Showing posts with label Tanda Hati. Show all posts
Showing posts with label Tanda Hati. Show all posts

24 May 2015

Tanda Hati: Dari Warga Unit Naik Pangkat

 
Tanda hati dari jiran saya iaitu warga Unit Naik Pangkat JPWPKL. Terima kasihlah sahabat-sahabatku kerana menghadiahkan saya degan sehelai tudung. Ianya bermakna bagi diri saya.

Saya mohon ampun dan maaf pada segala kesilapan percakapan dan perbuatan termasuk makan dan minum. Almaklumlah saya kerap kali mendapatkan bekalan air panas dan gula serta makanan yang sedap-sedap dari mereka.

Ini yang buatkan saya miss mereka semua. Terima kasih kepada En Nazzri KU NP dan juga kepada Hajh Zuraidah serta kepada semua warga mereka.

21 May 2015

Tanda Hati : Kuih Tat Nenas Dari Nizam

Ini adalah kukis Jem Nenas yang dihadiahkan oleh Nizam kepada saya sempena pertukaran saya dari JPWPKL ke KPDNKK Melaka. Nizam adalah bekas staf saya yang pernah berkhidmat di UPT sebelum ditukarkan ke Unit Pembangunan. Banyak jasa Nizam pada saya dan UPT, tanpa dia memang operasi kami pastinya pincang.

Nizam, mak saya dah makan kukis yang Nizam hadiahkan dan rasanya dia juga yang akan habiskan kukis ni. mak saya memang sangat suka pada tat nenas ni. Terima kasih Nizam atas ingatan dan pemberian ini. Maaf pada segala kesilapan dan dan saya doakan semoga Nizam dan keluarga dirahmati Allah swt serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Ada umur kita akan jumpa lagi.

17 May 2015

Tanda Hati: Dari Puan Raja Salsabila

 
Ini adalah tanda hati yang dititipkan oleh rakan saya Puan Raja Salsabila, pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti, JPWPKL.

Sehelai tudung dan 2 peket coklat serta sebuah kotak yang comel merupakan pengganti dirinya. Setiap kali melihat benda-benda ini, saya akan mengigati beliau dan mentitipkan pula doa untuknya dan keluarga.

Inilah sahabat saya tu, kami sempat bergambar di hari-hari akhir saya di JPWPKL. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana menjadi sahabat saya semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga. Ameen. . . .

15 May 2015

Tanda Hati: Staf UPT

Terima kasih saya ucapkan kepada semua staf UPT atas tanda hati yang diberikan sempena pertukaran saya dari JPWPKL ke KPDNKK Melaka. Tanda hati yang bererti untuk kesayangan saya yang 11 ekor tu.

Sebaik dikeluarkan daripada kotak, beberapa ekor dah ada di hadapan saya untuk mencuba board tersebut. Bujang, Acik dan Zizi terhidu-hidu untuk mengetahui apa bendanya yang menarik hati mereka.

Akhirnya masing-maisng mengambil sudut masing-masing dan cuba memasukkan muka masing-masing di celah kaki board tersebut.

Memang mereka beruntung saya yang bertukar mereka yang dapat hadiah. Terima sekali lagi ya semua . . .

15 November 2014

Tanda Hati dari Luar Negara

Selepas habis mengemas, rupanya hanya 4 biji gelas ini sahaja yang tinggal, hairan juga mana perginya yang lain. Puas saya tinjau di mana-mana, tapi tak berjumpa. Tak apalah mungkin dah pecah dan dibuang. Gelas yang tinggal ini dari USA, London dan Itali sahaja.

Yang ini adalah topeng opera yang saya beli dari Venice, Itali. Di sana memang banyak dijual topeng ini dalam pelbagai warna. Seingat saya saya ada beli 2 topeng opera ini tetapi yang tinggal hanya ini.

09 November 2014

Koleksi Loceng Tanda Hati dari Luar Negara

Semalam saya mengemas almari perfume kerana dah terlalu sesak, saya ambil keputusan untuk keluarkan semua tanda hati yang saya beli dari luar negara semasa bertugas dulu. Masa tu saya di Kementerian Pertahanan kerap ke luar negara kerana bertugas dan berkursus. Terdapat beberapa tanda hati antaranya loceng, gelas kecil dan lain-lain benda/ barangan yang bersaiz kecil. Saya bersihkan dan lap semua benda/ barangan tersebut sebelum disimpan ke dalam kotak. Rasanya macam nak share dengan anda dan juga menjadi tatapan saya kelak bila terkenang nanti tanpa membuka kotak.

