Showing posts with label Mak Lang. Show all posts
Showing posts with label Mak Lang. Show all posts

08 September 2012

Ibu dan Anak-Anaknya

Nama kucing ini Ibu, asalnya kucing yang hidup tanpa tuan di sekolah di mana Ain mengajar. Kerana kasihankan kucing ini yang pada masa itu sedang beranak, Ain bagi kucing ini dan kucing-kucing lain makan. Sayangnya kerana kucing ini adik saya difitnah pula oleh kakitangan di sekolah tersebut kerana memelihara kucing. Kesian kat kucing pun jadi masalah.

Tidak ada cara lain, Ibu dan anak-anaknya terpaksa dihantar ke rumah Mak Lang di Kesang yang juga sangat sayangkan kucing. Raya ke3 semasa kami beraya di rumah Mak Lang, kami dimaklumkan bahawa Ibu telah beranak lagi, kali ini anak dia 4 ekor. Anak-anak kucing ini dilahirkan pada pagi raya = 1 Shawal.

Saya ambil 2 ekor anak Ibu untuk bergambar. Anak-anak kucing ini belum buka mata lagi. tapi sense dia kuat mencari ibunya dengan bau.

Ibu seekor kucing yang baik, dia akan dapat menjaga anaknya dengan baik juga. Ikut kata Ain Ibu pernah menyusukan seekor anak kucing yang kehilangan ibunya dihanyutkan oleh air hujan.

Comelkan anak-anak ibu...

14 April 2012

Melawat Mak Lang di Kesang

Pagi ini saya, emak dan Ain keluar ke Pengkalan Minyak dan setelah balik dari berurut (urut kaki dengan seorang tabib Cina) di Pengkalan Minyak, kami singgah sebentar ke rumah Mak Lang untuk menziarahi dan melihatnya yang baru sahaja keluar dari Hospital. Mak Lang adalah adik mak yang tinggal di Kampong Kesang Luar. Foto sebelah mak dengan Mak Lang. Biasanya Mak Lang ceria dan masih boleh bekerja tapi bila melihat dia kurang sihat kesian pula. Kata doktor paru-paru Mak Lang dijangkiti kuman dan mengikut anaknya Rohana mungkin disebabkan oleh kucing. 


Mak Lang seperti juga keluarga saya memang sayangkan kucing dan dia banyak memelihara kucing. Mungkin itu yang menyebabkan jangkitan tersebut atau sebab-sebab lain. 


Jalan penyelesaian yang diambil oleh anak menantunya adalah dengan membina rumah kucing yang berpisah dari rumah ibu. Semoga ikhtiar ini berjaya dan semoga Mak Lang lekas sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Kami memanjatkan doa khusus untuknya.

07 February 2011

Kenduri Rumah Mak Lang

Pada 4 Februari 2011 yang lalu, secara kebetulan kami bercuti di kampong, Mak Lang, ibu saudara saya mengadakan kenduri membaca Yasin dan tahlil di rumahnya. Sebelum magrib kami telah berada di rumahnya. Selepas solat magrib majlis dimulakan. Anak-anak Mak Lang juga ada yang balik. Jadi ramailah kaum kerabat saya berkumpul di rumah tersebut.

Lama betul saya tak menghadiri kenduri di kampong, semasa ayah ada saya selalu tak ikut sama, saja tak gemar bersesak. Tapi selepas ayah meninggal terpaksa jugalah untuk menemani emak dan adik-adik yang lain. Adik-adikku Zman dan Zmee makan bersama dengan Aziz (anak Mak Lang), Amirul (anak Zmee) dan seorang tetamu.


Foto menunjukkan emak dan adiknya Acik Misah berehat selepas selesai kenduri. Kari daging yang Acik masak untuk kenduri malam itu sangat sedap, masakannya mendapat pujian ramai. Untuk pengetahuan Acikku ini memang pandai masak, biasanya dia akan dipanggil untuk menyumbangkan tenaga untuk memasak jika ada kenduri di kalangan keluarga. Begitu juga dengan kenduri di rumah kami, beberapa kali Acik dan Along (anak sulungnya Julia) yang biasa membantu kami untuk memasak. Kalau nak harapkan aku, nanti ramai yang tak dapat makan.

Anak saudara aku yang hadir sama, Adila, Afifa, Kedua-dua Amir, Ammar, Amirul dan Ridwah.