Showing posts with label Lagu Melayu. Show all posts
Showing posts with label Lagu Melayu. Show all posts

16 June 2013

Lagu: Ayah - Aishah


Selamat Hari Bapa Kepada Semua sahabat-sahabat saya yang bergelar ayah. Teruskan usaha anda dalam mendidik anak-anakmu.
Bagi anak-anak yang telah kehilangan jangan lupa mendoakan arwah ayah masing-masing. Semoga lagu ini membawa kenangan kepada ayah anda.
Untuk arwah ayahku... doaku iringkan semoga ayah dirahmati Allah, di tempatkan di sisiNya bersama dengan kekasih-kekasihnya. Terima kasih ayah kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.

06 February 2013

Lagu: Transformasi Pendidikan Negara


Demi Menjayakan
Masa Depan Malaysia
Menerusi Pendidikan
Berkualiti

Di Kota Di Desa
Ilmu Dikongsi Bersama
Membina Potensi Insan
Yang Seimbang

Chorus 1:

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Satu Suara
Melonjakkan Pendidikan Bertaraf Dunia
Demi Membangunkan

Insan Kreatif Inovatif
Transformasi Pendidikan
Diutamakan

Chorus 2:

Bangunlah Kita Semua
Kejayaan Di Hadapan
Bersatu Hati Menjunjung
Hasrat Yang Utama

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Padu Tenaga
Menjanakan Keilmuan
Demi Masa Depan Malaysia

Chorus 1:

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Satu Suara
Melonjakkan Pendidikan Bertaraf Dunia
Demi Membangunkan

Insan Kreatif Inovatif
Transformasi Pendidikan
Diutamakan

Chorus 2:

Bangunlah Kita Semua
Kejayaan Di Hadapan
Bersatu Hati Menjunjung
Hasrat Yang Utama

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Padu Tenaga
Menjanakan Keilmuan
Demi Masa Depan

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Padu Tenaga
Menjanakan Keilmuan
Demi Masa Depan

Malaysia
Malaysia
Malaysia

PENCIPTA LAGU : Encik Rosman bin Adam
PRODUKSI LAGU : Keralai Sakti Studio (LY Baiduri)
PENYANYI : Hafiz dan Stacy
TERBITAN : Kementerian Pelajaran Malaysia
KORDINATOR : Unit Komunikasi Korporat, KPM

21 December 2012

Lagu Melayu: Gerimis Semalam - Shiela Majid


Sejak remaja lagi saya memang suka akan lagu ini. Lagu Gerimis Semalam didendangkan dalam rentak Jess Rock - liriknya memang kena betul dengan iramanya - sedih, sahdu dan terharu apabila mendengar lagu ini berulang kali. Mungkin ada antara kawan-kawan yang mungkin belum lahir lagi semasa lagu ini diperkenalkan.

Selamat mendengar....

30 November 2012

Lagu Melayu: Janganlah Menghancurkan - Shidi

Bila mendengar lagu ini saya teringatkn zaman remaja saya. Masa itu lagu ini amat popular dan menjadi siulan anak-anak muda. Bagi saya lagu ini masih lagi menyengat jika seseorang itu benar-benar meneliti senikatanya.

Selamat mendengar.

28 November 2012

Lagu Melayu: Senjakala - Shidi

Lagu Senjakala nyanyian Shidi antara lagu Melayu yang saya minat dari dulu hingga kini. Pada pandangan saya lirik dan rentak lagu ini sangat kena dan sekiranya kita mendengarnya di waktu malam terasa akan kesahduannya.

18 August 2012

Lagu Raya: Balik Kampong - Sudirman

Makin kuat rasa hati ini untuk balik ke kampong halamanku yang dirindui.... kepada kawan-kawanku yang kini berada di luar negara tak teringat nak balik ke kawan? jomlah tempah tiket dan baliklah... jumpa akar keturunan kita dan rasakan akan kehangatan matahari Malaysia - matahari katulistiwa, panasnya lain tau.

