Showing posts with label Akhirat. Show all posts
Showing posts with label Akhirat. Show all posts

12 February 2016

Rasulallah saw Pesan Mengenai Tanda-Tanda AKhir Zaman

Kalau dulu sahabat-sahabat baginda Rasulallah saw pernah bertanya kepada baginda mengenai ketibaan hari akhirat dan baginda menjawab sudah hampir ketibaannya akhirat itu. Kini selepas 1,400 tahun kewafatan baginda Rasul

Siapakah agaknya kaum yang benar di akhir zaman nanti? Adakah mereka yang ramai atau mereka yang sedikit. Hadis daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” Hadis ini memperlihatkan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah,

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing" Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud: “Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.”Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: “Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.

Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Perkara ma’ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w? Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat? Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (H.R. Ahmad) Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang. “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)

05 February 2016

Kita Berada di Akhir Zaman ke????: Tazkirah Pagi Jumaat

Gambar hiasan sahaja. Hanya Allah swt saja yang
mengetahui bagaimana keadaan akhir zaman. 
Rasanya ramai umat Islam yang percaya akan kedatangan akhir zaman atau kiamat. Kiamat boleh diterangkan sebagai berakhirnya kehidupan dunia yang Allah swt Sang Pencipta meminjamkan alam semesta ini untuk manusia dan semua ciptaannya tinggal, namun ianya bukannya kekal abadi. 

Bila akhir zaman itu akan tiba atau ada tanda-tandanya. Kita tak perlu gusar kerana junjungan kita Nabi Muhammad saw ada menitipkan pesan mengenai perkara ini.

Tentu ramai yang ingin tahu adakah kita sedang berada di akhir zaman?. Apakah tanda-tandanya? bagaimana kita perlu hadapi situasi ini jika benar-benar kita berada di akhir zaman. Sungguh sayang Allah swt dan Rasulallah saw kepada kita kerana meninggalkan pesanan dan tanda-tanda untuk kita hadapi zaman tersebut. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini melihat semula firmanNya dan ambil tahu akan sabdanya, semoga kita tidak sesat.

Berpegang kepada kedua-dua wasiat di atas, saya sangat yakin bahawa kita berada di akhir zaman. Terlalu banyak tanda-tanda akhirat kecil dan besar yang kita temui, namun ianya terletak ke atas diri kita sendiri untuk melihatnya secara total. Tetapi bukan semua antara kita yang sedar akan ketibaan akhir zaman beserta dengan tanda-tandanya, ini mungkin disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, rayuan syaitan, kealpaan dan keseronokan hidup dan cintakan dunia yang menyebabkan lupa akan kedatangannya. Semoga kita tidak menjadi kaum yang rugi dan kesuntukan masa.

Saya juga manusia biasa, ada kalanya terabai dan alpa kerana keindahan kehidupan dunia. Saya sendiri pun sangat bimbang untuk meninggalkan dunia ini tak tahu bila dan dalam keadaan bagaimana. Sekiranya saya bertemu juga dengan hari terakhir dunia ini, bagaimana pula keadaan diri saya? dalam barisan apakah saya nanti apabila dibangunkan semula? dapatkan saya akan syafaat Rasulallah saw? adakah Rasulallah akan tunggu saya hi hujung jambatan sirat? dan pelbagai persoalan yang timbul.

Aduhai sahabat-sahabatku, sama-samalah kita doakan agar kita dan keluarga serta orang dan haiwan kesayangan kita dipermudahkan sekiranya bertemu dengan hari itu.

Jumpa saya lagi nanti dalam tazkirah akan datang mengenai pesanan Rasulallah saw dan firman Allah swt mengenai tanda-tanda akhir zaman.

Walallah hualam dan Wasallam


11 March 2015

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA!

Tak dapat dinafikan memang ramai yang sudah memaklumi akan ketibaan hari kiamat. Tapi ramai juga yang memandang ketibaan hari penghabisan ini remeh. Jom kita kongsi artikel ini yang saya baca dari www.islamituindah.my. 

