Showing posts with label Matahari Terbit. Show all posts
Showing posts with label Matahari Terbit. Show all posts

05 June 2015

Matahari Terbit di FBS

Kalau kat rumah saya di Ampang Selangor saya menyaksikan matahari membenamkan diri di kaki langit dan puncak bangunan, tapi kali ini di kampong saya, saya menyaksikan matahari terbit di hadapan rumah.

Melalui celah-celah pokok kayu cahaya matahari pagi menyengokkan diri. Cahaya yang kuat dan terik terasa sangat di dahi dan muka. Tapi inilah juga nikmatnya bangun pagi.

Langit yang masih berbalam kehitaman menjadikan semua benda kelihatan hitam dan kelabu. Kalau dulu semasa saya dalam Wataniah waktu-aktu begini pertahanan dan pengawalan lebih ketat kerana masa ini yang dipanggil stand-to ini merupakan masa penyusupan musuh ke dalam pangkalan kerana bias mata dengan cahaya dalam dua dimensi berbeza.

Mudah-mudahan saya, emak dan kucing-kucing saya betah dengan lokasi kehidupan baru kami.

23 September 2014

Matahari Terbit di Ancasa PD

Tak sangka rupanya matahari terbit di luar tingkap bilik hotel saya di PD. Masa tu saya sedang menghadiri Kursus Perolehan anjuran LKS JPWPKL.

Selepas subuh cahaya kemerahan menerjah dari balik-balik hujung pokok. Saya perhatikan matahari seperti malu-malu untuk menunjukkan wayahnya. Sekeliling bulatannya kelihatan merah kekuningan akibat dari pancarannya yang masih lemah.


Kecilnya matahari pagi muat-muat dalam lengkongan jari saya. Indahnya waktu pagi, inilah keadaan yang tidak didapati di KL.


05 February 2013

Ahli Fizik Ukraine Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Dari Barat

Majlis Shahadah .. alhamdulillah
Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.

Pusat Islam Kyiv

Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.

Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry

Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.

Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel di bawah.



Dari Ibn ‘Abbas,

“Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).

Sumber: http://petunjukzaman.blogspot.com/

02 January 2013

Matahari Terbit Di Sebelah Barat

Menurut Hadis Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: "Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, Taubat sudah tiada "hadis Muslim. Menurut Syariah Muhammadiah: "Terbitnya matahari di sebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada di sebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit di sebelah timur dan seterusnya pada hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya."

Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur ke barat. berhenti. bergerak ke barat dalam masa yang pendek. dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw pernah berkata : "Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat) sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia-sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka itu". Hadis Al-Bukhari, Muslim.

Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan semua. Setiap planet di dunia akan mengalami fenomena yang sama. Tahun ini, planet Marikh akan berlaku matahari terbit di sebelah barat. Kita tak tahu, mungkin planet lain sudah pun mengalami fenomena ini, dan mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak tahu, hanya Allah yang tahu. Secara kebetulan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun melalui hambanya yang bukan Islam. Tetapi bagi kita yang sudah beriman ini, sedarlah selagi ianya tidak terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat sudah tidak diterima. Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari segala dosa yang kita lakukan. Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa masa yang terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita. Waallahu alam.

Berita dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka. MERM (MARS Exploration Rover Mission) – “24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!! This might occurs soon and we are aware of it”.

01 January 2013

Perubahan Sudut Bumi

Semenjak berlakunya beberapa kejadian tsunami dalam tempoh 10 tahun ini, tahukah kawan-kawan bahawa sudut bumi telah tersasar sedikit lebih kurang 20 hingga 40 meter ke arah selatan. Selain daripada fakta geografi, sedarkah kita bahawa itu adalah merupakan petunjuk yang sangat jelas dari pencipta kita Allah swt.

Apakah akibatnya apabila berlakunya perubaha tersebut?? apakah yang mempengaruhi hidup kita seharian.... jawapannya memang ada - iaitu arah kiblat kita juga turut mengalami perubahan. Lama-kelamaan jika tidak diambil perhatian dibimbangi kita akan bersolat dengan membelakangi kiblat. Itu sebabnya pada setiap tahun ada 2 kali kita perlu melihat dan membetulkan kiblat kita.

Selain dari perubahan arah kiblat yang ada satu lagi yang mempengaruhi perubahan di alam semestar ini iaitu pengaruh pada terbitnya matahari. Jika kejadian tsunami terus-menerus berlaku dipercayai bahawa matahari nanti akan terbit dari arah yang bertentangan dengan fitrahnya sekarang ini, dan apabila ini berlaku apakah maknanya?????.

Bukankah itu tanda besar kiamat di akhir zaman? kalau bukan pun bencana hari akhirat, masih sempatkah kita bertaubat sekiranya ditimpakan dengan musibah tsunami? Diterimakah Allah taubat di saat akhir bagi kita yang amat jahil ni? Wahai diriku dan teman-teman sesungguhnya hari qiamat itu sudah semakin hampir.... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kitab sudah meninggalkan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yang dilihat hanyalah rukun Islam yang 5 dan rukun Iman yang 6....tidak lebih daripada itu. Masih ada masa lagi jika kita hendak berbalik kepada fitrah kita - kembali kepadaNya Sang Pencipta yang maha Kuasa. Semoga kita nanti dihimpunkan ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman. Ameen.

13 March 2012

Matahari terbit di Asrama Sekolah Menengah Agama Tampin

Walaupun adik saya telah lama mengajar di sekolah ini, tetapi ini kali pertama saya menumpang di rumah waden asrama tersebut.

Disebabkan kedudukan sekolah ini terletak di atas bukit, suhu di waktu pagi rasanya lebih dingin dan nyaman.

Suatu pagi selepas subuh saya keluar untuk mengambil angin dan menghayati kesahduan pagi..... wah cantiknya di gigi langit nampak sedikit cahaya matahari yang nak terbit.

Makin lama, semakin jelas cahaya tersebut....

Inilah antara waktu-waktu yang ramai manusia kehilangan dalam hidup, kerana tidak berkesempatan untuk melihatnya... sebabnya masih lagi di atas katil di bawah selimut tebal...