Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

14 August 2012

Strangers by Petronas


Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun. While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life

While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.

Source: Harian Metro Online (HMO Blog)

27 March 2012

Iklan : Hargai Hidup (Insuran - Thailand)

Ini satu lagi iklan dari Negara Thailand (iklan Insuran) walaupun ianya hanya sekadar iklan tetapi mesej yang dibawanya sangat bermakna, Ibu ini diramal boleh hidup selama 2 tahun lagi, tidak 1 hari pun disia-siakan olehnya. Dia cuba merealisasikan setiap hari dengan impian semua anaknya yang mempunyai masalah hidup masing-masing. Walaupun kehidupan yang dilalui sukar - ibu ini membawa juga anak-anaknya ke pantai dan bersuka ria. Setelah dimasukkan ke hospital dia tetap membawa hidupnya dengan gembira dan kehadirannya membawa cahaya dan semangat kepada pesakit lain.

Bolehlah dikatakan hidup 2 tahunnya sangat bermakna dan bukannya mati sebelum masanya seperti sepatuh insan. Hargailah kehidupan kerana ianya bukan sahaja membawa sinar kepada diri kita tetapi juga kepada orang lain.

Iklan : Cinta Tan Hong Ming


Iklan lama dan cute.... lawak

18 March 2012

Iklan : Pantene Thailand



Walaupun iklan ini hanyalah sekadar iklan shampoo rambut, tetapi iklan ini telah berjaya menyampaikan mesej yang sangat berkesan dan mendalam dalam hati saya dan saya pasti dalam hati sahabat-sahabatku juga. Ia menunjukkan sikap kebanyakan si kaya terhadap si miskin. Tingkah laku buruk dan bongkak insan yang dikurniakan Tuhan dengan kelebihan dan kekayaan, di mana insan yang miskin dan serba kekurangan telah dijadikan tempat cemuhan dan penghinaan seperti mereka tidak mempunyai harga diri.

Setelah melihatnya, silalah sahabat-sahabatku ambil iktibar - cubalah lihat kepada diri kita, di manakah kita dan siapakah diri kita ini. Bertindaklah sebelum terlambat.

iklan : Sang Bapa Yang Bengap



Kesian betul Si anak ini, agaknya ibunya keluar ke pasar, jadi dia tinggal bersama ayahnya. Disebabkan kehausan si anak menangis dan menunjukkan beberapa signal kepada ayahnya bahawa dia hauskan susu. Sebaliknya Sang ayah seperti tidak mengerti signal yang disampaikan Sang anak.

Apa nak buat, itu akibatnya kalau tak pernah nak ambil tahu akan keperluan rumah tangga. Lawak betullah bila Si anak menunjukkan beberapa perkara yang mengambarkan susu sehinggalah sang anak menunjukkan coli ibunya malangnya sang ayah mengenakan coli tersebut membuatkan si anak menutup mukanya, agaknya dalam hatinya berkata "bengap betullah ayah aku ni". ha ha ha ha.......

16 March 2012

Iklan : Vedafone - Ikatan Persahabatan


Betullah kata-kata pujangga dari pelbagai bangsa bahawa manusia dan haiwan memang boleh bersahabat, malahan haiwan seperti anjing dan kucing dijadikan teman bagi orang-orang kurang upaya. Begitu juga dengan anak kecil ini menjadikan anjing sebagai sahabatnya, bagai diajar anjing tersebut sentiasa menghulurkan bantuan setiap kali anak kecil ini melakukan aktivitinya.

Cuba tanya pada diri kita, adakah kita layak digelar sahabat - yang membolehkan orang lain bergantung sedikit kepada kita terutamanya apabila mereka dalam kesusahan. Adakah suara hati fitrah kita sentiasa menolak permintaan bantuan orang, jawapannya tidak sama sekali kerana Allah menjadikan hati fitrah manusia sebagai lembut, bertimbang rasa dan tidak kesampaian untuk membiarkan keburukan berlaku. Tetapi malangnya suara hati fitrah seseorang kadang-kadang semakin lenyap dan hampir-hampir hilang. Tidak mustahil jika ada insan yang tidak perasan akan ujudnya suara hati fitrah masing-masing.

Duhai sahabat-sahabatku cuba lihat dalam diri kita - di manakah suara hati kita????

08 March 2012

Iklan : Kasih Seorang Ayah Yang Bisu (Thailand)


Sedih betul melihat iklan ini, susah kita nak buat kenyataan kerana anak gadis yang sedang membesar sememangnya memerlukan idola yang boleh dia banggakan. Sudahlah ibu telah tiada yang tinggal hanya ayah yang bisu, walaupun begitu ayahnya seorang yang sangat bertanggungjawab dan penyayang - anaknya adalah segala-galanya. Rupanya sukar jika tidak dapat berkomunikasi dengan sempurna.

Akhirnya si anak sedar juga betapa besar menggunungnya kasih ayahnya.... apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk si anak. Saya tertanya-tanya selepas ayah saya meninggal adakah ayah yang lain bersikap penyayang seperti ini. Kalau ada syabas kerana andalah masa depannya.

Saya sangat merindui ayah saya... masih sukar untuk melupakan dia, semoga Allah merahmati ayah saya sentiasa. Amin

05 March 2012

Iklan : Que Sera Sera Meruntun Jiwa - Thailand



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.
Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was just a little boy
I asked my mother, what will I be
Will I be hansome, will I be rich
Here's what she said to me.
Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, SeraWhat will be, will be.


Kalau kita yang sempurna ini tidak pandai bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah, maka malulah dengan mereka yang menjayakan iklan ini. Hidup akan menjadi lebih sempurna hanya dengan bersyukur kepada Illahi dan ada perasaan belas kasihan kepada orang lain.

04 March 2012

Iklan : Kasih sayang ibu dan ayah (Thailand)


Hebat sungguh ciptaan iklan ini, sungguh menyentuh perasaan saya, betapa kasih sepasang suami isteri kepada anak yang bakal lahir. Kasih seorang ayah kepada anak yang akan dilahirkan, pesanan ditinggalkan kepada Sang anak yang masih berumur 1 hari untuk menjaga ibunya selepas dia meninggal.

25 December 2010

Share Iklan Hari Raya Petronas



Ambillah iktibar dari iklan ini, hargailah mereka berdua (ibu bapa) selagi mereka masih ada. Jangan biarkan penyesalan menghantui kita nanti.