Showing posts with label Taman Tema. Show all posts
Showing posts with label Taman Tema. Show all posts

16 December 2012

Percutian 2012 Bukit Merah (Bye Lake Town Theme Park) - Part 11

Kami mula bergerak balik - laluan ini adalah dari Kampung Air setelah kami melawat Ecopark, menyusuri si tepi tasik untuk ke pelantar chair-lift.

Setelah turun dari chair-lift kami terus menuju ke food court kerana masing-masing sudah kelaparan.

Sengan kegembiraan dan harap-harap engan kepuasa kasing-masing. Yang paling gembira Ain lah kot, siap dengan gaya nak terbangnya.

Setelah makan kami menujuk ke pintu keluar... bye... bye... bye Taman Tema Lake Town... tak tau bila lagi kami akan berkunjung ke sini lagi. Insyaallah kalau ada umur, mungkin akan ke sini lagi nanti.

15 December 2012

Percutian 2012 Bukit Merah (Permandangan Tasek) - Part 10

Pemandangan di sini semuanya cantik, keindahannya mungkin kerana faktor semulajadi seperti tasik, kaki langit dan awan. Kalau tidak percaya jom tengok gambar-gambar yang bawah.

Gambar ini kelihatan seperti lukisan. Ini adalah resort (dipanggil sebagai kampung air) atas air yang di sediakan di taman teman ini, kedudukannya jauh dari hiruk pikuk taman.

Di sekeliling resort di tanam dengan pokok bunga teratai, cantik bila ianya terapung-apung di atas air. Ini adalah bahagian hadapan resort mengadap Ecopark.

Jambatan yang menghubungi daratan dengan kampung air.

Kami semua dari daratan melihat ke arah kampung air. Lihat sahaja langit di belakang resort sudah hitam tandanya hujan nak turun....

Dari sini memandang sehingga seberang tasik kelihatan sebuah rumah... cantik kan gambar ini air dan langit mempunyai warna yang hampir sama dan seakan-akan dipisahkan oleh sebarisan daratan yang berwarna hijau.....

Wow... agaknya itu yang terkeluar dari mulut saya melihatkan keindahan ciptaan Allah ini.


14 December 2012

Percutian 2012 Bukit Merah (Eco Park) - Part 9

Rupanya Ecopark di hujung tempat singgah Chair-Lift. Ecopark ni seperti zoo yang memelihara pelbagai jenis haiwan. Sudah lama saya tidak ke zoo dan peluang ini tidak patut dilepaskan. Di Ecopark ini pihak pengurusannya menyediakan laluan seperti jambatan kayu kerana muka bumi yang berbukit.

Semasa kami tiba tidak ramai pengunjung, jadi lebih selesa bagi kami 'berbual-bual' dengan haiwan-haiwan yang ada di sini. Haiwan-haiwan di sini ada yang dikurung dan juga yang dilepaskan, tetapi tidak banyak haiwan yang jinak.

Ketibaan kami disambut oleh beberapa ekor burung seperti buruk merbuk dan burung merak. Yang ini adalah burung merak betina, rupanya tidak cantik seperti burung merak jantan seperti di bawah ini.

Keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar burung merak dan berharap agar burung ini mengembangkan bulunya... tetapi belum ada rezeki burung ni buat tak tahu je....

Saiz burung merak memang besar seperti ayam turki tetapi burung ini rendah sedikit dan badannya lebih slim. Semasa burung ini mengembangkan ekornya, ekornya akan ditegakkan dan dibuka seperti kipas tangan. Bulu-bulu burung ini yang berbagai warna membuatkan ianya cantik.

Yang ini belurung... ikhlas saya katakan, inilah pertama kali saya melihat haiwan ini, rasanya haiwan ini berkelakuan seperto haiwan Koala yang terdapat di Australia.... haiwan yang suka tidur dan sukar untuk terjaga walaupun kami bising. Tengok yang tidur atas dahan kayu tu... dia buat tak tahu sahaja akan kedatangan kami.

Monyet tangan putih ni tak besar sangat, sangat lincah dan suka buat pertunjukkan, berbunyi dan bergayut - cantik sebab saiznya yang tidak terlalu besar, rasanya macam boleh dipelihara.

Siapa yang tidak kenal dengan haiwan ini - kelihatan seperti manja tetapi liar bila kita dekati, rupanya haiwan ini takut dengan manusia dan sikap dia itu diturunkan kepada anaknya. Macam jinak-jinak merpati juga.

Ini adalah Beruang Matahari, saiz beruang ini tidak besar sangat tetapi nampak liar dan menakutkan kerana kuku haiwan ini yang panjang dan sangat tajam. Adakah senjatanya kuku, kalau begitu mangsanya tentu akan hancur dikerjakannya.
Saya tertanya-tanya kepada diri snediri adakah haiwan ini hidup berpasangan sebabnya bagi Beruang Matahari di atas mereka bergerak berdua-dua - ada kemungkinankah ini pasangan hidup mereka?

Buaya haiwan biasa ditemui di kawasan berair di negara kita, buaya yang ada di sini tidaklah besar sangat seperti Bujang Senang, saya teringin untuk melihat buaya yang besar hidup-hidup, selama ini hanya melihat gambar sahaja...

Adakah badan rusa memang panjang? rasanya saya pernah juga melihat rusa tapi taklah panjang sangat badan dia. Atau haiwan ini bukan rusa mungkin kaum kerabat haiwan yang sama seperti rusa. Siapa yang ada maklumat???

