Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

13 December 2015

Hadis: Dates and Fasting

The Prophet Muhammad said: "Whoever finds dates should break his fast with them and the one who does not should break his fast with water because it is pure"

Now a days dates can be find at any part of the world with a reasonable price. In Malaysia you will find dates at most of the market or super market. So do we have any reason not to practice the above hadis?

24 August 2012

Puasa enam terbaik - Tunaikan secara berasingan

Oleh: Zuarida Mohyin

MENURUT Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fatah Wan Ismail, ibadat puasa mengandungi fadilat yang amat besar tanpa mengira sama ada ia wajib ataupun sunat.

Kenyataan ini, di sandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari bermaksud: Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

"Hakikatnya, hadis ini menyebut secara umum, tanpa mengira puasa itu sunat ataupun wajib. Di antara fadilat paling besar yang terdapat di dalam puasa enam dan puasa yang lain, iaitu Allah s.w.t. menjauhkan orang yang melakukannya daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

"Sabda Rasululullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., nescaya akan Allah menjauhkannya daripadanya api neraka sejauh tujuh puluh tahun.

"Maka jelaslah di sini, dengan berpuasa kita akan dapat menyelamatkan diri daripada azab Allah s.w.t., walaupun ia hanya puasa sunat," kata Wan Abdul Fatah sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang melaksanakan puasa enam juga akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun genap.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Selain itu kata beliau, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Malah dari sudut kesihatan, terang Wan Abdul Fatah lagi, pada bulan Ramadan sistem pencernaan kita berehat selama sebulan pada siang hari, iaitu tanpa menerima sebarang makanan ataupun minuman.
Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah lagi amalan masyarakat kita suka mengadakan rumah terbuka.

"Oleh itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Menjawab waktu yang terbaik untuk berpuasa enam, kata Wan Abdul Fatah secara amnya waktu untuk seseorang itu berpuasa enam ialah bermula pada 2 Syawal sehingga tamat Syawal.

"Namun berdasarkan pendapat para ulama, waktu yang terbaik, ialah memulakan puasa enam pada 2 Syawal. Walau bagaimanapun, tidaklah disyaratkan berbuat demikian, bahkan tetap akan mendapat pahala sekiranya melakukannya pada hari-hari lain pada bulan Syawal," katanya yang terbaik puasa enam hendaklah dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj.

Menjelaskan beberapa salah faham yang sering kali wujud berkaitan puasa enam, akui beliau persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam di antaranya ialah; Adakah harus menggabungkan dua puasa, iaitu puasa qada dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal? Manakah yang lebih afdal, sama ada digabungkan kedua-duanya ataupun dibuat berasingan?

Dalam hal ini, kata Wan Abdul Fatah, di kalangan para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

 i. Sudah cukup bagi seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada pada bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran, sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

 ii. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

 iii. ada yang menyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal pada bulan Ramadan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain pada bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w. agar berpuasa pada bulan Syawal.

"Sebenarnya, bagi mereka yang mengqada puasa pada bulan Syawal dan berniat melakukannya bersama puasa enam, sememangnya telah mendapat pahala. Namun pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang melakukannya secara berasingan, iaitu melakukan puasa qada terlebih dahulu. Setelah selesai qada, baru dilakukan pula puasa enam.

"Ini kerana kita berbalik kepada hadis yang dinyatakan sebelum ini, iaitu mereka berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan dan diikuti enam hari pada bulan Syawal, menyamai puasa selama setahun.

"Kemudian diperjelaskan lagi oleh hadis yang lain, iaitu berpuasa sebulan Ramadan sama dengan sepuluh bulan dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal sama dengan dua bulan. Maka gabungan antara kedua-duanya menyamai setahun.

"Tapi bagi mereka yang meninggalkan puasa, sekalipun kerana uzur syarie dan tidak cukup bilangan hari seperti yang dinyatakan di dalam hadis, iaitu sebulan Ramadan dan enam hari Syawal, sudah tentulah tidak menyamai mereka yang berpuasa cukup bagi bilangan tersebut.

"Maka yang terbaik dilaksanakan ialah secara berasingan," kata Wan Abdul Fatah ini kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah s.w.t., memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan, sebagai seorang hamba mencari keredhaan Allah.

Beliau turut mengambil contoh lain seperti solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dua pahala sekali gus, iaitu bersama pahala solat tahiyatul masjid. Namun ia tidak menyamai dengan mereka yang terlebih dahulu solat tahiyatul masjid kemudian solat berjemaah.

Manakala dalam kes-kes yang pernah berlaku, iaitu seseorang telah meninggalkan puasa Ramadan yang besar bilangannya sehingga Syawal tersebut tidak memberikan kesempatan untuknya melakukan dua puasa yang berasingan. Maka yang manakah patut diutamakan, sama ada qada atau puasa enam.?

Kata Wan Abdul Fatah, menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

"Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah s.w.t," tegas beliau jelas.


19 August 2012

Penghayatan Syawal, Iman dan Amal Soleh

Alhamdulillah hari ini semua umat Islam seluruh dunia telah berjaya menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadan. kalau ada umur insayallah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadan tahun hadapan.

Sama-sama kita menadah tangan memohon Allah meningkatkan ketaqwaan kita tanpa persoalan dalam  melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.

Kita berada di dalam kerugi jika kita tidak menyedari atau terlupa bahawa puasa di bulan Ramadan adalah  ibadat khusus bagi Allah s.w.t, khusus untukNya dan Dia akan membalasnya. Rasulullah s.a.w bersabda sepertimana tersebut sebuah hadis qudsi : Bermaksud : "Setiap amal ibadat anak Adam itu adalah untuknya, kecuali puasa, ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."

