Showing posts with label Batu Karang. Show all posts
Showing posts with label Batu Karang. Show all posts

09 March 2015

FELINE LOWER URINARY TRACT DISEASE (FLUTD) SIRI 2

Sambung lagi ilmu mengenai penyakit FLUTD. Jom kita baca tulisan Misi Gojes dari Helo Vet Disini....

Bismillah…Assalamulaikum warga Pencinta Kucing sekalian. Bertemu kembali kita di nota seterusnya. Hari ini, misi nak huraikan sedikit topic berkenaan FLUTD siri 2. Kelas kann ade siri satu dan dua….hahah. Siri pertama tempoh hari, misi dah terangkan sedikit tentang Calculi aka Batu Karang kan! Hari ni…Cystitis pulekkkkk. Selamat mengulang kaji uols.. #fliparmpithair

Misiii… Feline Interstitial tu apa?

Haaaaa…sebenarnya Cyctitis ni merupakan pembengkakan pada pundi kending yang mengakibatkan gangguan pada system perkumuhan sekaligus mengakibatkan jangkitan. Beza antara FLUTD 1 = Calculi dan FLUTD 2 = Cystitis ni simple sahaja. Rujuk jadual dibawah ya.

FLUTD 1 : CALCULI/BT. KARANG

FLUTD 2 : CYSTITIS

Jantina % DIJANGKITI Batu Karang (FLUTD1) % DIJANGKITI Cystitis (FLUTD 2)

JANTAN 70% 30%

BETINA 30% 70%

Simple kan…kalau mengikut kajian, peratus serangan Batu Karangn cenderung kearah si jantan manakala cystitis pula lebih cenderung menyerang betina. Kenapa? Kerana salur kencing si jantan jauh lebih panjang dari betina. Hehehe..

Ayo Misi…bagi iols blur jew.. Ape symptom-simptom Feline Interstitial Cystitis ni?

Simptom-simptom penyakit ni adalah :

-    Percubaan untuk kencing yang sangat kerap
-    Meneran sewaktu Qada Hajat
-    Kencing di tempat-tempat yang tidak sepatutnya – bukan di litter box.
-    Membuat bunyi bising sewaktu kencing…sakit oooooooo
-    Kecing yang berserta darah

Haaaa…kalau Nampak tanda-tanda mcm ni kat kucing korang tu…bersedialah yerr..cepat2 bawak ke Klinik Veterinar tauu..

Aisehmannnn…takot la Misi…cer bagi tau ape punca terjadi Cystitis ni ek?

Haaaaa…nama pun jangkitan pada pundi kencing. Biasanya berpunca dari :
Stress. Akibat dari perangai yang suka tahan kencing.
Jangkitan bakteria dari salur salur kencing naik ke pundi kencing- kotak pasir yang kotor!!!
Jangkitan Virus (FeLV – Feline Leukemia Virus)
Hormon yang tidak stabil – berpunca dr masalah Diabetes atau Tiroid.

Amat penting untuk korang bawa kucing korang ke Klinik untuk pemeriksaan berkala. Bukan apa, kalau la kata mereka ada masalah kesihatan, Vet akan cadangkan kaedah rawatan awal supaya mampu membendung masalah lebih besar yang mungkin terjadi akan dating. Pemeriksaan fizikal di sesetengah klinik (termasuk la Klinik kami free jahhh)

Amboi…kelas kau misi…sempat promot. Dah..jangan merapu lagi…cer bagitau mcm mana nak diagnosi penyakit ni cepat…

Ahahaha…kesian korang kene baca repekan misi sebelum dapat info kan! Nasib la labuuuuuuuuuuuu … dah misi korang ni perangai macam Sailormoon..nak acaner kann..haha.

Well, diagnosis untuk FIC ni bergantung pada symptom yang ditunjukkan. Seperti yang dimaklumkan, FIC ni masalah yang hamper sama symptom dengan Batu Karang! Jadii.. Vet akan kenalpasti jangkitan berdasarkan History atau Sejarah kesihatan yang dimaklumkan oleh tuan mereka dan meraba bahagian pundi kencing si comel. Apabila symptom FIC dimaklumkan/dikenalpasti :
Vet akan cadangkan X-ray yang merupakan salah satu kaedah yang Klinik gunakan untuk kenalpasti jenis jangkitan yang berlaku didalam pundi kencing.
Ujian air kencing…biasanya digunakan untuk memeriksa kandungan protin..darah dan apa-apa sahaja yang abnormal didalam nya.
Kaedah terbaik untuk kenalpasti FIC adalah dengan kaedah Ultrasound.

