Showing posts with label KL Central. Show all posts
Showing posts with label KL Central. Show all posts

10 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 3 - Dalam Train



Seperti dijadualkan lebih kurang jam 9.10 malam, semua penumpang Senandung Langkawi dibenarkan untuk menaiki train. Kami bernasib baik kerana adik saya Azmee (Zmee) ada sama untuk membantu kami mengangkat beg yang kami yang berat-berat.


Zmee sedang memerhatikan mak menuju ke bay mak. Selepas menyusun beg dan menentukan tempat tidur mak, baru Zmee meninggalkan train.


Zmee sedang mengheret beg saya untuk diletakkan ke bay tempat tidur saya. Bay saya berhadapan dengan bay mak, jadi mudahlah saya untuk memerhatikan keperluan mak nanti.


Ain di bay kepunyaan dia, dah bersedia untuk melelapkan mata ke?.

Sempat juga kami bergambar sebelum kami tidur

Amir - entah apa yang difikirkannya!! kesian Amir sebab dia keseorangan, sebabnya Ammar akan bergerak esok dengan ibunya.

Ini adalah kali kedua kami menaiki train dengan tempat tidur dan kali ini kami sudah tidak teruja sangat berbanding dengan kali pertama dulu. Mungkin disebabkan terlalu penat selepas menyusun beg, masing-masing rehat dan ada yang terus tidur.

Ain dan Norainee di bay... nampak happy je!!! walaupun badan penat.

MP3 dan minuman saya ... ready untuk malam nanti... kalau tidak dapat tidur

Dan saya letakkan juga kedua-dua hp saya, mana tau kalau-kalau berbunyi nanti, senang untuk dicapai

Bay tempat tidur Shima

Sama seperti di atas

Kaki siapa tu??


09 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 2 - KL Central



Lebih kurang jam 6.20 petang 2hb Jun 2012, kami semua (mak, Ain, saya, Ainee dan Amir) termasuk adik saya Azmee (Zmee) telah berkumpul di KL Central. Zmee bermurah hati belanja kami semua makan di KFC dan siap dengan bungkus untuk makan malam kami di atas train nanti. Shima dan Amir masa ini telah ada di Kuala Lumpur untuk pertandingan pancaragam sekolah, walau pun begitu mereka tidak bersama-sama kami, kerana pergerakan mereka adalah pada keesokkan malamnya.

Kami berkumpul sambil makan-makan di KFC KL Central, kata Zmee ruang ini lebih nyaman dan lebih sejul jika dibandingkan dengan ruang menunggu di luar KFC, mungkin rasa panas disebabkan oleh pengunjung yang ramai agaknya. Tempat menunggu di luar tu telah dipenuhi oleh penumpang dan sanak saudara serta rakan-rakan yang menghantar seseorang atau keluarga masing-masing. 


Pada hari itu saya memang belum makan lagi, nasib baik apabila tiba sahaja di KL Central Zmee ajak kami makan. Apa lagi dengan muka yang letih saya terus menikmati ayam goreng... sedapnye....... banyak juga saya makan ayam hari itu. Nasib baik ada Norainee tolong makankan kulit ayam goreng.


Emak kata dia tak lalu nak makan kerana mak dah kenyang makan beehoon goreng di rumah saya semasa makan tengahari, hanya saya sahaja yang tidak makan tengahari itu sebab saya rasa sangat lapar. Ini mungkin disebabkan saya ambil breakfast yang agak berat. 

Ainee dan Amir dengan hidangan masing-masing, mereka pun kurang selera kerana mengikut mereka, mereka telahpun mengambil makan tengahari lebih awal lagi. Disebabkan saya bimbang kelaparan di dalam train nanti dan sukar untuk mendapatkan makanan maka saya pun makan seorang diri dengan diperhatikan oleh mereka semua. Apa nak buat..... mereka temankan saya makan pun dah cukup baik.

Elok-elok saya habis makan, waktu magrib pun tiba, jadi kami pun bergilir-gilir memunaikan fardu tersebut. Semua ahli kami dinasihatkan untuk melaksanakan jamak takdim dan qasar. Al maklumlah sukar juga untuk menunaikan fardu solat/ sunat di dalam train yang bergerak.

Wajah ceria masng-masing sementara menunggu ketibaan train Senandung Langkawi. Selamat semuanya.

Saya dan semua ahli percutian kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zmee kerana menghantar saya dan mak ke KL Central dan belanja kami makan. Semoga dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki. Kami juga mengucapkan beliau selamat berangkat ke Paris pada 9 Jun ini.

Percutian Langkawi 2012 Part 1 - Pergerakan Pergi Dari Tampin


Pada 2hb Jun 2012 hari Sabtu, adalah tarikh permulaan percutian pertengahan tahun bagi keluarga saya. Pada awalnya ramai juga ahli keluarga yang berhasrat untuk menyertai percutian ini, tetapi akhirnya tinggal anggota yang sama yang menyertai percutian ini pada 2 tahun lepas. Anggota percutian kali ini terdiri daripada emak, saya, Ain (Urusetia yang mengendalikan percutian ini - terima kasih kami semua ucapkan kepada dia), Shima adik ipar saya (isteri kepada Adnan), Norainee - sahabat Ain yang sudah menjadi seperti keluarga kami sendiri, Ammar anak kepada Shima dan Amir anak kepada Ain. 
Jadi semuanya  ahli percutian kali ini adalah seramai 7 orang sahaja. Percutian ini bermula di Tampin di mana Ain, Norainee dan Amir bertolak dari rumah dengan teksi ke Stesen Keretapi Tampin/ Pulau Sebang. Mereka mengambil train ke KL Central, mereka bertolak dari Stesen Keretapi Pulau Sebang lebih kurang jam 2.00 petang dan tiba di KL Central lebih kurang jam 3.30 petang.

Pada masa yang sama saya dan emak masih berada di rumah saya lagi, kami bercadang untuk bergerak pada jam 5.00 petang, memandangkan kami semua akan menaiki train ke utara lebih kurang jam 9.15 malam nanti. Pada awalnya, saya minta bantuan adik saya Azmee untuk menghantar kami ke Stesen Keretapi Tasik Selatan dan kemudian kami ambil LRT ke KL Central, tetapi adik saya bermurah hari untuk menghantar kami terus ke KL Central, jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak lewat sedikit, iaitu ledih kurang jam 5.30 petang. Jadi selepas solat Asar kami pun berangkat ke KL Central.
Trafik pada hari itu juga sangat memihak kepada kami, kerana tidak sampai 30 minit kami telah pun sampai ke tempat tujuan kami. Memang nasib kami sangat baik kerana parkir kereta juga mudah ditemui.

Yang sebenarnya mak saya baru sahaja sampai ke rumah saya dari rumah adik saya di Kuantan. Mak saya menyambut hari ibu di sana bersama-sama dengan besannya yang juga senasib dengannya, mereka bertiga, termasuk emak mertua Azmee adalah balu. 

 Melihat kepada wajah dan suara mak saya, saya yakin mak suka menetap sementara di Kuantan, ini mungkin disebabkan oleh keserasian hubungan mak dengan Mak cik Zaharah. 

Lain pula ceritanya dengan Shima dan anaknya Ammar, di akhir pergerakan kami, tiba-tiba Shima dan Ammar tidak boleh bergerak bersama dengan kami, sebaliknya mereka berdua terpaksa bergerak lewat 1 hari. Ammar menganggotai kumpulan pancaragam sekolahnya sebagai salah seorang drummer.

Minggu kedua dalam bulan Mei yang lepas, sekolah Ammar telah menyertai pertandingan pancaragam sekolah di Melaka bagi sekolah-sekolah di kawasan selatan. Tanpa disangka-sangka sekolah Ammar telah memenangi pertandingan tersebut maka terpaksa sekolah mereka meneruskan pertandingan tersebut di Kuala Lumpur pada 3hb Jun 2012. Ammar tidak boleh terkecuali bagi memastikan kemenangan sekolahnya. Jadi ibu bapanya terpaksa mengalah.
Dalam keadaan gelisah, ibunya memaklumkan perkara tersebut kepada Ain dan nasib baik tiket mereka boleh ditunda ke hari berikutnya. 

Jadi pada 3hb Jun, Shima dan Ammar bertolak ke Arau dari KL Central dengan menaiki train malam juga. Memang perjalanan pergi kali ini tidak seseronok percutian sebelum ini kerana, pergerakan yang berpecah-pecah. Walau bagaimanapun akhirnya kami dapat bersama juga pada 4hb Jun 2012. 

Percutian kami juga tidak kurang seronoknya, banyak juga tempat yang kami pergi dan kali ini lengkaplah sudah percutian di pulau lagenda ini.

Percutian kami bersambung selepas ini.........