Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

10 April 2015

Masjidil Haram Dalam Pembinaan

Kali pertama melihat foto-foto ini, saya rasa macam nak menangis, sebabnya saya amat terharu dan sedih melihat Masjidil Haram dah dirombak/ dibuka untuk dibina semula. Walaupun saya tahu, tindakan ini adalah untuk kebaikkan ramai umat Islam, tapi masjid ini dah dirasai semacam rumah saya sendiri. Melihat keadaannya begini saya jadi sayu bukan kepalang.

Tengoklah hanya mataf sahaja yang melindungi Kaabah (baitulallah) yang suci tu. Di sekelilingnya dah diruntuhkan. Alahai !! hatiku yang walang .... Jika ada umur nanti pada bulan Ogos tahun ini, in sya Allah saya akan kembali lagi ke sana. harapan saya pada masa itu keadaannya dah bertambah baik.

Marilah kita sama-sama doakan agar pembinaan ini dapat dipercepatkan dan dengan bantuan Allah Taalah, segala apa yang hendak dicapai oleh Kerajaan Arab saudi menjadi kenyataan dalam membantu berjuta-juta umat Islam mengerjakan ibadah haji mau pun umrah.

Ruang dalam masjid antara masjid berbumbung (dulu) dengan dataran tawaf sebelum Kaabah.

04 April 2015

15 rahsia keajaiban kaabah yang perlu diketahui

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber: http://www.lloveislam.com/

24 October 2013

A MALAYSIAN LEGEND - FIND YOUR TURNING POINT

Mari kita baca mengenai seorang pemuda Melayu yang telah mengukir nama dalam bidang arkitek. Wawancara ini telah dilakukan oleh seseorang yang saya sendiri tidak mengenailinya, namun kejuruteraan dan artikel ini mungkin boleh memberikan inspirasi kepada kita bahawa seseorang itu boleh maju jika ada keazaman dan menyerah diri kepada Allah.

Siapakah lelaki muda, multi millionaire berusia 33 tahun di sebelah ini? Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. Tetapi semalam adalah hari yang sangat mengujakan saya. Saya berpeluang untuk beliau yang saya sifatkan sebagai a Malaysian Legend, A Living Legend.

Nama beliau adalah Wan Nazri Wan Aria. Apa hebatnya beliau?

Royal Clock Tower, Makkah yang disifatkan sebagai the Miracles of Modern Engineering. (Boleh tonton pelbagai video berkenaan pembinaan Royal Clock Tower itu di Youtube). Dinyatakan di pelbagai tempat bahawa Clock Tower it dibina oleh sebuah syarikat terkemuka di German, SL Rasch.

Selain itu, projek pembesaran Masjidil Haram agar dapat memuatkan 10 juta jemaah haji juga telah disiap dirangka dan dirancang.

Berdasarkan kajian dilakukan, dapat diketahui bahawa individu yang dilantik selaku ketua untuk menjalankan projek Clock Tower berkenaan serta bertanggungjawab merangka pelan pembesaran Mekah adalah seorang anak muda dari Malaysia, bernama Wan Nazri Wan Aria.

Kebetulan dia sedang berada di Malaysia, maka kesempatan itu digunakan saya untuk bertemu beliau.

Kehebatan sebelum ini memang diketahui berdasarkan kajian. Tetapi setelah duduk berbual, banyak lagi perkara hebat diketahui mengenai individu ini.

Beliau berasal dari sebuah keluarga yang susah dan menetap di sebuah kawasan belum membangun di Kuala Lumpur. Bukan lulusan mana mana sekolah hebat. Hanya bersekolah biasa di Segambut. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya lulus Degree di dalam engineering dari UiTM dan pada mulanya bekerja di sebuah syarikat tempatan. Pada usia 25 tahun, beliau berasa tidak puas dan ingin mencabar diri.

Maka beliau meletakkan jawatan dan bertekad menyambung belajar peringkat Master di Germany menggunakan wang sendiri.

This is what I always said "all successful people had their turning point some point in life. We just have to make ours.

Mengapa Germany? Sebab beliau merasakan bahawa di situlah tempat paling utama dan paling mencabar untuk seseorang engineer di Dunia. Walaupun pada mulanya tidak pandai berbahasa Germany, beliau telah memaksa diri untuk belajar segera. Sebab semua pelajaran adalah di dalam bahasa berkenaan. Belajar Engineering dah susah, belajar peringkat Master dah susah, belajar bahasa german dah susah, apatah lagi belajar kesemuanya serentak!

