Showing posts with label Anak Saudara. Show all posts
Showing posts with label Anak Saudara. Show all posts

21 December 2015

Belangsungkawa Anak Saudaraku Prayoga bin Shahrin

Innalillawainnalillahirojiun. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Pagi yang hening pada tanggal 19 Disember 2015 yang lalu, kami sekeluarga menerima berita yang sangat mengejutkan.

Prayoga salah seorang anak saudara saya telah dijemput ALlah swt untuk menemui dia. Oga terlibat dalam kemalangan jalanraya dikawasan Sungei Besi Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi. Masa itu Oga dan seorang lagi sahabatnya dalam perjalanan menunggang motosikal untuk kembali ke kampong/ rumah orang tuanya di Tamn Seri Kemendor, Jasin Melaka.

Allahhuakbar, Allah swt pinjamkan Oya kepada Shahrin dan Rohana khasnya dan kepada kami amnya selama 21 tahun 10 hari sahaja. Oga sempat menyambut dan meraikan ulang tahun kelahirannya bersama dengan orang tuanya pada 9 Disember 2015 di kampung halamannya di Jasin.

Semasa mencium dahinya yang sejuk dan kaku saya masih terpandang-pandang seorang kanak-kanak kecil lelaki yang merangkak dan bertatih kira-kira 20 tahun yang lalu. Semasa Oya dan adik-adiknya membesar dan dewasa saya jarang bersua muka, tetapi mengharapkan dan mendoakan setiap hari agar semua saudara mara saya dirahmati Allah.

Sedih bukan kepalang melihat jenazahnya yang terbaring dengan sangat tenang. Oga semasa hidupnya memang dikenali sebagai anak yang sangat baik, seorang sahabat yang dikasihi, makanya tidak hairannya ramai sangat sahabat-sahabatnya yang menangisi dan menghantar Oga di keperjalanan terakhir dia. Namun Allah swt lebih mengasihinya dan kami redha dengan pemergiannya.

Ya Allah Ya Rabb, ampunkanlah dosa Oga dan tempatkanlah dia di sisimu, semoga pertemukan dia dengan datuk-datuknya, ibu saudaranya Rohaya dan bapa saudaranya yang juga telah mendahului kami. Ameen.

26 August 2013

Bersama Anak Dara Kami

Saya dan Ain bergambar bersama dengan anak-anak saudara kami. Dah besar mereka semua, rasanya macam baru semalam saja mereka dilahirkan. 4 anak dara keluarga ini adalah Adila dan Afifa anak kepada Azman dan Aziah. Adlina dan Adriana pula adalah anak kepada Azmee dan Roza.

Keluarga saya ramai anak lelaki jadi nanti kami bakal menerima menantu perempuan yang ramai. Entah bila agaknya kerana kesemua mereka masih lagi belajar.

20 August 2013

Generasi Kami Di Pagi Raya

Inilah generasi keturunan kami, anak saudara saya tidak ramai hanya 11 orang sahaja. 7 adalah lelaki dan 4 adalah perempuan. Anak bujang generasi kami dari kanan Amirul, Amir Azman, Ammar, Adi Nur Rasyid (Abang), Amir Ain dan yang paling kecil di hadapan tu adalah Amir Azmee. Yang tiada di dalam gambar adalah Mohammad Firdaus (Adik).

Manakala yang ini adalah anak dara kami dari kanan adalah Adlina, Adila (Kak Long), Adriana (Wawa) dan Afifa (Kak Ngah). Dah besar mereka dan kalau panjang umur boleh melihat mereka berkeluarga nanti.

Salam dan Mohon Ampun Maaf

Abang (Adi Nur Rasyid) sedang bersalaman dengan Emak, iaitu We' (panggilan untuk nenek dalam keluarga saya) mereka.

Giliran Amir Azman pula bersalaman dan mohon maaf dari We' dia.

Ini adalah Adlina.

Kak Long (Adila) dan Kak Ngah (Afifa) bersalaman dan memohon maaf dari saya dan Pak Ngah mereka (adik saya Adnan)

Wawa (Adriana) bersalaman dengan saya. Budak ini memang sangat manja. Saya ingat lagi semasa keluarga adik saya Azmee tinggal bersama saya. Wawa sangat suka duduk atas pangku saya dan 'slide' turun.

