Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

13 December 2014

Pets Right Food

Bagi pencinta haiwan terutamanya kucing dan anjing, mungkin poster ini dapat memberi anda sedikit pengetahuan mengenai makanan yang sesuai utnuk haiwan peliharaan anda. Rupanya haiwan yang kita pelihara tidak dapat lari dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit, dan di posterini ada dinyatakan makanan yang sesuai utnuk sesuatu penyakit itu.

Jadi lain kali untuk belikan makanan untuk haiwan peliharaan anda sebutkan kod-kod yang diberikan bagi menjaga kesihatan mereka.

19 November 2014

Kikiku Yang Seksi

Anak dara saya yang ke2 bungsu. Corak dia ada yang kata macam kain buruk... ada yang kata comot, tetapi bagi saya Kiki kucing saya yang comel sangat dan saya tetap sayang macam kucing-kucing yang lain. Dalam bahasa Inggeris corak Kiki disebut sebagai toitoise shell.

Semasa cuaca yang sedikit panas semua kucing-kucing saya suka betul duduk atau tidur terkangkang, macam mana yang dilakukan oleh Kiki. Kadang kala saya akan usap perut dia dan Kiki akan gigit-gigit manja tangan saya. Tak kisahlah apa yang orang pandang dan kata pada Kiki saya tetap sayangkan dia.

18 November 2014

Pemberian Untuk 'Anak' Baru Hairani

'Anak' baru Hairani bersama dengan salah seorang anak Ani yang bernama Adib, macam mereka berdua dah jadi kawan baik. Pada hal Ani baru je bawa balik anak kucing yang berada dalam keadaan sangat daif ketika ianya dijumpai. Walaupun baru diambil jelas terbayang kecomelan anak kucing tersebut nanti.

Saya sangat percaya dia akan menjadi seekor kucing yang comel nanti. Memandangkan ani tak pernah memelihara kucing di KL, dan mungkin barang persediaan untuk sibulus yang belum tersedia, saya bagikan beberapa keperluan yang perlu seperti susu khas untuk kucing, botol susu dan pengaut poo dan pee.

Baki susu kucing yang dibuat dari susu kambing tetapi diformulasikan khusus untuk anak kucing, susu ini saya beli untuk anak-anak kucing saya dan ibunya Oky, sekarang ni anak-anak saya tu dah besar jadi saya berikan kepada Hairani dengan botol susu dan putingnya. Mana tahu jika 'anak'nya memerlukannya nanti.

Ini adalah skop untuk buang poo dan pee sibulus ani. Saya ada banyak di rumah dan sekarang ni saya gunakan skop yang besar kerana poo dan pee mereka dan besar serta banyak, maklumlah mereka dan besar dan ramai pulak tu...

Semoga ani dan keluarga dimurahkan rezeki oleh Allah swt kerana setiap haiwan seperti kucing Allah swt akan menurunkan rezeki bersama mereka.

17 November 2014

Kenduri Sup Ayam

Sedapnya mereka makan tengahari ... sekali seminggu atau 2 minggu saya akan menjamu kucing-kucing saya dengan sup ayam. Saya rebus isi ayam tanpa garam dan kemudian carik-carikkan isi ayam dan buang tulang ayam. Hidangkan kepada mereka dalam dulang bekas makanan mereka dan silakan .. bismillah anak-anakku sila menjamu selera.

Biasanya makan tengahari mereka makan kibbles mereka, tengok tu mangkok kibbles langsung tak diendahkan. Sayangnya 3 ekor kucing- saya tidak gemarkan ayam dan mereka makan sikit-sikit je.

16 November 2014

Pelalian SiComel Anda

Hari ini saya nak berkongsi dengan poster yang sama ambil gambarnya di Jabatan Veterinar Kerajaan di Cheras. Poster ini mengenai pelalian atau vaksin yang patut diambil untuk kucing anda. Jika anda kasih atau sayangkan kucing anda, tindakan vaksin perlu diberatkan, jangan sekali-kali ambil lewa kerana pada bila-bila masa anda akan kehilangan sicomel anda.

Jika kita dah sayang pada sicomel tu, kehilangannya sangat menyakitkan. Sejak saya kehilangan Comel yang mati secara tiba-tiba, (saya syak Comel diserang Parvo) sukar untuk saya lupakan dia, mana tidaknya dia selalu ada di rumah apabila saya balik dari kerja dan hari Sabtu dan Ahad dia akan tinggal di rumah dan bermain di halaman rumah. Apabila dia tiada saya selalu terbayang-bayang akan dia.

Jadi sebelum anda kehilangan, luangkan sedikit masa untuk hantar sicomel anda untuk divaksinkan. Vaksin kali pertama dibuat 3 kali berturut-turut dengan jarak 3 - 4 minggu. Jadual awal vaksin perlu dipantau kerana miss satu giliran, jadual vaksin terpaksa dimulakan balik dari awal. Masa ni memang cerewet lebih dari vaksin seorang bayi.

12 November 2014

Pemandulan Kucing

Ramai yang bertanya, boleh ke kita kasikan (neutered) haiwan kesayangan kita seperti kucing dan anjing. Setahu saya fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bahawa hukum mengkasi haiwan adalah harus atas sebab-sebab tertentu untuk menjaga maslahah ummah.