But he did. And he did very well. Selepas berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, pelbagai syarikat besar terutamanya di dalam otomobil berebut menawarkan beliau kerja. Namun semuanya ditolak beliau di atas minat beliau kepada Structural Engineering. Maka beliau telah memohon kerja di sebuah syarikat SL Rasch, sebuah syarikat Germany yang terkenal di dalam bidang structural engineering.

Pada mulanya, syarikat berkenaan tidak minat untuk mengambil beliau kerana mereka tidak percaya akan kebolehan engineer bukan dari Germany atau Eropah. Kerana bagi mereka, orang Germany paling pandai di dalam bidang engineering dan mereka sudah mempunyai ramai German Engineers.

Namun, the boss opened the door for him. "Impress me in 6 months or you have to go", he said. Impress him he did. Dia terus ditawarkan kerja berkenaan.

Kemudian syarikat berkenaan telah berjaya mendapatkan tender membina Royal Clock Tower di Mekkah, melalui design yang dibuat oleh Wan Nazri. Atas kejayaan itu, SL Rasch telah menghantar Wan Nazri 
sebagai ketua konsultan untuk projek berkenaan bagi mengawasi pembinaannya dari A - Z.

Engineer Arab sangat skeptikal terhadap Engineer dari Asia juga. Tetapi memandangkan Wan Nazri datang dari German, beliau sangat dihormati, apatah lagi beliau memperlihatkan kecekapan dan kepakaran beliau. Sehingga ada syarikat besar di Arab menawarkan gaji ratusan ribu sebulan untuk memancing beliau.

Kini beliau ada di Malaysia dengan tujuan kata beliau adalah untuk mencari bakat-bakat baru di Malaysia dan melatih mereka bagi mengenengahkan mereka di peringkat dunia. Beliau tidak mencari engineer yang berpengalaman, tetapi beliau mengumpulkan ramai anak muda yang baru graduate dan mempunyai potensi besar.

Beliau kata, the world is a different game altogether. Before accepting any project outside to give to my fellow Malaysian, I need to prepare them first.

Seorang world player, tetapi tidak lupa untuk kembali ke negara asal bagi memberi ruang dan peluang kepada anak muda lain. Kata beliau, "my boss at SL Rasch helped to open the door for me, now I am helping to open the door for others. I am just returning the favour".

Bila diterangkan kepada beliau mengenai projek yang sedang kami usahakan, beliau sangat supportive dan berjanji memberi apa jua bantuan yang boleh beliau berikan.

Soalan terakhir saya, "Encik Wan, boleh cakap melayu tak?"

"Sudah tentu, saya orang Melayu"

Brilliant guy. Absolutely brilliant. An honor for me to meet you, sir.

23 April 2013

Dari Jendela Hotel Mawarddah Mekah

Laluan masuk ke Hotel Mawardah International Mekah. Kedudukan hotel arah ke dalam, dengan lain perkataan hotel ini bukannya di tepi jalan, kira-kira hampir 50 meter masuk ke dalam. Hotel ini besar dan tinggi, tetapi saya dengar hotel ini juga menanti nasibnya untuk dirobohkan kerana kota ini merancang mendirikan hotel yang terancang.

Itulah hotel kami......


Lihat tu.... jalan raya yang sangat berdebu dan tidak berturap. Laluan ini berbukit dan kami hampir putus nyawa setiap kali balik dari Masjidil haram.

Laluan antara 2 hotel erana kedudukan hotel ini agak ke dalam sedikit. 

Cermin yang sangat berdebu kerana pembangunan yang sangat pesat.... Lihat sahaja bukit yang dah gondol, bukit ini berada di sebelah hotel yang saya menginap.


22 April 2013

Permandangan Selepas Subuh Mac 2013 di Masjidil Haram

Sehari sebelum bertolak balik ke tanah air, saya dan emak bersolat subuh di halaman Masjidil Haram - kami tiba lebih kurang 45 minit lagi untuk masuk waktu subuh, jadi banyak tempat solat yang strategik boleh kami pilih. Apabila hampir masuk waktu solat dalam masjid dan di halaman masjid mula penuh dan sukar untuk mendapatkan tempat.....