Amirul bersalaman dengan Mak Usu dia (Ain)

Amir Ain, adalah anak bungsu Ain sedang bersalaman dan mohon maaf dari Mamanya.

Wawa sedang berhadapan dengan Pak Ngahnya (adik saya Adnan). Adnan suka betul mengusik budak ini dan dia memanggil Wawa 'patung cendana' tak tahulah kenapa...

Acara salam dan memohon ampun anak kepada ibubapanya. Amirul sedang bersalaman dengan Ibunya Roza, Adlina sedang ebrsalaman dengan ayahnya Azmee, Amir Ain sedang bersalaman dengan Pak Langnya (adik saya Azman), Amir Azmee sedang bersalaman dengan Mak Langnya dan Wawa sedang bersalaman dengan Mak Ngahnya. Alhamdulillah tamat acara ini dengan sempurna dan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

20 August 2012

Kad Raya Anak Saudara - Adriana Ridwah

Ringkas sangat ucapan daripada Ridwah - hanya

"Wa tak tinggal puasa pun tahunini, Mak Long macam mana? Dah beli baju raya ke?"
Love
Adriana Gaara

18 August 2012

Kad Raya Anak Saudara - Kak Long


Ini satu lagi kad raya yang kena hujan dari anak saudara saya Adila atau Kak Long. Kak Long tulis ucapan seperti berikut:
"Kak Long ucapkan elamat Hari Raya Aidilfitri, Kak Long minta maaf zahir dan batin dengan Mak Long. Duit raya banyak-banyak tau... ha.. ha... ha..."

17 August 2012

Kiriman Kad Raya Dari Anak Saudara

Foto kenangan sebahagian anak-anak saudaraku bersama dengan
Datuk dan Nenek mereka yang kini telah tiada lagi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah
Tahun ini saya hanya menerima 6 keping kad raya kiriman dari anak-anak saudara saya. Sepatutnya saya menerima sebelas kad raya, tetapi hanya 6 orang sahaja yang ingat pada Mak Long mereka... apa nak kata, mereka pun dah besar-besar dan di ambang remaja jadi mudahlah terlupa nak hantar kad raya... biasalah orang dah remaja.

Tahun ini saya hanya menerima kad raya dari Ammar, Adlina, Amir Zman, Amir Ain, Amir Zmee dan Wawa.

Kad Raya Anak Saudara - Kak Ngah

Sayangnya kad ini terkena hujan, tetapi masih boleh diselamatkan walaupun tulisannya ada yang dah kembang. Apa yang ditulis oleh Kak Ngah:

"Assalamualaikum, Kak Ngah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN dan SELAMAT MENYAMBUT HARI  RAYA AIDILFITRI, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Kak Ngah ingin memohon maaf di sempena bulan baik ini"

Kak Ngah.

Terima kasih atas kad kiriman Kak Ngah, sayangnya kad ini terkena air hujan sebab post box Mak Long kecil dan bila hujan dengan angin yang kuat, air hujan akan masuk ke dalam post box. Tetapi nasib baik tulisannya dapat dibaca dan itu yang penting.

16 August 2012

Kad Raya Anak Saudara - Amir Azman 2009


Yang ini adalah kad raya yang dihantar oleh Amir Azman pada raya Aidil Fitri tahun 2009. Di bawah adalah ucapan yang ditulis oleh Amir:

"Salam Mak Long, semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Amir nak ucapkan Selamat Hari Raya idil Fitri Maaf Zahir Batin. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki."


13 July 2012

Abang dan Adik

Abang semasa kecil memang tidak berenggang dengan permainannya... walaupun yang paling dia suka adalah menonton TV.. Sekarang ni mereka semua dah besar dan dalam alam remaja dan hubungan antara kami semuanya seperti renggang. Melihat foto mereka semasa kecil, saya tak sangka, mereka begitu comel dan lincah....

