Showing posts with label Pejabatku. Show all posts
Showing posts with label Pejabatku. Show all posts

20 May 2015

Meja Berusia Seminggu

Hari ini genap 1 minggu saya berkhidmat di KPDNKK Melaka dan banyak perkara yang perlu diselesaikan. Memang tak menang tangan. banyak perkara baru yang saya pelajari dan banyak juga perkara yang boleh saya kongsikan.

Apa yang paling utama semangat untuk teruskan khidmat saya terutamanya pada negeri tanah tumpah darah ayahanda dan bonda ini. Setiap hari di sini bagai kekurangan jamnya.. tengok jam tiba-tiba dah jam 5 petang dan dah tiba masa balik. Untungnya bertugas di Melaka ni trafik tidak sesak seperti di KL, dan saya mampu untuk tiba di rumah sebelum matahari beradu.

17 June 2013

Pejabat Baruku Yang Belum Sempurna

Ini adalah pejabat baru saya di Unit Penilaian Tahap Kompetensi (PTK), JPWPKL. Saya telah bertukar ke pejabat ini pada 30 Mei 2013 daripada Unit Pentadbiran Am (UPT) jabatan yang sama. Kedudukan kedua-dua pejabat ini boleh dikatakan jauh juga kerana skiranya berjalan kaki mengambil masa 15 minit kot sebabnya pejabat ini terletak di Tingkat 3 Blok A Duta 2. Yang paling mengembirakan kedua-dua Blok A dan B tidak mempunyai lif, jadi kami semua di bangunan ini bolehlah dikatakan sihat-sihat.

Tetapi yang kasihannya adalah orang yang mempunyai masalah kesihatan, rakan-rakan kami yang mengandung dan warga emas. Tentunya penat dan meletihkan.... bagi saya pertukaran ini seperti Allah menjawab permohonan saya untuk keluar dari UPT. Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya saya dapat bertugas di Unit PTK dan mempelajari sesuatu yang baru yang belum pernah saya lakukan.

Pejabat ini merupakan pejabat yang kedua kecil yang pernah saya gunakan. Namun begitu saya tetap bersyukur kepada Allah setidak-tidaknya ada juga pejabat.... ada juga kawan-kawan yang tidak mempunyai pejabat sendiri atau yang terpaksa berkongsi pejabat. Pada awal saya berpindah ke blok ini, selama 2 hari saya hampir putus nafas menaiki tangga, maklumlah sudah terlalu lama saya tidak menaiki tangga yang tinggi. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana rawatan yang saya lakukan di HATTM menunjukkan improvement di mana kaki saya sudah flexible dan kurang rasa sakit sekarang ini. Kini saya boleh mengatakan kepada diri sendiri bahawa dengan cabaran baru ini juga akan membuatkan jantung saya akan jadi lebih sihat. Hip hip hurree

02 April 2012

Pejabatku - HATTM


Saya di pejabat saya semasa menjawat jawatan Pegawai Tadbir Awam Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Ini adalah posting saya ke 8.


01 April 2012

Pejabatku - Unit Pero 5, MinDef


Saya di pejabat saya di Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan (posting ke 7), Tingkat 4 Wisma Pertahanan. Saya masuk semula ke pejabat ini (Pero) pada 1 Mac 2004 di Pero 2 dan pada hujung 2007 saya ditukarkan secara dalaman ke Pero 5. Pada  Ogos 2010 saya bertukar keluar ke HAT TM menjawat jawatan Pegawai Tadbir Awam.

31 March 2012

Pejabatku - BPPA MinDef

Saya di pejabat semasa menjawat Jawatan PSU Program Awam di Bahagian Pentadbiran dan Perhubungan Awam (posting ke6), Kementerian Pertahanan pada tahun 2000 hingga 2004 sebelum saya bertukar ke Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan.
Kini hanya tinggal kenangan.


Pejabatku - Jabatanarah Pelajaran, MK ATM

Saya di Jabatan Pelajaran (posting ke 4) selepas Mawilla Laut 2 Wilayah Persekutuan Labuan. Di sini saya menjawat jawatan sebagai Pegawai Kewangan. Pejabat di bangunan Wisma Pertahanan Tingkat 10.


30 March 2012

Pejabatku - Bahagian Bekalan (Perolehan) MinDef

Di dalam pejabatku (posting ke2) di Bahagian Bekalan, Tingkat 4, pada masa ini kami warga Kementerian Pertahanan baru berpindah ke bangunan baru Wisma Pertahanan dan pejabat kami berkonsepkan open-office, mula-mula janggal sebab bila bercakap orang sebelah boleh dengar.

Wajah Saya Tahun Pertama Kerja

Geli la pulak hati saya bila melihat gambar ini, inilah saya kalau tak silap di tahun pertama saya bertugas dengan Kerajaan. Saya mula dilantik ke jawatan Pegawai Kerja di Kementerian Pertahanan pada Februari 1982. Umur saya awal 20an masa itu, dan tempat pertama saya diarahkan melapur diri adalah di Department Tentera Laut. Rasa seronok dan semangat yang tinggi ada dalam diri. Memang saya yakin bahawa pada awal bertugas saya memang rajin dan seronok. Rajin berkursus dan sangguo lakukan apa sahaja. Yang saya tak pernah lupa adalah saya agak garang.

Kalau tak silap lebih kurang 50 orang Pegawai Kerja yang melapurkan diri di MinDef.