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
– Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
– Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Sumber: Islamic Eschatology

20 October 2013

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

Seperti mana yang kita tahu dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi. Di mana yang paling terkini apabila kejadian yang menggemparkan di Yaman apabila munculnya bara api dari tanah, iaitu tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz. Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham.

Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat mazmumah yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.

Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba. Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan Sehingga Kiamat

1.    Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan

       1.1 – Islam ditegakkan semula

       1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah

       1.3 – Dakwah Rasullulah

       1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

2.     Kebangkitan Khalifah

        2.1 – Wafatnya Rasullullah

        2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah,
                Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

3.     Kejatuhan Khalifah

        3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia

        3.2 – Perang Dunia 1 dan 2

        3.3 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal

        3.4 – Umat Islam berpecah-belah.

        3.5 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus
               melalui pelbagai fahaman.

        3.6 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.

        3.7 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke
                lubang biawak

         3.8 – Penzinaan berleluasa

         3.9 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa

         3.10 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

4.      Perang Dunia Ketiga

        4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan

        4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat
               (roh Islam)

        4.3 – Kemarau panjang

        4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang
                kafir/ munafik

        4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan
               bergunung ganang

Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka di dalam semua peperangan. Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

5.     Bala Bencana

        5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana

        5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.

        5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000
                wanita

        5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah

        5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.

        5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3
               penduduk dunia mati.

6.     Khalifah Islam Dilantik

        6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika
               musim haji

        6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah

        6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb
                (Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)
                Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

7.     Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)

        7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. – Pakatan Islam + Kristian
                menang

8.     Peperangan Islam Dan Kristian

        8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan
                kristian di dalam peperangan armegeddon dan mereka
                berhak memerintah bumi

        8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam

9.    Di saat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya. Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)

       9.1 – Rezeki melimpah ruah

       9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat

       9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat

       9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

10.  Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 orang dari Isfahan/ Iran)

       10.1 – Turunnya Nabi Isa

       10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa

       10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa

       10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa

       10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi

       10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung

       10.7 – Kemenangan untuk Islam

11.  Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)

       11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.

       11.2 Pembunuhan babi di muka bumi

       11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami
               maksudnya. *Kewujudan Yakjuj dan Ma’juj ini juga
               telah dibongkarkan oleh NASA

        11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan
               berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud

        11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit.
               Bumi menjadi busuk

       11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut
             membersihkan bumi.

12.   Wafatnya Nabi Isa

        12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula

* Al Quran diangkat

* Nama Allah tidak disebutkan lagi

* Gempa Bumi Tiga penjuru

* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata

* Penzinaan di tepi tepi jalan/ pasaraya

* Asap dari bumi — Sepertiman Yang berlaku Di Yaman sekarang ??

* Musnahnya Makkah dan Baitullah

* Semua Umat Islam dimatikan

* Matahari Naik di sebelah Barat — Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit Dari Barat

* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet

* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan

* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail

* Mahsyar

SUMBER ARTIKEL : zaag2010
SUMBER GAMBAR : Terowong Informasi
Melalui fuh.my

Wallahualam

Di manakah kita sekarang? Apakah kita sudah dekat dengan KIAMAT? Harap dengan perkongsian ini kita mendapat sedikit banyak manfaat dan dapat memberikan kesedaran bagi mencapai redha Allah S.W.T sentiasa mengingati sesama ummat.

03 January 2013

Mengenai Neraka Jahanam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami dan semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu Ya Allah. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu Ya Allah, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan Rahmatmu Ya Allah......Amin.....

Luasnya Neraka:

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahanam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas yang ada pada baju itu. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: 

"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam. Sama-samalah kita membaiki taraf iman diri sendiri dan keluarga. Sesungguhnya semua orang Islam adalah bersaudara. Maka sampaikan kepada sesiapa sahaja.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

24 October 2012

4 Pertanyaan Di Padang Mahsyar

Kiamat lebih teruk dari ini sehinggakan kita tidak dapat membayangkannya
Sebelum teman-teman meneruskan bacaan ini suka saya menyampaikan rasa terima kasih kepada penulis asal artikel ini yang saya sendiri tidak mengenalnya. Saya mohon maaf kerana saya membuat sedikit penambahan kepada artikel ini.