Berasaskan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa ibadat ini dengan ibadat-ibadat yang lainnya tidak sama di sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t akan memberi ganjaran puasa itu dengan balasan mengikut kualiti puasa kita dan sejauh manakah keikhlasan dan kesempurnaan kita melaksanakannya. Oleh yang demikian, ganjaran bagi orang yang berpuasa itu di sediakan sebuah pintu khusus di dalam Syurga nanti yang di namakan "Al-Raayan". Rasulullah s.a.w bersabda : Bermaksud : "Di dalam Syurga ada satu pintu yang di panggil "Al-Raayan", yang di khususkan untuk orang yang berpuasa melaluinya, setelah mereka masuk pintu itu akan di tutup, tiada lagi orang yang akan masuk melalui pintu tersebut". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lebih beruntung lagi bagi orang yang berpuasa dan dapat beribadat di malam Al-Qadr (malam agung dan mulia), iaitu satu malam yang mempunyai keistimewaan dan kelebihannya menandingi seribu bulan malam-malam biasa. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya kami menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadr itu, tahukah kamu apakah malam Qadar itu?, malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan". (Surah Al-Qadar:1-3)

Setelah kita berpuasa, kita perlulah bermuhasabah dan merenung kualiti puasa yang kita lakukan. Adakah rasa keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita semakin meningkat atau masih seperti sebelumnya.

Kalaulah ini yang dicapai,bererti tanda amalan kita di terima oleh Allah s.w.t, samalah seperti ibadat seorang yang mengerjakan haji, jika ibadatnya selepas mengerjakan haji bertambah baik, itu menjadi tanda penerimaan Allah s.w.t terhadap hajinya itu dan ia beroleh Haji Mabrur. Sasaran berpuasa ialah untuk mendapat puasa yang di terima oleh Allah s.w.t. Jika tidak ada peningkatan antara ibadat sebelum dan selepasnya, ini jelas menunjukkan ibadat puasa kita tidak sampai ke matlamatnya.

Terasa amat berat untuk kita berpisah dengan bulan Ramadhan, kerana banyaknya keistimewaan dan ganjaran di dalamnya, walau bagaimanapun, peluang untuk kita masih terbuka. Bulan Syawal yang bakal tiba, Allah s.w.t menyediakan pula kepada kita dengan menjanjikan ganjaran-ganjaran pahala setahun bagi yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal, sebaik sahaja kita selesai menyambut 1 Syawal (Aidilfitri),

Rasulullah s.a.w bersabda : Bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti pula dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, ia adalah seperti berpuasa setahun". (Hadis riwayat Muslim)

Berpuasa sunat Syawal itu sangat di tuntut. Rebutlah peluang yang berada di hadapan kita itu nanti, sebagai menampal kecacatan yang mungkin berlaku dalam puasa kita pada bulan Ramadhan, amalan sunat ini selalunya untuk mencukupi yang kurang di dalam yang fardhu. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya pertama adalah lebih baik.

Berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda, oleh itu di samakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam hari di bulan Syawal itu di samakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa, maka dengan itu genaplah setahun.

Ini diperjelaskan lagi dengan sebuah hadis riwayat daripada Tsauban, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu di samakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal itu di samakan dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu jika di campurkan menjadi genap setahun".

15 August 2012

Fasa Puasa Yang Berjaya

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2 - 3hari):

Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3 - 14 hari):

Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga (14 - akhir puasa):

Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam

(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut

(ii) Kesihatan bertambah baik

Penulis akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis artikel ini yang saya sendiri tidak tahu siapa, artikel ini sangat baik dan boleh dijadikan amalan dan kebiasaan setiap kali menjelangnya Ramadhan.- Adnee

11 August 2012

Mencari Lailatul Qadar

Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw (Selawat Dan Salam Ke atas Baginda beserta dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda).

Adalah Malam Qadar Berlaku Pada Satu Malam Daripada 10 Malam Terakhir (Hari Ganjil) Bulan Ramadhan.

Di Bawah ini adalah Petua dan Pengiraan Oleh Imam Ghazali Dan Lain-Lain Ulama’ Bagaimana Untuk Cari Mencari Malam Lailatul Qadar

Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:

1)  Ahad Atau Rabu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 29 Ramadhan;

2)  Isnin - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 21 Ramadhan;

3)  Selasa Atau Jumaat- Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 27 Ramadhan;

4)  Khamis - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 25 Ramadhan; dan

5)  Sabtu - Malam Qadar Dijangka Berlaku Pada Malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 11 Ogos 2012 (Sabtu), iaitu malam inilah kawan-kawanku semua. Dalam takwim Islam hari baru menjelang sebaik sahaja masuknya waktu maghrib, oleh itu maghrib pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 adalah 23 Ramadhan. Walalhualam.

Walaupun begitu kawan-kawanku, janganlah ibadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah Kita Beramai-Ramai Memeriahkan Suasana 10 Malam Terakhir Ramadhan Dengan Beribadat Kepada Allah Swt Dengan Ikhlas Dan Penuh Keimanan, Mudah-Mudahan Kita Dapat Kurniaan Allah Yang Kelebihan Pahalanya Melebihi - 1000 Bulan Atau 83 Tahun Umur Kita. Ameen.....

07 August 2012

Syarat-Syarat Batiniah Bagi Orang Yang Berpuasa

Wahai sahabat-sahabatku, ada 6 syarat batin yang harus dimiliki oleh orang yang ingin mencapai tingkatan puasa yang sangat khusus…….

