Ini adalah keluhan hati saya semasa saya berkhidmat di Jabatan lama saya. Semasa di sana saya banyak berurusan dengan para-para guru, terutamanya guru-guru yang berhasrat untuk mendapatkan kuarters yang lebih dikenali sebagai KIP. Sungguh saya terperanjat dengan apa yang saya alami. Nak tahu apa ceritanya jom bersama suara hati saya . . . semoga ianya dapat diubah ke arah kebaikkan kerana GURU adalah jasa terbesar semua manusia yang bertamaddun termasuk saya.
Saya telah berkhidmat di pejabat tersebut selama hampir 4 tahun, sejak itu saya didedahkan dengan ketidakbenaran tangapan lama tetapi kini ianya menjelma menjadi kebenaran. Macam teka teki, tetapi inilah yang akan saya luahkan.
Lama sudah saya fikirkan untuk menyatakannya di dalam medium ini, hanya sekadar untuk berkongsi rasa, penadangan dan pendapat. Bukan untuk mencari kesilapan dan kesalahan sesiapa, apa tah lagi kesilapan sekumpulan insan yang banyak jasanya. Kumpulan insan inilah yang berjasa membangunkan negara secara tidak langsung. tetapi kini saya berhadapan dengan kumpulan insan yang berjasa ini tetapi dalam ruang lingkup yang sangat berbeza ceritara dan kesan di hati.
Dah panjang lebar saya beteka teki, tetapi masih lagi kata-kata yang hendak diluahkan seakan tersekat di kerongkong, bagi tergajut di bibir, seperti ada sesuatu yang menghalang kata-kata itu meloncat dari peti suara ini seterusnya mematah-matahkan 2 jari dari terus menekan huruf-huruf di papan kekunci. Tetapi jika tidak dizahirkan bagaimana ianya dapat dibentangkan, bagaimana hati dapat diredakan dan bagaimana fikiran dapat direalisasikan. Dan paling utama bagaimana ianya dapat diubah !!!!
Dari Kementerian Pertahanan saya diarah bertugas di jabatan pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan. Rupanya iklim dan budaya yang sangat berbeza. Mulanya saya pujuk diri untuk memberikan masa untuk mengasimilasikan diri dengan suasana dan rakan-rakan baru. Tetapi semakin lama, semakin banyak yang terkumpul di dalam hati dan kini ianya seakan ingin meletup. Ada kemungkinan jika saya teruskan mendiamkan diri takut ianya mengundang sesuatu yang tidak wajar. nauzubillahhiminzalik, semoga dijauhkan Allah swt.
Apabila kita menyebut guru, yang terbayang pada kita adalah seorang insan yang mendidik dengan bahasa yang baik dan gaya penyampaian yang mudah diterima dan difahami oleh anak didiknya. Itulah yang saya katakan ketidak benaran di atas, saya terkejut apabila guru-guru yang berurusan dengan saya menggunakan bahasa yang kasar, menyindir, mencari kesalahan dan mengherdik staf saya dengan perkataan dan kata-kata yang bukan dari mulut seorang guru. Bukan seorang tetapi ramai yang bersikap begitu, dan hampir kesemuanya adalah guru-guru muda. Kenapa ini boleh berlaku? Adakah menjadi guru merupakan pilihan terakhir setelah lama mencari kerja? makanya guru dipilih untuk menyambung kehidupan walaupun tidak minat!!!
Akhirnya saya berjaya keluar dari Jabatan tersebut, berjaya untuk menghentikan tanggapan buruk dari berterusan, berjaya memalingkan wayah secara terhormat. Kerana inilah kelemahan saya yang tidak dapat terus menegur dengan lidah untuk kebaikkan kerana dalam usaha untuk menyatakan kebenaran saya sering diherdik dan disindir. Rupanya mereka maupun apa juga yang mereka idamkan tanpa mengira peraturan dan prosedur. Cuba mendapatkan apa yang bukan hak mereka, walaupun memangnya tidak semua tapi segelintir yang sedikit itu yang paling menyakitkan.
Semoga sesiapa yang terbaca luahan hati saya, yang terasa fikirkan semula . . jangan cakap apa-apa sekarang . . . fikirlah apa bila hati dah tenang . . . kerana fikiran yang marah selalunya dari hasutan syaitan ..
Saya juga nak minta maaf jika luahan hati saya ini mengganggu keteneraman rakan-rakan.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label KIP. Show all posts
Showing posts with label KIP. Show all posts
17 June 2015
08 October 2014
Dari Jendela - Tkt 10 KIP Seri Seputih
Lihatlah keadaan Kuala Lumpur pada tengahari semalam (7 Oktober 2014) sangat buruk. Jarak pandangan menjadi pendek dan debu-debu halus meliputi beberapa ruang udara menjadikan bangunan yang tidak jauh sangat kelihatan berbalam-balam.
Nampak gayanya jerebu di Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya menjadi fenomena. Bagi orang seperti saya agak merisaukan kerana keadaan ini menjadikan pernafasan saya lebih sukar dan terbatuk-batuk.
Dalam keadaan jerubu pun permandangan dari KIP ini tetap menarik.
Adakah anda dapat melihatjauh di sana sebuah bangunan tinggi. Apakah nama bangunan itu?
04 September 2014
23 August 2014
Dari Jendela : KIP Seri Bintang
KIP Seri Bintang merupakan salah sebuah KIP di dalam Kuala Lumpur. Pentadbirannya di bawah JPWPKL. Dulu KIP ini merupakan satu-satunya KIP yang mempunyai lif kerana bangunan KIP ini mempunyai 8 tingkat termasuk tingkat bawah.
Permandangan dari KIP yang menggambarkan seakan-akan mendung tetapi sebaliknya adalah disebabkan tingkap KIP yang tidak dibersihkan.
Kelihatan SK Seri Bintang dari sini. Bagi anak-anak yang mendiami KIP ini memang sangat mudah bagi mereka kerana KIP ini berada di dalam sekolah mereka. Mereka tidak dirunsingkan dengan pengangkutan dan ibu bapa dapat mengawasi anak-anak dengan lebih mudah.
21 July 2014
Kami Dapat KIP Baharu
Pada 18 Julai 2014 yang lalu, Kontraktor yang membangunkan Kuarters Institut Perguruan Desa Perwira Taman Maluri, BPPA KPM dan SK2P JPWPKL telah mengadakan majlis ringkas untuk menerima KIP Desa Perwira ini.
KIP ini mengandungi 80 unit rumah penginapan dengan 10 tingkat. Di samping itu terdapat juga kemudahan lain seperti lif, surau padang permainan bersaiz kecil dan juga padang letak kenderaan.
Saya merakamkan kenangan di rumah tingkat 10. Rumahnya besar dengan 3 buah bilik tidur, 3 tandas, dapur yang siap dengan kabinet dan ruang tamu yang juga besar. Setiap tingkat mempunyai 8 ynit rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)