Ambillah aktibar dari artikel ini kerana kiamat memang akan benar-benar terjadi... kiamat adalah persinggahan kita ke alam yang lebih kekal. Tetapi masa kita berada di Padang Masyar lebih lama sehinggakan kita akan menyesali segala apa yang kita lakukan di dunia ini nanti. Jadi jom kita lihat apakah 4 soalan yang akan ditanyakan di Padang Masyar tu nanti.

Setiap Muslim wajib mengetahui mengenai Hari Akhir Zaman atau Hari Kiamat. Bahkan hal itu merupakan rukun iman yang kelima. Di dalam hadis-hadis shahih diterangkan bahwa setelah dunia ini hancur binasa, semua manusia yang di dalam kubur dibangkitkan dan semua akan dikumpulkan oleh Allah di Padang Mashyar. Siapkah kita menghadapi peristiwa tersebut? Apa pula yang akan terjadi pada saat itu?

Ketahuilah teman-teman bahawa pada saat itu manusia akan diminta mempertanggungjawabkan oleh Allah Ta’ala tentang segala macam yang telah dilakukan selama hidup di dunia ini. Pada hari itu sudah tidak berguna lagi harta, anak, tidak bermanfaat apa yang dibanggakan selama di dunia ini. Pada hari itu hanya ada penguasa tunggal, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan berbagai macam nikmat kepada manusia, kemudian Dia menyuruh menggunakan nikmat tersebut sebaik-baiknya dalam rangka mengabdi kepada-Nya.

Kerana Allah telah menganugerahkan nikmat-nikmat itu kepada manusia, maka sangat wajar apabila Dia menanyakan kepada manusia untuk apa nikmat-nikmat itu digunakan. Dalam sebuah hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya darimana ia peroleh dan kemana ia habiskan, dan badannya untuk apa ia gunakan.” (HR Tirmidzi dan Ad-Darimi).

Umur

Umur adalah sesuatu yang tidak pernah lepas dari manusia. Bila kita berbincang-bincang tentang umur, maka berarti kita berbicara tentang waktu. Allah dalam Al-Qur’an telah bersumpah dengan waktu: ”Demi masa”, maksudnya agar manusia lebih memperhatikan waktu. Waktu yang diberikan Allah adalah 24 jam dalam sehari-semalam. Untuk apa kitagunakan waktu itu? Apakah waktu itu untuk beribadah atau untuk yang lain, yang sia-sia?

Keadaan umat Islam saat ini sangat memprihatinkan. Ada di antara mereka yang tidak mengerti ajaran agamanya dan ada yang tidak mengerti ilmu pengetahuan umum. Bahkan ada di antara mereka yang buta huruf baca tulis Al-Qur’an. Bila kita mau meningkatkan iman dan amal, maka seharusnyalah kita bertanya kepada diri masing-masing. Sudah berapa umur kita hari ini dan apa yang sudah kita ketahui tentang Islam, apa pula yang sudah kita amalkan dari ajaran Islam ini? Janganlah kita termasuk orang-orang yang rugi.

Ilmu

Yang membedakan antara Muslim dan kafir adalah ilmu dan amal. Orang Muslim berbeza amalannya dengan orang kafir dalam segala hal, dari mulai kebersihan, berpakaian, berumah tangga, bermuamalah dan lain-lain. Seorang Muslim diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya agar menuntut ilmu. Allah berfirman: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS Az-Zumar [39] : 9)

Jika diamati ayat ini berbentuk pertanyaan namun ianya mengandung perintah untuk manusia menuntut ilmu. Menuntut ilmu agama hukumnya adalah wajib atas setiap individu Muslim, misalnya tentang membersihkan najis, berwudhu yang benar, cara shalat yang benar dan hal-hal yang dilaksanakan setiap hari. Karena bila ia tidak tahu, maka amalannya akan tertolak, dan Allah akan bertanya kenapa ia mengikuti apa yang tidak ia ketahui, seperti dalam firman-Nya: ”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS Al-Isra [17] : 36)

