Showing posts with label Peristewa Di Pejabatku. Show all posts
Showing posts with label Peristewa Di Pejabatku. Show all posts

08 February 2013

Tanda Tidak Produktif

Masih pagi lagi... tetapi sistem fisiologi tubuh saya memberikan isyarat negatif... apa tidaknya masih lagi jam 9 pagi mata saya dah mula mengantuk... saya sendiri pun tidak mengerti kenapa pulak tiba-tiba pagi Jumaat ini saya sudah kurang bertenaga gayanya seperti orang keletihan selepas berlari 10km, keadaan ini sangat berbeza degan semalam di mana sehingga waktu balik saya masih mempunyai tenaga yang banyak.

Setelah 2 - 3 kali mata saya hampir tertutup (ditambah dengan internet yang sangat perlahan di pejabat ini) saya keluar dari pejabat dan bergerak di sekeliling pejabat untuk melancarkan lagi peredaran darah dalam badan.... kenapa pulak pagi ini? hairan juga sebab seperti biasa saya tidur dan bangun pada waktu yang hampir sama.

Untuk pengetahuan anda semua, semasa menaip blog ini juga saya masih tidak dapat fokuskan halatuju objektif minda, ianya masih lagi terawang-awang dan semua sistem dalam badan seperti memberi perentah kepada mata untuk melelapkan mata... bahaya... bahaya sungguh.... Soal selidik perlu disiapkan untuk diedarkan pada awal mac nanti......

29 November 2012

Kasihan Atau Sedih?


Hari ini saya mengalami peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Selama 30 tahun saya berkhidmat dalam Kerajaan Malaysia, belum pernah saya ditengking oleh seseorang, tetapi itulah yang berlaku pada hari ini... saya tergamam dan terkejut kerana dilakukan begitu oleh seorang pegawai perempuan yang baru sahaja kembali dari tanah suci kerana mengerjakan haji, kalau tidak silap belum sebulan pegawai tersebut balik dari ibadat tersebut. Mungkinkah itu adalah dugaan bagi seseorang yang telah 'suci' dari segala dosa? Apabila semua catatan dalam 'buku' sudah dibersihkan di hadapan Kaabah, tetapi sayangnya apabila 'buku' tersebut terpalit sedikit tanda hitam yang tidak sepatutnya begini cepat .......

Mulanya berbelah bagi juga saya untuk mencoretkan peristewa ini (Hari Ini Dalam Sejarah) dalam blog saya ini, tetapi saya rasa ianya perlu juga diabadikan supaya ianya boleh mengingatkan saya kembali (dikemudian hari nanti - mungkin selepas bersara), oleh itu ada baiknya juga saya tuliskan sedikit rasa hati/ perasaan dan pandangan saya di sini untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat. Ambillah yang baik untuk dijadikan panduan dan yang kurang baik dijadikan sempadan.

Perkara yang timbul itu sebenarnya bukanlah besar sangat, kerana pada saya hubungan mutual antara warga sesebuah organisasi sangat membantu dalam melicinkan perjalanan operasi sesebuah organisasi itu. Sejauh ini kami (khususnya di Unit tempat saya bertugas) sedia memberikan kerjasama kepada mana-mana sektor/ unit dalam organisasi ini bagi tujuan menyelenggara atau menambahbaik - rupanya bukan semua warga organisasi ini mempunyai perasaan atau hasrat yang sama.

Minggu ini unit kami sendiri telah didatangi oleh pembekal/ syarikat yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan mengenai ICT, walaupun tiada memo yang mengatakan ada pembekal/ syarikat akan datang membuat selenggaraan itu pada masa-masa dan tarikh-tarikh tertentu, kami tetap terima dan memberikan kerjasama kepada mereka. Memanglah apabila membuat kerja-kerja penyelenggaraan bunyi bising, berabuk, ketidakselesaan yang disebabkan oleh penyelenggaraan tersebut akan berlaku tetapi memikirkan kebaikan organisasi itulah harganya - pengorbanan perlu bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Yang sebenarnya kami pun tidak pernah menerima memo memaklumkan pembekal/ syarikat akan melaksanakan sesuatu kerja sejak dari saya menyertai organisasi ini.