I see…mcm tu ek misi…mcm mana pulak dengan rawatan nya?

Biasanya, kalau si comel memang dah disahkan oleh Vet menghidap Cystitis ni…mereka akan berikan rawatan yang sewajarnya. Bersesuaian dengan masalah yang dihadapi..

Vet Juga akan mencadangkan kaedah pemakanan yang bersesuaian bagi mengawal jangkitan di dalam pundi kencing dia.

Kaedah rawatan = Tidak dapat didedahkan kerana itu merupakan prosedur Klinikal.

Fine…prosedur la sangat ya Misi…ko takut kene report kan! Hahaha…dah..cepat ajar kaedah mencegah!!!

Hahahaha…sendiri mau faham la ya…well…kaedah pencegahan yang boleh diaplikasikan di rumah sangat lah mudah ya.
Pengurusan Kotak Tandas – Ko rasa??? hahaha
Kalau korang ade 4 juta ekor kucing dalam rumah…korang letak satu je kotak pasir tandas tu…cukup ke? Hahaha… Nisbahkan la jumlah si comel korang dengan kotak pasir yang patut ek. Sbg contoh…empat ekor kucing…korang sediakanlah 2 box untuk mereka poo dalam tu…sebab mesti ade antara mereka yg x suka berkongsi tandas…kang ditahan kencing terus jadi masalah pulekkkk..
SIZE DOES MATTER! HAHAHA..korang ingat korang je suka yang besar2? Kucing pun occay! Make sure saiz kotak pasir tu sesuai dengan saiz kucing korang… jangan la pulak kucing sebesar lori, kotak pasir sebesar mangkuk lengkong (agar-agar)!!!
Pastikan kotak pasir mereka tidak terlalu tinggi. Anak kucing kan kecik, kalau kotak besar acaner dia nak panjat kan…kand dia dok tahan kencing…dah masalah…
Pasir yang digunakan sebaiknya bebas habuk dan bau.. korang memang la suka pasir yang bau lavender lah…lemon lah…grilled steak bbq lah…ehh…lapar laa… tapi kucing x suka ya. Bau yang terlalu kuat mengakibatkan ketidak selesaan pada mereka.
Kerap cuci bekas pasir mereka ekk… Kekerapan yg terbaik sehari tiga kali…pagi, Tengah hari dan malam…bagi yang bekerja smpi x Nampak matahari tu…dua kali pun voleyyyy….
Letakkan Kotak pasir di lokasi yang mudah untuk mereka membuang dan pastikan tidak berdekatan dengan kawasan tempias hujan, atau berdekatan dengan objek yang mereka takut!

Haaaaa…mudah. Tu utk pengurusan kebersihan tandas. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyediakan bekas air dalam jumlah yang mencukupi. Dan sediakan mainan atau kawasan khas untuk mereka bermain bagi tujuan mengurangkan stress.

Haa..sedikit sebanyak tentang masalah Jangkitan dalam Pundi Kecing yang kedua. Rujuk dan fahamkan ekk..kalau tak faham…bleh jew call/inbox weols ekkkkk

Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN

DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR.

Disediakan Oleh :
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G & 29-1, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

FB Like : Hello Vet Disini

FB : Helo Vet Disini

Telefon : 0176598036

Posisi Kencing - Pundi Kencing yang membengkak!






