Showing posts with label Seni. Show all posts
Showing posts with label Seni. Show all posts

24 April 2013

DIY: Buat Bunga Dari Bekas Telur

Kreatif, membuat bunga dari tempat simpan telur... tentunya setiap rumah pernah membeli telur dalam bilangan yang banyak dan dari buang bekasnya, boleh juga dibuat bunga seperti di atas. Dan bunga-bunga ini pula boleh diletakkan di kaki almari untuk hiasan seperti sebuah taman. Walau apa pun perlu ada tangan-tangan yang kreatif untuk mencipta bunga-bunga tersebut. Secara jujur saya bukannya seorang yang kreatif, jadi belum pasti saya mampu untuk mencipta bunga-bunga tersebut.

02 February 2013

Seni Tetapi Pelik

Apa yang anda faham dengan foto ini, adakah anda perasan mana siling dan mana lantai. Tetapi mengapa perabut seperti tergantung? Pelik kan

Bagai mana pula dengan foto ini. Agaknya dari mana foto ini diambil?

Besarnya gunting yang memisahkan rumah saya

23 January 2013

Seni dan Pelik

imagenasi yang tinggi dan imageniasi ini tidak ada pada semua orang, melainkan kepada seseorang yang mampu berfikir di luar kotak, hasilnya maka lahirlah lukisan-lukisan dalam bentuk 3D, bagi kita manusia biasa semakin lama ditenung lukisan ini semakin sukar untuk melihatnya di alam realiti. Maka pelbagai persoalan muncul mana dinding, mana lantai, mana atas dan mana sempadan? Agaknya itu yang memeningkan kepala lelaki di atas tembuk itu.

Yang ini apa pulak, mana alam manusia? mana alam jin. Gambar ini jika dilihat sekali lalu tidak ada cacat celanya. tetapi kenapa ada reflek tetapi bukan bayangan di cermin. Adakah ini bayangan 2 alam antara alam manusia atau mahluk halus.

Cuba terangkan apa pandangan dan pendapat anda mengenai gambar ini. Bagi saya bangunan yang di susun seperti domino yang nampaknya tumbang apabila bangunan di hadapan ditolak. Atau sebuah zip gergasi yang terbuka dan bangunan akantegak apabila zip ini ditutup.

Ke mana awak nak pergi ni wahai manusia di atas tembuk? boleh saya tunjukkan jalan kepada anda?

29 March 2012

Lukisan 3D - The Crevasse


Saya tabik mereka ni, pandainya melukis - hasilnya macam betul-betul jurang dan nampak mengerunkan, kalau saya lalu di tebing tu, mungkin saya takur kalau terjatuh, pada hal mana ada cerun hanya lukisan saja. Maha besar ALlah mengurniakan mereka dengan bakat yang besar,

11 February 2012

Melaka Day Cruise - Part IV


Video diambil sepanjang tebing Sungai Melaka yang mempamerkan lukisan besar di dinding rumah, kedai dan bangunan perniagaan yang lain. Membuktikan perpaduan dan kesepakatan rakyat Melaka yang berbilang kaum. Cantik dan sangat menarik. Marilah berkunjung ke Melaka.

03 December 2011

Lukisan : Hasil Tangan Seni



Saya bukan orang seni, agaknya saya ini dominan otak kanan kot. Tetapi saya seorang yang amat menghargai seni termasuk lukisan. Lukisan ini saya terjumpa di dalam fb, jadi saya copy untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat. Saya amat hargai mereka yang dikurniakan Allah bakat seni ini. Hargailah kurniaan tersebut ke jalanNya.


30 November 2011

Wow!!!! Rumah Limau Orange

Kritifnya orang Neatherland, semasa menyambut pesta limau orange, mereka membina sebuah rumah yang dibuat daripada 2 jenis limau orange. Cuba perhatikan baik-baik... agaknya berapa ribu limau diperlukan untuk siapkan rumah dan halaman rumah tersebut dan berapa lama agaknya limau-limau tersebut boleh tahan.

17 May 2011

Seni Lagi

Kalau saya besar kemungkinan saya tak dapat nak tidur dalam bilik ini.... buka mata sahaja terus nampak paderi tengah baca talkin.... macam di upacara pengkebumian sahaja.

Saya yakin 100% tak akan mandi dan selesaikan hayat di bilik ini, walaupun hanya sekadar lukisan tapi takut rasanya nak berpijak di lantainya... kerana takut jatuh ke bawah...

Real bukan lukisan mereka..

16 May 2011

Seni Pasir

Wow !!! dasyhatnya imaginasi mereka-mereka yang digelar orang seni. Saya pun orang seni juga tetapi sayangnya tangan saya tak dapat nak menghasilkan sesuatu yang indah seperti mereka-mereka ini.

Kelas seni saya dalam penulisan sahaja.... saya mampu untuk menulis sehingga seseorang itu mengalirkan air mata.... marah dan teruja.

Apa kata kita cuba melahirkan hasil seni kita....

Untuk permulaan, kita hasilkan dan nikmatinya sendiri... dari situ kita baiki dan pamirkan untuk kaum kerabat yang rapat untuk mereka nikmati dan komen.

Akhir sekali dengan hati yang berani dan teruja kita pamirkan pula untuk tontonan khalayak. Jom cuba...

12 May 2011

Seni Pensil Kontot (Pendek)

Adakah anda terfikir untuk menyimpan pensil-pensil kontot yang kita pernah gunakan semenjak di tadika lagi. Kalau disimpan hingga sekarang mungkinkah pensil-pensil itu boleh dibuat seperti objek-objek ini.





05 May 2011

Tangan-tangan Seni

















Seninya mereka... adakah anda boleh lakukannya, cubalah......

09 April 2011

Seni Ke?

Tak tahulah akau nak katakan - adakah apa yang dilakukan oleh mereka ini boleh dikatakan sebagai hasil seni atai apa.

Walau apa pun, kredit kepada mereka kerana mereka berani. Pertama berani menahan sakit yang mungkin rasa sakit yang amat sangat, dan kedua kerana mereka berani menghadapi masyarakat dengan keadaan fizikal yang lain daripada manusia lain.

Tetapi bagi aku, aku cukup bersyukur ke hadrat Allah Taalah dengan apa yang dah dia berikan kepada aku.

Adui... sakitnya