Showing posts with label France. Show all posts
Showing posts with label France. Show all posts

23 February 2015

Kenangan di Monte Carlo

Semasa bersarapan pagi di Avilion Hotel PD, saya teringat semasa dan dan rakan-rakan TLDM minum pagi di Monaco. Suasana yang hampir sama tetapi lokasi yang sangat berbeza. Di PD kapal layar tidak begitu banyak berbanding di Monaco.

Cuba perhatikan di belakang saya, kelihatan banyak kapal-kapal layar yang pelbagai saiz. Rasanya di sini memangnya parkir kapal layar negeri ini. Monaco merupakan salah sebuah negeri di dalam Negara Peranchis. Yang bezanya Monaco masih ada raja dan saya berkesempatan melawat ke istana Monaco.

09 November 2014

Koleksi Loceng Tanda Hati dari Luar Negara

Semalam saya mengemas almari perfume kerana dah terlalu sesak, saya ambil keputusan untuk keluarkan semua tanda hati yang saya beli dari luar negara semasa bertugas dulu. Masa tu saya di Kementerian Pertahanan kerap ke luar negara kerana bertugas dan berkursus. Terdapat beberapa tanda hati antaranya loceng, gelas kecil dan lain-lain benda/ barangan yang bersaiz kecil. Saya bersihkan dan lap semua benda/ barangan tersebut sebelum disimpan ke dalam kotak. Rasanya macam nak share dengan anda dan juga menjadi tatapan saya kelak bila terkenang nanti tanpa membuka kotak.

 Loceng di atas berbentuk lady-milk saya beli semasa ke Ansterdam tapi dah tak ingat di mana sebab masa tu dah lama sangat.  Manakala loceng yang 2 lagi tu saya beli semasa di London pada tahun 2008 semasa saya menghadiri kursus di RIPA London. Loceng Lady D saya beli di memorial dia dan loceng Big Ben saya beli di sebuah kedai berhampiran Oxford Road. 

Loceng yang bertanda ATLANTA saya beli semasa saya berkursus di USA pada tahun 2004 di Atlanta, manakala pada tahun yang sama saya beli loceng Charleston. Loceng Canada bila ya? 

Kumpulan loceng ini adalah dari beberapa tempat di negara Itali. Loceng besar berwarna grey saya beli di Genoa semasa melakukan pemeriksaan kilang dan ujian peralatan TLDM. Manakala loceng Venezia saya beli di Venice semasa bercuti selepas tamat tugas. Dan kedua-dua loceng kecil sebelahnya adalah loceng Milan yang mengambarkan Gereja Duomo.

Saya pernah beberapa kali ke France kerana bertugas dan semasa di sana saya beli beberapa buah loceng termasuk di Monte Carlo kerana berkesempatan ke Monaco. Tempat lain di France yang saya pernah bertugas adalah di Nice, Tuolon, Paris dan melawat di Grasse. Selepas bertukar ke Jabatan Pendidikan KL saya tidak pernah berpeluang untuk bertugas atau berkursus ke luar negara lagi.

Namun begitu terdapat beberapa tempat yang pernah saya pergi tetapi tiada loceng yang dijual, sebagai ganti saya beli beberapa tanda hati yang lain untuk kenang-kenangan.

30 December 2010

Catatan Perjalanan - Monte Carlo 2007

Bergambar di hadapan Istana yang dikenali sebagai The Palais du Prince (Prince's Palace) di mana pernah didiami oleh Putri Grace and suaminya Putera Ranier. Semasa di zaman remaja saya, saya kerap membaca novel Inggeris yang menceritakan kisah-kisah cinta antara anak-anak raja Eropah yang juga pernah mengambil istana ini sebagai lokasi pengkisahan. Apabila berada di sini baru saya dapat bayangkan cerita tersebut memang........ sungguh romantik.