Perhatikan sekarang berapa ramai yang suka memelihara kucing, dan sudah tentu anda tidak dapat mengawal haiwan tersebut untuk membiak apabila tiba masanya. Akibatnya maka bertaburan tanpa terkawal bilangan haiwan tersebut, sebagai jalan mudah ramai manusia hanya membuang anak-anak kucing kecil yang tidak berdaya sebaliknya menyimpan ibunya. 

Bagi saya sikap tersebut lebih zalim dan tidak keperikemanusiaan kerana memisahkan anak-anak sehingga anak-anak kucing ini mati. Terdapat ramai juga yang menyuarakan bahawa seseorang itu berdosa jika menyekat kemahuan fitrah haiwan ini, tetapi dengan mengkasi haiwan ini kita bukan membunuh atau menyebabkan mereka sakit atau tidak sihat tetapi dengan kaedah mengkasi kita memastikan haiwan peliharaan kita lebih sihat dan menghalang kita dari terus berdosa dengan membuang, menyeksa, mencederakan anak-anak/ kucing-kucing.

Mari kita sama-sama fikirkan dan ambil tindakan sewajarnya.

10 November 2014

Ziziku Berjari 7

Kucing berjari lebih dari 5 bukan sesuatu yang ganjil. Boleh dikatakan kesemua kucing-kucing saya melainkan Itam Mike Black berjari lebih. Apabila mereka membesar tangan dan kaki mereka nampak lebih besar dan apabila sepak kucing lain lebih kuat.

Zizi antara yang mempunyai jari yang lebih banyak iaitu 7 yang lain hanya 6 jari sahaja. Harap-harap jangan ada yang beranggapan kucing berjari lebih sebagai cacat dan bernasib malang .. kerana saya memungut Oky ibu Zizi dari belakang rumah adik saya.

Adakah dia dibuang kerana mempunyai jari lebih?????

03 September 2014

Bunting dan Beranak SiComel

Keluarga saya memelihara kucing sejak lama dulu. Ikut ayah saya dia juga memelihara kucing semasa dia masih lagi bujang. Dan kini saya mempunyai 9 ekor kucing.

Bermula dengan Smoky aka Oky yang saya ambil dari belakang rumah adik saya di Kota Tinggi semasa dia berusia lebih kurang 3 bulan. Oky dibuang semasa dia kecil, Kesian melihat anak kucing yang dibuang tanpa belaan. Oky akhirnya hidup sihat dan melahirkan anak sebanyak 2 kali dengan 7 ekor anak. Rasanya Oky kurang sihat kerana semasa melahirkan anak kali ke2 dia tak mampu lakukan sendiri. Apa lagi saya bantu dia dan alhamdulillah anak-anaknya sihat.

Oky bersama anaknya yang baru lahir
Pada kelahiran pertama Oky, saya tak ambil kisahpun tentang perkara mengenai bunting Oky, tetapi semasa kelahiran keduanya saya benar-benar bimbang apabila Oky mengalami sesak nafas atau lelah. Jadi saya mengambil langkah untuk mengetahui serba sedikit hal bunting dan kelahiran kucing.

Pada kebiasaanya selepas dari mating kucing lebih kurang 2 hingga 3 hari, akan berlakunya pensenyawaan antara kucing jantan dan betina, Untuk memudahkan pengiraan tempoh bunting kucing anda, maka catatkan di kalendar. Kucing biasanya bunting dalam tempoh 60 hingga 65 hari. Maka anda boleh bersedia untuk menerima ahli baru dalam keluarga anda.

Oky telah melahirkan anak pertamanya selepas 62 hari dan kelahiran ke2nya selepas 65 hari. Alhamdulillah kesemua anak-anaknya sihat dan kini membesar dengan baik.

31 May 2014

Abang Adik Dengan Mimi

Terharu saya melihat gelagat 2 beradik ini. Yang besar Adik disebabkan dia dah ada 5 ekor adik kecil makanya dia menjadi abang. Hubungan Adik dengan adik-adiknya sangat rapat begitu juga dengan abangnya Baby. Kedua-dua mereka memang sangat sayangkan adik-adik mereka. Pantang hilang dari mata maka mengiow-giow mencari adik-adiknya. Lihat betapa dia memeluk adiknya yang sangat manja dan yang paling kecil Si Mimi.

Allah swt menjadikan manusia dengan perasaan, belas ikhsn dan akal fikiran tetapi menjadikan haiwan dengan otak tetapi juga perasaan. Tetapi di zaman ini nampaknya haiwan lebih berperikemanusiaan sebaliknya manusia pula yang bersifat kebinatangan. Anda semua fahamkan apa yang saya katakan. Jadi renungkan dan lihatlah hubungan haiwan dengan haiwan lain atau dengan suku sakat mereka dan belajar dari mereka atau setidak-tidaknya malu dengan haiwan ini yang lebih perperasaan dari manusia. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu tanpa sia-sia.

05 November 2013

Bahaya Bulu Kucing

Allah swt menjadikan haiwan yang bernama kucing hidup di persekitaran manusia. Memang ramai manusia yang suka pada kucing, malahan menjadikan haiwan ini sevafai haiwan peliharaan (pet) malahan menjadi teman di waktu kesunyian. Namun, tahukah anda memelihara si comel ini ada juga risikonya.