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja.. jika tidak dipersetujui saya mohon ampun dan maaf sahajalah, walau bagaimanapun sebagai insan dan hamba Allah perlulah muhasabah diri sendiri, saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat sekelian supaya lebihkan bersabar dan ingatlah bahawa syaitan itu akan menghasut anak cucu Adam dari pelbagai sudut.

Maafkan saya jika ada sahabat-sahabat yang terasa. Akhir kata agaknya apakah perasaan saya ya adakah kasihan atau sedih?

21 December 2011

Sejuknya Pejabat Kami!!!!!

Rasa nak beku saya dan kawan-kawan di Tingkat 2 ni, waktu tengahari macam ni rasa sejuk makin mencengkam tubuh kami, apa nak buat, kalau suhunya dinaikkan sedikit sememangnya kami rasa nyaman tetapi sahabat-sahabat kami di tingkat lain akan rasa panas macam dalam oven pulak, jadi terpaksalah kami mengharungi ras sejuk ni. Dulu masa mula-mula bertugas di sini, saya rasa macam nak demam kerana tak tahan dengan suhu ini, tapi kini dah dapat menyesuaikan diri - dan kira oklah sikit.

14 March 2011

Perasmian Wad Bunga Raya HATTM

Pada 10 Mac 2011 yang lalu, YB Menteri Pertahanan Malaysia telah merasmikan pembukaan Wad Geaterik (Wad untuk merawat dan menjaga Veteran ATM) di Auditorium HATTM. Wad ini dikenali sebagai Wad Bunga Raya. Perasmian didahului dengan penyampaian sajak oleh Nuri Angkasa, sajak yang amat mendayu. Pada saya kita bukan tidak menghargai jasa-jasa mereka yang lebih dahulu di dalam ATM dan berjuang tanpa mengira ganjaran - hanya satu objektif mereka adalah untuk memastikan negara ini bebas dari segala ancaman, tetapi ramai antara kita yang tidak tahu dan tidak dapat menyelam sendiri akan susah payah orang-orang dahulu berjuang. Oleh itu Kerajaan perlu melakukan sesuatu tindakan untuk mengvisualizekan perjuang susah payah tersebut supaya boleh dirasai oleh semua golongan rakyat walaupun hanya di dalam media.

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Markas Angkatan Tentera Malaysia YBhg Dato' Abdul Razak.

Ucapan perasmian oleh YB Menteri Pertahanan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jamuan saya bersama dengan orang-orang kuat JHEV yang menjayakan acara ini. Sebelah saya Timbalan Ketua Pengarah Puan Siti Normah.

08 March 2011

Ceramah Mauludul Rasul di HATTM

Pada 23 Februari 2011 yang lalu, sempena menyambut Maulidul Rasul HATTM telah menjemput penceramah yang popular iaitu Al Uztaz Dr Haji Zahazan Mohamad untuk menyampaikan ceramah mengenai keperibadian dan kelahiran junjungan besar kecintaan kita Nabi Muhamad SAW. Ini pertama kali saya melihat Ustaz itupun dari jauh. Setiap pagi kita biasa mendengar suara Ustaz dari corong Radio IKIM dalam Ruangan Tafsir Al Quran. Sayangnya pada malam itu suasana agak riuh dan bising ditambah dengan bunyi hujan. Sayang ..... sekali ceramah yang baik tidak dapat didengari dengan sempurna oleh saya.

Walaupun begitu dari kejauhan masih lagi saya dapat menangkap kisah yang ustaz ceritakan terutamanya kisah Rasullulah dengan pengemis buta seperti yang saya postkan 2 minggu yang lepas. Sebelum solat isyak saya sempat bergambar dengan sahabat karib saya Lt Kol Hajah Noor Sabrina yang turut hadir.

Semoga Allah melimpahi rahmatnya kepada kami semua yang hadir pada majlis tersebut dan kuatkan kasih dan cinta kami kepada Rasulullah SAW. Amin.