Kerap Jilat Selumpam Kefimfim

23 February 2015

FELINE LOWER URINARY TRACT DISEASE (FLUTD) SIRI 1

Pakcik Kayo!
Saya nak berkongsikan dengan anda semua penyakit kucing yang diakibatkan oleh batu karang. Jangan fikir manusia je yang diserang dengan penyakit batu karang malahan haiwan juga termasuk haiwan kesayangan kita - kucing. Saya selalu jumpa dengan tuan punya kucing yang terkena batu karang dan melihatkan wajah kucing tersebut rasanya memang mereka dalam kesakitan. Artikel ini dari fb Helo Vet Disini. Artikel yang sangat berguna untuk pengetahuan kita. Jom baca:

Batu Karang
Bismillahirrahmanirrahi…Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…apa khabar anak-anak sekalian? Hari ini, misi nak sharekan sikit info berkenaan masalah yang biasa terjadi di kalangan kucing jantan…seperti tajuk yang misi highlightkan di atas iaitu FLUTD aka Batu Karang! Bukan terumbu karang yang cantik dan berwarna warni di pulau SIPADAN tu ya anak-anak…tappiiiiiiiiii…BATU KARANG yang sangkut dalam saluran pundi kencing kucing kita!!!. Seperti yang kita sedia maklum, makanan si comel amat penting dan pemilihannya perlu dititik beratkan. Kesilapan memberi makan pada si comel anda akan mengundang masalah ya. Bak Chef Wan kata la… “ kalau nak masak utk family…kena masak yang berkualiti dan pentingnya bernutrisi…” Gitteww!

Instriument yg digunakan sewaktu Surgery
Haaa…si comel kita merupakan sebahagian dari ahli keluarga kita…jangan pulak korang hidang Ikan Kembung Cili Api kat si comel ye…AWAS! Heheh. Sekarang ni banyak makanan yang berkualiti dan kaya nutrisi dijual kat luar sana. Tapi, harga masing tu membuatkan kita senyum tak cukup pipi ye. Mahal kan…well good food for good health!
Taukah korang, bahawa kesilapan membeli dan memberi makanan pada si comel akan mendedahkan mereka pada masalah-masalah antara MASALAH SALURAN KENCING. Dalam bahasa penjajahnya, ia dikenali sebagai Feline Lower Urinary Tract Disease [FLUTD].

Pekejadahnya CALCULI niii??

Haaa…ia adalah penyakit dimana ketulan-ketulan Kristal atau batu (STRUVITE) terbentuk di dalam pundi kencing si comel anda sekaligus menyebabkan iritasi, kesakitan dan kemungkinan berlakunya salur kencing tersumbat. [sakit ooo] ~ Bayangkan kalo saluran kencing korang yang tersumbat kan! Bengkak ala-ala ikan buntal! Hikss…

APA SIMPTOM-SIMPTOM FLUTD- CALCULI NI? Sila rujuk di bawah yer…

*   Kepayahan membuang air kecil
*   Kerap buang air kecil
*   Air kencing bercampur darah
*   Kurang selera makan
*   Kurang tenaga dalam kebanyakan aktiviti normal.
*   Dehidrasi dan muntah-muntah [tahap kronik]

Biasanya kucing yang berusia setahun ke atas terdedah pada penyakit ni tak kira jantina ya. Walaubagaimanapun, si jantan berisiko lebih tinggi berbanding si betina dek kerana system kumuhan yang berbezaaa..

SO, APA PUNCA NYA?

1.   Makanan yang mengandungi sumber magnesium, fosforus, protein dan kalsium yang tinggi.

2.   Kurangnya minum air.

GITTEW…ACANER PULAK DARI SEGI RAWATAN?

Kalau le kata kucing korang terkena penyakit ni…rawatan yang dikenakan agak kompleks. Sila rujuk gambarajah nanti ya. Biasanya, Si comel akan dibius dan diberikan air untuk merawat kesan dehidrasi. Pundi kencing si comel akan diflush dan dicuci menggunakan “catheter”. Catheter digunakan untuk memecahkan Kristal-kristal yang membentuk halangan dalam salur pundi kecing si comel anda. Rawatan adalah amat berisiko dan MAHAL. Ingat tu anak-anak~~MAHAL. Dan, setelah kucing anda selamat melalui proses ini, tidak semestinya dia akan bebas atau pulih sepenuhnya. Kemungkinan berlaku semula (berulang) itu ada. Kene ikut etika penjagaan di rumah yang vet ajarkan sewaktu discaj! Senang kata…prosedur “surgery” utk rawatan batu karang ni agak kompleks dan berisiko…

PENCEGAHAN

Jadi, kalau korang tak mahu berhabis duit utk rawatan BATU KARANG versi kucing ni, janganlah terlalu berkira sangat dalam perihal membeli makanan si comel ya. Tak semestinya makanan mahal kucing kita tak ada risiko FLUTD ya.. Andai kita beri kibbles atau dry food pada si comel selang selikanlah dengan wetfood sekurang-kurangnya seminggu dua-tiga kali.