Kalau dulu saya sering mendengar kata-kata orang tua-tua sekiranya bermain dan tidur dengan kucing seseorang itu akan diserang penyakit lelah. Dan saya memang pengidap asthma (lelah) tapi cinta pada haiwan ini melebihi segalanya. Bulu kucing juga adalah alahan bagi mereka yang mengidapi penyakit kulit, bagi pesakit asthma bulu kucing yang kotor dan berhabuk memudahkan serangan jangkitan. Bulu kucing yang mengandungi kutu kucing juga boleh menyebabkan tangan menjadi gatal-gatal .

Satu lagi adalah penyakit toxoplasmosis, ianya merupakan jangkitan kucing di mana virus ini hidup di dalam usus kucing. Seperti juga penyakit lelah, penyakit ini juga dikatakan bahawa perempuan hamil terutamaya bagi usia kandungan di bawah 4 bulan tidak di galakkan bermain dengan kucing. Kebenaranya adalah bulu kucing merupakan pembawa habuk, habuk dan kotoran mudah melekat pada bulu-bulu kucing.

Toxoplasmosis ini dikatakan boleh menyebabkan keguguran, bukan setakat bulu malahan bau najis kucing juga dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Bagi kes ini, penularanya bukanlah daripada pernafasan tetapi dari tangan, iaitu jika selepas kita memegang kucing kita terus mengambil makanan maka risiko mendapat jangkitan adalah tinggi kerana tangan yang tercemar.

Cakaran dan gigitan kucing juga dikatakan berbahaya kerana lidah dan gigi kucing mengandungi bakteria, apabila dicakar cukuplah di sapu antiseptik.Tetapi ada juga kes mendapat cakaran yang dalam dan banyak, contohnya daripada kucing liar. Jika itu berlaku harus rujuk di klinik bagi mendapat suntikan pencegahan.

Apa-apapun jika kita memelihara kucing jagalah kucing dan persekitaranya dengan bersih. Mandikan dia dengan syampu khas dan jaga diet pemakananya dengan teratur, seboleh-bolehnya janganlah gaul nasi bersama ikan goreng atau memberi nasi dan lauk saki makan kita. Kucing juga makluk Allah hargailah dan peliharalah dengan ikhlas..

Bagi mengatasi masalah ini, saya mengesyorkan bagi rakan-rakan yang mengalami masalah bulu kucing ini agar anda semua dapat memasang penulen udara (air purifier) bagi menapis udara dari bulu-bulu kucing terutama bagi mereka yang tidur bersama haiwan ini..

03 October 2013

Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing

Cat-scratch Disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ialah penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing.

Kuman Bartonella Henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselea berbanding kucing dewasa.

Bartonella Henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada Bartonella Henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat. CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara 2 ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin ia boleh membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid.

Jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh serta mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah tersebut.

Kesannya, orang yang terkena jangkitan tu akan mengalami demam (fever). Fever ni biasanya dalam 1 atau 2 minggu. Selain itu, terdapat juga simptom lain di mana sesetengah orang boleh mendapat sakit kepala, sakit pinggang dan lain-lain.

Cara mencegah CSD:

1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.

2) Hati-hati membelai kucing.

3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu.

4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.

Walau macam manapun, kita kena berhati-hati juga sewaktu membelai kucing tu..yang paling penting jaga kebersihan kucing anda!..itu yang pasti..

Sumber: fb Dunia Kucing

17 September 2013

Apa Dia Tabby Cat?

Pernahkah anda mendengar perkataan tabby cat? Apakah yang dimaksudkan dengan kucing tabby?.

Tabby cat tidak ada kena mengena dengan spesis kucing atau baka kucing. Tabby cat hanyalah pengenalan kepada kucing yang mempunyai jalur pada dahi kucing. Tabby cat (kucing berjalur) boleh dikenali kerana mempunyai tanda yang tersendiri, ianya berkaitan dengan jalur, pusaran atau titik. Tanda ini terdapat pada banyak kucing dan pada banyak warna terutamanya kucing domestik.

Seperti yang saya nyatakan di atas, warna kucing bukan menentukan sama ada seekor kucing itu tabby atau tidak. Kucing tabby biasanya mempunyai tanda di dahi seperti menyerupai huruf "M". Terdapat beberapa corak jalur yang berbeza pada kucing-kucing. Kucing saya Oky juga tergolong dalam kucing bercorak tabby dan cuba lihat jelas huruf M di dahi Oky.

Corak Tabby:

Mackerel - mempunyai jalur yang kecil dan sempit. Boleh dikatakan corak ini adalah corak semula jadi yang dinamakan selepas ikan tenggiri (mackerel) kerana seperti susunan tulang ikan.

Blotched - Sesetengah orang lebih suka untuk memanggil kucing corak ini sebagai Classic Tabby atau Marbled Tabby. Corak ini adalah yang paling biasa pada kucing bercorak tabby. Tompok warna disusun dalam blotches besar.

Spotted - Corak bulu kucing yang berbeza dari segi saiz, biasanya mempunyai tanda-tanda yang agak kecil.

