Showing posts with label Lagu Korea. Show all posts
Showing posts with label Lagu Korea. Show all posts

18 November 2012

Lagu Korea: Lagu Tema The Great Doctor/ Faith

Malam semalam saya baru sahaja tamat menonton drama ini secara dalam talian, dan insyallah kalau ada masa nanti dan jika diberi kesempatan pada hari Isnin dan Selasa sebelah malam saya akan ulang tonton di Siaran Astro 393 pula. Drama ini berdasarkan sedikit cerita sejarah, cinta dan sains fiksyen tetapi jalan ceritanya menarik sangat dan tidak berat serta boleh menghiburkan.

Lagu ini juga sedap didengar kerana lembut musiknya.

12 November 2012

Lagu Korea: Castle of The Glass

Lagu Korea yang menjadi lagu tema kepada drama bersiri yang bertajuk Glass Castle. Ceritanya mengesahkan tentang satu keluarga kaya yang mementingkan menjaga reputasi keluarga mereka melebihi dari kebahagian ahli keluarga. Sukarnya untuk meneruskan kehidupan dalam keluarga sebegitu di mana anak-anak dan menantu terpaksa berkorban dan memendam perasaan. Akibatnya berlaku penceraian dan pengisihan ahli keluarga. Demi kebahagian dan kehidupan seterusnya keputusan yang menyakitkan perlu diambil.... tetapi kepahitan dan kesedihan sungguh menyakitkan walau bagaimanapun masa adalah ubat yang mujarab.

29 December 2011

Lagu : Autumn In My Heart


Siri Drama Korea yang kedua best bagi saya, sepanjang cerita banyak sudah air mata saya yang terbuang. Jalan cerita amat menyayatkan hati, kesian dengan nasib gadis yang tak pernah hidup senang sejak kecil hingga remaja. Lagu yang mendayu-dayu menambahkan hati kita diruntun-runtun.

11 December 2011

Lagu : Stairway to Heaven (OST Drama Korea)


Lagu tema drama bersiri yang bertajuk Stairway To Heaven yang pernah disiarkan di TV Malaysia. Saya pernah melihat drama ini melalui CD selama 3 malam 2 hari baru habis. Selepas habis keesokan harinya saya ke pejabat dengan mata yang merah dan bengkak kerana menangis yang amat sangat. Sehingga kini bila melihat petikan lagu ini sahaja saya dah mula rasa sedih. Pandainya pengarangnya.....