1. Memelihara Mata.

'Memejam'kan mata atau tidak melihat sesuatu yang akan membawa kepada kebencian Allah swt. Menahan diri dari melihat sesuatu yang tercela atau makruh, apalagi yang dapat membimbangkan atau melalikan hati dari mengingati Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “sesungguhnya pandangan matamu adalah salah satu dari anak panah beracun milik syaitan yang telah dikutuk oleh ALLAH. Barangsiapa yang menjaga pandangannya semata-mata kerana ALLAH, nescya ALLAH akan memberikan kepadanya nikmat keimanan, sebagai kemanisan yang diperolehinya di dalam hati.” (HR : Hakim)

Diriwayatkan oleh jabir dari anas, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ada lima perkara yang dapat membataltan puasa seseorang, iaitu berdusta, mengumpat, menyebarkan berita-berita dusta, bersumpahpalsu dan memandang sesuatu dengan penuh nafsu.” (HR : Azdi)

2.   Memelihara Lidah
            
Lidah hendaklah dijaga dari perkara yang sia-sia, seperti berdusta, mengumpat, menyebarkan fitnah, berkata kotor, berkata kasar, membangga diri dan sebagainya. Sebagai ganti dari perkara-perkara buruk tersebut adalah memperbanyak berzikir kepada ALLAH SWT dan membaca ayat-ayat Al- Quran. Inilah yang dimaksudkan dengan puasa dengan lidah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa adalah benteng. Barang siapa diantara kamu yang sedang berpuasa, hendaklah jangan berkata keji dan jahil. Maka apabila ada orang yang menyerang dan mencacimu, katakanlah: “sesungguhnya aku sedang berpuasa !.” (HR : Bukhaari & Muslim)
        
Dalam sebuah hadis diriwayatkan, di masa Rasulullah SAW. Ada dua orang wanita yang sedang berpuasa. Menjelang petang hari, kedua-dua wanita tersebut berasa sangat haus dan lapar, sehingga tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya kedua wanita tersebut menyuruh seseorang untuk pergi kepada Rasulullah , untuk meminta izin kiranya diperkenankan untuk membatalkan puasa mereka. Sebagai jawapan dari permintaan dua orang wanita tersebut, Rasulullah mengirimkan sebuah mangkuk dan bersabda : "Katakalah kepada mereka, supaya mereka makan ke dalam mangkuk ini !” .

Maka apa yang terjadi ? Salah seorang dari wanita tersebut memuntahkan darah dan daging mentah, demikian juga yang seorang lagi, sehingga penuhlah mangkuk tersebut. Orang yang melihat pada waktu itu merasa hairan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : “Kedua wanita ini telah berpuasa dari apa yang telah dihalalkan oleh ALLAH dan kemudian berbuka dengan suatu yang diharamkan oleh ALLAH bagi mereka. Mereka duduk berdua, kemudian bersama-sama mengumpat, dan di dalam mangkuk ini adalah daging manusia yang mereka caci itu”. (HR : Ahmad)

3.   Memelihara Pendengaran.
   
Pendengaran juga harus dijaga dari memdengar sesutau yang dibenci, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula untuk didengari. Itulah sebabnya, maka ALLAH SWT. Menyamakan antara orang yang suka mendengar perkara yang haram dengan menamakan sesuatu yang diharamkan.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Maidah : 42. Ertinya: “orang-orang yang derhaka itu suka sekali mendengar kebohongan, dan memakan yang haram.” (Al-Maidah : 42)

“mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya sangat buruk yang mereka kerjakan itu.” (Al-Maidah ; 63)

Di samping itu berdiam diri dihadapan orang yang yang mengumpat, hukumnya haram, sebagaimana yang dijelaskan ALLAH SWT dalam firmanNya : “jika kamu tetap duduk bersama mereka, sesungguhnya kamu pun seperti mereka.” (An-Nisa’ : 140)

Rasulullah SAW. Bersabda: “ Orang yang mengumpat dan mendengarnya, sama-sama berada dalam dosa.”
(HR : Tabrani)

4.   Memelihara Anggota Badan

Anggota badan hendaklah dipelihara dari perbuatan dosa, seperti kaki dan tangan hendaklah dijauhkan dari perbuatan yang dibenci, demilian pula menahan perut dari memakan makanan yang sifatnya syubhat,(tidak jelas haram atau halalnya ) pada waktu berbuka, sebab tidak ada ertinya berpuasa menahan dari makanan yang halal, akan tetapi pada waktu berbuka memasukkanya dengan makanan yang haram, atau rezeki yang diperolehi dengan jalan haram. Perumpaan orang yang berpuasa seperti ini adalah sama dengan orang yang membangun sebuah istana yang sangat indah dan besar kemudian ia sendiri yang menhancurkannya.

Makanan yang haram adalah merupakan racun yang sangat berbahaya dalam kehidupan beragama, sedangkan makanan yang halal adalah ibarat ubat, yang akan memberi manfaat apabila dimakan menurut ketentuan yang telah ditetapkan serta tidak terlalu berlebihan. Sebab, diantara tujuan berpuasa itu adalah untuk mendorong lahinya sikap pertengahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sangatlah banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperoleh dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan hausnya sahaja.” (HR : An-Nasa’I dan Ibn Majah)
         
Ada pula yang berpendapat bahawa penafsiran dari hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang berpuasa tetapi berbuka dengan makan yang haram. Akan tetapi ada pula yang menafsirkannya dengan orang yang berpuasa menahan diri dari makanan yang halal, tetapi berbuka dengan daging dan darah manusia, kerana mereka merosakkan puasanya dengan mencaci orang lain. Tetapi ada pula menafsirkannya dengan orang yang tidak menjaga anggota badannya dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa.

