 10.00 pagi tadi
Cerita sakit mata saya bermula pada minggu lepas atau 2 mingu lepas yang llu, bila mata saya terasa gatal-gatal. Bagi meredakan rasa gatal saya meletakkan eye-more, tetapi mungkin disebabkan makan udang 2 kali pada minggu lepas akibatnya pada 6 November pagi mata saya dah mula bengkak sedikit, namun begitu saya masih boleh ke Masjid Negara untuk menghadapi ujian safawi/ hafazah Al Quran.

Pada 7 Nov pagi surut mata saya masih tidak berubah tetapi saya masih boleh memandu ke pejabat. Pada hari itu adalah hari yang sibuk buat saya... pagi saya terpaksa ke KIP Sentul dan di sebelah petangnya saya menghadiri mesyuarat di JKR Jalan Salehudin. Malangnya pagi tadi mata saya menjadi lebih bengkak dan sehinggakan tidak boleh membuka mata yang sakit itu.

Tak apa semuanya adalah ujian Allah yang menunjukkan bahawa Allah sayang saya. Alhamdulillah... saya akan pergunakan mata saya untuk perkata yang lebih baik dan menfaat lagi... terfikirla pulak untuk mendermakan mata-mata ini selepas saya meninggal... ok ke?????


Peperiksaan Kelas Al Quran Masjid Negera

Ini dia Kertas Soalan Tajwid Kelas Al Quran Asas yang saya tenung, belek dan ulang membaca selama 45 minit. Soalannya boleh tahan susah dan saya macam kurang yakin untuk dapat cemerlang dalam paper ini. Markah bagi paper ini hanyalah 40% dari markah keseluruhan tetap jika banyak salah dari betul markahnya nanti boleh menyumbang kepada kegagalan. Semoga dijauhkan.

Sementara menunggu kertas soalan diedar dan taklimat disampaikan, saya sempat minta seorang teman sekuliah mengambil gambar saya dalam keadaan berdebar-debar. Memanglah kawan-kawan melihat saya tersenyum tetapi yang sebenarnya saya bimbang dan risau.

Doakan saya berjaya dengan cemerlang, kerana Allah sahaja yang dapat mengubah sesuatu "kun faya kun" 

02 May 2012

‎10 Surah Dapat Menghalang Daripada 10 Ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

03 December 2011

Manusia Bertanya, Al-Quran Menjawab

Allah menjadikan manusia dengan akal fikiran dan nafsu. Kedua-dua elemen inilah yang menjadikan faktor penyebab berlakunya pelbagai perkara di dunia ini, sama ada yang baik ataupun sebaliknya. Kehancuran dunia ini nanti juga adalah disebabkan nafsu memimpin manusia dan bukannya akal fikiran. Sehubungan dengan itu, memang menjadi fitrah manusia tidak pernah puas dan sentiasa cuba mencari yang lebih leih lebih dan lebih.....

Maka lahirlah banyak persoalan mengapa itu, kenapa ini dan sebagainya. Antara persoalan biasa adalah seperti berikut, pun begitu kitab suci Al-Quranul Karim ada penjelasannya. Oleh yang demikian bacalah ia beserta dengan tafsirannya sekali.

Saya memperoleh artikel ini dari sahabat melalui email.

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12