Showing posts with label Kolagen. Show all posts
Showing posts with label Kolagen. Show all posts

11 May 2013

PURE MARINE COLLAGEN - Part 3

Kali ini saya paparkan beberapa nota mengenai cara menyediakan Pure Marine Collagen (PMC) dan cara mengambilnya.

Cara Penyediaan

1.   Basuh 100gram PMC mentah 6 kali dengan air biasa seperti mencuci beras (ramas PMC tersebut). Kemudian basuh 2 kali dengan sedikit tepung gandum dan air asam jawa untuk menghilangkan hanyir. Bilas sekali lagi dengan air biasa.

2.   Rendam PMC mentah ke dalam air sejuk di bekas plastik selama sehari.

3.   Keluarkan PMC dan basuh sekali lagi.

4.   Rebus PMC bersama daun pandan dengan suhu sederhana selama 40 minit. Pastikan dikacau selalu dengan menggunakan air sebanyak 2.5 liters sehingga hancur.

5.   Boleh juga dicampurkan dengan madu/ gula batu/ gula merah/ ginseng

6.   Sejukkan PMC ke dalam peti sejuk dan hasilnya seperti agar-agar.

Cara Pengambilan

Ambil 3 sudu besar kolagen ke dalam air suam kacau sehingga menjadi cair. Amalkan 3 kali sehari - sebelum sarapan, sejam selepas makan tengahri dan sebelum tidur boleh dicampur dengan mana-mana perisa minuman atau jus buah-buahan. Boleh juga diperlbagaikan menjadi hidangan seperti dadih, kerabu dan sebagainya.

Boleh juga dicampurkan dengan sunquick/ air buah.

PMC Gred AAA halal untuk umat Islam.

Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen 
(Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)

Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
Bersihkan muka terlebih dahulu
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk dan lembab)
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

Kelebihan dan Khasiat PMC

Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
Dikenali sebagai “Sarang Burung Laut” oleh masyarakat cina
Melancarkan kitaran darah
Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
Melambatkan penuaan dan melansingkan badan
Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak)

Perhatian

Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

Elakkan minum minuman bergas dan berkafein untuk hasil yang lebih cepat atau jarakkan 4 jam antara pengambilannya.

Amalkan sekali pengambilan Vitamin C 500gm setiap hari untuk hasil yang maksimum.

Banyakkan minum air kosong..

10 May 2013

PURE MARINE COLLAGEN - Part 2

Ibu kolagen Gred AAA juga mampu menambah rawan tulang.


Secara kesimpulannya Pure Marine Collagen Ungu (AAA) lebih baik untuk merawat masalah penyakit kronik seperti sakit jantung, gout, strok dan sebagainya.

Kandungan zat galian dalam PMCU sangat bermanfaat untuk membasmi bakteria, masalah sistem saraf dan kegagalan fungsi organ.

Antara khasiat kolegen mentah:

1.   Mencantikkan, melicin dan menegangkan kulit serta payudara (anti penuaan), Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat), perbaiki masalah kejatuhan penjagaan kulit dan rambut, kurangkan kedutan, tompok hitam, selulit dan jerawat.

2.   Melaraskan berat badan dan hormon, peningkatan payudara

3.   Anti bacteria, pemecatan TOKSIN

4.   Menghilangkan SEMBELIT

5.   Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension

6.   Merawat masalah kulit dan rambut.

7.   Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)

8.   Membantu meningkatkan METABOLISMA

9.   Meningkatkan fungsi stomach

10.  Membantu menghapuskan nefritis, Arthritis, basal

11.  Menguatkan saluran darah, memulihkan penyakit sendi akibat kekurangan kolagen, membersihkan sistem darah dalam badan dan mengatasi masalah purpura haemorrhagica

12.  Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengatasi masalah Dingin dan Mencegah sakit bahu

13.  Berkesan bagi orang yang telah Sarcoma atau TUMOR

14.  SLIM UP abdomen dan punggung anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang.

15.  Mencegah ANEMIA

16.  Mengisi rawan antarakan sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligament serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.

17.  Mengetat, menguat & menganjalkan vagina

18.  Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,

09 May 2013

PURE MARINE COLLAGEN - Part 1

Di bawah ini terdapat sedikit maklumat mengenai marine collagen.

Ianya memiliki kuasa anti penuaan dan antioksida tertinggi daripada semua jenis sayuran berwarna ungu yg lain. Ia merupakan antara pilihan utama masyarakat Cina sejak sekian lamanya dalam penyediaan juadah seperti sup. Ia mengandungi kandungan khasiat yg amat tinggi berbanding dgn rumpai Gred AA. Ia terlebih dahulu diternak di negara Jepun sbg makan rujuk penduduk di sana

Gred AAA (Uungu)

1.  Diproses semulajadi
2.  Diproses sekali sahaja
3.  Khasiatnya lebih tinggi
4.  Bergaram
5.  *Berbau


* Warna Gelap Seperti ungu memiliki postensi tinggi dlm dunia perubatan & kosmetik. Melanin warnanya diselaputi sejumlah besar protein, vitamin & zat galian yg amat tinggi serta kandungan air yg amat besar. Kandungan rumpai laut ungu memiliki bahan antoksida yang tinggi. Ini kerana dari pembawaaan warna pigment ungu.

Antioksida

Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.

Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.


Tubuh lebih tahan melawan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.


Mendapat kembali keangjalan dan kelembutan kulit. Ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang. Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut.

Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas.


Kebaikan antioksida membantu mengatasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khususnya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini.

