Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts

13 March 2014

Kenduri Rumah Abang Din

Pada 2hb Mac 2014 bersamaan hari Ahad, seorang staf saya membuat majlis kahwin anaknya di Dewan TUDM KL. Saya dan mak ke majlis tersebut selepas zohor.

Setibanya kami orang masih ramai lagi, nasib kami baik kerana ada meja yang kosong tak jauh dari pintu masuk.

Tak beberapa minit Olen dan keluarganya tiba dan berkongsi meja dengan kami.

Saya tak tunggu lama selepas makan dan berjumpa dengan ibu bapa pengantin saya dan mak minta izin untuk mengundurkan diri.

Mak di laluan pengantin ke pentas.

Saya, mak dengan ibu bapa pengantin.

18 February 2013

Kenduri Kahwin Rumah Chief Zarina

Saya dan Nina bergambar bersama dengan emak pengantin perempuan Chief Zarina (di tengah) untuk kenang-kenangan di pintu masuk khemah jamuan.

Saya berpakat dengan rakan sepejabat saya, iaitu Nina untuk pergi bersama-sama ke rumah kenduri Chief Zarina, Mantan Ketua Kerani kami. Saya mengambil Nina di rumah dan terus ke rumah Chief Zarina di Taman Seri Delima. Jarak dari rumah Nina tidak berapa jauh, tetapi saya memang tidak biasa dan pandai dengan laluan di kawasan tersebut.

Cantik... mereka menggunakan thema warna hijau turquoise dari khemah hingga ke pakaian semuanya nampak sedondong. 

Hidangan yang disediakan adalah nasi minyak (lama betul saya tak makan nasi minyak), rendang daging, ayam masak merah, dalca dan yang istimewanya acar buah.

Nina bersama dengan seorang rakan.

16 March 2012

Kenduri Kahwin Rumah En Mohd Din dan Kak Ton

Saya, Emak, Ain dan anaknya Amir sedang menikmati juadah di kenduri rumah En Din dan Kak Ton. Majlis perkahwinan anak En Din yang bungsu kalau tidak silap saya. Majlis pada 10 Mac 2012 di Kendong, N9

Di majlis ini saya berjumpa dengan sahabat lama yang sama-sama bertugas di Kementerian Pertahanan, kedua-dua mereka telah pun bersaya. Dari kiri Kak Hai, Hajah Noor Ainee dan Mak.


26 March 2011

Seronok Di Majlis Perkahwinan Anak YBhg Datuk KSU MinDef

Seronoknya dapat berjumpa semula kawan-kawan lama sebelah saya Ina, Fazliah dan Mazni

Bersama dengan Lt Kol Hjh Noor Sabrina dan Hawa

Di meja makan bersama dengan Tuan haji Suhadi bin Komar dengan isteri dan Lt Kol Hajah Noor Sabrina. Makanan yang disediakan sangat enak.

Tak sangka dapat berjumpa dengan sahabat lama iaitu Lt Kol Mohamad Nor yang saya kenal dan pernah bertugas sama semasa kami di Bahagian Pentadbiran. Manakala Kol Esah sahabat yang juga terlibat dengan protokol sama ada di LIMA maupun di DSA.

Pelamin yang simple tetapi sangat menarik. Kelihatan sangat sahdu dengan didominasi oleh warna putih dan silver.

Bergambar di hadapan pelamin