Saya terjumpa cendawan ini semasa membuat pemantauan kawasan di pejabat saya. Pertama kali melihatnya saya mula tertarik kerana keadaan fizikal cendawan ini tidak seperti cendawan-cendawan yang lain, di mana ianya keras seperti pelantar. Semasa kecil dulu saya juga kerap terbawa-bawa dengan cerita kanak-kanak, kononya di kawasan seperti ini didiami oleh fairy yang berwarna warni. Selain daripada tinggal di dalam kelopak-kelopak bunga, mereka juga bermain di atas cendawan seperti ini.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Fairy. Show all posts
Showing posts with label Fairy. Show all posts
26 March 2012
24 March 2011
Pelik.. Tapi Benar Ke??????????
Apa benda ni?????? Pada pemerhatian saya yang kurang ilmu ni, benda ni nampak macam fairy je, tapi betul ke????????? saiz dia, kepak dia macam fairy yang kita lihat dalam cerita Inggeris.
Ikut lagenda yang dipercayi oleh ramai kanak-kanak di dunia, fairy akan mati dan kering seperti dalam gambar ini bila ada manusia yang tidak percaya akan kewujudannya. Apabila ada yang keluarkan sahaja kata-kata seperti "I don't believe in Fairy" tup tup fairy tu jadi kering dan tukar dari cahaya bergemerlapan kepada rupa ini. Itu kepercayaan orang Barat.
Apa pun benda ini bagi saya, itulah kuasa Allah yang terlalu besar dan tidak terjangkau oleh akal kita manusia, walau bagaimana cerdik sekalipun manusia itu tidak mungkin dia dapat mengintip banyak rahsia dan ilmu Allah. Bayangkan seluruh air di lautan dunia ini dijadikan dakwat untuk menulis ilmu yang kita tahu, tetapi ianya umpama hanya sebagai tak sampai setitik air di hujung paruh burung. Tengok betapa kerdilnya kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)