Pagi itu cuaca tidak sejuk sangat lebih kurang 30 darjah C, tetapi tidak juga panas kerana awal pagi..... sebaik sahaja selesai sahaja solat... jemaah dah mula beredar dengan yujuan masing-masing.... begitu juga dengan saya dan emak, pagi itu kami bersarapan pagi di D'Saji tak jauh dari masjid.

Yang sebenarnya photo ini saya ambil dari bangunan yang terletaknya D'Saji. Jauh-jauh kelihat kren-kren pembinaan berceracak menunjukkan kepesatan pembangunan di Kota ini.

20 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Bersama Kenalan Baru

Semasa saya dan emak mengerjakan umrah pada bulan Mac 2013 yang lalu, kami telah berkenalan dengan 1 keluarga yang berasal dari Johor. Mungkin disebabkan kami dalam satu kumpulan yang sama, iaitu Kumpulan/ Bas No. 4, maka kami menjadi sangat rapat. Saya berkawan baik dengan Faezah. Faezah bersama ibunya dan ayahnya, juga bersama dengan seorang sepupu, 2 ibu sandara dan seorang bapa saudara. Foto di atas Faezah di sebelah emak saya dan sebelahnya adalah ayahnya dan di hadapan adalah ibunya.

Kesempatan ini kami merakamkan foto untuk dijadikan kenang-kenangan. 

Inilah antara keluarga Faezah melainkan emak saya.

Saya dan emak saya semasa kami berkumpul di hadapan hotel untuk menuju ke Masjidil Haram.

18 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - D'Saji Mekah Al Mukkaramah

Emak sedang menjamu selera di Restorant D'Saji Mekah. Emak memang suka bersarapan pagi dengan roti canai dan selepas seminggu emak dapat melepaskan rindunya kepada roti canai di Mekah. Rasanya memang sedap dan harganya sedikit mahal.

Tengok tu licin roti canai dengan kuah dalnya.... 2 keping setiap orang....

Inilah rupanya Restorant D'Saji yang terletak di tingkat 1, sorrylah nama bangunan tu dah lupa tetapi bangunannya tidak jauh dari Masjidil Haram, bangunan betul-betul selepas pintu keluar kalau ikut pintu King Abdul Aziz kalau dulu Pintu yang berhadapan dengan jam besar.

Malaysian Cuisine... sedap kalau lambat sikit, barisan beratur dah panjang

Selain dari itu saya juga ke restorant ini bersama dengan kawan lama Puan Mazinah binti Abdullah bersama dengan adik iparnya.

Selamat menjamu selera....



17 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Bersama Jemaah Indonesia

Emak bergambar dengan beberapa orang jemaah wanita Indonesia di hadapan hotel. Kami gembira dapat berjumpa dengan mereka walaupun hanya dapat bermesra sekejap sahaja. Maklumlah kitakan serumpun, bahasa hampir sama dan apabila berkomunikasi pasti dalam memahami antara satu sama lain.

Allah maha mengetahui rupanya rumpun Melayu berjumpa di tanah yang berkat. Kepada teman-teman baru ku itu... sekiranya datang ke Malaysia nanti, hubungilah saya melalui blog ini agar kita boleh ketemu lagi... insyallah. Terima kasih sebab baik terhadap saya dan ibu saya.

16 April 2013

Arah Tanda Kiblat

Inilah bangunan adalah Baitulallah (rumah Allah) yang dijadikan kiblat untuk umat Islam mengadapnya (bukan menyembahnya) semasa melaksanakan ibadah solat. Bangunan yang dinamakan Kaabah.... ianya tidak besar dan tidak juga kecil, sedang-sedang sahaja. Bagi umat Islam yang berada jauh dari Tanah Arab, bangunan ini hanya dapat dilihat di dalam foto atau di atas sejadah sahaja. Tetapi ianya sangat tidak sama apabila kita berdepan sendiri denganya. 

Walaupun ianya adalah salah sebuah bangunan yang ada di dalam dunia ini, tetapi bangunan ini merupakan pusat graviti kepada dunia ini. Melihatnya seperti melihat kembarnya di langit ke7, iaitu Baitul Makmur yang sekarang ini didiami oleh baginda Nabi Ibrahim as bersama dengan anak-anak kecil yang belum baligh yang meninggal dunia semasa kecil. 

