Showing posts with label Parti Komunis Malaya. Show all posts
Showing posts with label Parti Komunis Malaya. Show all posts

26 September 2013

Pengalaman mengutip cebisan tubuh

Artikel ini adalah daripada berita Kosmo Online yang disiarkan pada 22 September 2013.

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT
RAHIM dan AMREE AHMAD
ahad@kosmo.com.my

KETIKA kejadian awal pagi Isnin, 23 Februari 1950 itu, dia bernasib baik kerana gilirannya mengawal Rumah Pasung Bukit Kepong baru berakhir. Empat anggota baru Home Guard atau Pengawal Kampung mengambil tugas di keliling balai itu.

Antara mereka ialah anak saudaranya, Samad Yatim yang juga Auxillary Police atau Polis Bantuan. Dinihari itu mereka agak bingit mendengar bunyi mercun sempena Tahun Baru Cina yang disambut masyarakat Tionghua berdekatan balai itu.

PEKAN kecil ini menjadi saksi kekejaman komunis.
Tanpa disedari, itulah hari terakhir mereka dapat menyaksikan suasana malam kerana tepat pukul 5 pagi, balai itu diserang hendap. Selepas subuh, dia tidak menyangka kawasan balai tersebut bertukar menjadi padang jarak padang tekukur.

“Hingga kini, setiap kali melalui kawasan balai itu, saya pasti menangis macam peristiwa itu baru saja berlaku semalam,” kata Abdullah Malik, berusia 118 tahun, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Bendar tidak jauh dari Bukit Kepong, Muar, Johor.

Mengimbau insiden itu, dia ralat mengenangkan kegagalannya menyelamatkan nyawa mereka yang terkorban mempertahankan balai tersebut. Ini kerana balai itu sudah dikepung lebih 200 pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) daripada Kompeni Ke-4.

SARJAN Jamil (duduk tengah) dan anggotanya
mempertahankan balai sehingga titisan darah terakhir.

Malah, sebaik saja mengetahui serangan itu, dia bersama penduduk kampung di bawah Penghulu Ali Mustafa dan pasukan Polis Bantuan sudah bergerak ke balai berkenaan. Mereka lengkap bersenjata raifal tetapi turut diserang komunis.

“Kami berlindung di sebalik pokok getah kerana ditembak pihak komunis. Penghulu lalu mengarah kami bersabar dan ketika itu, ada yang menitis air mata mendengar tangisan ahli keluarga anggota polis meminta tolong,” cerita Abdullah.

Menjelang petang, sebaik pihak komunis berundur, mereka segera ke balai itu. Api masih marak dan cuma beberapa orang terselamat. Balai polis, berek kelamin dan balai penghulu musnah dengan bau mayat terbakar menyelubungi kawasan.

Serangan mengejut itu meragut nyawa Ketua Polis Balai, Sarjan Jamil Mohd. Shah bersama 13 anggota polis, empat orang Pengawal Kampung, tiga anggota Polis Bantuan dan empat ahli keluarga termasuk seorang bayi yang dibakar hidup-hidup.

Pengganas dipercayai menggunakan 25 tin minyak bagi memusnahkan seluruh kompleks balai itu dan membakar mayat anggota polis. Ini menyebabkan kerja pembersihan memakan masa lebih seminggu kerana bahang api masih lagi panas.

“Suasana bertambah sayu apabila Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Jaafar turut datang, beliau menangis melihat mayat rentung dibunuh komunis. Kami pun sedih apatah lagi menemui cebisan mayat dalam bara api di situ,” kata Abdullah.

Sementelahan, hubungan masyarakat di situ dengan pihak polis amat baik. Ramai anak anggota pasukan keselamatan itu dihantar mengaji Al-Quran dengan ustaz di kampung tersebut selain bergotong-royong ketika majlis kenduri-kendara.

Menceritakan peristiwa sama ialah Hamidah Idris, 64, yang ketika itu berusia lima tahun. Dia dapat melihat sendiri penduduk mengutip beberapa anggota tubuh manusia untuk dikumpul sebelum dikebumi dalam satu liang lahad besar.