Mengikut catatan nama tabby sebenarnya berasal dari perkataan Atabi. Atabi adalah sejenis sutera khas dan istimewa yang dibuat di daerah Attabiah Baghdad. Sutera ini sangat popular di England. Corak berjalur pada sutera ini telah dibandingkan dengan jalur pada kucing oleh itu tabby diambil bagi menamakan corak pada kucing.

Legends M - tanda pada dahi kucing.

Pernahkah anda sedar apabila melihat seekor kucing yang mempunyai corak berbentu huruf M pada dahinya. Terdapat beberapa cerita-cerita tradisional yang berbeza-beza tentang mengapa kucing tabby ditandakan dengan huruf M. memandangkan cerita lagenda, maka tidak hairanlah jika masyarakat Kristian dan masyarakat Islam mempunyai cerita mereka yang tersendiri mengenai tanda M ini.

Nabi Muhammad saw dan kucing

Nabi Muhammad saw adalah insan yang sangat sayang pada kucing. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai seekor kucing yang diberi nama Muezza. Pada suatu hari Nabi duduk bersama-sama Muezza dan kucing itu telah tertidur di atas sebahagian daripada jubah baginda Nabi, Ketika itu azan telah berkumandang dan baginda terpaksa pergi menunaikan solat fardu di masjid, tetapi baginda tidak mahu untuk membangunkan Muezza. Dia mengeluarkan pisau dan dengan hati-hati memotong lengan jubahnya supaya tidur kucing itu tidak terganggu. Lagenda mengatakan sejak kejadian yang istimewa itu dahi kucing mempunyai tanda M pada dahi.

Mariam (Virgin Mary), Nabi Isa as dan kucing

Diceritakan oleh masyarakat Kristian, sejurus selepas Mariam melahirkan Nabi Isa as di Bethlehem. Mariam meletakkan bayi yang baru lahir untuk berehat. Dia terlalu letih dan tertidur untuk memulihkan kekuatan badannya semula. Jerami yang dijadikan tempat baringan bayi terlalu kasar dan kulit bayi yang lembut menjadi merah. Bayi tersebut mula menangis kerana inginkan sesuatu, seekor kucing sesat berada berhampiran tempat tersebut dan kucing itu berhenti dan mencari dari mana datangnya suara tangisan bayi. Kucing tersebut melompat di sebelah bayi menjadikan bayi itu terlena oleh kelembutan dan hangat bulu kucing. Melihat keadaan itu Mariam mengusap dahi kucing dan tanda M bererti Mariam tertera di situ.

Kedua-dua cerita ini tidak tercatit di dalam mana-mana kitab dan cerita ini diceritakan oleh generasi kedua-dua masyarakat di atas.

08 August 2013

Tikus Baru Oky

Nampak macam real tak tikus mainan ini? tikus ini saya yang buat untuk mainan kucing saya si Oky. Oky kucing yang berbaka Maine Coon adalah kucing yang sangat aktif bermain jadi semua permainan dia akan rosak dengan cepat.

Sayangnya tikus ini tidak ada misai kerana susah betul untuk buat misai dia. Namun begitu Oky tetap suka bermain dengan tikus ini, mungkin kerana rupanya semacam tikus.

Bukan main sayang lagi Oky pada tikus barunya... dalam beberapa hari ini, dia tak main mainan lain, dia akan jinjit tikusnya ke mana saya di pergi... kelakar betul... sebabnya tikus tu hanya dari kain tapi kucing boleh perasan itu tikus sebenar...

Sekarang ni saya sedang buat 2 ekor lagi tikus kain untuk Oky.... cadangnya saya nak letakkan sedikit serbuk catnips dalam tikus tu nanti dan nak lihat apa yang berlaku pada Oky.

Biasalah benda baru, Oky peluk kemas-kemas tikus tu, saya nak ambil pun sukar.

26 July 2013

Sahlah Oky Dari Keturunan Maine Coon

Bulu leher Oky lebih panjang dan menyerupai singa
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, Smoky aka Oky adalah kucing yang saya pungut kerana dibuang orang semasa dia kecil iaitu kira-kira berusia 3 bulan. Masa itu saya tidak nampak akan karektor kucing ini jadi susah untuk saya tentukan baka Oky. Selepas 4 bulan (masa Oky berumur 6 bulan) baru saya yakin bahawa Oky adalah berbaka Maine Coon, tetapi mungkin kacukan kucing tempatan.

Terdapat beberapa ciri Maine Coon yang terdapat pada Oky antaranya Oky mempunyai jari kaki yang lebih jika dibandingkan dengan baka kucing lainnya. Kaki hadapan Oky ada 7 jari setiap kaki dan 6 jari kaki belakang. Mengikut kajian jari kaki lebih ini disebut sebagai polidactyl dan bersifat genetik dominan. Dengan jarinya yang lebih tapak kaki Oky kelihatan besar dan bila berjalan macam kelakar sikit.

Maine Coon adalah berasal dari Amerika Syarikat di negeri yang bernama Maine - dari sinilah nama kucing ini diperolehi. Terdapat mitos atau legenda mengenai asal baka kucing ini, dipercayai Maine Coon terhasil dari kacukan antara kucing liar/ setengah liar dengan haiwan racoon. Namun metos ini ditolak kerana secara biologi perkara seperti ini mustahil boleh berlaku.

