Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

13 April 2013

Kurma Madinah

Ketika Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk untuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, termasuk orang-orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.

Musim kurma masak hampir tiba dan pada masa itu musim panas yang melanda agak terik. Sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki oleh Rasulallah saw sangat minima, namun Rasulullah saw dan para sahabatnya r.ahum. tetap berangkat menuju ke medan perang.

Kurma Ajwa dan Kurma manis
Di waktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat r.ahum. agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.ahum. tetapi isteri para sahabat r.huma.

Mereka para munafiqin itu berkata, "suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang".

Pada masa itu Rasulullah saw dan para sahabat r.ahum. dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satu pun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, hasil krbun kurma mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum. tidak mengalami kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.

08 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Hotel Mawardah Al Noor Madinah

Bilik Hotel Mawardah Al Noor yang saya dan mak menginap di Mekah baru-baru ini. Biliknya besar dan selesa untuk 2 orang. Kedudukan bilik kami tidak jauh daripada lif, memudahkan emak saya ingat laluan ke bilk jika emak keluar dari bilik. Kami ditempatkan di tingkat 8. Hotel ini mempunyai 8 buah lif tetapi bersaiz kecil. Boleh la... tak perlu menunggu lama pun...

Bilik ini menyediakan almari, meja, kerusi, meja solek dan sudah tentu 2 buah katil yang selesa walaupun saiz katilnya kecil.

Katil emak dan katil saya, saya duduk di tepi tingkap sebab alat hawa dingin betul-betul di hujung kaki, jadi emak tidak berasa selesa jika suhu bilik sejuk sangat.... jadi katil mak berkedudukan jauh sedikit dari tiupan alat hawa dingin tersebut.

07 April 2013

Dari Jendela: Hotel Mawardah Al Noor Madinah

Hotel di Madinah ni kedudukannya berdekatan antara satu dengan lain, jadi tidak ada permandangan yang cantik dan indah dapat kita lihat di sekeliling setiap hotel. Apabila jendela di buka apa yang dapat dilihat adalah bangunan hotel-hotel lain.

Cuba lihat di bawah sana adalah laluan antara 2 buah bangunan hotel, cukup untuk laluan kenderaan dan orang ramai, tiada taman bunga atau taman untuk rehat seperti yang kita lihat di negara kita.

Mungkin kota ini adalah kota ibadat, maka pemerintah kota ini memikirkan bahawa jemaah yang hadir mungkin tiada masa untuk melepak di taman-taman dan satu perkara lagi mungkin disebabkan oleh wanita tidak dibolehkan untuk melepak-lepak dan jika ada taman ada kemungkinan ramai wanita-wanita khususnya yang datang dari negara Eropah atau Asia yang biasa melepak akan juga melepak di taman-taman. Itu pandangan saya je.

05 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Selamat Tinggal Kekasihku Rasulallah saw

Sebaik sahaja selesai solat subuh pada 10 Mac 2013, saya dan emak berdoa seketika... perasaan sedih untuk meninggalkan masjid ini mula menyelinap di seluruh tubuh. Ketika di sekeliling masjid umat Islam dari seluruh dunia mula menuju destinasi masing-masing.

Saya dan emak masih ada lagi tugas yang perlu diselesaikan.pada pagi ini, iaitu mengucapkan selamat tinggal kepada baginda Rasulallah saw kerana selepas solat zohorkan kami semua akan meninggalkan Kota Madinah Mukarramah ini untuk menuju ke Kota Suci Mekah. Jauh juga kami berjalan, akhirnya kami tiba juga dan di celah-celah menara dan payong-payong yang tertutup kelihatan kubah makam baginda Rasulallah saw. Pada foto pertama kelihatan anak bulan (bulan sabit) di tepi menara, dalam foto ini tidak nampak jelas tapi pada keadaan sebenar ianya menjadikan suasana amat sayu dan sedih untuk meninggalkan baginda.

Kelihatan emak sedang berjalan balik menuju ke Pintu pagar No. 15 untuk pulang ke hotel.

Masyallah memang ramainya umat Islam yang mengunjungi kota ini, memang benar firman Allah bahawa agama suci ini memang benar dan Allah akan memeliharanya dengan baik untuk kita. Jadi jangan sekali ragu-ragu akan kebenarannya.... 

Saya rasa sedih dan takut jika saya tidak dapat mengunjungi lagi kota ini... saya memanjatkan doa kepada Illahi supaya saya diberi kesempatan dan dijemput untuk hadir berkali-kali lagi ke sini dan ke kota Mekah. Insyallah...

