Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

11 August 2015

Pengalaman Itu tanda Kasih Allah

Entah kenapa tiba-tiba kedua-dua tayar kereta saya sebelah kiri pancit. Dalam berbual-bual dengan mak tiba-tiba bunyi bising. Saya hentikan kereta dan memeriksa dan mendapati tayar kempis habis.

Masa makin berlalu dan mak perlu ke Klinik Selandar untuk check-up dan booking untuk rawatan selanjutnya. Nasib baik ada yang sudi membantu. Sementara menunggu bantuan dari kedai tayar berhampiran saya terpaksa menukar tayar belakang dulu. Kereta ni memang berat.

Lepas bantuan tiba saya minta mereka ketatkan skrew tayar dan menggantikan tayar hadapan. Inilah tanda Allah swt masih kasihkan makhloknya. Ini adalah tanda ingatan supaya saya melihat semula apa yang tak kena atau tersalah laku. Insaf selepas itu dan berdoa untuk kesejahteraan. Jangan terlalu memandang buruk atau buruk sangka kepada Allah swt. Dia beri setelah kita diuji. Itulah kata-kata ahli agamawan. Apa pun saya tetap bersyukur atas ujian dan rahmat Nya.

20 July 2014

2014 Tahun Malang MAS Airline

Innalilla wainnalilla hirojiun. Dari Allah kita datang kepada Dia kita kembali. Astagfirullah halazim. Ya Allah ampunkan kami dan mudahkan urusan kami ini.

Pada tengah malam pada 17 Julai 2014 negara ini digembarkan dengan berita buruk yang menimpa sebuah pesawat MAS iaitu MH17 yang terhempas kerana ditembak jatuh dengan peluru berpandu di ruang udara Ukraine. Tembakan dipercayai dilepaskan oleh tentera pemisah yang pro kepada Russia.

Bukan sahaja Malaysia terkejut dengan kecelakaan ini, sebaliknya semua dunia seakan dikejutkan dengan keganasan yang dilakukan oleh sebuah negara besar iaitu Russia. Pada pandangan saya sangat mustahil sekumpulan pemberontak yang tidak mampu mengadakan pakaian seragam untuk anggota kumpulannya mampu mempunyai senjata yang sofistikated seperti yang menembak MH17 jika ianya bukan disalurkan oleh kuasa besar.

Wayang yang sedang dan makin pelik berlaku di sana. Pada awalnya tentera pemisah pro Russia meraikan kehancuran pesawat tersebut kerana menyangkakan ianya adalah pesawat Ukraine tetapi apabila mereka mengetahui bahawa pesawat yang mereka tembak adalah pesawat Malaysia cepat-cepat mereka menarik balik siaran yang telah dilakukan di atas talian negara mereka. Mereka telah merancang untuk menimbulkan kemusnahan terhadap insan yang tidak berdosa walaupun pada awalnya sasaran mereka adalah kepada Ukraine.

Apapun terjadi secara peribadi saya tidak mungkin menyalahkan Malaysia apatah lagi MAS dalam kejadian ini. Yang berlaku adalah atas kehendak Allah swt. Bagi keluarga mangsa saya menyampaikan takziah dengan berdoa agar mereka sentiasa tabah dan redha dengan kehendak Tuhan. Kepada keluarga yang beragama Islam kita sama-sama doakan semoga ahli keluarga yang menjadi mangsa ditempatkan oleh Allah bersama-sama dengan kekasih Allah.

Kepada MAS, tahun ini memang tahun musibah dan kedua-dua insiden yang berlaku iaitu MH370 dan MH17 bukannya kesalahan MAS sebaliknya adalah disebabkan oleh pihak ketiga. Tetapi terimalah takdir ini dengan hati yang terbuka dan susun semula langkah pro aktif yang perlu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan MAS.

Kepada Kerajaan, pada saya ini adalah isyarat yang Allah swt hantar untuk melihat semula apa yang telah berlaku dalam pentadbiran negara. Toleh belakang dan perhatikan apa yang kita dah lakukan dan apa yang tidak kita lakukkan, adakah ianya mengikut lunas-lunas Islam.

Saya mendoakan sekali lagi semoga selepas ini Kerajaan Malaysia, MAS dan keluarga mangsa pulih dari isu atau masalah yang sedang dihadapi.

09 July 2014

Nasib Malang Dilanggar Lagi

Baru-baru ni jereta saya dihesel lagi rasanya macam kali ke5 dan keadaan kali ini lebih teruk dari yang lain. Kerana body yang digesek tercabut dari klipnya dan klio kereta ini sangat mahal hingga boleh mencapau RM100.00.

Tapi tidak ada sesiapa pun yang maklumkan saya atau setidak-tidaknya mohon maaf. Namun begitu saya tahu angkara siapa kerana ada staf yang perasan akan kejadian ini.

Apa nak buat mungkin ada sesuatu yang Allah swt nak elakkan dari sesuatu besar dari berlaku. Hanya kata-kata "innalillawainnalillahirojiun". Semoga Allah selamatkan kereta ini sentiasa. Ameen..

11 March 2014

Sejarah Nahas Udara di Malaysia

KUALA LUMPUR: Setakat ini, nasib 239 anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui.

Apa yang diketahui ialah pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang berusia 11.8 tahun. Secara purata, pesawat MAS Boeing 777 mampu beroperasi selama 14.2 tahun.

Menurut laporan AP hari ini, Boeing 777 merupakan antara pesawat paling popular dan selamat dan berkemampuan untuk terbang selama 16 jam.

Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik selama 19 tahun beroperasi sehingga tahun lepas.

Pada Julai 2013, sebuah Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Korea Selatan Asiana Airlines terhempas di landasan kapal terbang di San Francisco. Tiga nyawa terkorban dalam insiden itu.

‘Nahas udara Tanjung Kupang’

Dua nahas udara pernah berlaku yang melibatkan pesawat MAS.

Kes nahas pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa.

Pada Disember1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di Kuala Lumpur.

Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang "perampas yang tidak dikenali" di dalam pesawat.

Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan.
Namun, beberapa minit kemudian Kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula.

Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.


Nahas udara MH653 di Tanjung Kupang

Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat.

Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus.

Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui.

Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah disahkan.

‘Nahas udara Tawau’

Kes nahas udara kedua melibatkan MAS adalah di Tawau yang mengorbakan 34 nyawa dan mencederakan sembilan orang di darat.

Pada September 1995, pesawat Malaysian Airlines Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan lapangan terbang Tawau.

Pesawat dilaporkan terlajak landasan dan terhempas di kawasan perumahan berdekatan.

Saksi dan kakitangan MAS di lapangan terbang Tawau berkata mereka terdengar satu letupan yang kuat dan kapal yang terbakar tersebut merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti, berhampiran dengan lapangan kapal terbang.



Bangkai Malaysian Airlines Fokker 50 yang terhempas di Tawau pada September 1995

Menurut laporan siasatan, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang mengikuti prosedur operasi standard (SOP). Laporan itu juga menunjukkan kegagalan pembantu juruterbang untuk memberi amaran kepada kapten tentang pengendalian tidak selamat dan juga gagal mengambil alih kawalan pesawat itu.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nahas itu ialah kegagalan pengawal penerbangan memberikan perkhidmatan trafik udara yang betul.

Pada bulan Oktober 2013, pesawat Twin Otter yang lebih kecil yang dikendalikan oleh MASwings, terhempas apabila mendarat di Sabah.

Pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden itu.

sumber : http://www.lamankongsi.com/

10 March 2014

Kronologi Penerbangan MH370

15 PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI (Yang Rasmi)

1-   Pusat Kawalan Terputus Komunikasi Dengan Pesawat

Pada jam 2.40 am, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) melaporkan kepada MAS MH370 hilang dari radar.

2.41am, Pusat Kawalan Udara Subang cuba menghubungi MH370, tetapi tiada signal dari 'transponder' dan 'Squawk Box'.

2.46am, ALERFA (Fasa Amaran/ Alert Phase) diaktifkan. Tiada signal kecemasan dari MH370.

2.51am, Penerbangan Awam Vietnam mengaktifkan Fasa Kecemasan/ Distress Phase (DETRESFA)- keadaan di mana pesawat dipercayai memerlukan bantuan segera.

5.30am, Operasi Cari dan Menyelamat digerakkan. Negara-negara jiran dimaklumkan.

2- 239 Orang Di Dalam Pesawat

Daripada 239, 227 adalah penumpang dari 14 buah negara- 154 (China), 38 (Malaysia), 6 (Austrlia), 5 (India), 4 (Perancis) 3 (Amerika) dan 12 anak kapal kesemuanya dari Malaysia.

3-   Operasi Mencari dan Menyelamat Besar-Besaran Dilancarkan

Setakat ini lebih 34 pesawat dan 40 kapal daripada 7 buah negara dikerahkan ke Laut China Selatan untuk mencari pesawat MH370.

Terkini Australia dan Amerika Syarikat turut menghantar bantuan aset seperti 2 pesawat PC3 Orions yang dilengkapi pengesan Sonar untuk mengesan sebarang objek dari pesawat.

4-   Cuaca Adalah Baik Dan Selamat Ketika Kejadian

Menurut Jabatan Meteorologi Negara, cuaca di perairan Laut China Selatan pada jam 12.30 am hingga 3.00 am adalah baik dan selamat. Malah berdasarkan imej satelit Agensi Meteorologi Jepun tiada keadaan yang menyebabkan ancaman kepada MH370.