 Loceng di atas berbentuk lady-milk saya beli semasa ke Ansterdam tapi dah tak ingat di mana sebab masa tu dah lama sangat.  Manakala loceng yang 2 lagi tu saya beli semasa di London pada tahun 2008 semasa saya menghadiri kursus di RIPA London. Loceng Lady D saya beli di memorial dia dan loceng Big Ben saya beli di sebuah kedai berhampiran Oxford Road. 

Loceng yang bertanda ATLANTA saya beli semasa saya berkursus di USA pada tahun 2004 di Atlanta, manakala pada tahun yang sama saya beli loceng Charleston. Loceng Canada bila ya? 

Kumpulan loceng ini adalah dari beberapa tempat di negara Itali. Loceng besar berwarna grey saya beli di Genoa semasa melakukan pemeriksaan kilang dan ujian peralatan TLDM. Manakala loceng Venezia saya beli di Venice semasa bercuti selepas tamat tugas. Dan kedua-dua loceng kecil sebelahnya adalah loceng Milan yang mengambarkan Gereja Duomo.

Saya pernah beberapa kali ke France kerana bertugas dan semasa di sana saya beli beberapa buah loceng termasuk di Monte Carlo kerana berkesempatan ke Monaco. Tempat lain di France yang saya pernah bertugas adalah di Nice, Tuolon, Paris dan melawat di Grasse. Selepas bertukar ke Jabatan Pendidikan KL saya tidak pernah berpeluang untuk bertugas atau berkursus ke luar negara lagi.

Namun begitu terdapat beberapa tempat yang pernah saya pergi tetapi tiada loceng yang dijual, sebagai ganti saya beli beberapa tanda hati yang lain untuk kenang-kenangan.

10 October 2014

Gift From KLM

Semasa mengemas almari minyak wangi dan cenderahati, saya terjumpa koleksi ini. Ini adalah koleksi rumah Holland yang saya peroleh dari Syarikat Penerbangan KLM. Ini menunjukkan 2 kali saya menaiki KLM untuk ke Perancis kerana bertugas. Biasanya pegawai kerajaan menaiki Syarikat Penerbangan MAS, tetapi disebabkan tempat duduk dah penuh terpaksalah saya menaiki KLM.

Setiap penumpang yang menduduki Kelas Perniagaan akan diberikan tanda hati ini dan kalau tidak silap mereka mempunyai 48 jenis rumah yang pelbagai rupa. Rumah-rumah ini bila dicantumkan akan kelihatan deretan rumah seperti di atas. Tak tau bila lagi nak naik KLM dengan kelas perniagaan.

13 January 2013

Hari Terakhir Tok Jah Di JPWPKL

Saya mewakili Ketua Unit Pentadbiran Am (UPT) menyampaikan cenderahati dari semua warga UPT kepada Puan Hadijah (Tok Jah) sempena persaraan beliau.

Hari ini adalah hari terakhir Tok Jah bertugas di JPWPKL dan selepas ini kalau beliau datang ke pejabat pun  atas urusan persendiriannya atau untuk berjumpa dengan kami kawan-kawannya.

 Dengan senyuman semuanya mengucapkan selamat bersara dan kami semua mohon ampun dan maaf darinya jika ada yang terguris di hati.

Selamat maju jaya dan jangan lupakan kami di sini.

11 October 2012

Yang Lama dan Yang Baru

Kata orang tidak ada yang lama, maka tiadalah yang baru. Pulse yang saya gunakan selama ini adalah purse yang diberikan oleh emak saya. Purse tersebut telah dibeli oleh beliau semasa mak bercuti di Hong Kong, jadi tentu kawan-kawan dapat mengangak yang mana satu purse lama saya. 
Disebabkan oleh penggunaan yang lasak, pada suatu hari saya ternampak bahawa 2 skrew purse ini teah tercabut dan hilang. Sayang betul kalau ianya terus  rosak kerana, purse ini datang dari jauh dan dihadiahkan oleh ibu saya. Saya ambil keputusan untuk menyimpannya. 

Sebagai ganti saya membeli sebuah purse yang baru semasa Pasaraya Sogo membuat promosi jualan murah. Jadi itulah purse yang saya gunakan sekarang.