Ilmu yang sudah dipelajari oleh umat Islam harus digunakan untuk kepentingan Islam. Ilmu yang sudah dituntut dan dipelajari wajib diamalkan menurut syariat Islam. Ilmu tidak akan berarti apa-apa dalam hidup dan kehidupan manusia kecuali bila manusia mengamalkannya. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Beramallah kamu (dengan ilmu yang ada) kerana tiap-tiap orang dimudahkan menurut apa-apa yang Allah ciptakan atasnya.” (HR Muslim)

Harta

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Bagi tiap-tiap umat itu fitnah dan sesungguhnya fitnah umatku adalah harta.” (HR At-Tirmidzi dan Hakim)

Harta pada hakikatnya adalah milik Allah. Harta adalah amanat Allah yag dilimpahkan kepada umat manusia agar dia mencari harta itu dengan halal, menggunakan harta itu pada tempat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Bila kita amati keadaan umat Islam saat ini, banyak kita dapati di anara mereka yang tidak peduli lagi dengan cara mengumpulkan hartanya, apakah dari jalan yang halal atau jalan yang haram. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah meramalkan hal ini dengan sabdanya: ”Nanti akan datang suatu masa, di masa itu manusia tidak perduli dari mana harta itu ia peroleh, apakah dari yang halal atau dari yang haram.” (HR Al-Bukhari)

Setiap Muslim harus hati-hati dalam mencari mata pencarian hidupnya kerana banyak manusia yang terdesak masalah ekonomi lalu ia hingga tidak perduli lagi dari mana harta itu ia peroleh. Ada yang memperoleh harta dari usaha-usaha yang batil, misalnya hutang tidak dibayar, rasuah, riba, merompak, berjudi dan lain sebagainya. Orang yang mencari usaha dari yang haram akan mendapat siksa dari Allah, seperti disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: ”Barangsiapa yang dagingnya tumbuh dari barang yang haram, maka Neraka itu lebih patut baginya (sebagai tempat).” (HR Al-Hakim).

Harta yang kita dapat dengan cara yang halal harus pula kita infaqkan pada jalan yang benar pula. Bila tadi disebutkan bahwa harta itu milik Allah, maka wajib pula kita gunakan harta itu untuk dalam rangka menegakkan kalimat Allah di muka bumi ini.

Badan

Manusia merupakan mahluk yang paling sempurna yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Dengan kesempurnaan susuk tubuh serta akal fikiran yang diberikan Allah, manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi, manusia dibebani taklif agar dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Jasmani manusia ini dituntut bekerja untuk melaksanakan fungsi khalifah dalam rangka mengabdi kepada Allah.

Letihnya manusia dalam melaksanakan ibadah kepada Allah mendapat ganjaran pahala. Tetapi bila letihnya dalam rangka bermain-main, mengerjakan maksiat, perbuatan sia-sia, beribadah dengan yang tidak dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, maka sia-sia letihnya itu, bahkan ada yang akan dibalas dengan api Neraka, kerana mereka termasuk orang-orang yang celaka, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: ”Tiap-tiap amal (pekerjaan) ada masa-masa semangat dan tiap-tiap masa semangat ada masa lelahnya, maka barangsiapa lelah letihnya karena melaksanakan sunnahku, maka ia telah mendapatkan petunjuk, dan barangsiapa yang letihnya bukan kerana melaksanakan sunnahku, maka dia termasuk orang yang binasa.” (HRAl-Hakim dan Al-Baihaqi).

Demikianlah, pada hari mashyar masing-masing manusia akan diminta pertanggungjawabkan atas segala perbuatan yang telah dikerjakannya selama hidupnya di dunia. Sudah siapkan kita menjawab pertanyaan-pertanyaan itu? Kalau belum, bila lagi kita mempersiapkan diri kalau tidak sekarang?