Showing posts with label Pero 5. Show all posts
Showing posts with label Pero 5. Show all posts

04 September 2012

Kenangan: Birthday Party di Pero 5

Gambar kenang-kenangan semasa kami di Pero 5 meraikan harijadi rakan-rakan.

Din, saya, Azah dan Zuraidah.

Zuraidah, Haniza, saya dan Zurinah

Saya sedang menikmati kek harijadi.

Inilah dia kek harijadi dah tak ingatlah, kami meraikan birthday siapa?

01 April 2012

Pejabatku - Unit Pero 5, MinDef


Saya di pejabat saya di Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan (posting ke 7), Tingkat 4 Wisma Pertahanan. Saya masuk semula ke pejabat ini (Pero) pada 1 Mac 2004 di Pero 2 dan pada hujung 2007 saya ditukarkan secara dalaman ke Pero 5. Pada  Ogos 2010 saya bertukar keluar ke HAT TM menjawat jawatan Pegawai Tadbir Awam.

28 December 2010

Terkenang Semasa Dulu...... Birthday !!!!!!!

Walaupun aku dah dapat ramai kawan baru kat opis baru ni, tetapi aku tetap juga terkenang akan sahabat-sahabat lama aku kat Pero 2 dan Pero 5. Terutamanya waktu pagi - breakfast dan apabila kami ada jamuan makan tak kiralah acara apa sekali pun.
Ini adalah kek harijadi Din, kami menyambut harijadi Din yang ke 23 tahun, majlisnya ringkas sahaja, cadangnya nak buat suprise kat Din. Kek ini disediakan oleh Nieza, semoga Nieza akan dimurah rezki hendaknya oleh Allah swt. Amin.


Macam biasalah, apabila lepas acara makan-makan, tempat ini akan menjadi sasaran kamera, boleh dikatakan setiap kali nak bergambar, kami memilih tempat ini dulu mungkin disebabkan oleh kawasan ini nampak cantik dan ceria. Ini adalah pintu masuk ke opis kami.

Tengok siapa yang ada ...... tu.... ialah En Ruhairi (KPSU Pero-5) bos kami, Din (birthday boy), Hjh Rohani yang membelakangkan kamera dan beberapa orang lagi ahli keluarga kami. Masa ini kami sedang menikmati juadah di pantri.

Yang ini adalah majlis menyambut harijadi beberapa orang pegawai dan staf Pero-5. Maklumlah kami sibuk, jadi untuk menyambut harijadi setiap orang mungkin mustahil jadi yang paling mudah, dengan menggabungkan harijadi ramai-ramai dalam 1 atau 2 bulan dan raikan.

Aku bersama bekas staf-staf aku iaitu Din, Azah dan Zuraidah (Zu). Kini semuanya tinggal kenangan saja, kami semuanya dah tak ada di Pero-5 lagi, Din telah ditukarkan ke TLDM Lumut atas permintaannya, Azah pula ke Bahagian Industri Pertahanan (IP) di Bangunan ZETRO dan Zu di CT&P Bangunan Selborn.

Tinggal kenangan...... - manjanya Azah..... belakang Azah adalah Wan, sebelah Wan,ialah Chief Sabariah, Nieza, Zurina (Erin) dan yang duduk depan Erin tu aku. Kami di pantri mengadap kek birthday yang di order oleh Nieza. Terima kasih ya kalian, harap sangat dapat jumpa lagi. Tapi tak taulah bila...