5.   Menghindar Diri Dari Terlalu Banyak Makan

Jangan terlalu banyak makan pada waktu berbuaka puasa, walaupun makanan yang halal dan diperolehi memalui jalan yang halal., sehingga sangat padat di dalam perut dan menimbulkan sesak di dada. Sesungguhnya tidak ada tempat yang kurang disukai oleh ALLAH ‘Azza Wa Jalla melainkan perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cuba kita renungkan, bagaimana pula akan dapat bermanfaat sebagai cara untuk mengalahkan musuh ALLAH dan untuk mengendalikan hawa nafsu, jika pada waktu berbuka, ia menghabiskan apa sahaja yang dapat dimakannya pada waktu siang hari. Apa lagi adap bulan buasa biasanya disediakan tambahan, yang pada hari-hari biasa tidak ada. Bahkan sudah menjadi adat yang buruk, iaitu kebiasaan menyimpan makanan yang bermacam ragam untuk persediaan bulan Ramadhan. Maka untuk di bulan puasa itu dimakanlah makanan yang tidak dimakan pada bulan-bulan lain.

Padahal sudah disedari bahawa tujuan dari berpuasa adalah untuk mengosongkan perut serta menahan hawa nafsu, supaya jiwa tetap bertakwa.Oleh sebab itu, kalau perut itu hanya ditahan pada waktu siang hari dan dilepaskan pada waktu malam hari hingga nafsu syahwatpun akan tetap tinggi. Jika demikian halnya puasa itu, maka roh dan rahsia puasa tidak akan pernah dapat dirasakan, bahkan sebaliknya, memberikan tambahan kekuatan nafsu syahwat berlipat ganda semuanya ini akan lebih membuka jalan kepada seseorang untuk terus berbuat keburukan dan kejahatan.

Justeru itu, untuk melemahkan semangat syaitan, hendaklah makanan itu dikurangkan, kerana tidak akan memperolehi manfaat, apabila ketika berpuasa tetap makan dengan jumlah yang biasa dimakan pada hari-hari biasa. Bahkan sangat dianjurkan untuk sedikit tidur pada waktu siang hari, sehingga rasa haus dan lapar dapat dirasakan. Dengan demikian, orang yang berpuasa akan dapat merasakan samakin lemahnya kekuatan badan, yang akan membawanya kepada kesucian jiwa.

Apabila rasa lemah itu masih dirasakan pada malam hari, akan mudahlah orang tersebut untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) serta wiridnya. Dengan demikian, syaitan tidak akan mengelilingi hatinya, sehingga ia akan mendapatkan kurnia syurga. Apa lagi malam lailatul qadar adalah merupakan malam yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman Allah swt “Kami turunkan Al-Quran pada malam lailatul qadar.” (Al-Qadar:1)

6.  Takut Disertai Dengan Penuh Harapan  Kepada Allah swt

Setelah selesai berbuka, hendaklah hati mempunyai perasaan takut dan penuh pengharapan kepada Allah swt. Perasaan takut yang dimaksudkan adalah, hati berasa bimbang dan malu kepada ALLAH tentang ibadah puasa yang dilakukan serba kekurangan dan tidak diterima oleh ALLAH.

Sebab kita kita sendiri tidah mengetahuinya, apakah puasa kita itu diterima. (Perbanyakkanlah istigfar memohan keampunan ALLAH). Sedangkan yang dimaksudkan dengan perasaan harap ialah, di dalam hati kita harus penuh pengharapan, semoga usaha kita diterima dan menjadi orang yang selalu dekat dengan-Nya. Perasaan seperti inilah harus ada pada setiap selesai mengerjakan ibadah puasa.

Al-Hassa bin Abu Hassan Basri meriwayatkan, bahawa pada suatu hari lalu sekumpulan orang yang sedang tertawa terbahak-bahak. Maka mereka berkata :

“ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba. Di mana hamba-hambaNya berlumba-lumba dalam beribadah. Beberapa orang diantara mereka berhasil sampai terlebih dahulu dan menang, sedangkan yang lain tertinggal di belakang dan kalah. Adalah sangat menghairankan jika mereka yang kalah, masih dapat tertawa. Demi Allah swt apabila tabir telah tertutup, maka mereka yang berbuat baik akan penuh dengan pahala, sedangkan mereka yang berbuat kejahatan akan penuh dengan dosa”

Maksudnya, bagi mereka yang puasanya diterima, tentu akan bersuka-ria. Sedangkan bagi mereka yang berpuasanya ditolak, akan tertutuplah pintu tertawa baginya.

Dalam riwayat yang lain, pernah orang berkata kepada Al-Ahnaf bin Qais, orang tersebut berkata, “Tuan sudah tuan, apabila tuan berpuasa tentu akan melemahkan badan tuan.” Maka Al-Ahnaf menjawab,: Dengan mengerjakan ibadah puasa, bererti aku sedang menyiapkan diri untuk perjalan yang sangat jauh. Justeru itu bersabar dalam mentaati Allah tentu akan lebih mudah, daripada menahan siksaNya.

Dari Ibnu Omar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya ,: ”siapakah orang yang bijak wahai Nabi?” Nabi SAW menjawad : “Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya.” (HR : Ibnu Majah)

04 August 2012

Berbuka Puasa di GCH Melaka

Semasa saya bertugas di Melaka daripada 23 hingga 27 Julai 2012 adalah di awal bulan Ramadan. Saya balik ke Melaka pada 20 Julai 2012 dan keesokan harinya rakyat muslim di Malaysia mula berpuasa. Allahamdulillah saya dapat menyambut puasa (bersahur dan berbuka puasa) bersama ibu tercinta dan adik saya Ain dan anaknya Amir.