Biarpun masih kecil, insiden itu meninggalkan kesan mendalam kerana orang kampung waktu tersebut hidup ketakutan. Setiap malam, ada rumah penduduk diceroboh pengganas komunis yang menggeledah bagi mencari barang berharga.

“Saya selalu cerita perkara ini kepada lima orang anak bagaimana kesusahan waktu itu. Jika kenang kembali peristiwa tersebut, saya menangis dan tidak dapat membayangkan kesakitan dirasai mereka yang terkorban di balai itu,” katanya.

Berkongsi kisah sama ialah Md. Lazim Ujud, 71, yang pernah menjadi Pengawal Kampung pada usia 16 tahun, dua tahun selepas tragedi itu. Baginya, peristiwa berdarah tersebut membuka mata penduduk kampung mengenai kekejaman komunis.

TAPAK balai lama di tebing sungai kini menjadi muzium mini.
Meskipun pasukan keselamatan ‘kalah’ dalam pertempuran itu, moral pengganas komunis mulai jatuh dan mereka tidak lagi mendapat sokongan penduduk. Ini dapat dilihat pada majlis tahlil diadakan bersempena dengan kejadian itu setiap tahun.

“Selain pihak polis, penduduk kampung beramai-ramai datang ke Masjid Bukit Kepong memperingati peristiwa itu termasuk menziarahi kubur tempat bersemadi anggota polis dan keluarga serta orang awam yang terkorban,” katanya.

Keadaan ujarnya, menjadi lebih hiba apabila mereka membersihkan dua petak kecil iaitu kubur jenazah bayi lelaki dan seorang budak perempuan yang dicampak hidup-hidup oleh pihak komunis ke dalam api yang marak semasa peristiwa tersebut.

Balai polis menghadap sungai 

Hakikatnya, walaupun hampir enam dekad tragedi itu berlalu, bagi generasi lama di Bukit Kepong, kezaliman pengganas komunis masih dirasai.

JETI polis marin masih teguh berdiri. 
Bukit Kepong kini merupakan sebuah pekan kecil yang dihuni sekitar 1,000 orang penduduk. Ia terletak 60 kilometer dari bandar Muar. Jika anda berhasrat melancong ke sini, hanya ada dua tempat menarik wajib dikunjungi – balai polis dan masjidnya.

Ini mungkin pelik dan lucu namun dua bangunan itu sebenarnya merakamkan sejarah tidak ternilai yang pasti diingati seumur hidup. Ada yang berkata, pekan itu mulai popular sewaktu filem Bukit Kepong ditayangkan sejak tahun 1981.

Pekan itu, yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari simpang lebuh raya dekat Pagoh; suatu ketika cuma boleh dilalui dengan sampan. Ia terpencil dan tidak ramai tahu kewujudannya hingga sekitar 1970-an apabila jalan raya dibina.

Tetapi jangan terkejut, sebahagian besar daripada generasi yang lahir sebelum 1980 di pekan tersebut ialah pelakon tambahan dalam filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Lenga, lima kilometer dari situ.

Kini, tapak Balai Polis Bukit Kepong yang dibakar ratusan pengganas komunis pada tahun 1950 telah diganti dengan bangunan baru. Ia juga menjadi muzium mini polis bagi menceritakan semula kekejaman PKM sewaktu era darurat.

Bangunan dibina dengan batu selepas serangan itu pernah beberapa kali tenggelam kerana terletak di tebing Sungai Muar. Penduduk mendakwa, cuma bumbung kelihatan apabila sungai besar yang dirujuk mereka sebagai laut itu mulai banjir.

Uniknya, menurut cerita penduduk, balai baru itu aneh. Bahagian depan menghadap ke arah sungai; satu-satunya balai polis di Malaysia dalam posisi itu. Kononnya sewaktu dibina semula, ramai penduduk bersedih, lalu ia dibangun dalam arah lawan.

Di sebelah tapak balai ada sebuah jeti kecil yang suatu ketika ialah jeti polis marin. Di situlah tercatat sejarah Konstabel Marin Abu Bakar Daud terselamat kerana menyelam dengan bernafas melalui batang keladi apabila bot polis dibakar.