Lihat jari kaki hadapan Oky yang besar.
Ciri Fisikal Maine Coon

Maine Coon mempunyai bulu yang tebal dan anti-air bagi membolehkan kucing ini menadaptasi dengan iklim dan cuaca yang ekstrim. Bulu yang lebat dan lebih tebal di bahagian leher, perut dan kaki berfungsi untuk melindungi mereka dari salji dan suhu sejuk. Pada musim sejuk panjang bulu Maine Coon boleh mencapai 7 cm.

Maine Coon mempunyai mata dan telinga yang besar ini membayangkan akan kemampuan penglihatan dan pendengaran yang lebih tajam dan jauh.

Tengok dia lingkarkan ekornya ke tubuh.
Mata dan telinga dia besar kan?
Tubuh badan Maine Coon berotot dan bertulang besar. Mengikut catatan Maine Coon jantan dewasa boleh mencecah berat antara 6- 9 kg manakala panjang badannya adalah 1m. Saiz Maine Coon betina pula lebih kecil sedikit dengan berat badan antara 4-6 kg. Dengan itu menjadikan Maine Coon antara kucing berbaka besar. Kucing Maine Coon terbesar yang pernah dicatat mempunyai panjang badan 121 cm (dari kepala sampai ekor) .

Seperti juga dengan baka kucing Norwegian, Maine Coon juga mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang lambat, di mana ukuran dan bentuk tubuh kucing dewasa apabila mencapai umur 3 - 5 tahun. Maknanya Oky masih kecil kerana dia baru sahaja berumur 8 bulan, tetapi berat dia sudah 3kg.

Ciri fisikal yang utama kucing ini terletak pada kepala, bentuk badan, tekstur bulu, jari kaki dan bulu di sekitar leher yang menyerupai singa.

Badan Maine Coon hampir berbentuk segi empat dengan tulang dan otot yang kuat. Panjang kaki sedang dengan tulang dan otot yang kuat.

Kepala berukuran sedang dan lebar, dahi sedikit melengkung, tulang pipi menonjol dengan otot yang jelas. Hidung lebar dan sedikit melengkung pada bahagian hujung dan dagu yang sedikit tajam. Panjang leher Maine Coon adalah sedang tetapi kuat, serta sedikit melengkung.

Telinga Maine Coon besar dan lebar pada bahagian bawah, dan berbentuk tirus di bahagian hujungnya, di hujung telinganya ada sedikit bulu yang tumbuh begitu juga di dalam telinga ditumbuhi bulu yang panjang. Mata besar berbentuk oval dan kelihatan bulat apabila terbuka lebar.

Ekor kucing ini panjang dan berbulu tebal. Kebiasaannya jika Oky berehat dan tidur di dalam bilik berhawa dingin, dia akan melingkarkan ekornya ke tubuh bagi menghangatkan dirinya. Bulu pada ekor Maine Coon lebar pada bahagian pangkal tetapi menipis ke hujung ekor, strukur bulunya tebal tetapi halus dan jika diusap seperti sutera.,

Tidak semua badan kucing ini diliputi dengan bulu yang panjang, bulu pendek adalah pada bahagian kepala, bahu dan kaki, tetapi sedikit panjang di bahagian punggung dan paha, manakala di perut dan leher bulunya lebih panjang. Bulu yang lembut tetapi tahan air adalah disebabkan bulu kucing jenis ini seperti berminyak.

Peribadi Maine Coon

Maine Coon adalah kucing yang mesra dengan manusia tetapi tidak suka menarik perhatian tuannya. Kucing yang sangat independen dan tidak suka dikurung. Kucing ini suka bebas kerana kehidupannya sangat aktif dan suka bermain-main bersama dengan pemiliknya. Saya pernah dikejutkan oleh Oky di tengah malam semata-mata untuk bermain dengannya. Disebabkan kucing ini aktif pemiliknya perlu menyediakan pelbagai jenis permainan.

Quote:

Women and cats in the house, men and dogs in the street. - Catalonia

A cat has nine lives. For three he plays, for three he strays, and for the last three he stays. England

22 July 2013

Baka Kucing

TURKISH VAN

Kucing jenis Turkish Van Memiliki badan yang cukup besar. Ciri utamanya adalah dengan memiliki bulu "semi long hair" tapi bulunya tebal. Umurnya antara umur 3-5 tahun. Berat maksima yang biasa dicapai dan pernah dicatat adalah 9Kg.

Kucing jenis Turkish Van paling suka dengan air dia bahkan bukan hanya boleh berenang tapi sangat menyukainya. Ini boleh terjadi kerana jenis kucing Turkish Van memiliki bulu yang cepat mengering bila terkena air.

Populasinya dari jenis kucing Turkish Van berada di USA (United State of America)

AYSSINIAN

Abyssinian adalah jenis kucing paling tua yang ada di dunia ini. Jika anda melihat kebudayaan mesir, anda pasti akan melihat gambar atau setidaknya patung kucing ini. Bahkan orang mesir zaman dahulu membuatkan kuil untuk kucing ini.