10 October 2012

Tanda Hati Dari Seorang Teman

Pada 28 September 2012 yang lalu merupakan hari akhir bertugas di JPWPKL bagi seorang teman kami. Dia adalah rakan yang sangat akrab kerana sifat ringan tulang dan murah hati yang ada dalam dirinya. Ketiadaanya kini amat dirasai oleh kami terutamanya di sebelah pagi dan tengahari, kerana teman ini sering membekalkan kami dengan sarapan pagi yang enak seperti nasi lemak kerang, kuih kasui dan karipap. Kini yang tinggal di sini hanyalah kenangan bersamanya. Setiap kali memasuki pantry terutamanya di waktu pagi terasa akan kehadirannya dan seakan terdengar gelak tawanya. Rupanya bukan saya sahaja yang terasa kehilangannya rupanya ramai lagi.

Semalam Mas kata "rasa macam lain kalau masuk ke pantry sebab abang Nas tidak ada" dan Cik Pah pula tersebut "susu tak luak lagi" sebabnya Nas suka buat nes dengan susu yang banyak. Kebetulan semalam saya lapar dan Mas tolong buatkan mee maggi telur dan saya teringat yang Nas belum sempat merasa mee maggi telur. Kalau Nas baca nanti buatlah mee maggi sendiri... atau kalau datang ke Jabatan nanti kalau ada rezeki kita buatkan mee maggi untuknya.

Di atas adalah tanda hati dari Nas untuk saya.... Terima kasih banyak Nas

Juga kami semua mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Nas kerana sudi mengambil kami sebagai sahabatnya, kami mendoakan agar Nas bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik-baik di sana, walaupun begitu janganlah kami dilupakan.

29 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 2.

Di samping 4 buah mug Vintage yang dihadiahkan kepada saya seperti yang dimaklumkan di post sebelum ini, sahabat-sahabat saya juga menghadiahkan sebuah mangkuk hidangan Vintage yang sangat menarik bentuknya.

Banyak sungguh hadiah yang diberikan kepada saya. Apa yang dapat saya ucapkan hanyalah terima kasih banyak-banyak, hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya.

Saya sangat-sangat berharap agar diri ini tidak dilupakan, memang agak mustahil untuk kita berbual setiap hari. Tetapi sekiranya terlihat kelibat saya di mana-mana web, tegur-tegurlah... hanya cara maya ini yang boleh mendekatkan kita. Tinggalkan sedikit pesanan atau komen di blog ini.

Saya menyimpan hasrat untuk bertemu semula dengan sahabat-sahabat

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Suria

Satu lagi tanda hati yang saya terima. Ianya adalah dari seorang sahabat yang dulunya adalah ahli keluarga Pejabat Tadbir Awam dan kini beliau memberikan perkhidmatan dan kepakarannya dalam bidang ISO untuk organisasi ini dan di tempatkan di Pejabat Kualiti. Jatuh bangunnya projek ISO HAT TM ini secara relatifnya adalah terletak di tangannya. Orang yang saya maksudkan ini adalah Suria yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Su.

Dalam kesibukan memastikan projek ISO berjalan terus, sempat juga Suria menyiapkan sesuatu untuk saya. Kebanyakan staf memang memahami saya kerana saya sememangnya suka dengan bau-bauan berasaskan aromatherapy. Boleh dikatakan setiap hari, saya akan memasang bau-bauan seumpama ini di dalam bilik pejabat saya. Kerana pada saya bau-bauan ini sering kali memberikan saya tenaga yang murni di mana tenaga ini dialirkan dalam diri saya dan menjadikan aura diri lebih jelas dan bertenaga. Bukannya saya percaya pada kekuatan aura, tetapi pada saya aura juga adalah kejadian Allah yang boleh menjadikan pembawakan diri seseorang pada hari itu lebih menyerlah dan ceria. Itu pandangan saya aje.

Lilin aromaterapi hadiah dari Suria amat sesuai dinyalakan di dalam bilik tidur saya, menjadikan suasana bilik tidur lebih romantis dan bertenaga. Su... terima kasih atas pemberiannya, semoga Su dimurahkan rezeki oleh Allah, diberikan ketenangan diri dan keluarga serta cepat-cepat dinaikkan pangkat. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika saya pernah mengusik hati Su secara sengaja atau tidak, halalkan segal-galanya. Insyallah jika diizinkan Allah kita akan bersua nanti.

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Staf Awam HAT TM Part 1.

Tanpa saya sedari rupa-rupanya beberapa orang pegawai awam di HAT TM telah merancang untuk mengadakan majlis perpisahan mengejut untuk saya. Dan mereka juga telah didokong oleh semua staf-staf awam lain. Bukan setakat jamuan malahan mereka telah memberikan saya suatu tanda hati yang mahal. Sesungguhnya saya amat terharu dengan usaha tuan-tuan dan puan-puan ini.