Kepada semua sahabat-sahabatku tolong doakan agar saya selamat dalam perjalanan nanti. Hasrat nak balik lebih kuat dari bayangan kesesakan jalanraya.

SELAMAT MEMANDU DAN TOLONG BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

13 August 2012

Lagu Raya: Airmata Syawal - Siti Nurhaliza


Masyallah sedihnya mendengarkan lagu raya ini setelah saya kehilangan ayah.... terasa sangat akan kehilangannya. Walaupun raya ini merupakan raya ke4 ayah tidak dapat bersama kami, tetapi saya terasa seperti terlalu baru ayah tinggalkan kami. Memang benarlah senikata lagu ini... bahawa airmata syawal pasti mengalir apabila menjelang hari raya kerutama apabila terbayangkan ayah yang sibuk bersiap untuk menunaikan solat sunat hari raya, ketika itu juga sibuk betul ayah mengingatkan pada anak-anak dan cucu-cucnya bersiap cepat kerana takut tiada tempat nanti.... maklumlah ramai anak dagang yang kembali ke desa untuk beraya bersama ibubapa dan saudara....
Kini hanya tinggal kenangan yang terindah dan airmata syawal.
Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas roh ayahandaku yang tercinta. Ameen....

10 August 2012

Lagu Raya: Pulanglah - Aishah


Lagu raya kegemaran saya. Saya akan memutarkannya beberapa kali.... walaupun senikatanya tidak ada kena mengena dengan hidup saya tapi kesenian irama dan liriknya sangat ngam sekali. Apa tah lagi bagi orang yang mengalami trajedi seperti apa yang diceritakan dalam lagu ini. Bagi saya kepulangan ke kampong halaman untuk beraya bersama orang-orang tercinta sangat penting, malahan ianya saya jadikan acara wajib. Bertemu mereka adalah satu kepuasan dalam diri saya, walaupun ada kalanya saya geram juga dengan kelakuan terutamanya yang kecil-kecil tu..... degil boleh tahan tetapi itulah juga yang berlaku kepada ibu bapa saya semasa kami masih lagi kecil... degil dan banyak akal.

09 March 2012

Lagu : Kamaruzzaman


Lagu lama yang unik bagi saya dan saya jadikan koleksi. Ini ini dari filem yang berjudul Lancang Kuning lakonan Nordin Ahmad dan Latifah Omar

18 February 2012

Lagu : Hanya Segenggam Setia (Rahmat)


Lagu rock lama semasa saya masih muda, antara satu lagu yang saya suka. Jom dengar

05 January 2012

Lagu : Camar Yang Pulang




Lagu ini popular semasa saya bertugas di Labuan, apabila mendengar lagu ini maka berputar-putarlah kenangan bersama sahabat di sana.

25 December 2011

Lagu : Lagu Untuk Ibu


Saya bersyukur kerana terjumpa lagu ini, lagu yang menyedarkan kita akan jasa ibu. Dengarlah - saya menitiskan air mata kerana terharu dengan seni katanya - dan tiba-tiba buat saya teringatkan mak saya sedangkan saya baru sahaja berbual-bual dengannya.

Lagu : Jasa Bonda


Dah lama saya mencari lagu ini, seni katanya sangat menyentuh hati saya. Benarlah bahawa Allah menjadikan hati ibu hati yang dapat menyelamatkan anaknya. Hati yang kasih akan anaknya dengan seikhlas hati. Anak akan rasa nayman dan selamat berada di sisi ibu. Itulah kita semasa kecil dulu. Apabila besar, ibu marah... kerana kasih dia pada kita, takut anak terjerumus di kancah bahaya... tapi kita tak dapat menyelam hatinya... Kita tafsirkan sebagai ibu tak sayang kita dan tak faham kehendak anak.

18 December 2011