Itu adalah pintu masuk ke Istana Monte Carlo, tetapi tiada seorang pun daripada pengunjung yang dibenarkan memasuki ruang yang dikawal ketat oleh polis Monte Carlo. Apa lagi untuk masuk ke dalam istana adalah dihalang sama sekali. Untuk sampai ke istana ini kita terpaksa berjalan kaki mendaki bukit yang agak tinggi kerana kedudukan istana ini di curaman bukit Monaco.

Saya bergambar di bawah pokok di hadapan Casino Monte-Carlo. Macam juga di casino-casino lain, waktu beroperasi biasanya hanya di malam hari sahaja dan sehingga awal subuh. Disebabkan kami datang pada siang hari,maka kami tak berkesempatan untuk masuk ke dalam Casino ini. Tetapi saya dapat bayangkan betapa besar dan menariknya casino ini sehingga orang akan teruja untuk mempertaruhkan wang masing-masing dan kadang-kadang sehingga habis.

Bersama dengan seorang kenalan yang baru saya ditemui di Monaco. Beliau dan suami beliau bercuti di Monaco sedangkan mereka berasal dari Turki. Kami bergambar di laluan jalan raya yang berterowong yang juga digunakan sebagai Track Formula One (F1) Monaco.

Cuba perhatikan betul-betul di belakang saya. Terdapat sebuah kereta F1 yang pertama kali berlumba di Track Monte Carlo. William Grover-Williams merupakan orang pertama yang memenangi Grand Prix Monaco, agaknya kereta tersebut digunakan oleh dia kot. Antara pemenang-pemenang lain yang pernah memenangi Grand Prix di sini adalah Schumacher, Senna, Prost, Fangio, Graham Hill dan lain-lain.

Teluk yang dijadikan pusat untuk parkir kapal layar. Pelbaai jens, bentuk dan saiz kapal layar ada di sini, semuanya cantik-cantik. Diperhatikan kapal layar di sini dijaga seperti kita menjaga kereta kita di mana mereka polish badan kapal layar ada yang sehingga berkilat dan memancar. Mungkin ada pengilat yang khusus - kerana apa yang saya fikirkan "apa gunanya kilatkan sebab nanti apabila kena air masin sekejap sahaja dah kusam".

Bandar Monte Carlo memang agak sibuk, maklumlah negeri ini bukannya luas sangat, sedangkan rakyatnya agak ramai. Masing-masing tertumpu di bandar. Saya perhatikan cara kehidupan di sini agak berlainan dari kebanyak kota yang pernah saya lawati. Di sini kehidupan rakyatnya menunjukkan kemewahan, mereka berpakaian secara formal, ada yang bertali leher dan berkasut yang proper serta berjalan membawa anjing yang diikat dengan rantai leher yang cantik. Manakala wanitanya mengenaikan pakaian yang kemas dan bergaya.

Bergambar dengan 2 orang rakan sekerja dari TLDM. Seorang daripada mereka bertugas di Perancis untuk pembinaan kapal selam pertama negara.

09 December 2010

Catatan Perjalanan - Paris, France Mac 2007

Gerbang ini dikenali sebagai Arch of Triumph atau dalam Bahasa Perancis ialah Arc de Triomphe, aku tertanya-tanya adakah pembinaan gerbang ini melambangkan kemenangan sesuatu 'peperangan' yang pernah dialami oleh negara ini, atau apa????? Gerbang ini terletak betul-betul di tengah jalan, dan jalan di kawasan ini agak sibuk. Tetapi di waktu malam gerbang ini nampak sangat cantik bersinar keemasan jika lampu dipasang.

Eifel Tower - menara telekomunikasi yang menjadi kebanggaan rakyat Perancis, seperti kita juga yang bangga dengan Twin Tower Petronas menara ini dikunjungi oleh kebanyakan orang sama ada pelancong ataupun masyarakat tempatan. Saya sendiri setiap kali ke Paris saya akan tetap mengunjungi menara ini walaupun sekejap, lagi pun tak jauh dari tempat melihat menara ini ada sebuah restauran Indian muslim yang menjual nasi berani yang agak sedap juga.

