Showing posts with label Azman. Show all posts
Showing posts with label Azman. Show all posts

28 February 2015

Zman Belanja Shopping

Selepas belanja makan tengahari, adik saya Azman belanja pulak makanan ringan yang lain. 

Saya dan emak sedang tunggu Zman selesaikan bayaran di kaunter bayaran.

Zman menyorong cart dan diikuti emak selepas selesai berbelanja.

Roti, Nata De Coco, Makanan sejuk beku untuk emak, buah papaya untuk emak, buah pisang kaki (persimmon) untuk saya, kacang, twister dan ikan untuk kucing-kucing saya. Terima kasih ya man semoga dimurahkan rezeki dan panjangkan umur serta bahagia sekeluarga. Ameen.

26 February 2015

Lunch di Kluang Stesen

Alhamdulillah adik saya Azman tiba di rumah pada hari Selasa 17 Februari 2015, masa ni saya masih lagi cuti sakit dan tidak boleh memandu lagi. Makan tengahari hari itu Zman belanja kami makan di Kluang Stesen Tesco Ampang. Mak dengan makanan kegemaran dia Ikan tempura dengan mayo dan kentang goreng. 

31 July 2013

Selamat Hari Pahlawan 2013 Ayah, Zman dan Zmee


Selamat Hari Pahlawan kepada pahlawan-pahlawan di seluruh negara terutamanya pahlawan keluarga saya iaitu arwah ayah, zman dan zmee. 
Terima kasih atas jasa tuan-tuan sekelian.

06 April 2013

Happy Birthday Azman

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Azman - yang keberapa itu kena tanya pada orangnya.
Saya nak ucapkan selamat menyambut hari lahir yang paling utama jangan sekali-kali dilupakan bahawa hari ini pada beberapa puluh tahun yang lepas emak sedang dalam kesakitan untuk melahirkan dia. Dalam kegembiraan menyambut hari kelahiran bersama keluarga tercinta, tidak patut kalau terlupa pada orang yang bertanggungjawab membawa kita ke dunia betul tak.

Semoga Allah sentiasa melindungi dia dan keluarganya, diberikan rezeki halal yang melimpah ruah dan ditingkatkan iman.

28 August 2012

Terima Kasih Pahlawanku


Ayah saya semasa mudanya adalah seorang anggota tentera yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Darat United Kingdom (British Army), sebagai tentera banyak kem-kem tentera yang telah kami jelajahi kerana mengikut ayah berpindah randah.

Legasinya diikuti oleh 2 orang anaknya iaitu adik saya Kdr Azman bin Haji Ahmad TLDM yang kini berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Gambar ini gambar lama semasa beliau berpangkat Lt Kdr TLDM yang bertugas di bawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu di Etophia.

Seorang lagi adik saya yang mengikut jejak langkah ayah berbakti mempertahankan negara adalah Mej (rtd) Azmee bin Haji Ahmad. Sekarang ini adik saya ini sudah berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat akhirnya sebagai Mejar dan berkhidmat di dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) itu yang duduk atas jentera perang tu.

Saya bangga kerana di dalam keluarga saya ada beberapa orang tentera yang mempertahankan negara ini, walaupun mungkin jasa mereka kecil tetapi setidak-tidaknya telah terbukti bahawa keluarga kami dan bangsa Melayu memang bangsa yang sayangkan negara tempat tumpah darah mereka. itu pandangan saya ... oh ya... saya pun tentera juga tapi sekejap sahaja.....ikuti selepas ini....

06 April 2012

Happy Birthday to Dear Brother - Azman

Today is my brother Azman's birthday. I would like to wish him happy birthday, may Allah always be with him and family.


06 April 2011

Selamat Harijadi Buat Adikku Azman

Ini sahaja kek yang akak dapat hantar man... nikmatilah. Tak celebrate dengan keluarga ke?


Hari ini 6 April pada lebih kurang 49 tahun yang lalu adalah merupakan hari yang bahagia dalam keluarga ku terutamanya buat ayah dan emak, apabila ayah dan emak menerima kehadiran adikku Azman, iaitu anak ke3 mereka. Pada masa itu aku tak tahu apa-apa pun sebab kecil lagi.

Seiring dengan itu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk Adikku Azman, semoga panjang umur dengan berkat dan dimurahkan rezki yang halal oleh Allah Taalah hendaknya. Umur yang berkat jangan dipersiakan, jadi ingat bila nak langsaikan hutang yang satu tu (menunaikan fardu haji) kat Allah. Jom kita gi tahun depan.....