Beliau antara empat anggota polis selain sembilan ahli keluarga mereka yang terselamat dalam serangan itu. Jeti tersebut menjadi penghubung utama Bukit Kepong dengan Lenga sebelum jalan raya siap dibangunkan tiga dekad lalu.

Melawat Bukit Kepong tidak lengkap jika tidak singgah di masjid jamek pekan itu yang terletak 100 meter dari tapak balai polis. Di sebelahnya ialah tanah perkuburan Islam yang menempatkan pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa itu.

Perhatian pelawat pasti tertumpu kepada dua kubur kecil yang menjadi saksi kekejaman pengganas komunis. Di situlah jenazah seorang bayi lelaki dan kanak-kanak kecil yang mati dibunuh dengan dicampak hidup-hidup ke dalam api yang sedang marak. Artikel Penuh:

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm#ixzz2fawLy900
Hakcipta terpelihara

22 September 2013

Wasiat Chin Peng - Apa Pandangan Saya

Kepada KOMUNIS2 di Malaysia, ini ada wasiat terakhir untuk korang.

The following is a copy of Chin Peng's farewell letter obtained by Malaysiakini's correspondent in Bangkok:

“My dear Comrades, my dear Compatriots,

When you read this letter, I am no more in this world.

It was my original intention to pass away quietly and let my relatives handle the funeral matters in private. However, the repercussions of erroneous media reports of me in critical condition during October 2011, had persuaded me that leaving behind such a letter is desirable.

Ever since I joined the Communist Party of Malaya and eventually became its secretary-general, I have given both my spiritual and physical self in the service of the cause that my party represented, that is, to fight for a fairer and better society based on socialist ideals. Now with my passing away, it is time that my body be returned to my family.

I draw immense comfort in the fact that my two children are willing to take care of me, a father who could not give them family love, warmth and protection ever since their birth. I could only return my love to them after I had relinquished my political and public duties, ironically only at a time when I have no more life left to give to them as a father.

It was regrettable that I had to be introduced to them well advanced in their adulthood as a stranger. I have no right to ask them to understand, nor to forgive. They have no choice but to face this harsh reality. Like families of many martyrs and comrades, they too have to endure hardship and suffering not out of their own doing, but out of a consequence of our decision to challenge the cruel forces in the society which we sought to change.

It is most unfortunate that I couldn't, after all, pay my last respects to my parents buried in hometown of Sitiawan (in Perak), nor could I set foot on the beloved motherland that my comrades and I had fought so hard for against the aggressors and colonialists.

My comrades and I had dedicated out lives to a political cause that we believed in and had to pay whatever price there was as a result. Whatever consequences on ourselves, our family and the society, we would accept with serenity.

In the final analysis, I wish to be remembered simply as a good man who could tell the world that he had dared to spend his entire life in pursuit of his own ideals to create a better world for his people.

It is irrelevant whether I succeeded or failed, at least I did what I did. Hopefully the path I had walked on would be followed and improved upon by the young after me. It is my conviction that the flames of social justice and humanity will never die.

Farewell, my dear Comrades!
Farewell, my dear Compatriots!
Farewell, my dear Motherland!”

Sumber: fb Anti Semua Salah UMNO (ASSU)

Pendapat saya: Surat orang yang nak mati, bunyinya biasa macam tulah, tapi yang kelakarnya dia mengaku tanah air dia adalah Tanah Melayu (Malaysia kini) sedangkan dia tidak pernah memohon untuk menjadi rakyat negara ini. Dia perlu ingat bahawa dia lahir semasa pemerintah British dan dia menjadi 'British subject' dan keadaan ini sama dengan saya kerana saya dilahirkan di Singapura dan semasa memohon untuk membuat Kad Pengenalan Malaysia secara tidak langsung ayah saya memohon untuk saya menjadi rakyat negara ini. Maka saya menjadi rakyat Malaysia walaupun ini bukannya tanah tumpahnya darah saya. 

