Showing posts with label taman barzah. Show all posts
Showing posts with label taman barzah. Show all posts

10 June 2015

Kerja Menyelenggara dan Menambak Pusara Ayah

Alhamdulillah, Allah swt menyampaikan pertolongan apabila adik ku Hj Azmee pulang ke kampong. Dia dengan mak pagi-pagi lagi sudah ke Taman Barzah FBS untuk berdoauntuk ayah dan menambahkan pasir dan bata di pusara ayah.

Kemas kerja-kerja yang dilakukan oleh adikku. Kalau tidak silap sehingga hampir tengah hari juga mereka siap lakukkannya. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

Memandangkan matahari telah meningkat tinggi, mereka hanya sempat menambah pasir dan batu sahaja. Manakala kerja-kerja memotong rumput dan pokok akan dilakukkan pada hari yang lain.

Inilah adikku Hj Azmee tu... dah rupa pekerja kontrak je. Terima kasihlah mie, semoga Allah swt je yang akan membalas segala usaha yang dilakukan. Ameen.

09 June 2015

Pusara Ayah Mendap

Sebaik sahaja menetap di Melaka, minggu berikutnya saya dan mak melawati pusara ayah untuk melihat-lihat kawasan di samping berdoa dan mengirimkan pahala bacaan surah-surah untuk ayah dan warga Taman Barzah tersebut.

Sedih dan sayu apabila pasir dan batu-batu sungai di pusara ayah telah mendap. Kawasan sekeliling pun kurang dijagai apabila terdapat rumput-rumput yang telah tumbuh tinggi di samping pokok yang makin besar.

Saya hanya WassApp kepada semua adik-beradik saya, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Di samping itu juga saya dan mak hanya mampu mengemas apa yang patut sahaja. Kami beroda agar nanti Allah swt menyampaikan bantuan. Ameen.

30 October 2013

Takziah Atas Pemergian Emak Ana

 Semalam iaitu pada 29 Oktober 2013, ibu kepada jiran dan sahabat saya, Ana telah menyahut panggilan Illahi. Ibu Ana meninggal selepas waktu subuh. Semalam saya dah tiba di opis apabila Ana telepon menyampaikan berita ini. Saya terus balik ke rumah, alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada halangan dan lalu lintas bergerak dengan lancar.

Kaum wanita mengadakan tahlil ringkas sementara menunggu van jenazah tiba untuk menyempurnakan urusan di Masjid Ubudiah Ampang. Masjid ini lengkap mempunyai kamar untuk memandi dan mengkafankan jenazah serta disediakan petugas yang arif dalam urusan ini. 

Saya dan jiran-jiran yang lain berkumpul di masjid sementara menunggu azan zohor, kerana jenazah akan dikebumikan selepas zohor. Antara jiran yang juga hadir adalah Kak Ani (isteri Abang Jaafar) dan Timah.

Selepas disembahyangkan kami menuju ke tanah perkuburan baru, iaitu Tanah Perkuburan Taman Bukit Teratai. Tanah perkuburan ini tidak jauh dari kawasan perumahan kami.

Kalau tidak silap tanah perkuburan ini baru sahaja dibuka pada hujung tahun 2012, namun sudah ramai penghuninya. Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa saya, dosa ibubapa saya, dosa adik-adik saya dan juga dosa penghuni taman barzah ini. Ameen. . . 

21 February 2013

Di Pusara Ayah Februari 2013

Pada hari pertama di kampong, keesokkan paginya kami mengunjungi pusara ayah... Bacaan yasin dipimpin oleh adik saya Azman dengan diikuti oleh emak, Haji Azmee, Ainee dan saya.
Mengatur langkah di taman barzah
Biasanya selepas membaca surah Yasin, di mana pahalanya untuk disedekahkan khususnya untuk ayah dan amnya untuk muslimin mulimat, kami mengemas pusara ayah agar ianya sentiasa nampak lebih kemas dan bersih.
Emak, Azmee, Ainee dan saya....

Pada hari berikutnya...... Bacaan Yasin yang diketuai oleh adik saya Haji Adnan, kelihatan sama adik saya Azman.
Selesai membaca surah Yasin dan kini adik-adik saya yang lain melawat ke kubur-kubur lain yang pernah kami kenali. Rupanya ramai orang-orang tua kampong ini yang telah kembali bertemu Allah.... dan kami bilakah lagi?????

30 August 2012

Beraya Bersama Ayah di Taman Barzakh FBS

Dari masjid kami terus ke Taman Barzakh FBS, alhamdulillah masih ada lagi ruang parkir untuk kereta saya dan adik saya Shima.

