Showing posts with label Makan Malam. Show all posts
Showing posts with label Makan Malam. Show all posts

03 February 2013

Makan Satay di Jasin

Masa balik kampong pada cuti sempena Maulidul Rasul, saya dan keluarga teringat akan keenakan satay yang pernah kami beli bungkus di Jasin. Jadi pada petang 26 Januari 2013 kami bergerak ke Jasin dan nasib baik kerana gerai satay tersebut telah dibuka.

Amir sedang menikmati satay manakala rakan barunya masih kelihatan termenung mungkin teringatkan KFC

Sedap ke Amir sataynya, kalau macam tu nanti bila balik kampung lagi kita ke gerai ini lagi.

12 January 2013

Senja Di Jasin Melaka

Banyak kali saya dan keluarga saya mengunjungi Bandar Jasin pada sebelah malam. Kami ke Jasin biasanya adalah untuk makan malam, tetapi malam ini lain sikit, sebab Ain perlu pergi ke Klinik kerana dia demam.

Selepas Ain ke Klinik kami mencari kedai makan untuk makan malam kami. Ammar ke KFC untuk beli ayam goreng dan lain-lain. 

Sementara Ain dan Shima ke gerai depan tu untuk membeli satay - satay di sini memang sedap. Lain kali boleh beli lagi....

29 November 2012

Percutian Cameron Highland 2012 (Makan Malam) - Part 5

Kami makan malam di Orchid Food Corner - gerai ini terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Rasanya pemiliknya adalah seorang peniaga daripada Kelantan kerana hampir kesemua pekerjanya bercakap dengan dialik Bahasa Melayu Kelantan. Macam-macam ada dijual di sini. Malam ini kami memesan makanan yang agak berat, maklumkan cuaca kan sejuk jadi kena makan berat sikit supaya badan boleh menjana tenaga yang lebih.

Main course kami adalah steam-boat, manakala side dish adalah nasi goreng dan nasi goreng pataya - biasalah Ammar memang sangat gemarkan nasi goreng pataya. Ain sibuk menghidangkan steam-boat kepada kami.

Emak kata dia nak makan steam-boat sahaja, jadi mak tidak memesan makanan lain. Disebabkan kelaparan saya dah memulakan menjamu selera dengan nasi goreng pedas - dan memangnya nasi goreng tu sangat pedas. Lagi pedas lagi sedap.....

Inilah steam-boat kami dengan 2 jenis sop, iaitu sop tomyam dan sop biasa. Sama-sama sedang menunggu makanan masak ..... sementara itu hujan dah mula turun dan menjadikan perut kami semakin lapar..

Shima dan Ain sedang rancak berbual selepas habis menikmati makanan. Memandangkan hujan semakin lebat, akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik dalam hujan yang lebat itu. Nasib baik bawa 1 kereta jadinya Shima yang kena hujan kerana terpaksa berlari ke kereta dan menjemput kami di hadapan gerai. Kesian dia.....