Kalau dah dia bukan rakyat negara ini, dia perlu mendapatkan kelulusan untuk masuk ke negara ini. Jangan ada pihak yang mengada-gada untuk membawa dia masuk, perlu diingat dia menyebabkan ramai orang Melayu iaitu penduduk asal negara ini terbunuh dengan kejam dan zalim. Tidak sedar diri, dia merempat di negara orang dan membuat onar pula dengan kejahatan dia. Rakyat negara ini terutamanya orang Melayu memang baik, kerana menerima keturunan/ sandara mara dia (dalam DAP dan PAS) di negara ini dan menjadi wakil rakyat pulak tu. Hairan saya memikirkan orang Melayu yang pernah dizalimi oleh Chin Peng masih mengundi untuk keturunan Chin Peng ini. Nanti apabila negara ini dapat ditawan oleh DAP baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.

Semasa 13 Mei saya dan keluarga saya tidak merasainya kerana kami tinggal di dalam kem tentera (ayah saya seorang tentera) tetapi saudara mara saya di kampong teruk dikerjakan oleh PKM, ramai saudara saya dibunuh dengan ditembak, diseksa dan dipancung. Kini baru saya dapat mengagak bahawa keluarga Cina yang menetap sama di kampong itu mungkin menjadi tali barut PKM, keadaan ini sama sahaja dengan apa yang berlaku sekarang ini. Mereka tidak dapat berjuang di dalam PKM jadi mereka berjuang di dalam DAP.

Saya harap sangat agar orang Melayu cepat sedar dan menolehlah semula ke belakang dan melihat sejarah. Bukalah sedikit hati dan berdoakan agar Allah memberikan sedikit hidayah untuk mengetahui kebenarannya. Ingatlah peribahasa ini "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna".

17 September 2013

Tahukah Anda Chin Peng Bukan Rakyat Malaysia?

Mari berkongsi maklumat dengan saya mengenai Chin Peng.

Adakah Chin Peng seorang warganegara Malaysia?

KUALA LUMPUR, 28 May 2009: Chin Peng, the former secretary-general of the outlawed Communist Party of Malaya (CPM), is not a Malaysian citizen but a British national, according to historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Khoo said Chin Peng, whose real name is Ong Boon Hua, was born in 1923 in Sitiawan which is in the Dindings District.

He said Dindings then was a part of the Straits Settlements which came under the British colonial administration. “Dindings was a part of the Straits Settlements since 1826 and was only handed over to Perak in the 1930s. The Straits Settlements comprising Penang, Malacca and Singapore had been under British colonial administration between 1867 and 1941.

“According to these facts of history, Chin Peng is a British national and not a Malaysian citizen,” he told Bernama when asked to comment on calls by several people for the former CPM leader to be allowed to live in Malaysia.

Penang Gerakan chairperson Datuk Dr Teng Hock Nan had asked the government to allow Chin Peng to return to the country on humanitarian grounds as he was no longer a threat to national security.

Teng’s statement drew strong opposition from various quarters, particularly members of ex-police personnel’s and ex-service personnel’s associations whose relatives and colleagues had fallen victim to the communist brutality during the Emergency between 1948 and 1960.

Chin Peng’s attempt to get to reside in the country through the process of law also failed when the High Court dismissed his appeal because he did notfurnish his identification documents.

The Federal Court in April upheld two lower courts’ decisions compelling him to produce his identification papers if he wanted to enter the country. Chin Peng is believed to live in Bangkok.

“There may be no problems if Chin Peng intends to go to Britain. But if he wants to come to Malaysia, he has to prove that he is a Malaysian citizen,” said Khoo.

He said many people assumed that only Malays were killed by the communists during the Emergency but many Chinese and Indians were also murdered.

Thousands of civilians and members of the security forces were killed in the guerrilla war staged by Chin Peng and his colleagues from the jungles between 1948 and until the CPM laid down arms in 1989.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday the government would not allow Chin Peng to return to Malaysia as it would lead to dissatisfaction among the people, especially those who fought the communists and families who lost their loved ones during the Emergency. - Bernama

Jika dia bukan warganegara, boleh tak kita panggil Chin Peng sebagai pendatang asing?

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.

Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding.

Beliau berkata Daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British.

Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.

Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.

Untuk makluman pembaca terutamanya golongan muda yang terlepas pandang fakta ini, ketahuilah bahawa Chin Peng tidak pernah memohon kewarganegaraan Malaysia.