Saya check-in ke Grand Continental Hotel di jalan Tun Sri Lanang pada 22 Julai 2012. Ain sempat memasakkan beberapa juadah untuk saya berbuka dan bersahur di hotel.

Pada 25 Julai 2012, hari Rabu bersamaan hari ke 5 puasa saya menjemput emak, Ain dan Amir berbuka puasa di hotel ini. Pakej yang dikenakan agak murah iaitu RM25.00 seorang.

Makanan yang dihidangkan sedap sedap belaka, maklumlah orang puasa semua yang dipandang nampak sedap. Yang paling sedap adalah mee goring....

01 August 2012

Doa Yang Paling Utama Di Bulan Ramadan

Ramai yang tertunggu-tunggu akan kedatangan bulan Ramadhan iaitu bulan yang sangat berkat, di mana pada bulan itu adalah melebihi dari 1,000 bulan. Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu "Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", iaitu maksudnya "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya ".

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.


Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?". Nabi bertanya kepada Aisyah semula "Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?". Aisyah menjawab "Saya tak tahu" kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?". Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya". Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?" Nabi jawab " Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

"Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" 
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya). 

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin ("Tabiin" maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil "Sahabat". Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, "Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu".

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai "al-Mubasyirun bil Jannah" iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, "Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua."

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu "Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab "Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian".

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab "Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt." Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu "Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya "Haudat". Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya "Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji".

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah "Tilal" iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas "Tilal". Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari "Tilal" untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia " Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?". Uwais menjawab "Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu". Ibunya bertanya lagi "Bagaiman pula dengan dosa kamu". Uwais menjawab "Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga".

Ibunya berkata lagi "Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini". Uwais kata "Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta'ala". Ibunya menanbah "Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa".

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa "Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit"

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata "Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah". Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Doa yang paling utama di malam Qadar

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi "Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan "Wallah yuridul akhirah". Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan "Ghoforollah hu mat taqadaman", Allah ta'ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu "Astagh firruka humma waatubu ilaih". Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, "Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?". Nabi menjawab "Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur".

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan "Wa tazau wadu" kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil "al-khush" (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

"Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu "La'al lakum tat takun" dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

"Ya 'ajaban",memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta'ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang "Zalimi an fusu hum" orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan "Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa".

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa', kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.

Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..

Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.

Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa' dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

26 July 2012

Bulan Istimewa

Oleh Drs. Ahmad Yani

Ketika ibadah Ramadhan tahun lalu kita akhiri, salah satu harapan yang merasuk kedalam jiwa kita adalah keinginan untuk bisa menjumpai dan menikmati bulan Ramadhan pada tahun berikutnya. Insya Allah, harapan itu akan terpenuhi, karenanya kita berharap semoga Allah Swt benar-benar menyampaikan usia kita pada Ramadhan tahun ini.

Kalau kita begitu berharap bisa menikmati kembali ibadah Ramadhan pada tahun ini, karena Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa. Karena itu, kehadiran Ramadhan tahun ini yang tidak akan kita sia-siakan begitu saja. Sebagai orang yang gembira atas kedatangan kembali Ramadhan dan kita bisa memasukinya, maka target yang ingin kita capai adalah mendapatkan nilai-nilai keistimewaan dari bulan Ramadhan itu sendiri sebagai titik awal untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Swt. Lalu, selain keharusan berpuasa sebulan penuh, apa saja keistimewaan bulan Ramadhan itu?.

1.   Bulan Al-Qur’an

Ramadhan seringkali disebut dengan Syahrul Qur’an (Bulan Al-Qur’an), karena awal diturunkannya Al-Qur’an adalah pada bulan Ramadhan. Dengan berpedoman pada Al-Qur’an, niscaya perjalanan hidup manusia menjadi terarah dan memberi kebahagiaan, kedamaian, ketentraman dan kemakmuran serta keadilan. Banyak dari kita, kaum muslimin yang sudah jauh dari Al-Qur’an, mulai dari jauh dalam bentuk tidak bisa membacanya, bisa membaca tapi tidak rajin membacanya, rajin membaca tapi tidak memahaminya, memahami tapi tidak mengamalkannya atau sudah mengamalkannya tapi baru untuk dirinya sendiri, belum merangsang atau mengajak orang lain untuk mengamalkannya.

Oleh karena itu, sebagai bulan Al-Qur’an, Ramadhan mengingatkan dan mengetuk hati kita untuk memperkokoh komitmen kepadanya. Bila Ramadhan yang segera kita masuki telah berakhir dan komitmen kita kepada Al-Qur’an semakin kuat, hal itu merupakan indikasi dari keberhasilan ibadah Ramadhan kita, sehingga dalam menjalani kehidupan ini, kita selalu berpedoman kepada Al-Qur’an, karena Al-Qur’an memang berfungsi sebagai petunjuk dan dalam menilai sesuatu, kitapun menggunakan Al-Qur’an sebagai tolok ukur, karena Al-Qur’an memang berfungsi untuk membedakan antara yang haq (benar) dengan yang bathil (salah), Allah berfirman yang artinya: Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil). (QS 2:185).

2.   Pintu Syurga Dibuka, Neraka Ditutup.

Setiap muslim pasti ingin sekali bisa masuk syurga dengan segala kenikmatannya dan terhindar dari neraka dengan segala kesengsaraan dan penderitaannya. Ramadhan adalah bulan yang amat memberi peluang kepada kita untuk meraih syurga dan menghindar dari neraka. Namun ini sifatnya tidak otomatis bersamaan dengan datangnya Ramadhan, tapi itu bisa kita raih manakala Ramadhan ini kita penuhi dengan segala bentuk kebajikan, sekecil apapun kebajikan yang kita lakukan itu.