Ia memiliki kandungan khasiat yang amat tinggi berbanding dengan rumpai gred AA dan A. Ia terlebih dahulu diternak di negara Jepun sebagai makanan ruji kaum penduduk di sana. Tahukah anda:

1.   Khasiat rumpai ungu ini adalah setanding dengan alga spirulina dan cendawan ganoderma dan ianya memiliki khasiat seperti sayur bayam, kobis, terung, anggur dan setanding dengan proten ikan laut dalam, burung walit dan soya. Oleh itu setiap keperluan tubuh badan boleh diperoleh dari rumpai ini,

Warna sememangnya memainkan peranan utama dalam makanan. Warna cerah membawa maksud kualiti dan jumlah gizi berada pada tahap sederhana serta mengandungi air yang tinggi.

Warna gelap seperti ungu memiliki potensi tinggi dalam perubatan dan kosmetik, melanin diseliputi sejumlah besar ptoten, vitamin dan zat galian yang amat tinggi serta kandungan air yang besar.

Kajian terperinci yang telah dijalankan oleh banyak pihak menunjukkan bahawa sayur-sayuran yang mempunyai warna terang seperti jingga dan ungu (hubis ungu, terung, anggur, bawag, turnip, keladi dan sebagainya memiliki kandungan vitamin dan zat galian lebih tinggi daripada sayur-sayuran berwarna hijau dan putih.

Memiliki kuasa anti penuaan dan antioksida tertinggi daripada semua jenis sayur-sayuran berwarna ungu lain.

Dengan mengambil rumpai laut gred ini:

Bersamaan 1 sudu bayam, kubis dan asparagus;
Bersamaan secawan besar sirip ikan yu;
Bersamaan secawan besar sup sarang burung; dan
Bersamaan mengambil vitamin dari buah-buahan.

08 May 2013

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut? Pendedahan TSM

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap dengan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Sumber dari facebook. Boleh dibaca dan memerlukan bacaan dari pelbagai sumber..... terdapat juga kajian yang menyatakan memang ada kolagen dalam rumpai laut.... Carilah

07 May 2013

Kajian Rumpai Laut

Hasil kajian daripada seorang penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Profesor Ismail Abdul Rahman telahpun diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) dimana beliau merupakan salah seorang penyelidik dalam Projek Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara.

Profesor Ismail Abdul Rahman membuat penyelidikan rumpai laut menggunakan syarikat beliau sebelum ini iaitu Borneo Sein Sdn Bhd. Pilot project ini dipantau dan dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kini, beliau telah menubuhkan syarikat baru iaitu Aquamas Sdn Bhd.

Potensi Pasaran Rumpai Laut

Setakat Januari 2009, telah dikenal pasti sejumlah 1067 jenis produk dapat dihasilkan dengan rumpai laut. Antara produk tersebut adalah sebagai bahan makanan kesihatan, perubatan, industri kimia, cat, kecantikan dan lain-lain. Permintaan (demand) rumpai laut adalah sangat jauh berbanding penawaran (supply), oleh itu potensi industri ini adalah sangat cerah.

Kajian Pure Marine Collagent Eucheuma Cottonni

Spesis rumpai laut yang paling lengkap dan serasi dengan tubuh badan manusia adalah Eucheuma Cottonni.

Komposisi Pemakanan Eucheuma Cottonni

Oleh: P. Matanjun, S. Mohamed, K. Muhammad & N. M. Mustapha (University Sains Malaysia, Sabah, University Putera Malaysia, Serdang)

Serat Pemakanan, Karbohidrat, Protein, Asid Lemak, Garam Elektrolit, Garam Mikro, Vitamin B Kompleks, A, C, D dan lain lain lagi.

Serat Pemakanan: 25.05%

a) Serat Larut – 18.25% – Agar, Carrageenan, Sulfated Xylans dan lain lain lagi.
b) Serat Tidak Larut – 6.80% – Cellouse, Mannans.

Faedah Dan Aplikasi

Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras kolesterol dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung. Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik bagi mencegah gejala metabolisma gula, amat berkesan untuk mencegah Diabetes. Manakala kesan Serat Tidak Larut lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman.

Serat Pejal – 5.91%

Seperti kanji Floridean, Iso-Floridoside, Sorbitol.

Sorbitol dirujuk sebagai pemanis pemakanan kerana ia memberi tenaga 2.6 kilokalori (11 kilojoules /gram). Ia juga bertindak untuk menarik air ke dalam usus besar bagi merangsang pergerakan usus serta pembuangan sisa pepejal. Amat berguna bagi pembersihan usus , khususnya untuk mencegah perut buncit dan obesiti.

Pakar perubatan menganggap perut buncit sebagai sarang penyakit! Semua penyakit bermula dari perut. Jika tembolok dilayan dengan sepenuhnya, perut yang besarnya hanya sebesar penumbuk, tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna, akibatnya, makanan tidak dapat dicerna sepenuhnya, malah akan terperap, mereput dan membusuk.

Hasilnya sembelit, nafas berbau, peluh berbau dalam jangka masa panjang wujudlah pelbagai penyakit kronik seperti Diabetes, Obesiti, dan kemuncaknya, Barah.

Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi. Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik. Saya ada melawat projek ini tidak lama dulu dan memang berpotensi untuk pergi lebuh jauh.

Kredit info: http://rumpai-laut.blogspot.com dan Avina Gilberth

06 May 2013

Sistem Rumpai Laut Beraga - Kajian Sistematik

Saya saja postkan surat kajian mengenai rumpai laut kerana saya telah mencuba rumpai ini. Khabarnya banyak manfaatnya dan nanti saya akan postkan kemudian.