Tapi bukan beerrti kucing Abyssinian berasal dari mesir. Menurut penelitian kucing ini berasal dari ethiopia bahkan para ahli genetika juga berpendapat kucing ini berasal dari asia tenggata atau laut india.

Walau begitu Abyssinian dimurnikan dan menjadi jenis kucing suci di inggeris.

Sedangkan ciri-ciri dari kucing Abyssinian adalah Tubuhnya berotot, memiliki lengkungan leher serta bahu yang indah, mata dengan bentuk menyerupai almond dan telinganya yang besar.Kaki panjang dan langsing, kepala berbentuk segitiga dan ada sudut-sudut yang agak membulat. Ciri khasnya yang paling terlihat adalah Ticked Agouti (pola warna bulu yang berbintik-bintik)

Selain itu kucing Abyssinian sangat patuh kepada manusia. Dia bersifat ingin tahu apa yang dilakukan oleh manusia. Kerana menurutnya jenis kucing ini dia mudah dilatih. Bahkan lebih penurut dibanding jenis kucing lain seperti Turkish Van ataupun Ragdoll.

BIRMAN

Kucing jenis ini biasanya boleh didapati tinggal di kuil. Bahkan ada sebuah kepercayaan jika kucing kuil ini mati. Maka arwah kucing tersebut akan ditemani khusus oleh arwah pendeta (manusia).

Menurut sebuah catatan sejarah. Kucing birman mulai menyebar ke seluruh penjuru dunia seperti ragdoll pada tahun 1919. Terdapat dua orang berbangsa Perancis iaitu Auguste Pavie dan Gordon Russel yang mendapatkan hadiah sepasang kucing birman kerana telah membantu para pendeta kuil. Tapi sayang seribu sayang kucing jantan mati dalam perjalanan tapi untungnya kucing betina sedang mengandung..

Kucing ini akhirnya sempat berkembang pada tahun 1925, tapi kerana masalah ekonomi dan perang dunia. Baka kucing ini akhrinya kembali berkurangan.

Tapi setelah berakhirnya perang dunia kedua,dengan perlahan, pertumbuhan baka kucing ini akhirnya berkembang semula. Hingga pada akhir pada tahun 1966 Inggeris mengakui baka kucing birma sebagai kucing yang suci.

Ciri-ciri dari jenis kucing ini.

* Berat badan antara 4-6 kg.
* Pola warnanya mirip dengan warna tumpuan iaitu lebih pucat pada telinga, muka, kaki dan ekor.
* Bulu ekor dan leher yang paling menonjol kerana tebal dan halus
* Panjang tubuh kucing sedang tetapi berbentuk tegap.
* Tidak seperti kucing abyssinian yang memiliki telinga panjang. Telinga kucing ini berukuran sedang dan melengkung.
* Kucing ini sangat menyukai manusia.

SIAMESE

Kucing Siamese berasal dari negara yang bernama Siam.Iaitu Thailand (Thai bermaksud bebas manakala Land pula bermaksud tanah) Thailand=Tanah Bebas. Maka oleh sebab itu,kebanyakan orang menggunakan kucing siam untuk menamakan baka kucing ini.

Kucing siam pertama kali ada di Eropah apabila kucing ini dijadikan hadiah untuk duta besar Inggeris. Bermula dari situ lah kucing siam ini mula popular ke serata dunia.

Ciri kucing siam adalah sebagai berikut:

* Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
* Memiliki tubuh yang anggun
* Kepala kecil dan berbentuk segitiga
* Mulutnya mancung,
* Bermata biru
* Telinga yang lebar
* Bulu pendek dan halus
* Terdapat warna yang gelap di hujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata

PERSIAN

Parsi adalah baka kucing yang paling popular di Amerika Syarikat. Di UK, nombor pendaftaran telah berkurangan sejak awal tahun 1990an dan Parsi hilang tempat teratas untuk Shorthair British pada tahun 2001. Pada 2008, ia merupakan antara 5 baka yang paling popular, di belakang British Shorthair, Siam dan Bengal.Jenis-jenis yang paling popular mengikut CFA pendaftaran data Seal Point, Blue Point, Point Api dan Tortie Point Himalaya, diikuti oleh Hitam-Putih, Silvers digelapkan dan Calico Persia.

Ciri-ciri kucing pasri adalah seperti berikut:

*Mempunyai bulu yang sangat panjang dan tebal
*Kaki pendek
*Mata besar
*Kepala yang lebar dengan kedudukan telinga yang jauh
*Akrab dan kasih sayang kepada pemilik, peramah terhadap orang asing,dan cerewet dalam memilih makanan.

NORWEGIAN

Kucing Hutan Norway adalah baka kucing domestik yang berasal dari Eropah Utara, dan disesuaikan dengan iklim yang sangat sejuk, dengan bulu atas berkilat dan panjang. Walaupun ini tidak menentu, nenek moyang baka kucing ini yang mempunyai bulu pendek telah dibawa ke Norway oleh orang Viking sekitar 1000 AD, dan mungkin juga termasuk Siberia berambut panjang dan Angora Turki. Semasa Perang Dunia II, baka ini hampir pupus sehingga usaha oleh Forest Norway Cat Club membantu membiak dengan mewujudkan satu program pembiakan rasmi. Ia tidak berdaftar sebagai generasi dengan Eropah ration Internationale kucing sehingga tahun 1970, apabila penjaga kucing tempatan, Carl-Fredrik Nordane, mengambil notis baka dan dibuat usaha untuk mendaftarkannya. Pada masa ini, Kucing Hutan Norway amat popular di Norway, Sweden, dan Perancis.