Ramadhan yang merangsang kita untuk melaksanakan segala aktivitas kebajikan akan menghantarkan kita ke pintu syurga yang seluas-luasnya, bahkan bagi orang yang berpuasa, Rasulullah Saw sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyatakan ada pintu khusus untuk masuk syurga itu yang dinamakan dengan Ar Royyan. Sementara dengan ibadah Ramadhan yang sebaik-baiknya, seorang muslim semakin kecil peluangnya akan kemungkinan masuk ke dalam neraka. Itulah salah satu maksud pintu syurga dibuka lebar dan pintu neraka ditutup rapat dengan sebab puasa Ramadhan sebagaimana hadits Nabi Saw:

Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).

3.   Membelenggu Syaitan

Hadits di atas juga menyebutkan dibelenggunya syaitan-syaitan ketika Ramadhan tiba, hal ini karena dengan telaksananya ibadah Ramadhan dengan sebaik-baiknya, syaitan merasa amat sangat sulit mencapai keberhasilan dalam menggoda manusia, sehingga selama Ramadhan itu, syaitan betul-betul merasa terbelenggu atau sangat terbatasi keleluasaannya dalam menggoda manusia.

Dengan demikian, sebagai muslim, kita harus aktif dalam membelenggu syaitan melakukan aktivitasnya menyesatkan manusia, dan bulan Ramadhan adalah kesempatan yang amat baik untuk melatih kekuatan rohani kita untuk bisa membatasi ruang gerak syaitan dalam diri kita masing-masing.

4.   Ampunan Dosa.

Ibadah Ramadhan yang dikerjakan dengan sebaik-baiknya juga akan memberi keuntungan atau keistimewaan bagi kita dengan diampuninya dosa-dosa kita dimasa lalu oleh Allah Swt. Ini merupakan peluang yang sangat besar yang diberikan Allah dan kita tidak boleh mensia-siakan kesempatan ini. Kenapa demikian?. Karena sudah begitu banyak dosa yang kita lakukan, dosa anak kepada orang tua, dosa orang tua kepada anak, dosa isteri kepada suami, dosa suami kepada isteri, dosa pemimpin pada rakyat, dosa rakyat pada pemimpin, dosa murid kepada guru, dosa guru kepada murid dan begitulah seterusnya. Rasulullah Saw bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap ridha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari).


Kalau peluang yang begitu besar ini kita abaikan, peluang mana lagi yang ingin kita ambil. Memang tahun depan, Ramadhan akan kembali tiba kalau kiamat belum terjadi, tapi yang jadi masalah adalah usia kita yang belum tentu sampai, sebagaimana banyak orang diantara keluarga, teman, jamaah dan masyarakat kita yang sudah tidak bisa berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini karena mereka telah meninggal dunia..

5.  Memperkuat Benteng Pertahanan.

Dalam salah satu hadits yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah, Rasulullah Saw menyatakan: ash shiyamu junnatun (puasa itu adalah benteng). Dalam suatu peperangan, diperlukan benteng untuk memantapkan pertahanan. Dalam kehidupan seorang muslim, terjadi kecamuk perang dalam jiwanya antara yang haq dan yang bathil. Untuk bisa memenangkan peperangan itu, seorang muslim harus memiliki benteng pertahanan yang kuat sehingga bisa menghalau segala godaan syaitan.

Puasa sebagai upaya memperkuat benteng pertahanan rohani merupakan sesuatu yang amat penting. Tersebarluasnya kemaksiatan dan kemunkaran, sulitnya memperkokoh persatuan Islam dan umat Islam pada hakikatnya adalah karena lemahnya kekuatan rohani yang membuat syaitan menjadi begitu berkuasa atas diri kita. Karena itu, dalam kondisi kehidupan masyarakat kita yang masih amat jauh dari nilai-nilai Islam, peran puasa Ramadhan menjadi sesuatu yang amat mendasar dalam membentengi jiwa umat dalam menghadapi godaan-godaan syaitan yang tiada henti.

6.   Pahala Besar

Keistimewaan penting dari bulan Ramadhan adalah diberikannya pahala yang begitu besar kepada siapa saja yang melakukan kebajikan atau amal yang shaleh. Hal ini akan membuat kita semakin terlatih atau terbiasa untuk melakukan amal-amal yang shaleh. Sebagai sebuah contoh, untuk orang yang memberi makan atau minum kepada orang yang berbuka puasa, maka Allah Swt akan memberikan pahala puasa orang yang diberi makan atau minum itu tanpa mengurangi pahala orang tersebut.

Ibadah Ramadhan memang memberikan janji perolehan pahala yang besar. Dengan pahala yang besar itu kita terangsang untuk beramal shaleh yang sebanyak-banyaknya, lalu kita menjadi terbiasa melakukannya.

Akhirnya menjadi jelas bagi kita bahwa, begitu banyak keistimewaan bulan Ramadhan yang membuat kita tidak boleh mengabaikannya begitu saja. Karena itu, kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan kita optimalkan sebagai momentum untuk meningkatkan proses tarbiyyah (pendidikan) bagi diri, keluarga dan masyarakat kita kearah terwujudnya pribadi, keluarga dan masyarakat yang selalu berada dalam ketaqwaan kepada Allah Swt.

