Showing posts with label Al Jenderami. Show all posts
Showing posts with label Al Jenderami. Show all posts

06 May 2014

Emak Mendaftar Kursus Lagi

Pada 4 Mei 2014 yang lepas, adik saya Azmee telah menghantar emak saya ke AL Jenderami untuk mengikuti kursus agama selama 10 hari lagi..... Kali ini emak terpaksa menunggu agak lama apabila kursus ini ditangguhkan sebanyak 2 kali.

Tengok saja wajah emak yang berseri-seri setelah sampai di sana. Rasanya emak dah rindu sangat dengan tempat itu dan rakan-rakan sekuliahnya. Ramai juga yang mendaftar kali ini, jadi Azmee dan emak terpaksa menunggu lama sedikit untuk mengambil kunci bilik hotel.

Emak dan rakan-rakannya sedang menunggu untuk sessi taklimat. Emak dan beberapa orang lain dah menjadi senior di Al Jenderami ini, apa tidaknya emak dah mengikuti kursus bersiri ini untuk kali ke4.

Rezeki di tangan Allah, emak dapat bilik hotel yang dulu dan masih bersama salah seorang sahabat lamanya dan dengan seorang ahli baru. Ini adalah room-mate emak.

15 September 2013

Mak Masuk 'Sekolah'

Pada 8 September 2013 yang lepas saya menghantar emak ke Yayasan Al Jenderami untuk mengaji ilmu agama Islam. Kami bertolak dari rumah di Felda kira-kira jam 7.00 pagi. Emak dan saya menggunakan kereta saya dan Ain menggunakan kereta dia. Kami breakfast di D' Aisyah Kelubi, Jasin Melaka.

Kira-kira jam 9.30 pagi saya dan emak tiba di Yayasan Al Jenderami. Saya daftarkan emak dan memasuki hotel. Alhamdulillah emak dapat juga bilik di Tingkat Bawah Hotel tersebut. Emak sangat teruja untuk menimba ilmu di sini dan saya jangkakan emak akan dapat mengharungi 10 hari yang akan datang dengan gembira walaupun agak penat.

Jadual pengajian emak agak padat juga untuk warga emas. Tapi semua kelas yang disenaraikan sangat bagus. Walaupun begitu masjid dan kelas tidak jauh hanya di sebelah hotel sahaja. Jadi saya dan adik saya Azmee (yang tiba kemudian) tidak merasa bimbang.

Seronok juga apabila melihat emak dah mula sebuk dengan fail dan kertas. Masa ini saya sudah pun bertolak balik ke rumah di Kuala Lumpur dan emak ditemani oleh Azmee sehingga selesai taklimat.

Bilik hotel ini menempatkan 3 orang penghuni. Biliknya boleh tahan juga besarnya, siap dengan bilik air. Melihat bilik ini saya katakan pada emak macam hotel kat Mekah kan?

Saya bersiap sedia untuk bertolak balik - Oky dan ada dalam carriernya.

Permandangan di luar bilik emak menuju ke pintu utama. Mudah untuk emak dan makcik-makcik untuk berehat dan minum. Melihatkan keadaan yang sangat selesai, saya juga menyimpan cita-cita untuk belajar di sini apabila saya bersara nanti.

24 August 2013

Lawatan Ke Yayasan Al-Jenderami

Ini adalah papan tanda Yayasan Al-Jenderami. Saya, emak dan Ain ke sini untuk melihat yayasan ini. Ini adalah kerana emak berhasrat untuk mempelajari ilmu agama. Melalu jiran di Felda Bukit Senggeh (FBS) yang pernah mengaji di sini memaklumkan bahawa yayasan ini sangat bagus dan selesa.

Setelah tiba memang benar bahawa yayasan ini sangat menarik, selesa dan selamat. Premis-premis yang disediakan juga nampak menarik dan selesa. Ini adalah ruang legar yang akan dijadkan ruang makan.

Di hujung tu kelihatan masjid yayasan... masjid yang luas dan selesa dengan dilengkapi oleh alat hawa dingin. Kebanyakan pengajian/ aktiviti akan juga di adakan di sini.

Cantik dan bersih kawasan masjid.

Di sebelah kanan adalah pintu masuk ke hotel yayasan dan di sebelah kiri adalah blok pentadbiran dan bilik kuliah di sebelah bawah, manakala di sebelah atas adalah asrama anak-anak yatim. Pokok-pokok kurma yang ditanam meningatkan saya kepada Kota Madinah Munawarah.

Blok pentadbiran dan Asrama Anak Yatim.

Hotel Yayasan. Hotel ini dibina 2 tingkat dan hanya untuk warga emas wanita sahaja.

Pejabat Urusan

Permandangan dari Blok Pentadbiran menganjur ke pintu masuk yayasan.

Rumah ala home-stay yang disediakan oleh yayasan selain daripada bilik-bilik hotel. Emak boleh menyewa home-stay ini sekiranya emak diterima mengaji jangka panjang. Insyallah.

Hme-stay yang bersih dan menarik. Bilik rumah ini ada yang didiami oleh seorang dan 2 orang warga emas. Emak saya tertarik dengan rumah ini, namun kami mencadangkan supaya emak duduk di hotel dulu untuk menimba pengalaman dengan warga yang lain.