Ciri-ciri kucing Norwegian adalah seperti:

*Ia adalah kucing besar
*Menyerupai dengan baka Maine Coon
*Jangka hayat biasanya 14-16 tahun

Faktor kesihatan:

Dalam satu ujian yang diarahkan oleh John C. Fyfea, Rebeccah L. Kurzhals,dan lain-lain, ia membuat kesimpulan bahawa penyusunan semula dalamkompleks enzim Glikogen baka yang bercabang (GBE1) boleh menyebabkan kedua-dua kejatuhan perinatal hipoglisemik dan kemerosotan lewat remaja atau awal saraf dalam simpanan glikogen penyakit jenis IV baka..Penyakit ini sementara dan jarang berlaku,tetapi ianya boleh membawa maut kepada kucing yang sedia ada..Terdapat ujian DNA tersedia untuk GSD IV, ia amat disyorkanuntuk menjalankan ujian DNA sebelum menggunakan haiwan itu bagi pembiakan. PawPeds menyediakan pangkalan data baka yang datang bersama-sama dengan program-program kesihatan, melalui penerbitan keputusan ujian setiap kucing tunggal, bagi memberikan maklumat berguna kepada penjaga yang berhasrat untuk mendapatkan baka kucing yang sihat..Baka ini juga telah diketahui mengalami displasia yang jarang berlaku iaitu penyakit keturunan di sendi pinggul, kucing ini juga boleh diracuni oleh perkara-perkara yang dianggap selamat kepada manusia seperti minuman avokado, alkohol, segala bentuk coklat dan kopi, kacang macadamia, bawang, kismis, anggur, garam, dan bawang putih.

MAINE COON

The Maine Coon adalah baka kucing domestik dengan penampilan fizikal yang tersendiri. Ia adalah salah satu baka tertua asli di Amerika Utara, khususnya yang berasal dari negeri Maine di mana ia adalah Kucing rasmi bagi negara itu.

Walaupun asal-usul sebenar yang Coon Maine dan tarikh pengenalan kepada Amerika Syarikat yang tidak diketahui, banyak teori telah dicadangkan. Baka ini telah popular di dalam abad ke-19, tetapi kewujudannya menjadi terancam pada abad ke-20 awal. The MaineCoon sejak membuat kemunculan semula dan kini salah satu baka kucing yang paling popular di dunia.

Ciri-ciri kucing Maine Coon adalah:

*Terkenal dengan struktur tulang yang besar
*Bentuk badan segi empat tepat dan panjang
*Baka dapat dilihat dalam pelbagai warna dan dikenali kerana kecerdikan dan personaliti yang lembut.

AEGENE

Kucing Aegean (bahasa Greek: γάτα του Αιγαίου) adalah baka yang berlaku secara semulajadi kucing yang berasal dari Kepulauan Cycladic of  Malaysia. Pembangunan baka ini bermula pada awal tahun 1990an oleh penjaga di Fancy Cat Yunani yang belum matang. Ia dianggap sebagai baka asli dari Greek..

Sejak ia merupakan salah satu baka kucing terbaru, dipercayai bahawa kucing ini mungkin antara yang jarang ditemui, namun mereka seolah-olah sentiasa ada di seluruh Greek. Di kawasan luar bandar, kucing ini sering dilihat sebagai alternatif terbaik kawalan perosak, kerana mereka adalah pemangsa yang berkebolehan dalam menangkap makhluk perosak seperti tikus.

Ciri-ciri kucing Aegen ialah:

*Lapisan kulit adalah separuh berbulu panjang, tanpa rambut ke bawah, dengan bulu leher
*Bersaiz sederhana.
*Bulu kucing Aegean menyediakan perlindungan yang baik semasa cuaca sejuk
*Warna bulunya putih, hitam, merah, biru, krim, dengan atau tanpa jalur.
*Badan yang berotot, tanpa mengalami kegemukan.
*Kaki berbentuk bulat.
*Ekor adalah sederhana panjang,
*Kepala bersaiz sederhana, lebar tetapi tidak bulat.

AMERICAN BOBTAIL

American Bobtail berasal dari Amerika adalah baka yang agak baru dan luar biasa daripada kucing yang telah muncul sejak tahun 1960-an..Ia adalah kucing yang mempunyai ekor pendek kira-kira 1/3 untuk setengah panjang ekor kucing biasa..Ini adalah hasil daripada mutasi kucing jenis badan genetik yang mempengaruhi perkembangan panjang ekor kucing..

