Showing posts with label Gotong Royong. Show all posts
Showing posts with label Gotong Royong. Show all posts

16 March 2013

Terima Kasih DBKL

Terima kasih DBKL dan pekerja-pekerja mereka kerana membantu Jabatan kami untuk menjayakan acara Gotong Royong 5S Jabatan ini.

Kelihatan beberapa orang pekerja BDKL sedang menyelenggara kolam ikan Jabatan

Terima kasih ya


25 September 2012

Jamuan Selepas Gotong Royong Kebersihan JPWPKL Sept 2012

Kali ini saya belanja mereka makan mee goring sahaja sementara pihak syarikat menyediakan minuman, buah-buah dan lain-lain. kelihatan pekerja Syarikat Samusa sedang menyusun makanan dan menyediakan air minuman. 

Jom makan jangan malu-malu. Biasanya selepas penat kurang selesa nak makan.

Encik Subandiu sedang memotong buah tembikai.




Mas dan suaminya.

24 September 2012

Gotong Royong Kebersihan JPWPKL Sept 2012


Pada 22 September 2012, hari Sabtu saya, Masturah (Mas) dan semua pekerja kontrak kebersihan JPWPKL mengadakan gotong royong untuk bulan September 2012. Pagi-pagi selepas jam 7 pagi semua pekerja melaksanakan dahulu tugas harian mereka dan pada jam 10 pagi selepas ketibaan saya dan Mas kami mulakan gotong royong ini. Kali ini tidak banyak tugas yang hendak dilakukan, antara lain menyusun pasu-pasu bunga di pintu masuk Jabatan, membersihkan kawasan kolam air pancur di bawah jambatan dan mengemaskan kawasan pokok bunga di hadapan jabatan dan kolam di Pos Pengawal Utama.

Foto atas kelihatan Kak Mus sedang membersihkan laluan di sebelah kanan bangunan Duta 1 menuju ke kawasan kolam air pancur.

Kedua-dua Pak Din dengan dibantu oleh Diya, kak Musti dan Halil membersihkan kawasan kolam air pancur (rosak). Mereka mengutip batu-batu dan mencabut pokok-pokok bunga yang tidak sesuai tumbuh di kawasan tersebut. Kawasan ini akan dibangunkan semula untuk menjadikan kawasan rehat staf dan pelawat/ pelanggan.

Mereka menyusun semula batu-batu merah untuk menghadang tanah turun ke laluan dan mencantikkan permandangan.

Saya dan Diya menanam semula beberapa pokok bunga kecil dan pokok keladi di kawasan tersebut.

Gotong royong minggu ini juga adalah menyusun semula pasu-pasu bunga di 3 lokasi berhadapan pintu masuk JPWPKL. Mas dan pasu-pasu bru disusun di sebelah kiri Jabatan.

Saya pula di sebelah kanan pintu masuk Jabatan. Nampak lebih segar dan menarik lokasi ini.

Saya sedang sibuk menanam pokok bunga ati-ati bila Mas mengambil foto ini.

06 September 2012

Gotong Royong Di Laman Saga

Amir sibuk membantu saya menanam pokok keladi perhiasan dan mencabut rumput.

Laman Saga yang memerlukan selenggaraan lantai... tak tahu bila nak buat.. banyak sangat lumut yang tumbuh.

Tekun betul dia...

Tiba giliran untuk menyiram pokok bunga


15 August 2012

Gotong Royong Taman JPNWP 1

Pada 11 Ogos 2012 yang lalu, saya mengadakan kerja gotong-royong bersama dengan semua pekerja Kontrak Pembersihan Jabatan. Gotong-royong kali pertama ini adalah untuk mengemas dan menanam bunga di beberapa lokasi di Jabatan ini.

Antara lokasi yang dipilih adalah hadapan lobby Jabatan, kolam ikan, dan nursery bunga Jabatan. Kelihatan saya sedang menerangkan kepada mereka bagaimana untuk menyusun dan menanam pokok bunga ati-ati dan bunga kembang jam 10 pagi di hadapan lobby - kiri dan kanan. Kelihatan sama supervisor Syarikat Samusa, iaitu Encik Subandiu bin Abdul Rahman

En Kamaruddin sedang mengali lubang untuk menanam pokok kedondong. Saya berhasrat untuk menjadikan kawasan ini sebagai taman pokok buah-buahan. Pokok buah apa yang boleh ditanam di kawasan ini kerananya sedikit berbatu. Pokok cactus kot?

Masih sibuk mengali lubang, tapi kawasan tu banyak lah pulak batu kecil. Harap pokok boleh hidup subur nanti.

Gotong-royong bersihkan kolam ikan dan tanam pokok bunga baru.

3 pekerja sibuk membersihkan kawasan yang hendak ditanam pokok bunga.

Inilah akwasan yang saya jadikan nursery pokok bunga Jabatan.