04 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Solat Suboh Akhir di Masjid Nabawi

Pada 10 Mac 2013 adalah merupakan hari terakhir kami berada di Kota Madinah, di mana selepas zohor kami semua akan bertolak ke Mekah. Saya berbincang dengan mak supaya solat subuh terakhir ini kami solat di laman masjid sahaja untuk mengalami suasana baru.

Rupanya di laman masjid ini juga ramai jemaah, manakala ruang di dalam masjid sentiasa penuh. Memandangkan kami bersolat di laman sahaja, jadi lambat sedikit kami bertolak dari hotel...

Suasana pagi yang hening dan dingin membuatkan saya rasa selesa.... tetapi perasaan sedih tetap ada kerana akan meninggalkan bumi bertuah ini tidak lama lagi.

Kun Faya Kun: Unta Menjadi Hakim

Gambar hiasan
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

03 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Solat di Halaman Masjid Nabawi

Biasanya saya dan mak selalu solat di dalam bangunan Masjid Nabawi. Memang sukar untuk memasuki masjid, oleh itu saya dan mak selalu datang awal ke masjid supaya boleh memilih port yang paling selesa dan mudah untuk menyimpan kasut dan beg.

Tapi sehari sebelum ke Mekah saya dan mak cuba solat di halaman masjid yang telah dipasang dengan payung. Rupanya memang seronok solat di kawasan ini kerana udara yang dingin dan luas mata memandang.

Saya menikmati kedinginan dan suasana di sini...... Kepada kawan-kawan yang sempat ke sini nanti cubalah solat di kawasan lapang masjid kerana pahalanya sama sahaja dengan solat di dalam masjid tetapi jangan sampai tidak solat di dalam masjid kerana kalau solat di dalam masjid rasanya macam kita dengan dengan Rasulallah saw... itu pandangan saya je...

Mak sedang melakukan solat sunat... sebelum azan asar dikumandangkan. Di sini saya cuba membayangkan masjid ini pada zaman Rasulallah saw, cuba membayangkan azan yang dilaungkan oleh Bilal bin Rabbah dan membayangkan bagaimana dengan penduduk Madinah yang berpusu-pusu ke masjid.

02 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Payung Masjid Nabawi

Beberapa foto yang menunjukkan payung-payung masjid ini sedang terkuncup.

Masa ini hampir masuk fardu Asar dan cuaca pada masa ini masih lagi dingin dan saya rasa musim sejuk di penghujung musim.

Payung ketika terbuka penuh. Kawasan luar masjid boleh dikatakan hampir 95% telah ditutupi dengan payung-payung ini. Dan ini membolehkan para jemaah bersolat sehingga ke ruang ini. Bayangkan setiap waktu solat setiap inci ruang di pebuhi dengan para jemaah.

Payung-payung sedang ditutup perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat.

Mak dan beberapa orang jemaah wanita sedang menuju ke masjid melalui Pintu Saidina Omar Ibn Khattab.

Satu payung yang telah hampir ditutup

Dan beberapa payung yang telah dtutup sepenuhnya.

Amar Gugur di Perang Uhud

Gambar hiasan
Kisah inilah di antara kisah yang disaksaikan oleh Jabal Uhud, ianya mengenai seorang pemuda yang akhirnya syahid di medan Perang Uhud sebaik sahaja beliau 'mengucapkan' syahadah. Ikutilah kisahnya.

Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap untuk ke medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin memeluk Islam dan menyertai baginda sama-sama berperang dengan Rasulullah S.A.W.

Amar berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah pun memeluk Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan dan jahiliah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia seorang pemuda yang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah sendiri mengetahui bagaimana anehnya sikap Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing, sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan memeluk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, ditambah dengan kerelaannya untuk maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui akan peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui tentang keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, namun tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar!" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalu mengikut saja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."

Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Ilahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya" Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadis Nabi S.A.W berkata kepada kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya,"Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."

Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

01 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Uhud

Inilah Bukit Uhud (Jabal Uhud) - bukit yang menjadi saksi kisah suka duka Rasulallah saw mengembangkan agama suci dan mulia ini. Semua orang mengetahui akan cerita perang Uhud yang merupakan peperangan yang penting - dan Islam telah mengalami kekalahan dalam peperangan ini.

Perasankah kawan-kawan 2 buah bukit yang terbelah, diriwayatkan Rasulallah saw pernah terjatuh dicelah bukit tersebut dan pihak musuh membawa khabar angin bahawa baginda Rasulallah saw telah wafat. Tujuan khabar angin adalah untuk menjatuhkan semangat orang muslim.