25 July 2012

Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan

Alhamdulillah tahun inisaya dapat menyambut puasa di kampung halaman saya diMelaka. Sedih juga apabila terkenangkan kebiasaan saya berpuasa bersama ayah dan emak, tetapi kini kami hanya dapat berpuasa bersama emak sahaja. Kami tetap syukur dan alhamdulillah.

Hari pertama puasa, ini sahaja juadah yang sempat dimasak oleh adik saya Ainee ... itu pun tidak dapat dihabiskan oleh kami. Ain masak nasi goreng, mee goreng, bubur kacang hijau, kueh kasturi dan seperti biasa bulan Ramadan sebelum ini kami tidak akan terlepas daru berbuka puasa dengan buah kurma, bukankah makam kurma semasa berbuka puasa tu sunat.

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh: Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1)   Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2)   Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3)   Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4)   Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5)   Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6)   Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7)   Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8)   Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9)   Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10)   Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11)   Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12)   Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut ertinya: 

"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih) 

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" (Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

23 July 2012

3 Tingkatan Manusia Dalam Mengerjakan Puasa

Assalamualaikum saudara-saudaraku, selamat berpuasa dan abgaimana dengan puasa anda sekelian... hari ini dah masuk hari ke3 kita berpuasa... Jom saya nak kongsikan ilmu ini yang saya dapat lama dulu. Kalau saudara-saudaraku ingin mengetahui bahawa dalam mengerjakan ibadah puasa itu, ada 3 tingkatan manusia, apakah dia dan di mana tingkatan kita?

1. Puasa Orang Awam

Jenis manusia ini hanya sekadar menahan diri dari memenuhi nafsu syahwat seperti, makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dan lain-lain sebagaimana yang telah dijelaskan. Silap-silap manusia jenis ini hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Janganlah kita dalam kumpulan ini.

2. Puasa Orang Khusus.

Mereka dalam tingkatan ini apabila berpuasa dia menahan diri dari makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dan perkara-perkara yang dilarang, serta ditambah pula dengan menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan lain-lain daripada perbuat dosa.

3. Puasa Orang Khusus Yang Tinggi.

Di samping menahan diri dari perkara-perkara di atas kumpulan manusia ini juga berusaha untuk mencegah dari perkara-perkara yang bersifat keduniaan sehingga fikiran dan tindakan mereka hanya mencari keredhaan dan kerana Allah swt semata-mata. Bagi orang yang telah sampai tingkatan puasanya seperti ini, ia akan menganggap batallah puasanya sekiranya dia memikirkan perkara-perkara keduniaan kecuali pemikiran tentang keduniaan itu mendorongnya untuk pemahaman tentang keagamaan, kerana hal tersebut dianggap sebagai tanda ingat kepada akhirat dan tidak termasuk kepada yang bersifat duniawi. Masyallah

Tingkat puasa ini umunya hanya dapat dicapai oleh para rasul, para wali Allah dan mereka yang selalu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Walaupun begitu apa salahnya jika kita mencuba untuk mencapai tingkatan ini.

22 July 2012

Kewajipan-Kewajipan Puasa Yang Bersifat Lahiriah

Kalau nampak anak bulan insyallah esok kita dah puasa atau pun kalau tidak insyallah lusalah kita mula berpuasa. Alhamdulillah jumpa juga kita dengan Ramadan tahun ini dan harap-harap Allah memanjangkan lagi usia kita untuk berjumpa dengan Ramadan tahun-tahun akan datang. Ahlanwahsahlan ya Ramadan...


Setelah setahun, mungkin ada yang terlupa beberapa perkara di dalam menjalani ibadah puasa yang berkualiti dan diterima Allah sepenuhnya, saya mengingatkan diri sendiri dan semua saudara-saudaraku perkara-perkara yang perlu diketahui. Mengikut ulama dan guru-guru agama ada 6 perkara yang harus diketahui dalam kewajipan melaksanakan ibadah puasa yang bersifat lahiriah.

1. Mengetahui permulaan bulan Ramadhan. Kita di Malaysia mudah kerana Kerajaan menyediakan badan tertentu untuk melihat anak bulan. Kalau tidak puaslah kita melihat sendiri - takut-taku anak bulan tak mahu keluar sebab ramai yang intai dia. Ada kalanya anak bulan ditutup oleh awan. Jadi Kerajaan kita melalui Majlis fatwa dan cerdik pandai Islam mengambil inisiatif untuk membuat pengiraan. Kalau tidak pun islam amat mudah di mana kita perlu mengambilkira hanya 30 hari bulan Syaban. Barang siapa yang mendengar berita dari orang yang dianggap adil bahawa ia telah melihat anak bulan, maka wajiblah ia memulai ibadah puasanya, walaupun hakim agama tidak memberikan keputusan sebagaimana yang dipercayainya itu.

Manakala untuk menetapkan tarikh 1 Syawal, anak bulan harus disaksikan oleh 2 orang yang adil. Tujuannya adalah untuk lebih berhati-hati dalam mengamalkan ibadah puasa itu.

2. Berniat. Niat ini haruslah dilakukan pada setiap malam bulan ramadhan, dan niat itu pula wajiblah ditentukan secara pasti, misalnya berniat untuk mengerjakan kewajipan puasa ramadhan kerana Allah swt.

3. Menahan diri dari memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam perut. Puasa menjadi batal apabila dengan sengaja seseorang itu makan, minum, memasukan ubat dari hidung atau dari dubur (rongga pada tubuh badan). Sebaliknya tiidak terbatal jika bercelak, bersugi atau memberus gigi. Bagaimana pula sekiranya secara tidak sengaja termasuknya debu ke dalam tubuh atau termasuknya lalat ke dalam mulut. Ada kalanya pabila seseorang itu berkumur-kumur termasuk sedikit air ke dalam tubuh secara tidak sengaja juga tidak membatalkan puasa, yang penting berkumur-kumur tidak dilakukan dengan keterlaluan.