Ini pula adalah landak, tengok sahaja kepada bulu berduri di belakang badan dia menyeramkan saya, sebab mengikut pembacaan saya, lantik menyerang mangsanya dengan menembakkan bulu landak yang tajam ke arah mangsanya, bayangkan tercacak-cacak bulu landak di muka mangsa. Tetapi haiwan juga sebab di Thailand manusia menangkap landak untuk dijadikan makanan eksotik. Macam mana pula landak tidak perasan pemburu mendekatinya.

Percutian 2012 Bukit Merah (Permandangan Dari Chair-lift) - Part 8

Kalau anak-anak yang takutkan air boleh bawa mereka di sini, latih mereka dengan diikuti oleh ibubapa/ penjaga, anak-anak akan rasa selesa sebab ramai rakan-rakan baru di sini, air juga cetek dan mudah untuk diawasi anak-anak yang mungkin nakal sedikit. Tidak semua kolam sesuai untuk anak-anak kecil. Kalau tidak silap di sini, diambil tinggi dan berat untuk sesuatu permainan.

Antara permainan air yang disediakan di taman tema ini, nampak cantik kerana dicat dengan warna warni yang menceriakan.

Kolam air yang di kelilingi oleh air pancuran sesuai untuk kanak-kanak kecil.

Inilah dia dorm besar yang diminati oleh ramai penggunjung.

Permandangan kolam-kolam besar dari atas

Gelunsur air yang rendah

Gelunsur air yang tinggi dan jauh jaraknya - lebih mencabar dan mendebarkan

Kolam-kolam air


Kolam dan laluan air

Kolam air yang paling besar

13 December 2012

Percutian 2012 Bukit Merah (Sky Chair) - Part 7

Pergerakan Pergi

Sungguh membimbangkan pada permulaan kami untuk menaiki chair-lift ini, ianya tidak seperti kereta kabel di mana kita menaikinya dan duduk di dalamnya dengan ada dinding kaca. Tetapi menaiki chair-lift ini lain sedikit, di mana kita sudah sedia menunggu ketibaan chair-lift di tanda tapak kaki, apabila chair-lift tiba kita duduk sahaja, malangnya bila sudah duduk tidak boleh nak adjust keselesaan duduk sebab chair-lift sudah bergerak.

Giliran pertama naik adalah Shima dan Ain, apabila saya melihat Shima mengelabah, menjadikan saya juga mula mengelabah kerana selepas ini adalah giliran saya dan emak pula. Selepas itu baru giliran Ammar dan Amir.

Kesian mak, sebab berat badan emak ringan, kerusi tu seperti sendeng sebelah disebabkan berat saya. Sepatutnya saya naik dengan Shima dan emak dengan Ain untuk membolehkan kerusi itu stabil.

Apabila sudah berada di atas, baru rasa seronok sebab dapat melihat taman air ini dengan lebih jelas dan menyeluruh... nanti saya postkan gambar yang kami ambil dari atas dalam entri berikutnya untuk dikongsi bersama, manalah tahu kalau-kalau anda bercadang untuk bercuti bersama keluarga pada percutian yang akan datang.

Dah tiba - sekali lagi rasa gelabah tiba sebabnya memikirkan cara manan nak turun dengan lebih selamat sebabnya chair-lift ini tidak berhenti dan terus bergerak. Ammar nakal betul... dia ambil gambar kami turun dengan pelbagai gaya. Bila melihat gambar itu rasa sangat kelakar dan saya selalu ketawa seorang diri...

Pergerakan Balik

Peace.... saya dan emak baru sahaja menaiki chair-lift dan kali ini saya sudah tidak gemuruh lagi dan boleh mengambil gambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Di belakang kelihatan Shima dan Ain sedang menanti ketibaan chair-lift mereka.

Kerusi di hadapan saya adalah Ammar dan Amir, sementara kerusi di belakang saya pula adalah Shima dan Ain.

Wah.. wah .. tengok orang kat belakang tuuu... bukan main happy lagi... sudah kurang rasa takut... tidak seperti perjalanan pergi, untuk berpusing dan melihat-lihat sekeliling pun tidak berani. Walau apa pun emak saya steady dari awal lagi.

Ready sudah hendak landing.... jangan tersasar pulak, kelakarnya muka mereka kerana sangat suspen agaknya.

12 December 2012

Percutian 2012 Bukit Merah (Main Air Lagi) - Part 6

Ini satu lagi permainan air yang disedikan di taman tema ini. Dorm bulat yang sangat besar disediakan dengan beberapa tali untuk memanjat ke atasnya. Di atas dorm ini ada pancuran air yang juga berbentuk bulat tetapi airnya tidak kuat.

Amir sedang memanjat ke atas dorm dengan diperhatikan oleh Ammar. Mendaki dorm ini bukan mudah kerana permukaannya juga licin kerana air yang sentiasa mengalir turun, kalau silap langkah akan tergelincir dan tidak dapat naik ke atas.

Amir cuba mendaki tanpa menggunakan tali, dalam susah payah tiba juga dia di atas. Sementara Ammar sedia untuk meluncur turun agaknya.

Yeppi.... Ammar dan Amir sedang meluncur turun.

Mereka berdua mencuba beberapa kali mendaki dan meluncur turun sehingga mereka jemu. Kalaulah ada anak-anak saudara saya yang lain mungkin lagi meriah

Meluncur dengan yakin setelah beberapa kali melakukan luncuran saya rasa mungkin mereka merasa keseronokan kerana mereka dapat menguji ketahanan diri dan keyakinan mereka sendiri.

Di gigi dorm saya yang melihat pun terasa seronok, kenapa lah semasa saya kanak-kanak benda-benda begini tidak ada, kalau hendak meluncur pun terpaksalah meluncur di batu air terjun...