Kumpulan kami mula memasuki kawasan taman dan kelihatan Ain dan adnak-anaknya.

Tu mak mendahului kumpulan baru menaiki tangga untuk mengambil tempat duduk.


Kelihatan Shima, anaknya Ammar, Abang dan Amir.

Pusara ayah, hampir 4 tahun ayah meninggalkan kami, tapi rasanya baru semalam ayah ada di kalangan kami. Rindunya pada ayah...

Semua sudah mengambil tepat dan sedia untuka memulakan bacaan yasiin. "Yaasinnnn, walkuranilhazim...."




Selesai bacaan Yasin..... segala pahalanya dihadiahkan kepada rasulallah , ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta pahalanya juga disedekahkan khusus untuk ayah dan penghuni taman ini dan muslimin muslimat di seluruh dunia.

Emak dan Abang sebelum meninggalkan taman ini. Masih terdapat lagi ramai pengunjung yang menziarahi sanak saudara masing-masing.

03 December 2011

Perjalanan Terakhir

Setiap daripada kita akan mengakhiri perjalanan kita ini... itu sudah pasti..., sehingga kini kita sendiri tidak pernah berjumpa dengan mana-mana manusia yang hidupnya lama. Semuanya akan kembali kepada pencipta kita.



Cuma kita tidak tahu bilakah tarikhnya perjalanan akhir kita itu. Perjalanan ini tidak memerlukan duit tambang untuk membeli tiket penerbangan atau tiket bas. Kerana orang yang menyayangi kita sendiri akan menghantar kita ke tempat kita akan bersemadi selamanya.


Walau bagaimana sayang sekalipun keluarga dan sahabat handai kita terhadap diri kita, mereka tidak akan membenarkan kita tinggal lama bersama mereka apabila ruh bercerai dengan jasad. Oleh yang demikian maka kita akan menyertai manusia yang sewaktu dengan kita untuk menginap di Taman Barzah.

Suka atau tidak kita akan tinggal sendirian di rumah baru yang berukuran 6x6x3 dan di sinilah kita tinggal sehingga Allah memanggil semua manusia untuk bangun kembali dan berkumpul di Padang Masyhar yang panas serta sesak.


Selepas kita dimasukkan ke dalam liang, mereka tutup lubang liang dan kegelapanlah kita di situ. Hanya amalan serta Al-Quran yang akan menjadi teman, itupun sekiranya kita menjadikan kebiasaan membaca Al-Quran semasa hidup. Dapatlah amalan dan jejaka handsome bantu kita dari diseksa oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir (MN).



Ramai yang menceritakan apabila 7 langkah orang terakhir meninggalkan Taman Barzah, maka datanglah sidia itu (MN). Agaknya itulah saat yang paling suspen dalam kehidupan di alam barzah. Selepas itu mulalah sesi soal jawab, agak-agaknya dapat ke kita menjawab semua soalan MN dengan lancar dan jakin. Subhanallah... semoga Allah membantu kita hendaknya.



Akhirnya tinggallah kita sendirian, tiada gelak tawa untuk menceriakan kita di bawah sana. Kalau baik amalan kita di dunia, maka pusara ini menjadi syurga dunia kita sementara menunggu akhir zaman. Tetapi sekiranya buruk amalan kita... maka lubang kubur ini menjadi tempat seksaan sehingga manusia dibangkitkan semula, lamanyaaaaaaaaaaaa.


Jika ada zuriat dan sahabat handai yang teringatkan kita, mungkinkah mereka datang untuk mendoakan atau mensedekahkan ayat suci untuk kita... sekurang-kurangnya dapat meredakan seksaan jika masa itu kita sedang dihukum.

Ya Allah ya Rabbi.... mudahkanlah urusan sarakalmautku, mudahkanlah urusan penyelenggaraan dan pengkebumiaanku, mudahkahlah urusan alam barzahku dan mudahkahlah urusan ku di hadapanmu nanti. Amin.

31 October 2011

Peta Hidup Oleh AnakkuSoleh.com

Saya tak sempat nak buka web ini tetapi dari apa yang dipaparkan di peta kecil dan ringkas ini, rasanya idea yang disampaikan agak menarik dan memberi manfaat kepada kita. Mulanya saya nak ucapkan syabas kepada penciptanya kerana berjaya menunjukkan perjalanan kehidupan dengan ringkas yang selama ini ramai tidak memikirkannya (termasuk saya). Melihat kepada peta ini rupanya dah separuh jalan saya berada di pentas sementara ini. Tapi bekalan yang dikumpul amat sedikit sekali. Nampak gaya saya kena buat operasi untuk tambahkan bekalan. Jom kawan-kawan kita buat bersama.