Ciri-ciri kucing Amerika Bobtails adalah seperti:

*Mempunyai badan yang berotot
*Bulu pendek atau berbulu panjang.
*Bulunya adalah kesat dan bukannya tebal atau kembang.
*Mempunyai pelbagai warna mata dan bulu.
*American Bobtails suka bermain, mesra, bertenaga dan sangat bijak
*Tetapi ada juga yang dilahirkan takut, tidak suka bermain,
*Mempunyai personaliti seperti anjing iaitu sering bermain dan menyambut tetamu pemiliknya di pintu.
*Mempunyai ekor yang pendek iaitu 1/3 dari panjang ekor kucing biasa

Sumber: -tokaji-

18 July 2013

Masak Makanan Oky

Makanan kucing di atas adalah resipi yang dimaklumkan kepada saya dari turun temurun keluarga saya. Makanan kucing ini dibuat daripada labu dan dimasak bersama dengan cebisan-cebisan ikan bilis dan sedikit santan. Kesemua bahan-bahan yang disebut tadi dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak sehingga hancur.

Apabila sudah sejuk saya campurkan 1 sudu besar nasi dan dicampurkan dan digaulkan sebelum kucing menikmatinya. Sudah 2 kali Oky menikmati makanan ini, biasanya saya masakkan untuk dia sebulan sekali sahaja. Oky sangat suka setiap kali saya hidangkan labu kepadanya.

Ikut kata orang labu adalah baik untuk bulu kucing kerana bulunya tidak mudah gugur dan akan kelihatan berkilat. 

29 June 2013

Tips: Mandikan Kucing

Saya memperoleh tips mandikan kucing ini dari salah satu blog, saya akan cuba mempraktikkannya semasa memandikan Oky nanti.

Pertama sekali, dapatkan syampu kucing. Ia boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering. Syampu jenis kering tidak memerlukan air untuk membersihkan kucing, cuma berus je.

Apabila memandikan kucing buat kali pertama jangan jadikannya pengalaman yang paling teruk bagi kucing korang, kalau tak nanti kucing tu akan takut mandi seumur hidup…LOL. Mandikan kucing korang secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya.

Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan trauma jika korang tidak berhati-hati, dan boleh menyebabkan kucing yang ketakutan selama beberapa hari selepas itu.

Jangan rendam kucing korang sepenuhnya, maknanya jangan curahkan air pada mukanya. Oh ya, sebelum mandi jangan lupa potong dulu kuku kucing tu, nanti habis korang kene cakar.

Kalau bilik air korang ada “rubber mat” lagi bagus, sebab kalau korang mandikan kucing korang kat situ akan menjadikan diorang berasa lebih selamat, jadi diorang kurang cenderung untuk panik dan menjadi agresif.

27 June 2013

Gaya Tidur Smoky Yang Kepanasan

Keadaan panas yang melampau sekarang ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan dan keselesaan manusia, malahan juga haiwan... Kerana kepanasan, akhir-akhir ini anak kucing saya, Oky tidur dengan gaya yang pelik sekali, Lihatlah kesemua gaya tidur Oky terkangkang seakan-akan untuk menyamankan dirinya.

Yang ini dia tidur dengan alat hawa dingin, nampak bersopan sedikit. Oky cerdik apabila dia merasa panas dia akan tidur di dalam bilik saya iaitu di hujung kaki katil. Biasanya bilik saya lebih sejuk jika dibandingkan dengan suhu alat hawa dingin di ruang tamu. Haiwan pun pandai mencari keselesaan mereka. Nyenyaknya dia tidur.

Apabila alat hawa dingin dimatikan, Oky mula tidur dengan gaya kegemaran dia semula. Memang tak semengah (perkataan orang Melaka) anak dara ini !!!

Gaya ini, Oky mengarahkan perut dia ke dinding rumah. Kesian betul tengok anak kucing ini, dia sendiri pun tidak  tahan dengan cuaca panas sekarang ini. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah swt semoga menurunkan hujan untuk mencuci segala habuk di udara supaya bumi ini boleh didiami dengan selesa.
Saya merasakan amat terseksa setiap kali saya keluar dari rumah.... sukar untuk bernafas, maklumkan saya adalah pengidap asthma......

26 June 2013

Smoky Kena Denda

Hari Sabtu lepas, iaitu pada 22 Jun 2013 saya mendenda Oky kerana nakal. Saya tidak tahu kenapa dia membuat perangai, apabila saya cuba memandikan dia.... biasanya Oky tidak susah untuk mandi. Walaupun mulut dia bising tetapi mudah untuk diselenggarakan. Oky memang takut air....

Tapi pada hari itu, Oky betul-betul menguji kesabaran saya. Dia menjerit sehabis suara - saya rasa beberapa buah rumah berhampiran boleh mendengar suara dia... apa pula yang dikatakan oleh jiran-jiran saya nanti. Oky juga memanjat saya dan habis basah baju... hairan juga saya memikirkan apa yang membuatkan Oky berperangai seperti itu. Ini bukan kali pertama dia mandi, dah berkali-kali..... Ada sahabat-sahabat yang tahu apa petua untuk mudah mandikan kucing.

Sebagai hukuman selepas dia saya keringkan dan memakai semula tag kucing, saya denda dia masuk kandang hampir 2 jam. Dia bising minta keluar tapi saya buat tak tahu saja... lebih menyakitkan hati dia - saya makan depan dia. Menjadi keseronokan Oky mengendeng (bahasa orang Melaka) minta makan apa yang saya kunyah, walaupun dia baru sahaja makan. Yang sebenarnya saya kasihan melihat dia terkurung tapi dia perlu juga diajar, untuk berkelakuan baik... kan?