Kalau musim sejuk (winter) biasanya beginilah pemandangan Paris, pokok-pokok semuanya akan keguguran daun dan meninggalkan dahan-dahan yang seakan-akan dah mati, tetapi yang sebenarnya dahan-dahan ini masih lagi hidup tetapi tidak menunjukkan berlakunya kehidupan.

Saya tak pasti bangunan apa di belakang saya, tetapi yang menarik perhatian saya adalah seni bangunan di negara ini terutamanya bangunan lama yang didirikan pada zaman Raja Peranchis. Bangunan ini dibuat siap dengan ukiran gaya Eropah dan patung besar di pintu masuk bangunan tersebut. Macam kebiasaan orang Eropah patung yang diukirnya jarang mempunyai pakaian - tak tahu apakah motif kebanyakan patung yang dibuat tanpa pakaian. Mungkinkah disebabkan oleh kesenian atau???????????

Cuba perhatikan di belakang saya, bangunan yang mem- punyai dua menara, sepenge- tahuan anda apakah bangunan tersebut? itu adalah bangunan Gereja Notre Dame (Notre Dame Cathedral), gereja ini mula dibina pada tahun 1163 semasa pemerintahan Louis VIII dan bangunan ini siap dibina pada tahun 1345, iaitu selepas kira-kira 200 tahun. Kalau anda masih ingat atau mengikuti cerita kanak-kanak Perancis mengenai Quasimodo. Gereja tersebut adalah tempat di mana Quasimodo the hunck-back, seorang pemuda yang cacat yang bekerja sebagai pembunyikan loceng.

Quasimodo adalah orang yang ber- tanggung jawab men- yelamat- kan Elsimelda dan kekasih- nya dari dikejar oleh askar raja Louise - Raja Peranchis. Akhirnya Quasimodo mati kerana terjatuh dari menarik loceng tersebut. Cerita yang sangat trajik.

Foto di bawah saya di sebuah jambatan yang merentangi Sungai Seine,

Inilah Jalan Medaline - cerita katun mengenai seorang anak yatim bernama Madeline yang tinggal di sebuah rumah anak yatim piatu di Paris. Agaknya kedai ini dulunya rumah anak yatim yang ditumpangi oleh Medaline.

01 November 2010

Catatan Perjalanan - Paris, France Julai 2007

Seperti yang saya janjikan sebelum ni, kini saya ceritakan lagi pengalaman saya semasa bertugas dan berkursus di luar negara. Yang sebenarnya tajuk rencana ini mengambarkan rasa keinginan saya untuk terbang lagi keluar negara terutamanya bersama MAS khususnya untuk bertugas rasmi atau berkursus ke luar negara. Kerana hanya dengan cara ini sahaja saya berpeluang untuk terbang dengan penerbangan yang agak mewah, saya sendiri pun tak pasti adakah saya mampu untuk terbang dengan kelas business, jauh dalam hati saya macam dapat rasakan saya mungkin tidak berpeluang untuk bertugas ke luar negara lagi.

Kelas business penerbangan MAS sangat selesa dan mewah sehinggakan penerbangan selama hampir 20 jam (ke USA - yang paling jauh yang pernah saya lawati) dalam perut kapal terbang pun tak rasa bosan atau jemu, ada sahaja aktiviti yang boleh kita lakukan terutamanya bagai seorang yang suka membaca.
Kerusi dan ruang yang selesa membolehkan kita bergerak dengan lebih mudah, di samping itu setiap penumpang mempunyai kemudahan seperti skrin LCD untuk mendengar lagu, menonton movie dan bermain games. Selain daripada itu keramahan paramugari dan paramugara yang bertugas sangat rajin serta bersopan santun, membuatkan kita tak rasa terasing dan saya sangat jamin kita tidak akan merasa lapar kerana mereka sentiasa tanya adakah kita memerlukan itu dan ini. Mereka sentiasa memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan bersih dan siap sedia untuk digunakan. Photo ini diambil dalam penerbangan MAS dari Charles De Gore, Perancis ke Kuala Lumpur. Masa ini saya baru sahaja bangun dari tidur, itu yang muka macam tak sudah.