Pendek kata semuanya bergantung pada kaedah kita menjaga si comel kita. Betul tak?

Sedikit Tips pembelian makanan. Memang la jenama Science Plan dan Royal Canin agak mahal di pasaran…trick mereka mudah sahaja…makin besar pek makanan yang dijual…makin murah harganya…xde la murah sangat tapi pada misi berbaloi la harga dengan jumlah pengambilan sehari dan bekalan nutrisi yang dibekalkan.

Semoga nota ini bermanfaat buat semua… Insyaallah. daaaaaaaaaaa

Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR. 

Posisi yg boleh digunakan utk kenalpasti jangkitan FLUTD

Sumber: fb Helo Vet Disini

23 September 2012

DUKUNG ANAK - LEBIH DARIPADA RUMPAI HUTAN HUJAN

oleh: Benjamin Drewe

Satu lagi herba tempatan yang sedang menjana minat di kalangan golongan saintifik ialah Dukung Anak (Phyllanthus Niruri atau P. amarus). Ditemui di serata hutan hujan basah Asia dan Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan salah satu daripada penawar herba paling berguna dan serba mujarab untuk melegakan sakit, membantu tubuh melawan demam sejuk dan selsema, menghapuskan batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu) serta mempercepat penyembuhan daripada hepatitis dan jaundis (sakit kuning). Maka, herba ini kini digunakan untuk menangani beberapa masalah yang sukar dirawati dengan kaedah perubatan moden. Dukung Anak boleh tumbuh hingga mencapai 40 sm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. Rakyat Malaysia akan mengenalinya sebagai rumpai yang sering mereka dapati muncul dicelah-celah pokok berpasu sebagai tamu tak diundang di sekitar halaman rumah mereka.

Perlindungan Hati

Herba in lazimnya digunakan untuk merawat jaundis (sakit kuning) dan hepatitis. Di China dan India, kajian untuk menilai kesan pelindungnya terhadap hati dibuat dengan mengenakan haiwan makmal kepada toksin hati (bahan yang meracuni hati) seperti alkohol dan parasetamol. Dalam setiap kes, kesan pelindung telah terbukti. Keputusan ini menyerupai kesan pelindung hati yang terhasil oleh sejenis herba tempatan lain, iaitu Hempedu Bumi (Andrographis paniculata).

Anti-Hepatitis B

Pada lewat 1980-an, kalangan penyelidik dan pengamal perubatan herba telah amat terangsang berikutan ujian yang berjaya terhadap herba ini dalam menentang virus Hepatitis B, virus yang menyebabkan sejenis jangkitan beransur-ansur yang dikaitkan dengan barah hati dan dianggarkan dihidapi oleh sekitar 300 hingga 500 juta orang di seluruh dunia. Manakala sains masih sedang mencari-cari suatu rawatan yang mampu melumpuhkan virus ini dan mencegahnya daripada merebak, beberapa kajian terhadap Dukung Anak telah menunjukkan kesan antivirus yang memberangsangkan dalam menentang Hepatitis B. Namun begitu, ujian selanjutnya di tempat lain menghasilkan keputusan yang bertentangan tanpa sebarang perubahan dilihat. Perbezaan-perbezaan ini mungkin di sebabkan oleh kelainan aras kandungan bahan aktif dalam contoh-contoh yang digunakan. Dalam semua ujian ini, para penyelidik tidak mendapati sebarang kesan sampingan atau tindak balas negatif dan merumuskan bahawa herba ini selamat dan tak toksik. Sekiranya digunakan secara bergandingan dengan herba lain, Dukung Anak sekurang-kurangnya menawarkan satu rawatan alternatif yang berpotensi untuk merawat Hepatitis B.

Batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu)

Di Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan penawar yang digunakan dengan paling meluas untuk merawat masalah batu karang, baik batu buah pinggang mahupun batu hempedu, sehingga ia digelar oleh masyarakat tempatan sebagai “Penghancur Batu”. Dalam satu kajian klinikal pada tahun 1999 (Campos, A. H. dan rakan-rakan), pati Phyllanthus Niruri telah menunjukkan kesan perencat tak berkait kepekatan yang ampuh dan berkesan terhadap pembentukan hablur kalsium oksalat (ketulan bahan bina yang menghasilkan kebanyakan batu buah pinggang). Ini boleh menjelaskan penggunaannya dalam kaedah perubatan tradisional untuk mencegah pembentukan batu buah pinggang. Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.

Antivirus

Penyelidikan terbaru terhadap Phyllanthus Niruri menunjukkan bahawa aktiviti antivirusnya merangkumi ‘virus kurang imun manusia’ (human immunodeficiency virus) atau HIV, iaitu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Sekumpulan penyelidik Jepun menemukan sifat-sifat perencat virus HIV-1 pada tahun 1992
dengan satu pati ringkas daripada pokok ini. Pusat Penyelidikan Farmaseutik Bristol-Myers Squibb telah mengasingkan sekurang-kurangnya satu daripada juzuk (kandungan) pada pokok ini yang menyumbangkan kepada aktiviti ini – iaitu sebatian unik yang mereka namakan “niruriside”.

Manakala dianggarkan bahawa waktu yang lama lagi masih perlu dilalui sebelum herba ini diambil masuk ke dalam senarai dadah farmaseutik piawai, ia kini digunakan oleh para pengamal perubatan herba dan kesihatan alamiah di serata dunia dalam pelbagai rumusan untuk masalah-masalah tersebut di atas. Bagaimanapun, dalam bidang perubatan pencegahanlah barangkali herba seperti Phyllanthus Niruri digunakan secara paling meluas. Keperluan ini kini menjadi sekian menyerlah dalam menghadapi ancaman semakin membesar daripada pelbagai penyakit virus yang kita tidak mempunyai sebarang rawatan ortodoks untuk menentangnya. Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.

ETNOBOTANI: KEGUNAAN PHYLLANTHUS NIRURI/P. AMARUS DI SELURUH DUNIA

Malaysia - Penyakit kulit, cirit birit, gatal, keguguran, masalah buah pinggang, gonorea, sifilis, kehuyungan, batuk, selepas keguguran.

Jawa - batuk, gonorea, sakit perut

China - Hepatitis, jaundis (sakit kuning), konjunktivitis, cirit birit, jangkitan saluran kencing, penahanan air

India - Anemia, astma, bronkitis, batuk, disentri, gonorea, hepatitis, jaundis (sakit kuning), kehausan, tuberkulosis (batuk kering), ketumbuhan, diabetes (kencing manis), di sapu di kulit untuk kudis

Amazonia - Batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang)

Kepulauan Bahama - Sakit perut, demam sejuk, sembelit, demam panas, selsema, demam kepialu, sebagai julap

Brazil - Sakit sendi, antikejang, pepundi kencing, sistitis, diabetes(kencing manis), demam panas, pepundi hempedu, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang), hepatitis, penahanan air, hati, prostat

Haiti - Sakit perut, kembung, demam panas, malaria, masalah usus

Peru - Hepatitis, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang)

Kepulauan Mariana - Disentri, gatal, jangkitan faraj

Tempat-tempat lain - Jangkitan saluran kencing, diabetes (kencing manis), cirit birit, penahanan air, disentri, dispepsia, demam panas, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang), gonorea, malaria


Benjamin Drewe ialah seorang Pengamal Perubatan Herba.
Untuk maklumat selanjutnya, sila berhubung dengannya di 03-7847 1662, atau lawatilah www.rainforestherbs.com

28 May 2012

LELAKI DAN BATU KARANG

Tambahlah pengetahuan dengan maklumat ini, tolong jangan padang sambl lewa kerana apabila dah terkena nanti sukar pula nak berubat. Jadi cegahlah sebelum parah.


Antara punca lelaki senang terkena penyakit batu karang adalah kerana gaya hidup yang dilalui selama bertahun-tahun tanpa mereka sedari mengganggu sistem buah pinggang.
Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya.
Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan berlaku penghidratan mereka kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat