Showing posts with label NASA. Show all posts
Showing posts with label NASA. Show all posts

28 May 2014

Betul Ke Ini Yakjud Makjud

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah/ atau apakah Yakjuj Makjuj (YM) ini? Seperti yang dipesankan oleh Rasulallah saw kemunculannya bakal menyebabkan dunia dan muka bumi menjadi kucar kacir. Tidak hairanlah jika ia digelar makhluk perosak. Walaubagaimanpun bilakah makhluk ini akan muncul menjadi tanda tanya kita semua.

Berita di bawah mengandaikan bahawa bangsa YM berada di bawah tanah menunggu saat untuk ‘keluar’. Sebelum ini, pihak NASA mendakwa menemui satu kaum berupa makhluk pelik dalam perut bumi. Persoalannya, siapakah mereka itu?

WASHINGTON Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum orang gua ini. Cerita ini harus diberitahu, kata sumber itu, Ia terlalu besar untuk disorok.

Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah, beliau berkata, tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu berbahasa English.

Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world), kata sumber itu. Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2,000 orang Mole tinggai di situ.

Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia dan juga sedikit perbezaan. Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole. Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi.

Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu, mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia. Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi, pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria, mengikut kata sumber.

Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka, apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia.

Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya? Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa“ telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran ungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole “satu inisiatif di mana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan teknologi bawah tanah.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington States Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Persoalannya..

Mengikut apa yang saya baca, NASA telah menjumpai makhluk bawah tanah, point yang agak kurang jelas saya listkan di bawah…

-     mereka berkomunikasi dengan makhluk tu tanpa dicederakan, makhluk tu juga tak tahu bahasa Inggeris..
seorang ekspedisi menyalakan rokok, dan makhluk tu terasa diancam dan menerkam sehingga jatuh rokok dan orang tu.. mereka memberi buah anggur kepada makhluk tu dan mereka suka. tinggi makhluk tu adalah kira-kira 10 kaki bersamaan hampir 300 cm, dua kali ganda manusia normal..

-     rasa hairan juga kerana dia orang boleh berkomunikasi dengan makhluk yang tingginya memang sangat tinggi dan mana mungkin makhluk yang sebesar itu mampu bercakap dan seakan jinak dengan manusia. Cuba kita bayangkan makhluk yang kita tak pernah kenal dan dia pun tak kenal kita, berasa tak terancam dengan tindakan NASA.

-     Mereka dikatakan telah mengorek lubang bawah tanah untuk satu projek yang dinamakan sebagai ‘Operation Mole Hole’, mereka telah berjumpa dengan makhluk itu di bawah tanah yang agak dalam di Washington. Sedangkan jika kita menebang pokok yang didiami binatang, pasti binatang itu akan lari dan mengganas, bagaimana makhluk yang dikatakan NASA boleh berkomunikasi dengan baik tanpa mencederakan mereka.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ˜Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka. Berkata Zulkarnain: Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya (ayat 83 hingga 87)

Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu (ayat 89 dan 90).

Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ˜Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?.

Zulkarnain berkata: ˜Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.

Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu) Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu.

Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Kita tidak pernah menyangkal akan kewujudan yakjuj dan Makjuj yang telah dinyatakan dalam Al Quran, namun benarkah makhluk yang dijumpai NASA itu benar2 wujud, saya memang tidak dapat percaya 100% akan berita yang dikeluarkan puak kafir.. hanya Allah swt sahaja yang mengetahui berita sebenar disebalik dakwaan Amerika, adakah hanya mainan mereka untuk memporak perandakan umat manusia atau satu berita yang benar.. wallahu a’lam.

Sumber: http://i-malaysiakini.com/

24 November 2013

Space Object = Tail Comet???

The object in these photographs captured by Hubble is not a comet. It's something that no astronomer has ever seen before, according to NASA: An asteroid with six comet-like tails that isn't moving like a comet and it's not made of ice. It's just hanging up there, rotating like a crazy space spider.

According to lead investigator David Jewitt of the University of California at Los Angeles, "we were literally dumbfounded when we saw it [in the solar system's asteroid belt] We were completely knocked out."

NASA says that "unlike all other known asteroids, which appear simply as tiny points of light, this asteroid, designated P/2013 P5, resembles a rotating lawn sprinkler. Astronomers are puzzled over the asteroid's unusual appearance."

Jewitt and his colleagues have a theory about how this one-of-a-kind object came to be: a space collision.

Jewitt said it appears P/2013 P5 is a fragment of a larger asteroid that broke apart in a collision roughly 200 million years ago. There are many collision fragments in orbits similar to P/2013 P5's. Meteorites from these bodies show evidence of having been heated to as much as 1,500 degrees Fahrenheit. This means the asteroid likely is composed of metamorphic rocks and does not hold any ice as a comet does.

However, NASA also says that "they do not believe the tails are the result of an impact with another asteroid because they have not seen a large quantity of dust blasted into space all at once."

26 April 2013

Planet Baru Ditemui.. Dan Yang Istimewanya..



Saintis baru-baru ini berjaya menemui zon habitat di luar sistem solar yang berpotensi untuk didiami oleh manusia, termasuk sepasang planet yang mengorbit pada bintang induk yang sama. Penemuan terbaharu itu, sekali gus dimasukkan dalam senarai kira-kira 700 sistem solar yang ditemui sejak 1995. Ketua Saintis, William Borucki yang bekerjasama dengan Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, planet baharu tersebut mengorbit bintang induk yang dikenali sebagai Kepler-62 dalam kumpulan bintang Lyra dan terletak kira-kira 1,200 tahun cahaya dari Bumi. Jelasnya, dua planet terbabit yang mempunyai saiz 1.5 kali ganda daripada Bumi, terletak pada kedudukan sesuai dari bintang induk dan dipercayai mempunyai sumber air yang sangat penting untuk hidupan.

"Berdasarkan kajian melalui sistem teleskop angkasa Kepler, kami mendapati dua planet yang ditemui dalam sistem solar Kepler-62 merupakan calon planet terbaik untuk didiami," katanya. Model sistem solar yang dihasilkan melalui imej komputer menunjukkan dua planet itu yang dilabel sebagai Kepler-62e dan Kepler-62f, kelihatan kukuh dengan gabungan permukaan batu, ais dan campuran batu dan ais. Terdapat tiga planet lain yang berada pada kedudukan yang lebih dekat dengan Kepler-62 dan didapati tidak sesuai untuk hidupan kerana terlalu panas.

Sehingga kini, Borucki dan pasukannya telah menemui lebih 2,700 calon planet untuk menggantikan Bumi. Saintis turut menemui dua planet yang mengelilingi bintang induk lain, Kepler-69 dalam kumpulan bintang Cygnus dengan jarak 2,700 tahun cahaya dari Bumi. Cahaya bergerak pada kelajuan kira-kira 299,792 kilometer sesaat, atau kira-kira 10 trilion kilometer setahun. Teleskop yang berkuasa lebih tinggi diperlukan untuk mengkaji sama ada sistem solar terbabit mempunyai sumber air atau tidak. - REUTERS

25 February 2013

Neil Armstrong Dikebumi Di Ohio


Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung, semalam. 
- Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls

LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama (?) menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia dan disemadikan di Cincinnati, Ohio. Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.

Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan."

Kehilangan Armstrong turut dirasai di seluruh negara itu dan seluruh dunia sehingga menerima maklum balas daripada rakyat setiap hari termasuk Presiden AS Barack Obama. Majlis memperingati juga sedang diadakan di seluruh negara termasuk di Smithsonian Air & Space Museum, Kennedy Space Center di Florida, dan Pusat Angkasa Lepas dan Roket AS di Huntsville, Alabama.

23 February 2013

Misteri Kaabah Yang Menggegarkan NASA

Manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan, Neil Amstrong telah membuktikan kepada dunia bahawa Kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Dan fakta ini telah diteliti melalui sebuah kajian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan pertama kalinya ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi dati kapal angkasanya Apollo 11, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Namun para astronot telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, dan mereka terus mengumumkannya secara rasmi di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website mengenai perkara tersebut telah hilang/ dipadamkan di mana ianya seolah-olah mempunyai alasan tersembunyi di sebalik penghapusan kandungan website tersebut. Tentu ada sesuatu yang amat tidak disenangi oleh pihak tertentu mengenai kebenaran yang didapati dari pengembaraan ini.

google+earth+ +kaabah,+mekkah Misteri Kaabah Yang Menggegerkan NASA
Pun begitu ada pihak-pihak yang  melakukan penelitian lebih lanjut mengenai kenyataan para astronot tersebut dan ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang  mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak ada pengakhirannya), hal ini terbuktikan bahawa ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berterusan ujud/ ada. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah (Baitulallah) di planet Bumi dengan Kaabah (Bailtulmakmur) di alam akhirat (syurga).

Jom kita menjelajah secara minda ke kutub utara dan selatan. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang dinamakan sebagai ‘Zero Magnetism Area’, iaitu kawasan di mana apabila kita menggunakan kompas, jarum kompas tidak akan bergerak sedikit pun kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua-dua kutub. Di manakah tempat itu? Ramai yang mempercayai bahawa kawasan itu adalah di Kota Mekah.

Itulah sebabnya jika seseorang itu tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita sedang charge berulang-ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di dalam air. Di sebuah muzium di Barat (di mana agaknya?), ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem cerekawala kita. Kesahihan ini belum dapat disahkan lagi... saya juga masih tercari-cari di mana agaknya musium tersebut.. jika ada yang memakluminya bolehlah updatekan artikel ini.

Masih ingatkan anda akan sebuah hadis di mana sabdanya, Rasulullah SAW: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

P/S Saya tiada maksud yang membawa cerita dongeng, hanya sekadar untuk berkongsi maklumat dan pencetus idea, manalah tahu esok-esok lahirnya para astronot muslim yang boleh menghantarkan foto-foto rahsia alam dan cekrawala kepada dunia sejagat.

20 February 2013

Legenda Neil Armstrong Meninggal Dunia Bersama 'Misteri'

Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong 
berada dalam model lunar selepas mendarat di permukaan bulan. - Foto EPA
LEGENDA Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan sebelum akhir dekad tersebut.

