Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts

12 May 2013

Video: Buatmu Ibu - Aiman


Untuk tatapan semua sahabat-sahabatku... kenangilah jasa ibu kita yang mengorbankan dirinya hanya untuk membesar dan mendewasakan kita.

Selamat Hari Ibu

Hari ini hari untuk memperingati akan ibu kita. Tetapi ini tidak bermakna bahawa setiap anak hanya mengingati ibu masing-masing sekali setahun.

Hubungilah ibu anda dan katakan kepadanya terima kasih kerana membesarkan kita. Saya juga seperti anda tidak dapat meraikan bersama ibu saya pada tahun ini, jika ada rezeki insyallah saya akan meraikannya pada 2 minggu lagi.

Sempena hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak saya. Saya dah ucapkan kepadanya awal pagi ini.

"Mak Selamat Menyambut Hari Ibu Semoga Mak dilimpahi rahmat dan berkat berpanjangan".

13 May 2012

Lagu : Ibu (Hadad)


Satu lagi lagu khusus untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia. Dinyanyikan oleh seorang anak kecil dari Indonesia. Lagu ini juga saya khususkan untuk ibuku Puan Hajjah Asipah binti Haji Mamod... terima kasih mak.

Lagu: Terima Kasih Emak

Lagu khas untuk emak saya, terima kasih banyak-banyak mak

Selamat Hari Ibu Kepada Mak Yang Tersayang

Terima kasih kepada mak yang mengandungkan saya (gambar atas emak dan kawan-kawannya, saya dalam kandungannya) melahirkan saya dan membesarkan saya. Sekarang ini emak sering mendengar cerita saya walaupun dalam telefon. Saya mendoakan agar emak sentiasa dilindungi Allah sentiasa dan dimurahkan rezeki serta ditingkatkan iman.

Terima kasih banyak-banyak mak dan
Selamat Bercuti dan Menyambut Hari Ibu di Kuantan

10 May 2012

Selamat Hari Ibu

Bagi saya hari untuk ibu dan ayah adalah setiap hari - maknanya kita jawap berhubung dengan mereka setiap hari - kenapa??

Sebab kita adalah anak mereka, sejak kecil kita sentiasa di hadapan mata mereka - bagi mereka kita walaupun dah tua - tetap anak kecil mereka.

Tiada alasan kita sibuk atau ada urusan lain - kerana bagi mereka hati akan tertanya-tanya adakah anak mereka dalam keadaan selamat atau tidak - tetapi mereka mungkin takut nak luahkan kepada kita kerana bimbang kita marah!!!!

Jadi sempena hari ibu ini, hubungilah mereka..... jangan lupa bertanya khabar....

Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu khas untuk mak saya dan kepada semua ibu-ibu di dunia.