Ini adalah binaan makam syuhadah syahid Perang Uhud, termasuklah baga saudara baginda rasulallah saw iaitu Saidina Hamzah bin Mutalib. Manakala bukit di belakangnya adalah Bukit Pemanah. Kawan-kawan dah tahu ceritanya kan, maka tak perlulah saya menceritakannya lagi......

Batu nisan yang disusun panjang itulah dikatakan nisan Saidina Hamzah, bapa saudara baginda Rasulallah saw.

Kawasan makan para syuhadan yang gugur di medah Perang Uhud, sesungguhnya Jabal Uhud menjadi saksi kepada peristewa yang meruntun jiwa baginda Rasulallah kerana kehilangan ramai sahabat-sahabatnya.

Bahagian dalam Makam...

Jabal Uhud menjadikan aksi kepada sejarah mengembangan Islam dan Jabal Uhud jugalah merupakan bukit yang akan ada di dalam syurga nanti. Semoga saya akan menjadi jirannya nanti.

Saya mengabadikan keberapa kalinya foto di Jabal Uhud ini, semoga ianya juga menjadi saksi nanti untuk akan menjejakkan kaki di Jabal Uhud di dalam syurga... insyallah.

31 March 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Masjid Quba'

Menara Masjid Quba', semua orang tahu bahawa Masjid Quba' adalah masjid pertama yang didirikan oleh Rasulallah saw di Madinah. Dan diceritakan bahawa Rasulallah sendriri pun akan selalu mengunjungi masjid ini sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Selepas solat sunat Tahjatul Masjid, saya dan emak mengambil foto kenang-kenangan. Setiap kali kami ke sini, setiap kali itulah saya akan mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

Foto saya ini diambil oleh emak, nampaknya emak dah mula pandai mengambil gambar....

30 March 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Kesesakan Jalanraya Madinah

Lawatan saya kali ini memperlihatkan bahawa kota ini mulai sesak - buktinya lihat sahaja jalanraya ini kenderaan telah bersusun menunggu lampu hijau.....
Kami sedang dalam perjalanan untuk ke Masjid Quba, Jabal Uhud dan Kebun Kurma.

Tapi kenapa ada pintu kenderaan yang dibuka dan untuk apa????? Pemandangan yang tidak berlaku di negara kita.

29 March 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Masjid Nabawi

Masjid ini memang cantik dan kecantikannya hanya boleh dinikmati apabila kita berada di dalamnya. Hairannya berada di dalamnya membuatkan kita rasa sangat selesa dan tenang.

Bumbung ini selalu dibuka waktu tengahari, pergerakan bumbung adalah secara elektronik -  kalau tidak silap ianya pernah ditunjukkan dalam TV di negara kita. cuba lihat foto di bawah, bumbungnya telah dibuka...

Masa ini cuaca masih lagi sejuk dan apabila bumbung dibuka, angin yang nyaman menyelinap masuk ke dalam masjid.

Kadang kala terdapat beberapa ekor burung merpati atau burung dara yang terbang masuk ke dalam masjid melalui bumbung yang terbuka ini.

Walaupun musim sejuk, cahaya matahari yang masuk memang panas - saya pernah duduk di bawah bumbung yang terbuka lama dulu dan cahaya matahari membuat saya naik pitam.

Sejak itu saya cuba mengelak dari duduk di bawah bumbung ini.

Apa sekali pun, masjid ini sentiasa menjemput kita ke sana... itu yang buat kita rasa nak pergi lagi la.......

28 March 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - Hotel Mawardah Al Noor Madinah

Di Madinah kami menginap di Hotel Mawardah Al Noor, kedudukannya tidak jauh dari Masjid Nabawi lebih kurang 60 ke 100 meter sahaja. Kedudukannya belakang sikit Hotel Movenpick dan pintu masuk yang kami gunakan adalah Pintu Pagar No. 15.

Mak di tepi Hotel... pada masa ini rakan-rakan dari Urbekistan dan Turki yang ramai di hotel ini. Sedihnya kami berkomunikasi gunakan isyarat sahaja.

Saya di depan hotel

Emak di pintu masuk Hotel Mawardah, tempat makan kami - hotel ini berhadapan dengan Hotel Mawardah Al Noor. Satu syarikat yang sama.

Foto saya ini emak yang ambilkan... sedikit gegar.

Mak sedang menikmati juadahnya dengan tenag pada hari pertama, masuk hari kedua dan ketiga penghuni hotel dan ramai dan kami terpaksa berebut meja dan kerusi. Tetapi bagusnya kami dapat berkenalan dengan saudara seislam dari benua lain. Hari akhir kami saya dan mak makan bersama dengan beberapa orang Turki dan mereka menjamu kami dengan juadah mereka.