Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

18 April 2013

Catatan Perjalanan: Umrah 2013 - D'Saji Mekah Al Mukkaramah

Emak sedang menjamu selera di Restorant D'Saji Mekah. Emak memang suka bersarapan pagi dengan roti canai dan selepas seminggu emak dapat melepaskan rindunya kepada roti canai di Mekah. Rasanya memang sedap dan harganya sedikit mahal.

Tengok tu licin roti canai dengan kuah dalnya.... 2 keping setiap orang....

Inilah rupanya Restorant D'Saji yang terletak di tingkat 1, sorrylah nama bangunan tu dah lupa tetapi bangunannya tidak jauh dari Masjidil Haram, bangunan betul-betul selepas pintu keluar kalau ikut pintu King Abdul Aziz kalau dulu Pintu yang berhadapan dengan jam besar.

Malaysian Cuisine... sedap kalau lambat sikit, barisan beratur dah panjang

Selain dari itu saya juga ke restorant ini bersama dengan kawan lama Puan Mazinah binti Abdullah bersama dengan adik iparnya.

Selamat menjamu selera....



26 March 2012

Gambar Kenangan : Kursus Pra-Uni Anak Peneroka

Kursus ini di adakan di Felda Trolak, Selatan Perak. Masa itu perjalanan ke Trolak dari Melaka memang menyeronokkan, kami dikumpulkan yang mengandungi semua anak peneroka dalam Negeri Melaka yang bertuah untuk menghadiri kursus ini. Saya bersama adik saya Adnan dan sahabat baik saya iaitu Mukminah dan Zaiton dari Felda Air Kangkong.

Kalau ada kawan-kawan dalam foto ini yang terbaca blog saya, saya mohon hubungilah saya untuk bertanyakan khabar.