Tak sangka pengenalan yang singkat ini telah mencetuskan ikatan hati yang kukuh antara kita. Saya amat berharap agar ikatan ini janganlah terlerai begitu sahaja. Bagi saya budi baik kalian saya simpan baik-baik dalam hati dengan diikat kukuh supaya tidak terhilang. Pada saya setiap pertemuan itu pasangannya adalah perpisahan. Selepas bertemu, kita sendiri tak tahu berapa lama kita dapat bersama untuk bertemu, berkomunikasi, bertukar fikiran, berdebat dan akhirnya idea kolektif terbentuk, kerana semuanya di tangan Allah SWT.

Namun begitu semua ini biarlah berjalan dengan rasa ikhlas dan kasih, kerana walau apa pun yang berlaku, masa itu kita masih dalam barisan yang sama. Kita berjuang untuk mencipta hasil terindah untuk organisasi, jangan sekali-kali kita membiarkan nafsu menawan akal fikiran waras - kerana jelas sekali ianya menjatuhkan sesebuah organisasi serta paling malang memisahkan sebuah ikatan persahabatan.

Terima kasih wahai sahabat-sahabatku atas pemberian ini yang mengembirakan saya. Rasanya saya tahu siapa punya idea kerana semacam faham-faham sahaja hadiah ini merupakan koleksi peribadi saya. Tanda hati ini telah berjaya memberi persepsi bahawa walaupun saya tidak berada di kalangan kalian, kalian mampu untuk terus bergerak mencapai yang terbaik untuk organisasi. Saya sentiasa mendoakan agar semua sahabat-sahabat saya di HAT TM berjaya dalam bidang masing-masing.

28 October 2011

Jubah Tanda Hati Jabatan Hasil & Pendaftaran HAT TM

Hi... semua orang... apa khabar semuanya?? tengok apa yang saya pakai hari ini? ini adalah jubah yang dihadiahkan oleh sahabat-sahabat dari Jabatan Hasil dan Pendaftaran. Ianya muat-muat sahaja dan saya rasa nampak macam saya kecil sedikit. Nampaknya kena pakai selalulah... ha.. ha.. ha.. Yang sebenarnya itu semua perasaan saya sahaja sebabnya apabila timbang berat badan saya lebih kurang je. Kalau ikut teori, kalau kurang makan tentu saya boleh kurus betul tak... ini disebabkan dah tak dapat makan makanan mess lagi. Baru sekarang saya rasa nikmatnya...

Apa khabarnya mereka yang bertugas di mess? Salehin, Ishak, Zali dan Muhamad sihat ke? Kepada sesiapa yang baca blog ni, sampaikan salam saya pada mereka dan ucapkan ribuan terima kasih pada mereka.

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Koperal Zaraini

Salah seorang sahabat saya yang sangat ceria, walaupun ada kalanya dia menghadapi masalah dia akan terus tersenyum. Adanya dia di pejabat menjadikan suasana pejabat juga ceria. 3 statement yang boleh menerangkan Kpl Zaraini (berbaju biru), ialah sentiasa senyum, rajin dan pandai sangat memasak. Kpl Zaraini juga dipanggil dengan Kpl Bro oleh rakan-rakannya - saya tak tahu secara khusus kenapa tapi rasanya boleh agak - kerana dia suka sebut perkataan BRO. Itu hanya agakan saya sahaja.

Pejabat Kpl Zaraini, iaitu Pejabat Tadbir Tentera bersebelah dengan Pejabat Tadbir Awam. Warga di sini menggunakan kemudahan yang sama jadi selalulah kami bersua muka dengannya. Tentang masakannya, saya sangat suka sekali terutamanya Laksam Kelantan- yang sangat saya suka, eeemmmm........ enaknya dan dapat saya bayangkan kepekatan kueh laksamnya, buat saya terkeliur sekarang ini. Kerana keenakan laksamnya, tanpa malu-malu saya minta dibungkuskan untuk saya bawa balik ke rumah dan nikmatinya sekali lagi. Kelakarnya bila saya kenangkan semula.

Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kpl Zaraini kerana sudi menjadi sahabat saya walaupun tak lama. Terima kasih juga atas tanda hati ini, sampai 2 set brouch dihadiahkan kepada saya. Akan saya ingat kenangan bersamanya. Di kesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf khusus daripadanya jika di sepanjang persahabatan kita, beliau ada terasa hati dengan kata-kata dan tingkah laku saya. Saya juga mohon dihalalkan makan dan minum, sebabnya dah banyak yang saya makan masakannya. Saya doakan agar Kpl Zaraini dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagian berkeluarga dan dinaikkan pangkat dengan segera.

Harap kita boleh jumpa lagi.

