Showing posts with label Solat Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Solat Aidilfitri. Show all posts

22 July 2015

Solat Hari Raya Di FBS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kami dapat menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Felda Bukit Senggeh. Selesai sahaja solat saya mengambil peluang untuk merakamkan beberapa foto sebagai kemnang-kenangan


Ini mewakili ahli wanita keluarga saya. Tak nampak mak pun, mungkin mak bersolat bersama-sama dengan sahabat-handai kerana mak baru je balik menetap di FBS. Semua wajah nampak ceria dan gembira.

Tu pun mak di kelilingi sahabat-sahabatnya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Masjid ini memang penuh dengan pengunjungnya al-maklumlah masjid ni bukannya luas sangat berbanding dengan kehadiran anak-anak rantau yang pulang beraya.

Lama tak jumpa berpeluk-pelukan melahirkan perasaan rindu dan syukur.
Selamat Hari Raya semua!!!

15 August 2013

Solat Sunat Aidil Fitri 2013

Ahjli keluarga saya keluar dari Masjid selepas selesai solat Aidilfitri. Di hadapan Shima dan Ain dengan diikuti oleh Kak Long dan kak Ngah

Saya bersama dengan Shima (adik ipar - isteri Adnan) dan Kak Long dan Kak Ngah (anak Azman) selepas kami selesai solat Aidilfitri di Masjid Felda Bukit Senggeh.

Boleh dikatakan hampir kesemua ahli keluarga kami menunaikan solat hari raya ini, maklumlah ianya hanya sekali dalam setahun. Ain dengan posing maut.... ha ha ha

kak Long dan Kak Ngah bersama dengan mak saudaranya. Ahli keluarga saya memang suka bergambar dan bagi yang perempuannya memang pandai berposing.

Adik saya Haji Adnan bersama dengan isterinya.

28 August 2012

Solat Aidilfitri 2012

Kami tiba awal di masjid, jadi dapatlah parkir yang selesa dan mudah bergerak kerana masih tidak ramai orang lagi.

Dalam masjid juga kami boleh pilih tempat yang rasa sesuai.

Saya dan Shima bersiap sedia untuk mengerjakan solat.

Alhamdulillah ramai betul warga Felda ini, ini disebabkan oleh anak-anak yang balik beraya bersama ibu-bapa masing-masing.

Emak bersalaman dan berpelukan dengan sahabat handainya yang lama tidak bersua muka.

Emak melangkah turun dari masjid setelah selesai solat dan bertemu dengan sahabatnya.

Semua yang hadir ke masjid namapk cantik dan segak termasuklah kanak-kanak.

Tuuu, hero kami dah siap sedia menunggu di kereta.