Armstrong berjalan di bulan telah dipapakan  melalui televisyen dan ianya disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu.

Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Tetapi menurut maklumat kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting. Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, NASA dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya itu.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan. Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap. Menurut NASA, masalah ini timbul dari salah satu daripada 2 kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat. Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, bahawa Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998), operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston NASA. HAM memintas mesej yang disaring oleh NASA daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya. Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi NASA berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh NASA.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum di NASA, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.

Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak." Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa untuk menyembunyikan keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah Armstrong melihat UFO?.

Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Apollo 11 sememangnya ada merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak dari menyebut perkataan UFO sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo 11.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

P/S Yang sebenarnya bermacam-macam cerita yang kita dengar kesemuanya adalah untuk menjadikan topik ini lebih sensasi. Walau bagaimanapun keadaan sebenarnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Saya tidak hairan dengan cerita mengenai AS yang cuba untuk menyembunyikan sesuatu kejadian atau fenomena kononnya atas asar keselamatan tetapi ada kemungkinan alasan sesuatu keadaan itu disembunyikan adalah mengenai kebenaran Islam yang jika disiarkan akan menyebabkan ramai rakyatnya kembali ke jalan yang benar ini. Walllahualam....

Betul ke Neil Armstrong Tidak Ke Bulan?

Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan
Neil Armstrong berada di bulan. - Foto EPA
WASHINGTON – Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.

Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.

P/S: Betul ke berita ini? sukar untuk kita tidak mempercayai bahawa Armstrong tidak mendarat di bulan, kerana selama ini kita memang disogokkan dengan cerita yang sangat sensasi ini bahawa manusia sudah mendarat di bulan. Bagi saya mendarat di bulan pun bukannya suatu perkara yang mustahil kerana tiada apa yang mustahil sekiranya diizinkan yang maha kuasa.

18 February 2013

Imej asteroid gergasi disiarkan NASA

LAKARAN artis menunjukkan asteroid (kanan) itu mendekati bumi.

BOSTON – Imej sebuah asteroid gergasi yang mempunyai saiz separuh padang bola sepak disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan ketika ia menghampiri bumi kelmarin.

Asteroid 2012 DA14 yang dikesan pada tahun lalu itu berada pada kedudukan 27,700 kilometer dari bumi pada pukul 2.25 petang pada waktu pantai timur Amerika Syarikat.

Ia dirakamkan menerusi satelik robotik di Balai Cerap Pierre Auger di wilayah Mendoza, Argentina.

Asteroid tersebut yang seberat 7,000 tan melintasi bumi pada kelajuan 13 kilometer sesaat beberapa jam selepas sebutir tahi bintang jatuh di wilayah Chelyabinsk, Rusia. – Agensi

15 February 2013

Misteri Ucapan Neil Amstrong

20 Julai 1969, Komander Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong mencatat sejarah sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki ialah, "That's one small step for man, one giant leap for mankind".

Ucapan keramat tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV secara langsung di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri iaitu, "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada ketika itu, orang-orang di NASA berpendapat ia hanya suatu sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat, tidak ada nama Gorsky dalam rekrut angkasawan Amerika mahupun Soviet.

Bertahun-tahun selepas itu, ternyata masih ramai yang masih tertanya-tanya dan bingung memikirkan maksud sebenar ucapan Armstrong itu. Setiap kali diajukan soalan, Armstrong hanya tersenyum tanpa mahu mendedahkan apa yang dimaksudkannya itu.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, dalam sebuah temubual, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Kali ini barulah Armstrong mahu mendedahkan rahsia tersirat soalan itu. Katanya, disebabkan Mr. Gorsky telah meninggal dunia, maka beliau berasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Ceritanya bermula pada tahun 1938, iaitu ketika Armstrong masih kanak-kanak. Dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman rumah. Sedang asyik bermain, salah seorang rakannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Tuan empunya rumah tersebut ialah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola, dia terdengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah kepada Mr. Gorsky. Dan jeritan itulah yang membuatkan Armstrong yang masih kecil pada masa itu tidak boleh melupakan kejadian itu seumur hidupnya.

Kata Mrs. Gorsky, "Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!!!"

p/s: Cerita ni admin tak pasti betul ke salah, kalau tak nak caya sudah, tak berdosa pon.. Hahaha

Sumber: http://www.lamankongsi.com

24 May 2012

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. 


Mereka adalah kaum 'Ad di mana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran.Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud as. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 


Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
 Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu? 


Penemuan Arkeologi di Kota Iram 


Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagaimana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam. 
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. 


Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan Semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah". Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?



Keberun-tungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perda-gangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas. 

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi. 


Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut. 


Clapp meneruskan mem-pelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di per-pustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut. 


Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar. 


Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir". Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?  Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran. 


Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran: Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8) 


Walallahualam, hanya Allah yang mahan mengetahui... apa sekalipun segala apa yang Allah jadikan adalah untuk ikhtibar kepada kita yang masih hidup.... Adnee


Sumber: digg.com