26 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Matron Daram



Hello semua sahabat-sahabatku terutamanya seorang sahabat saya yang bernama Matron Daram, salah seorang sahabat yang masih bertugas di HAT TM. Apa khabar agaknya dia, saya harap dia sihat-sihat aje. Saya yang sebenarnya tak berapa yakin dia akan baca blog saya ini, tapi tak apalah harap sahabat-sahabat yang lain boleh menyampaikan apa yang saya nak pesankan ini kepadanya nanti.


Saya cuma nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepadanya atas kesudian dia menghadiahkan kepada saya gelas kristal yang comel ini, warna dan bentuknyanya yang sangat menarik akan saya sisipkan kenangan ini di dalam hati saya. Setiap kali melihat gelas ini akan terbayanglah wajah dia yang kadang kala serius tetapi selalunya mesra dan kelakar, tapi tak tahulah dengan orang lain dia macam mana. Sebagai Ketua Jabatan kepadanya saya tak menghadapi banyak masalah bertugas dengannya.

Suka saya nak tinggalkan sedikit pesanan untuk sahabat saya ini - Saya amat berharap kepada Nita, Gee, Vidia, Nur, Nieza atau Liza tolonglah sampaikan kepadanya. Kata-kata itu ialah "Matron ini akan menjadi seorang yang lebih popular dan dikasihi di kalangan stafnya jika dia menukar sedikit caranya menangani staf-stafnya kepada cara yang lebih menyayangi dan mengasihi mereka. Semua staf klinikal yang ada di HAT TM semuanya baik-baik belaka, mereka hanya menunggu kelahiran seorang pemimpin yang terbaik untuk membawa mereka ke mercu kegemilangan". Saya nampak ciri-ciri itu ada dalam diri Matron Daram hanya dia perlu menukar sedikit cara komunikasi beliau. Cara yang sekarang ini bukan tak bagus, tetapi lebih bagus lagi jika ada perubahan.

Saya adalah salah seorang pengkaji manusia, saya tahu apa yang disukai manusia dan apa yang paling mereka tidak suka. Dalam diri setiap manusia mesti ada sedikit rasa ego dan harga diri. Sekiranya ego manusia dicemar, akan timbul pelbagai masalah dan isu. Jadi untuk tangani manusia ada cara tertentu. Manusia akan berasa aman dan nyaman jika berdampingan dengan ketua yang selesa dengannya. Jauhi sikap pilih kasih kerana ianya tidak pernah terbukti membantu setiap ketua memenangi hati pekerja. Dengan peningkatan tahap akademik, staf tidak layak dilayan seperti dulu-dulu dan perubahan mesti berlaku.

Perubahan dalam tingkah laku manusia akibat dari peningkatan taraf akademik tidak boleh dipandang remeh. Percayalah jika ianya dipandang remeh, sesebuah organisasi itu tidak akan berjaya dalam melayari bahtera organisasinya ke pulau impian. Kita perlu menyedari ke mana negara ini ingin dibawa oleh pemimpin negara. Negara ini sedang menuju ke negara maju, oleh itu rakyat negara ini juga berubah dari segi taraf kehidupan, taraf pendidikan, taraf kesihatan dan banyak lagi. Jangan terlalu lama berpegang kepada "sekolah lama" kita. Berubahlah. Itu saja yang saya nak pesan, dan pesanan ini juga kepada semua sahabat-sahabat yang lain. Bye jumpa lagi.....

24 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Jabatan Hasil dan Pendaftaran


Sekali lagi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga HAT TM amnya atas jasa baik dan kerjasama semasa saya berkhidmat di HAT TM. Khusus terima ksih untuk warga Jabatan Hasil dan Pendaftaran atas kesudian meninggalkan beberapa tanda hati untuk saya jadikan kenang-kenangan selama kita terpisah ini.





Kad ucapan Puan Noor Nadia. Semoga apa yang didoakan oleh Nadia dikabulkan Allah hendaknya. Amin....

Kad ucapan dari Jas, thanks Jas.

Kad Ucapan Linda, thanks Linda.

Kad Ucapan Yatie, Thanks Yatie.

Brouch dari Ketua Jabatan Hasil dan Pendaftaran Pn Noor Nadia. Terima kasih.





Untuk pengetahuan sahabat-sahabat saya, saya dah cuba jubah ini, sedang-sedang elok sahaja. Terima kasih ya atas ingatan tersebut. Akan saya ingat sehingga ke akhir hayat. Untuk semua saya berdoa supaya kalian semua dimurahkan rezeki dan dirahmati sentiasa. Amin...