Sekiranya seseorang itu terlupa bahawa dia sedang berpuasa maka dia makan, minum dan lain-lainnya, maka tiadalah terbatal puasanya.

4. Menahan diri dari melakukan persentubuhan. Jika pasangan suami isteri melakukan junub pada waktu malam hari atau bermimpi sehingga mengeluarkan air mani, dan masih dalam keadaan junub juga ia tidak membatalkan puasa. tetapi hendaklah secepat mungkin mandi hadas besar.

5. Menahan diri dari sengaja mengeluarkan air mani (istima’). Jika keluar air mani secara bersetubuh atau dengan jalan lain adalah membatalkan puasa. Tetapi jika seseorang itu mencium isterinya atau tidur dan bersenda gurau dengan isterinya selama tidak mengeluarkan air mani, puasanya masih sah tetapi hukumnya adalah makruh. Baiklah dielakkan.

 6. Menahan diri dari mengeluarkan muntah. Kalau berlaku dengan sengaja, maka batallah puasanya, tetapi jika tidak disengajakan, maka tidaklah batal puasanya. Bagi seseorang yang menelan kahak dari kerongkongnya atau dadanya, tidak terbatal.

20 July 2012

Ibadah Puasa

Puasa adalah ibadat yang menjadi amalan wajib bagi semua muslim. Ibadat puasa adalah terus kepada Allah Swt apa lagi apabila Allah Swt mengurniakan pahala dan balasannya nanti terutamanya di kemudian hari.  Rasulullah saw bersabda iaitu “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, sesungguhnya bau busuk pada mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah adalah lebih harum dari minyak kasturi. Allah berfirman bahawasanya orang itu suka meninggalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepadaKu. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya.” (Bukhari; Muslim )  

Walaupun begitu Allah Swt mengurniakan juga kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hambanya terutamanya dalam mematahkan usaha dan tipu daya syaitan. Iblis dan syaitan sangat bencikan muslim yang berpuasa samada puasa di bulan Ramadan ataupun berpuasa sunat. Kerana dengan puasalah kita dapat menghampakan dan membuatkan iblis dan syaitan sakit hati. 

Puasa juga merupakan amalan yang menjadi benteng bagi muslim.  Orang yang berpuasa adalah orang yang sabar, jadi peliharalah diri semasa melaksanakan ibadat ini di mana Allah berfirman yang bermaksud: “ Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.” (Az-Zumar : 10)  begitu juga dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Puasa adalah separuh kesabaran.” - HR. Tarmizi; Ibn Majah

Allah juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan Allah, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw “Ada 2 macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya.” (HR. Bukhari; Muslim) Firman Allah juga yang maksudnya: “Seorangpun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajadah : 17)

Keistimewaan adalah seperti berikut:

1.   Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dari melakukan dosa, nikmat dan rahsia puasa itu hanya boleh dirasi dan dinikmati oleh diri sendiri. Ia bukanlah suatu ibadah yang boleh dinilai dan lihat dengan mata kasar sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Di samping diri sendiri, hanya Allah sahaja yang mengetahui keikhlasan ibadah puasa itu, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.

2.   Ibadah puasa juga merupakan senjata untuk melawan atau menahan diri dari musuh Allah Azzawa jalla. Perlu diketahui oleh kawan-kawan bahawa banyak dosa adalah berpunca dari nafsu syahwat di mana nafsu syawat itu pula berpunca dari makanan dan minuman. Jadi puasa adalah usaha dan senjata untuk melawan musuh Allah, dan percayalah bahawa  pertolongan Allah itu akan datang dariNya sebagaimana firman Allah maksudnya : “Apabila kamu menolong Allah ( menolong memajukan agama Allah), maka Allah juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu).” (Muhammad : 7)

Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa puasa itu adalah pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng serta senjata. Sangat besar keistimewaan dan keutamaan puasa ini, dan ianya mudah dicapi sehingga ke tingkat tertinggi, dengan itu jangan buang masa - ikhlaskan puasa kita yang akan datang nanti. Ameen

14 December 2010

Puasa Sunat 9 dan 10 Muharam

Baru saja tadi, saya mendengar ceramah dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman mengenai puasa sunat 9 dan 10 Muharam. Riwayat dari Muawiyah: "Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. Mengikut Rasulallah, kepada sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka Allah akan mengampunkan dosanya setahun. Oleh itu jom ramai-ramai kita berpuasa esok dan/ atau lusa (9 dan 10 Muharam) semoga kita semua akan diampuni oleh Allah.

Mengikut cerdik pandai Islam, terdapat 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram) ialah:

1. Melapangkan masa untuk bersama suami & isteri, anak-anak dan ahli keluarga. Fadhilat -: Allah akan melapangkan hidup kita pada tahun tersebut.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat -: Allah akan melapangkan kita dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadhilat -: Di akhirat nanti Allah akan memasukkan kita ke dalam golongan yang reda'.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat -: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati kita.

5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadhilat -: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut anak yatim yang diusap.

6. Bersedekah. Fadhilat -: Allah akan menjauhkan kita daripada neraka seumpama jauhnya seekor gagak yang terbang tanpa henti dari kecil sehingga ia mati. Diberikan juga pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat -: Allah akan mengurniakan kita kehidupan yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilat -: Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat mandi sunat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat -: Allah akan memandang kita dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat -: Allah akan mengampunkan dosa kita walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat solat sunat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Ffadhilat -: Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat -: Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam yang berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat -: Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wallahualam - Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.