Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

22 December 2014

Risk Group JPWPKL - Berpisah Bukan Selamanya

Kali ini biarlah gambar ini memberikan kata-katanya... itu pun jika anda boleh memahaminya.

Kumpulan kami The Risk Group

Segak dan ayu... anda ada????

21 December 2014

Berkenalan dengan Si Oren 2 Beradik

Saya berkenalan budak 2 beradik ni semasa saya menghadiri retreat Jabatan di Ipoh Perak. Setiap kali bersarapan pagi, budak 2 beradik ini akan berada dekat dengan meja kami. Kawasan ini adalah di koridor Coffee House Hotel dan ianya merupakan kawasan yang terbuka.

Si abang sedang berbaring dan melelapkan mata mungkin nak minta simpati, manakala si adik (kucing betina) masih dalam keadaan takut-takut. Saya amat terharu apabila melihat mereka berdua, mana saja abangnya bergerak, si adik akan ikut. Dapat saya bayang bagaimana mereka membesar dan si adik menjadi beg kepada si abang. Baiknya abang ni...

Setiap pagi saya akan sediakan makanan hotel untuk mereka sehingga mereka kenyang. Melihatkan kepada keadaan kucing ini saya rasa mereka ini bertuan kerana kucing ini bersih dan tidak terlalu liar hanya takut kepada orang asing.

Namun tak sampai setengah jam si abang dah jadi kawan saya. Dia dah menyambut salam perkenalan saya dan bergolek-golek di kaki saya sampail menghulurkan tangannya. Sementara itu si adik hanya memerhatikan dari jauh. Saya berdoa kepada Allah supaya kucing-kucing ini tidak dianiaya oleh manusia dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

18 December 2014

Persembahan Risk Group - Pengurusan Risiko JPWPKL

Presenter kumpulan kami adalah En Yusuf, memang tepat pilihan kami kerana En Yusuf seorang presenter yang bagus dan pandai menerangkan fakta tanpa merujuk kepada bahan.

Subjek ini seakan menjadi subjek pakar beliau, sedangkan bagi kumpulan kami ini adalah subjek baru, walaupun telah lama ada di dalam kriteria SSR.

Persembahan kumpulan kami antara yang terpnajang. Syabas kepada En Yusuf khasnya dan amnya kepada semua ahli kumpulan.

15 December 2014

Risk Group - Diskusi

Semasa Retreat Jabatan yang diadakan baru-baru ini di Ipoh Perak, Ketua Sektor (KS) dan Ketua Unit (KU) diasingkan dengan fungsi masing-masing. Semua KU dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) telah ditugaskan dalam kumpulan.

Ini adalah kumpulan saya yang dianggotai oleh Puan Jayagowri, Puan Rosmawati, En Yusuf, En Ismail, En Zulfadly dan saya. Selama 2 hari kami berkampung di sini dengan tugasan kami Pengurusan Risiko.

Di akhir bengkel semua kumpulan dikehendaki untuk membuat persembahan hasil perbincangan masing-masing.

12 December 2014

Dari Jendela (Hadapan) : Impiana Hotel Ipoh

Yang ini adalah foto-foto yang saya ambil dari hadapan koridor bilik hotel di tingkat 5. Cuba perhatikan keunikan awan yang menyembungikan sedikit banjaran di hujung tu. Gumpulan awan yang sangat unit berbentuk lingkaran bulu kambing biri, memutih dan lembut.

Awan ini nampak tebal dan berkumpul memanjang tetapi tidak tinggi, menyebabkan badan gunung tidak kelihatan. Seakan-akan terciptanya satu halangan untuk melihat keseluruahn gunung. Besarnay ciptaan Allah swt ini.

Yang sebenatnya saya baru ini melihat kejadian awan yang tebal dan memanjang ini, sebelum ini saya banyak melihat bentuk awan seperti ini melalui foto-foto yang ada di dalam internet dan yang berlaku di luar negara.

