Showing posts with label Putih. Show all posts
Showing posts with label Putih. Show all posts

27 June 2012

Si Putih Anak Kucing Yang Liar

Saya nak ceritakan kisah kelakarnya anak kucing yang menumpang di rumah saya - kisah SiPutih. Mula-mula dia mengendeng kat tepi pintu rumah... tunjukkan muka kesian... tapi dalam hati dia masih ada rasa takut... takut, sebabnya bila saya bergerak ke pintu, Si Putih dengan mak dia terus menyorok di bawah kereta.

Bila dia kesan tiada pergerakan saya terhadap dia... diam-diam dia masuk ke dalam rumah sedikit demi sedikit...

dan buat-buat manja dan mengosok muka di tepi pintu... saya terus tidak bergerak hanya tangan pantas mengambil gambar dia

Selepas itu dia tiba di pinggan makan dan terus makan... walaupun begitu masih lagi berhati-hati... Inilah kisah Si Putih anak kucing liar.

26 May 2012

Gelagat Putih

Putih... anak Kuning, kucng liar yang berkongsi kawasan dengan saya. Putih memang cantik, bulu dia putih dan matanya biru. Tetapi Putih ni sangat liar dan takut pada manusia. Setiap kali saya bagi dia dan ibunya makan, Putih akan memandang dari jauh, dan apabila saya beredar dari kawasan itu baru dia dan ibunya menghampiran makanan. Ada kalanya saya suka buat dia terkejut.. apa lagi maka terlompat tinggilah dia atau dia akan lari lintang pukang dan menyorok di pangkin kecil bawah pokok manggis..

 Putih cuba mendekati makanan sambil matanya liar memerhatikan keadaan keliling. Kesian.....

Putih mengendap Miz..

Mula melangkah..... untuk mendekati Miz..

Eeeeeh... kenapa pusing balik... takut ke???

25 May 2012

Kerenah Kuning dan Anaknya Putih

Tengok mata kucing ini, tak boleh percaya kucing ini memang pandai berlakun, depan kita nampak baik sangat tapi yang sebenarnya dia jahat dan garang. Betullah kata peribahasa Melayu "Alim-alaim kucing" macam tu juga dengan manusia depan orang nampak baik dan alim, tapi di belakang orang subhanallah rupanya j---t bukan main. 


Walaupun dia garang, tetapi hati ibu kucing ini tidaklah pula seperti hati sesetengah manusia yang buang anak tepi longkakng, dalam parit, buang dari atas rumah flat dan sebagainya. Kuning akan awasi anaknya kemana sahaja Putih pergi. itu yang Miz selalu kena bila Putih pergi dekat dengan Miz.

Tempat rehat dia di bawah kereta dan ada kalanya di atas kereta. itu yang buat saya marah, bila saya lupa nak tutup depan kereta dengan plastik, pagi esoknya penuh dengan bulu Kuning dan Putih ditambah pulak dengan garis kuku dia. Puas cakap dan halau tapi dia tetap suka berkongsi kawasan rumah dengan saya. Apa nak buat bumi Allah, duduklah.....

Putih teruja melihat Miz berlari-lari di halaman, memang perasaan kucing kecil suka bermain... tapi dia takut sebab saya ada berhampiran dengan Miz.

Putih sempat menyusu dari ibunya....

2 beranak yang bergelandangan....

22 May 2012

Miz V Putih

Miz kucing yang saya ambil dari Masjid, sayangnya umur dia tidak panjang dan dia mati dilanggar kereta pada 21 Mei 2012. Manakala Putih adalah anak Kuning, kucing liar yang telah lama bermastautin di kawasan rumah saya. Kuning dan Putih tidak jinak dan sedikit garang.

 Pada fikiran saya kalau umur Miz panjang, dia terpaksa berkawan dengan Putih yang hampir sebaya dengannya. Jadi saya cuba mendekatkan mereka. Walaupun sukar kerana setiap kali Miz cuba nak berkawan dengan Putih, Kuning akan serang Miz... kesian dia.

 Foto di atas, kali pertama mereka bersua muka, dan foto-foto di bawah kita dapat lihat mereka dah dapat menerima itupun saya terpaksa awasi mereka untuk makan bersama - itu sahaja medium yang boleh dekatkan kedua-dua anak kucing ini.

 Mulanya sukar juga, masing-masing dalam keadaan takut dan bimbang. Lawak betul anak-anak kucing ni.. fikir saya

 Kalau saya tak awasi, Miz pasti akan kena kerja oleh ibu Putih (Kuning) kerana beberapa kali saya kerap terjumpa Kuning sedang bergaduh dengan Miz. Itu yang buatkan saya bawa Miz masuk ke dalam rumah, apabila Miz keluar saya akan ikut menunggu dia sehingga dia masuk semula ke dalam rumah. Kucing ni pun macam UMNO dan PAS, tak boleh bersua muka.

Akhirnya, selepas lebih kurang 10 minit nampak kedua-dua ekor anak kucing ini boleh makan bersama dengan aman dah tak macam mula-mula. Masing-masing mengadap makan dengan khusuk dalam pinggan masing-masing.