---------------------###----@@@----###--------------------

Paul Kiong
“Although he was born in Malaya, Chin Peng was never a citizen of Malaysia. He never applied to be one after Malaya achieved independence in August 1957 but chose to continue to fight the legally elected Government of Malaya simply because he claimed that it was still a lackey of the British Government.

“But his hidden agenda was to install a Communist system of government aligned to the Communist Party of China.


“Six years after Malaysia was formed, he sent a group of about 120 communist combatants to the south and into Kedah, Perak and West Pahang. He thought that he could gain the support of the masses after the May 13, 1969, riots. This incursion is termed the Second Emergency and it lasted till Dec 2, 1989, when the Peace Accord was signed.

“He refused to give up his communist ideology and he preferred to remain in Thailand where he believed that he was getting a better ‘deal’ than returning to Malaysia.

“Now, years later, he has realised his mistake after seeing his ex-comrades enjoying good and properous lives here, and decides that ‘home sweet home’ is none other than Sitiawan. Our Government cannot and must not dance to his whim and fancies.

“Those of us who are against his return to Malaysia are the ones who fought hard and were committed to getting rid of the communist menace so that we, the people of Malaysia, can live in peace and harmony under a democratic system of government.” – Retired superintendent of Special Branch Paul Kiong, 65, one of only 27 recipients of the Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) the country’s highest medal for gallantry.

Jika dia sendiri tak mahu jadi warganegara Malaysia, perlukan Kerajaan melayan si tua yang angkuh seperti ini? Memang benar Chin Peng pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia tetapi dia tak pernah memohon kerakyatan Malaysia. Masalahnya, isu Chin sering digunakan oleh parti politik yang chauvinis untuk meraih sokongan kaumnya yang ada di antaranya masih melihat Chin Peng atau Komunis sebagai hero.

Sumber: http://tenteramaya.blogspot.com

16 September 2013

DAP Mahu Melayu Maafkan Komunis dan Bawa Chin Peng Pulang ke Malaysia

DAP menyeru rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk memaafkan pemimpin Perti Komunis Malaya, Chin Peng dan membawa Chin Peng balik ke negara ini. Saya rasa DAP tahu bahawa orang Melayu memang lekas terlupa, apa tah lagi orang Melayu memang tidak suka membaca, jadi ramai orang Melayu kini yang tidak tahu secara khusus apa yang Chin Peng dah buat terhadap orang Melayu dan Islam di negara ini. Nak tanya pada nenek moyang, mereka sudah pun meninggal dunia.

Tapi bagi saya, bodohlah orang Melayu jika berlembut hati dan memberi restu supaya DAP membawa masuk Chin Peng. Saya akan rasa sia-sia usaha arwah ayah saya semasa dia menjadi tentera untuk membenteras kegiatan komunis pada masa itu. Jika Kerajaan Malaysia meluluskan Chin Peng tinggal di negara ini, ini bererti Kerajaan Malaysia tidak menghargai usaha tentera-tentera yang pada masa itu maijoritinya adalah orang Melayu. Apa untungnya Chin Peng dibawa ke negara ini?

Mari kita lihat kenyataan di bawah dan fikirlah sebelum nasi menjadi bubur:

1.   DAP menyatakan kerajaan Malaysia harus menerima kepulangan Chin Peng selaku pengasas dan bekas ketua Parti Komunis Malaya. Karpal Singh menyokong sepenuhnya dengan berkata: "sudah tiba masanya kerajaan belas kasihan terhadap seorang warga emas walaupun kumpulan dia banyak membunuh orang Melayu dahulu. Lupakanlah, mari ikut jejak kami. Kami DAP semua sepakat memaafkan Ketua parti komunis ini"

2.   Karpal Singh hasil pilihan Melayu Bukit Gelogor, Penang berkata: "saya percaya bahawa seluruh keturunan Melayu yang terbunuh dalam pemberontakan komunis yang diketuai oleh Chin Peng ini sudah memaafkannya, Chin Peng dan seluruh tentera tentera parti komunis Malaya harus kembali Malaysia dan Chin Peng serta tenteranya harus diberikan I.C untuk mereka menikmati hari hari terakhir mereka di dalam Malaysia"

3.   Wakil rakyat hasil pilihan Melayu Bukit Gelugor, Penang menambah: "Saya tahu hati orang Melayu yang terluka sudah pun sembuh sekarang. Biarlah ianya berlalu, dan sekarang masa untuk orang Melayu menjadi murah hati, bukankah sifat orang Melayu itu pemurah, jadi marilah kita memaafkan Chin Peng serta tenteranya. Kerajaan tidah harus berdegil, ini sepatutnya adalah hak rakyat. Seluruh parti DAP yakni kami rakyat mahukan Chin Peng serta tenterannya pulang ke Malaysia"

4.   Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan hasil pilihan melayu Taiping sebenarnya adalah anak saudara kepada Chin Peng. Nga Kor Ming yang pernah membaca ayat Quran untuk mendapat sokongan Melayu PAS di Perak, adalah salah satu pemegang saham ataupun pemilik bagi 99 Speed Mart. Dia juga mempunyai saham kongsi bersama di dalam Kopitiam Old Town White Coffee.

5.   Jadi secara asasnya, Nga Kor Ming lah yang menyara ayah saudara nya selalu ketua Komunis Malaya. Ini boleh dikatakan, setiap pembayaran duit anda di 99 Speed Mart dan Old Town White Coffee sebenarnya telah disalurkan ketangan pembunuh orang Melayu, Chin Peng dan Tenteranya yang menetap di Singapura.

6.   Desas desus maklumat risikan mengatakan, DAP sangat kuat mahu Chin Peng dan tenteranya masuk ke Malaysia. Ini kerana mereka mempunyai aset untuk memutar belitkan fakta untuk digunakan sewaktu kempen PRU14 nanti. Dan apabila New Village akan ditayangkan nanti, Chin Peng akan memberi kenyataan bahawa dia dan tenteranya adalah penyelamat Tanah Melayu yang memerdekakan tanah ini.

7.   Nga Kor Ming ahli parlimen dan wakil rakyat hasil pilihan Melayu Taiping sebelum ini pernah mempersoalkan mengapa Tanah Melayu atau Malaysia yang bermajoriti Muslim serta agama Islam sebagai agama Persekutuan dapat membina masjid dengan begitu banyak. DAP mahukan tokong cina perlu sama banyaknya dengan masjid seperti meletakkan setiap tokong baru bersebelahan masjid. Ini barulah kerajaan yang adil kerana orang cina juga membayar cukai.

8.   Dan tidak lupa baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan ahli Parlimen DAP Taiping, Perak hasil pilihan Melayu Taiping - Nga Kor Ming. Pemilik Old Town ini berkata mahukan tanah rezab Melayu dibuka seperti diserah sahaja kepada cina untuk mengurus dan memiliki tanah rezab Melayu. Nga Kor Ming selaku salah satu pemilik Old Town White Coffee menambah mengapa Kerajaan Persekutuan tidak mahu lepaskan tanah rezab melayu melalui geran kekal yang sudah dipersetuju oleh kerajaan negeri.

9.   Satu lagi rakan kongsi pemilik Old Town White Coffee iaitu Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata Air Kopi secara asalnya tidak memerlukan Halal kerana tuhan tidak pernah berkata demikian dan tuhan tidak pernah meletakkan syarat sehingga susah payah bahawa air Kopi perlukan Halal.

SUMBER Karpal Singh1:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/05/karpal-supports-chin-peng’s-return/

SUMBER Karpal Singh2:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/04/let-chin-peng-come-home-says-former-sb-boss/

SUMBER Nga Kor Ming baca ayat Quran untuk memenangi hati orang PAS:
https://www.facebook.com/photo.php?v=317521611712889&set=vb.309394262525624&type=3&theater

SUMBER Nga Kor Ming mahu tanah rizab Melayu diserah kepada cina:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130710/po_02/Kor-Ming-persoal-mengapa-tanah-rizab-Melayu-tidak-diliberalisasikan

SUMBER Nga Kor Ming mahu tokong sama banyak seperti Masjid:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

Sumber: fb Boikot Barangan Cina DAP