10 December 2014

Dari Jendela (Belakang) - Impiana Hotel Ipoh Perak

Permandangan ini adalah daripada jendela Impiana Hotel, Ipoh, Perak. Saya menghadiri 1 lagi bengkel Jabatan seminggu selepas menghadiri bengkel sektor yang juga dilaksanakan di Ipoh Perak. Kalau semasa di Hiretage Hotel saya ditempatkan di tingkat 10, kali ini saya telah ditempatkan di tingkat 5 sahaja.

Cantik sungguh bumi yang dicipta oleh Allah swt, maha suci pencipta ini yang menjadikan bumi negara tanah airku ini dengan cantik dan indah. Apa tidaknya nun dikejauhan kelihatan banjaran yang menjadi pasak kepada bumi ini, yang menjadi tulang belakang yang memastikan kukuhnya tanah ini.

Dapatkah anda lihat di kaki bukit/ gunung terdapatnya pada kuda yang berbalam-balam.

06 December 2014

Tidak Sihat Di Ipoh

Selepas berjumpa doktor di salah sebuah klinik di Ipoh, nasib baik pihak Heritage Hotel baik hati nak hantar saya dan Puan Vino ke klinik, jika tidak mungkin sepanjang malam saya tidak dapat tidur. Kalau anda semua nak tahu, semasa saya menghadiri bengkel saya seperti tersilap makan. Perkara ni berlaku semasa saya dan rakan-rakan dalam bas untuk ke Sayong, saya dah berpenuh dingin dan rasa nak muntah tidak tertahan.

Nasib baik juga Cif Zali dan Maslinah mendesak saya ke klinik. Alhamdulillah ubat yang klinik ni bagi sesuai dengan saya dan kekerapan ke tandas dapat dikurangkan jika tidak terpaksa saya tidur dalam tandas je. menjadi pengajaran kepada saya supaya meemrhatikan apa yang patut saya ambil maklumlah engin dalam badan dah tua dan takut tidak berupaya berkerja keras. 

05 December 2014

Suatu Subuh di Ipoh

Awal subuh lebih tepak selepas saya selesai tunaikan solat subuh. Pagi ni awan dilangit macam jernih dan dikejauhan berbalam-balam saya dapat lihat deretan banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara kita ini. Rumah-rumah bertingkat dan salah sebuah istana masih belum terjaga lagi, tetapi bangunan tinggi di hujung tu dah kelihatan lampu menerangi bangunan masing-masing.

Solat subuh adalah diwajibkan kepada semua muslim, jadi kerana solat subuh jugalah semua muslim terpaksa bangun untuk menunaikannya. Kelebihan berada di tingkat lebih tinggi dalam membuatkan kita lebih mensyukuri akan nikmat yang Allah swt berikan. Nikmat mata yang dapat melihat kejadiannya sejak awal pagi, nikmat telingan mendengan deruan angin sepoi bahasa dan nikmat merasai perasaan yang nyaman dan tenteram. Teringat akan 'anak-anak' (kucing-kucing) sayang yang suka mengejutkan saya setelah azan subuh berkumandang di taman saya.

22 November 2014

Dari Jendela Heritage Hotel Ipoh Perak

Menjadi kebiasaan saya untuk merakamkan permandangan dan aktiviti dari jendela. Jendela yang terpilih adalah pelbagai rupa dan bentuk. kali ini saya nak kongsikan permandangan dari jendela Heritage Hotel, Ipoh Perak.

Paling mengujakan saya adalah latarbelakang bandar ini yang dibayangi oleh Banjaran Titiwangsa, banjaran yang menjadi bumbung kepada negara ini dan nadi kehidupan warganya. Berbalam-balam tetapi teguh berdiri menjungi langit biru tanah airku.

Ipoh sebuah bandaraya yang terzuzun dan mula mengorak langkah sebagai negara menara mencecah awam. Walaupun mungkin belum ada bangunan yang mencecah awam, tetapi ianya sudah pasti dalam perancangan dan pembangunan. Kalau tidak percaya jom kita ronda bandaraya Ipoh dan nilaikan sendiri.

Sebuah kediaman yang saya rasa adalah kepunyaan mantan bos saya. Jika silap maaf saja je!!!!! cantek halaman yang dipenuhi dengan rumput hijau.

