Hari Kebangsaan baru-baru ini telah dicemari dengan sebuah lukisan seperti di sebelah ini. Lakaran pada lukisan tersebut menunjukkan mesej penghinaan dengan menyebut I for Idiot
seolah-olah menyatakan Islam untuk orang bodoh.
Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata "Memang mereka telah diberi kebenaran untuk menganjurkan pameran itu tetapi bukan untuk lukisan tersebut kerana mereka memang tidak tunjuk kepada kita dan (ia) dibawa masuk secara sembunyi,"
Beliau juga memaklumkan bahawa "Kes ini masih dalam siasatan polis dan tindakan kepada penganjur akan diambil berdasarkan hasil siasatan polis," katanya selepas melancarkan Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Muzium Negara di sini semalam.
Beliau juga berkata bahawa tindakan penganjur boleh dipersoalkan kerana ia sepatutnya merujuk kepada Balai Seni Visual sebelum lukisan itu dibenarkan untuk pameran.
Namun menurutnya penganjur pameran itu masih dibenarkan untuk meneruskan aktiviti itu sehingga tarikh akhir sebaik lukisan kontroversi itu ditarik balik dan pihaknya akan melihat jika ada keperluan pada masa depan untuk mengetatkan pengeluaran lesen bagi pameran seperti itu.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label lukisan. Show all posts
Showing posts with label lukisan. Show all posts
11 September 2013
02 February 2013
Seni Tetapi Pelik
Apa yang anda faham dengan foto ini, adakah anda perasan mana siling dan mana lantai. Tetapi mengapa perabut seperti tergantung? Pelik kan
Bagai mana pula dengan foto ini. Agaknya dari mana foto ini diambil?
Besarnya gunting yang memisahkan rumah saya
29 March 2012
Lukisan 3D - The Crevasse
Saya tabik mereka ni, pandainya melukis - hasilnya macam betul-betul jurang dan nampak mengerunkan, kalau saya lalu di tebing tu, mungkin saya takur kalau terjatuh, pada hal mana ada cerun hanya lukisan saja. Maha besar ALlah mengurniakan mereka dengan bakat yang besar,
11 February 2012
Melaka Day Cruise - Part IV
Video diambil sepanjang tebing Sungai Melaka yang mempamerkan lukisan besar di dinding rumah, kedai dan bangunan perniagaan yang lain. Membuktikan perpaduan dan kesepakatan rakyat Melaka yang berbilang kaum. Cantik dan sangat menarik. Marilah berkunjung ke Melaka.
Labels:
lukisan,
Melaka Cruise,
Melaka Indah,
melancong,
Seni,
Video
03 December 2011
Lukisan : Hasil Tangan Seni

Saya bukan orang seni, agaknya saya ini dominan otak kanan kot. Tetapi saya seorang yang amat menghargai seni termasuk lukisan. Lukisan ini saya terjumpa di dalam fb, jadi saya copy untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat. Saya amat hargai mereka yang dikurniakan Allah bakat seni ini. Hargailah kurniaan tersebut ke jalanNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