Selepas daripada tugas saya di Perancis pada bulam Mac 2007, pada bulan Julai 2007 saya diarahkan untuk membuat pemeriksaan kilang bagi satu peralatan di Genoa, Itali. Walaupun begitu lawatan juga perlu dilakukan ke Toulon, Perancis yang jauhnya lebih kurang 100 kilometer. Perjalanan dari Genoa ke Thoulon adalah dengan menaiki kereta sahaja. Dalam perjalanan itu sempat juga kami singgah di Grasse untuk membeli minyak wangi di Kilang Fragonard Parfumed, kali ini merupakan kali kedua saya ke Grasse. Yang seronoknya di carta collection bunga oleh kilang tersebut sejenis bunga/ tumbuhan diambil dari Malaysia, kalau tak silap nama tumbuhan tu ialah patchouli (pokok nilam) ada ke pokok tu kat sini?.

Saya bergambar di depan Kilang Fragonard Parfumed. Kilang ini menghasilkan minyak wangi yang bersumberkan tanaman, iaitu terdiri daripada bunga dan bahan tumbuhan yang lain seperti batang pokok (bark). Yang sebenarnya terdapat satu lagi kilang yang membuat minyak wangi yang dihasilkan daripada sumber bumi, macam belerang tetapi ianya bukan belerang. Saya kurang pasti dan tak pernah mencuba minyak wangi jenis ini.

Gambar ini diambil di hadapan sebuah kilang yang membina Mine Disposal Vehicle (MDV). Ini adalah salah satu MDV, kilang ini bertempat di Thoulan, Perancis. Bandar ini agak besar dan terletak di kawasan teluk. Kami tiba 1 hari lebih awal daripada ketibaan kapal layar TLDM Tunas Samudra yang mewakili negara untuk bertanding kapal layar peringkat antarabangsa di Poland.

Selepas di Toulan, rombongan kami bertolak balik ke Paris untuk penerbangan balik ke tanah air, tetapi bagi saya, saya akan bercuti di Venice dan Milan.

Paris merupakan antara bandar yang sangat saya suka selepas Mekah dan Madinah semestinya. Yang saya suka tentang Paris adalah bangunannya, antara bangunan dan binaan yang sangat saya suka ialah Eifel Tower, Louve (teringatkan Cerita tulisan Den Brown bertajuk De Vinci Code), Piramid kecil, Gate besar di bandar Paris (kalau tak silap Arch de Triumph), cathedral yang dibina semasa zaman Raja Louis VII, seperti dalam cerita Three Musketeer di mana terdapat seorang pemuda yang kerjanya bunyikan loceng besar gereja tersebut (Quasimodo Hunck back), hotel lama yang macam ada basement di bawahnya yang kini rata-rata dijadikan tempat menyimpan beg dan pelbagai bangunan yang bersejarah serta masih lagi dipelihara dengan baik oleh Kerajaan Perancis.

Cuba perhatikan di keliling Eifel Tower pokok-pokok menghijau tak sama dengan foto selepas ini di mana hanya tinggal ranting pokok sahaja kerana pada masa itu musim sejuk. Musim kali ini adlaah musim panas dan kalau berjalan-jalan di sekitar Paris sangat selesa. Tetapi waktu malamnya agak sejuk juga.

Pada musim panas negara ini mempunyai permandangan yang sangat cantik, bukit dan gunung penuh dengan tumbuhan renet jadi tak nampak bersemak sangat. Di belakang saya kebanyakannya adalah kebun pokok zaitun (olive tree). Saya sempat dihadiahkan sebatang pokok olive yang sekarang ini masih hidup dengan subur.