Perasan tak askar yang sedang salute tu adalah adik atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus (nama yang ayah saya berikan kepada dia). Adik semasa kecil dulu sangat sukakan permainan yang mempunyai roda dan tayar... malangnya semua tayar dan roda kenderaan permainan itu dalam sekelip mata sahaja hilang dari kenderaan mainannya... ingatkan apabila besar minatnya akan membawanya kepada kerjaya yang berkaitan... tetapi masih tak nampak bakat pun.

04 November 2011

Kad Raya Yang Kreatif

Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang kreativiti anak saudara saya. Boleh dikatakan pada setiap hari raya mereka akan menghantar kad-kad raya kepada saya.

Yang terujanya adalah apabila mereka mereka bentuk sendiri kad ucapan hari raya tersebut siap dengan ucapannya sekali.

Beberapa kad yang dipaparkan untuk tatapan bersama



18 April 2011

Adriana Ridwah Azmee

Adrianna Ridwah, anak saudara perempuan saya yang paling kecil selepas Kak Long (Adila) dan Kak Ngah (Afifa)





Ridwah dengan pet kesayangannya Max.

Sedang nyenyak tidur

01 March 2011

Kini Mereka Dah Besar


Kak Ngah (Siti Nur Afifa) banyak berubah, kalau dulu masa kecil montel dan kini bila menjelang remaja makin kurus.


Ammar tetap macam masa kecil-kecil, tak besar cuma makin tinggi.


Abang (Adi Nur Rashid) masa kecil dia seorang kanak-kanak yang comel, dah besar ......

Apa pun aku doakan mereka semua akan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negaranya.

25 February 2011

Mereka Lanyak Katil Mak Long


Ini adalah gaya anak-anak saudara aku, semasa mereka masih kecil lagi katil dan bilik aku menjadi tempat mereka bermain. Mereka akan bermain dari celik mata hingga mata nak pejam. Dengan pakaian tidur mereka mulakan operasi.

Mula-mula mereka nak bermain-main sahaja, masing-masing dengan permaianan atau buku yang mereka minat.








Tapi ada juga yang membaca, terutamanya abang yang dari kecil memang suka pada bahan bacaan.

Ini baru 4 orang dan masih ada 3 lagi anak saudara lelaki saya yang tidak ada dalam foto ini. Kelihatan Abang (Adi), Ammar, Amir dan Amirul.

Masih dalam susunan yang baik.






Akhirnya mereka semua tidur keletihan. Mereka yang terlibat Abang, Ammar, Amirul dan Amir Ain.

31 December 2010

Kereta Lumba Anak Saudara

Semasa aku melihat album lama keluargaku, aku tertarik dengan beberapa foto di bawah, mengesahkan anak-anak saudara ku dengan kereta masing-masing. Saja nak share dengan semua sahabatku.

Antara permainan kegemaran anak-anak saudara lelaki aku adalah bermain kenderaan. Asal ada sahaja roda, ok lah bagi mereka. Tetapi ada di antara mereka yang akan mencabutkan roda-roda kenderaan walaupun baru seminit kenderaan tersebut dibeli. Kami menunggu kalau ada di antara mereka akan menjadi jurutera kenderaan bila dewasa nanti. Walaupun kini masing-masing dah besar (tapi masih belum cukup dewasa) tetapi belum nampak bakat ke arah itu lagi. Foto atas dari kanan Amir, Firdaus dan Ammar.

Deretan kereta lumba berkawalan milik mereka, siap sedia untuk menguasai track F1 di rumah kami di Melaka.



Ini adalah abang (Adi Nur Rashid) semasa kecil dia dah belajar untuk memandu, tapi yang dipandunya adalah lori.... Semasa kecil abang kurang suka dengan permainan dalam bentuk kenderaan... permainan yang digemarinya adalah Lego, banyak juga kami belikan dia set lego, dan apabila dia mula mengadap dan mereka, dia akan leka hingga sukar untuk kami memberhentikannya walaupun untuk panggil makam.



Yang ini pulak adalah adik (Firdaus) membelek jentera.... sayang sekali selalunya semua mainan kederaan yang tiba ke tangannya tak tahan lama kerana selalu kemalangan dan tercabut roda. Sekejap sahaja kenderaan akan hilang roda dan diganti dengan roda lain.