Tidak dapat saya nyatakan perasaan saya kali pertama melihat Kaabah, antara percaya dengan tidak. Tetapi kerana terlalu bimbang takut tidak nampak Kaabah pertama kali memasuki Masjidil Haram bersama ayah dan emak saya pada tahun 2006, apabila ayah saya berkata - itu dia Kaabah, saya kata pada ayah, tak nampak pun ayah, dan ayah saya jawap semula mana nak nampak jangan duduk belakang tiang. Dan apabila saya beralih tempat tu dia tersergam dengan gahnya di depan mata.

Pada kunjungan saya pada tahun 2011, saya sempat (dengan izin Allah) membawa emak untuk memegang Kaabah. Dan tidak tahu bila pula saya dapat melihat dan memegangnya semula.....

15 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Di Halaman Masjidil Haram


Di  hari akhir-akhir kami di sini, seperti juga di Madinah saya memaklumkan kepada emak untuk bersolat sunat di dataran Masjidil Haram sahaja. Solat-solat lain kami masih lagi melaksanakannya di dalam Masjidil Haram, hanya kini kaum wanita tidak dibenarkan bersolat di tingkat 1 di mana kita boleh/ berpeluang memandang Kaabah.

Untuk solat di dalam Masjidil Haram, kaum wanita diarah untuk bersolat di tingkat bawah, kawasan yang sangat luas dan sangat selesa kerana hanya untuk wanita sahaja. Kalau bernasib baik kita mungkin akan dapat tempat di kawasan belakang tingkat 1, tetapi masih lagi tidak dapat memandang Kaabah. Kalau tidak silap saya 2 kali saya, emak dan sahabat dapat solat di sini tetapi semakin hampir masuk waktu, semakin itulah jemaah datang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit.

Lain kisahnya kalau bersolat di halaman, kawasan yang sangat luas di sekeliling Masjidil Haram, kita boleh pilih di mana nak solat, di sini juga kawasan solat lelaki dan wanita diasingkan, walaupun masih ada lagi pasangan yang cuba bersolat bersama, tetapi pegawai bertugas mengarahkan jemaah lelaki beredar dari sini. Kalau dulu semasa tahun 2006, menjadi pemandangan biasa apabila lelaki dan wanita bercampur baur dalam 1 saf, tetapi kini keadaan semakin tersusun dan teratur.

Beginilah tenangnya kawasan halaman Masjidil Haram setiap kali selepas selesai waktu solat. Melihatkan foto ini, saya terasa macam nak terbang je ke sana..... 

Sejurus sebelum azan subuh berkumandang, jemaah wanita dan mula ramai, dan masa ini jika untuk mencari ruang untuk solat agak sukar sedikit terutamanya yang datang berkumpulan kerana jika ada pun ruang untuk seorang dan di celah-celah saf. Untuk kawan-kawan yang akan ke sana nanti tidak mengapa kalau kita pergi awal sedikit untuk keselesaan dalam mengerjakan ibadat.

Bilalah lagi saya akan kembali ke sini? semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki agar setiap tahun paling kurang sekali saya akan kembali... Ameen

14 April 2013

KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)

Setelah Nabi Ismail as bersetuju untuk membantu ayahnya Nabi Ibrahim as membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim as bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim as menyusun naik batu sementara Nabi Ismail as pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail as, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim as dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim as meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim as sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim as sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim as itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27). itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia saja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.

Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja- kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

13 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Mekah dan Masjidil Haram Dalam Pembinaan

Semasa saya berada di tanah suci Mekah pada bulan Mac 2013 yang lalu, permandangan yang jelas saya lihat adalah pembangunan dan pembinaan berada di mana-mana. Sekiranya anda berdiri di pintu masuk utama Masjidil Haram (Pintu King Abdul Aziz) dan anda berpusing 360 darjah anda mendongak ke atas dan anda akan lihat kren-kren berceracak di sekeliling anda.

Kren-kren ini saya umpamakan sebagai indikator pembinaan kerana setiap pembinaan akan memerlukan kren bagi pelbagai fungsi.

Dari dataran Kaabah sekalipun akan akan melihat kren-kren yang tinggi sedang bergerak di pelbagai arah.

Entah bila agaknya pembinaan-pembinaan ini akan tamat. Semoga segalanya siap dibina sebelum musim haji yang akan datang kerana di musim haji umat Islam akan berhimpun dalam skil yang sangat besar.

Naun begitu saya sedari bahawa pembinaan-pembinaan adalah untuk kemudahan dan keselesaan uamat Islam juga.

12 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Jam Besar Mekah

Jam besar Mekah berdiri dengan begitu megah sekali. Jam ini boleh dilihat dari jauh terutamanya di waktu malam kerana cahayanya berwarna hijau yang sangat terang. Ada yang menygatakan bahawa besarnya muka jam itu adalah lebih kurang sebesar padang bola sepak.... wah besarnya patutlah dari jauh dah kelihatan....

Saya juga mendengar desas desus mengatakan bahawa  Kerajaan Arab Saudi bercadang untuk merobohkan jam besar ini kerana didakwa bahawa jam ini membuatkan jemaah yang datang ke Mekah terlalu leka melihat jam ini sehinggakan memesungkan kekusyukan jemaah untuk beribadat. Betul atau tidak itu tidak dapat saya pastikan. Namun begitu jika benarlah berita itu dan sekiranya keputusan tersebut dilaksanakan sudah tentu pembaziran akan berlaku. Urusan kekusyukan seseorang letaknya di hati setiap jemaah dan ianya sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan... tepuk dada tanyalah iman....

Foto ini saya ambil semasa saya mengerjakan tawaf daripada dataran Kaabah. Waktu siang jam ini kurang jelas mungkin juga disebabkan oleh debu yang hampir menutupi kota ini.

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) :"Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

11 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Tawaf dan Saie Umrah

Umrah Mac 2013 yang lalu saya dan emak mengikutinya selama 12 hari, boleh dikatakan jemaah umrah yang berada di kedua-dua kota memang ramai, sukar juga untuk mendapatkan ruangan solat di dalam masjid-masjid yang kami lawati. Semasa tawaf dan saie juga jemaah memenuhi ruang-ruang berkenaan. Setelah berbincang dengan emak, saya mencadangkan supaya emak melakukan tawaf dan saie umrah dengan mengupah seseorang untuk menolak mak dengan menggunakan kerusi roda. 

Memandangkan pergerakan kami tidak sama, jadi saya terpaksa berpisah dengan emak. Mengikut kata Ustaz - mutawif kami, biasanya kerja tawaf dan saie yang diupah akan disempurnakan dengan cepat sekali. Tawar pertama saya lakukan dengan seorang sahabat baru iaitu Faezah dan ibunya.

Faezah dengan ibunya selepas kami sempurna melaksanakan tawaf umrah kami yang pertama. Masa ini sudah tengah malam. Namun begitu jemaah masih lagi terlalu ramai dan keadaan di hadapan Kaabah agak sesak juga.

Emak sedang berehat sambil penunggu Pak Arab untuk menolak emak mengerjakan tawaf dan saie umrah yang ketiga. Kali ini saya menyertai emak kerana kali saya terseliuh akibat terpijak lubang semasa balik dari solat subuh. Rupanya kita boleh melaksanakan tawaf dan saie dengan mengupah orang walaupun keadaan kita sihat walafiat. Patutlah dari dulu lagi saya pernah melihat ramai orang yang sihat walafiat mengubah orang menolak mereka.

Bersaie bersama-sama dengan jemaah dari pelbagai negara. Saya selalu melaksanakan saie seorang diri dan biasanya saya lakukan di tingkat bawah, di mana tingkah bawah adalah merupakan tingkat yang paling ramai pengunjung. Kali ini saya mengambil masa yang lama iaitu hampir setengah jam juga untuk menyempurnakan saie 7 kali dari Safa ke Marwah. Kalau dulu pada tahun 2006 saya mampu menyempurnakannya dalam masa 15 minit sahaja. Maklumlah usia pun dah meningkat......

Sambil berehat saya merakamkan gambar saya di Bukit Safa sebelum meneruskan saie yang seterusnya. Pada kali pertama saya ke sini, Bukit Safa ni tidak dikepung, oleh itu ramai orang yang memanjat dan duduk-duduk di atas batunya. Kini bukit ini telah dikepung dengan cermin.