Bandaraya Ipoh yang masih penuh dengan kehijauan dan diselang-seli dengan pembangunan.

Saya seakan penjaga jendela..... hanya merakam ciptaan Allah swt dari kamera usang tetapi sangat berjasa.

Apa kata jika mai ke Perak, jangan lupa mengelilingi bandaraya Ipoh.

20 December 2012

Indahnya Permandangan Negeri Perak

Gambar diambil semasa kami selesai membawa anak-anak ke Lake Town resort dalam perjalanan balik ke Apartmen kami terlihat kepulan awan yang banyak menutupi puncak bukit. Cantiknya pemandangan tersebut.

Awan beransur berkurangan apabila hari makin petang

Awan makin berkurangan dan memperlihatkan semula bukit tersebut.

Cantik gaya Ammar mengambil gambar ini. gambar terbahagi kepada 3 lapisan iaitu rumput, bangunan dan pokok-pokok serta langit dan awan.

Lokasi gambar yang sama seperti di atas, tinggal lagi dizoomkan dekat. Waktu ini hampir petang - kelihatan warna langit keperang-perangan.

17 December 2012

Pecutian 2012 (Pergerakan Balik - R&R Sungai Perak)

Waktu balik menuju ke Selatan kami mengambil kesempatan untuk singgah sarapan pagi di R&R Sungai Perak. Banyak perkara yang perlu dilakukan di sini.

Kami mengambil nasi lemak dan minuman yang alah kadar di sini, sebabnya kurang ada yang menarik. Tengah makan ada pula manusia yang kurang adab menyebabkan selera kami terbantu.... kurang diajar betul manusia itu...

Replika rumah Perak yang ada ditunjukkan di sini.

Mereka membeli juadah-juadah lain di gerai yang sedia ada di sepanjang kompleks.

Menunggu member-member membuat pembayaran.....

Kami menuju ke kereta kami, selepas ini giliran mengambil petrol dan top-up touch n go. Selepas itu kami terus bertolak ke Selatan menuju ke destinasi masing-masing. Maka berakhirlah sudah percutian kali ini.

07 December 2012

Percutian 2012 Pergerakan Pergi - Lunch Di R&R Sungai Perak

Sepanjang jalan ke Utara (tempat yang kami tuju adalah Lake Town Taiping) cuaca cantik sahaja, tiada hujan yang turun tetapi cuaca agak panas juga. Kami mengambil keputusan untuk singgah di R&R Sungai Perak untuk melepaskan hajat masing-masing dan mengambil makan tengahari di sini.

Semua dengan wajah ceria - kami berehat menantikan ahli-ahli yang lain berkumpul. Bermesyuarat sekejap untuk memutuskan apa yang hendak dimakan. Akhirnya masing-masing bertebaran menyenguk dari 1 gerai ke 1 gerai.
Akhirnya Shima ternampak ada gerai yang menjual cendol.... apa lagi - dia orderkan untuk semua orang.
Ain dan Amir sedang khusuk menikmati makanan masing-masing - entah apa yang hendak dikatakan oleh Ain agaknya??? dah tak dapat untuk memberi tumpuan kerana tumpuan semua orang sekarang ini adalah pada makanan masing-masing. Makan dulu ya...... Sila sila...
Shima dengan senyuman yang manis... maklumlah dah order cendol dan kemudian order nasi pulak. Yang sebenarnya kami memang kelaparan - dalam bahasa yang agak kasar "kami memang kebulur sangat ni"
Ammar makan laksa dulu... kalau nak tahu selepas itu dia makan nasi pulak dan diikuti dengan kuih pau.... anak saudara saya yang seorang ini memang kuat makan tetapi badan dia macam tu jugak. Teringat ayah dia dan 2 lagi adik lelaki saya semasa umur seperti dia juga memang kuat makan. Agaknya anak-anak lelaki yang sedang membesar memang macam ni kot.

Alhamdulillah.... semua pinggan dah kosong, tengok mangkok cendol pun sudah tidak berkesan lagi semuanya habis dimakan. Gerai di R&R Sungai Perak ke Utara memang sedap masakan mereka. Kalau kawan-kawan nak cuba berhentilah sekejap.