5-   2 Penumpang Menggunakan Passport Palsu

2 penumpang yang menggunakan passport Austria dan Itali yang dilaporkan hilang didapati membeli tiket dari China Southern Airlines menggunakan Thai Baht.

FBI tiba di Malaysia bagi menyiasat sekiranya ada unsur pengganas tetapi kenyataan awal menafikan adanya unsur tersebut.

PM DS Najib mengumumkan sistem keselamatan di KLIA akan dikemas kini sekiranya perlu.

6-   Kmeungkinan Pesawat Cuba Berpatah Balik

Menurut Panglima Tentera Udara, radar tentera mengesan ada usaha pesawat MH370 cuba berpatah balik tetapi tiada signal kecemasan yang diberikan.

7-   Tompokan Minyak Besar Dijumpai

Agensi Perlaksanaan Meritim Malaysia mengesahkan tompokan minyak sepanjang 16km dijumpai di perairan Laut China Selatan iaitu 37km dari kawasan terakhir MH370 dikesan.

Sampel telah diambil bagi tujuan pengesahan.

8-   Objek Misteri Yang DIjumpai Bukan MH370

Kedutaan AS di Vietnam melaporkan objek misteri yang dikesan pihak Singapura100km dari perairan Vietnam adalah tidak berkaitan dengan MH370.

9-   MH370 Cuba Menghubungi Pesawat Lain Sebelum Hilang

Menurut juruterbang pesawat MAS yang terbang 30 minit awal menuju ke Tokyo, terdapat hubungan komunikasi yang dilakukan antara kedua pesawat namun tidak jelas.

Ini berikutan arahan kawalan udara Vietnam yang meminta pesawat itu menghubungi MH370 selepas hilang dari radar.

10-  Teori Kehilangan Pesawat MH370 Misteri

Kebiasaannya, pesawat masih lagi mampu menghantar sebarang signal jika berlaku apa-apa kerosakan ataupun terhempas. Malah, sistem pengesan radar akan mengeluarkan signal jika terhempas dan sistem ini adalah kalis air.

Antara teori (tetapi tidak rasmi) adalah pesawat tersebut mengalami keadaan 'mengejut secara tiba-tiba yang menyebabkan tiada masa untuk menghantar isyarat kepada menara kawalan.'

11-  Mengapa MAS Tidak Mengesahkan Pesawat MH370 Terhempas?

Setiap orang boleh beranggapan dan membuat kesimpulan begitu tetapi jika MH370 terhempas, di manakah bangkai pesawat itu?

Malah ini selari dengan prosedur di mana sebelum pesawat dilaporkan terhempas, serpihan atau bahan bukti perlulah dijumpai terlebih dahulu.

12- Mengapa MAS dan Kerajaan Lambat Melaporkan?

MAS dan kerajaan bukanlah agensi berita yang berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama melaporkan.

Setiap maklumat perlu diperiksa kesahihannya berkali-kali kerana segala info daripada MAS dan kerajaan akan dianggap rasmi. Dan setiap kenyataan rasmi akan dipertanggungjawabkan oleh keluarga mangsa, kedutaan negara-negara dan orang ramai.

13- Mengapa Kerajaan Tidak Menggunakan Kapal Selam?

Kapal selam Scorpene Malaysia bukanlah bertujuan untuk operasi mencari dan menyelamat. Singapura menghantar 'submarine escape rescue vessel' yang berbeza dengan submarine Malaysia yang dibina dengan fungsi perang..

14- Mengapa MAS Tidak Menghantar Pegawai Tertinggi Ke Beijing?

MAS telah menghantar 'Go Team' diketuai CEO Firefly, Ignatius Ong dan juga 94 kakitangan dan sukalerawan ke Beijing bagi memaklum dan juga membantu keluarga mangsa.

MAS akan membawa ahli keluarga mangsa yang mahu ke Malaysia selewat-lewatnya hari Isnin- bergantung kepada passport dan visa. Mereka yang sudah mempunyai passport diberikan kelonggaran dari kerajaan Malaysia berkaitan dengan visa.

MAS juga akan membuka Pusat Arahan Darurat di Ho Chi Minh dan Kota Bharu selepas lokasi pesawat MH370 ditentukan.

15- Mengapa MAS Tidak Menghentikan Penggunaan Pesawat Boeing 777?

Pesawat B777 adalah antara pesawat jarak jauh yang paling selamat dalam sejarah penerbangan dunia sejak dibina pada 1995. Tidak ada kejadian serius dalam masa 18 tahun kemudiannya.

Hanya pada Julai 2013 berlaku kejadian pada Asiana Air yang mengorbankan 3 orang.

Pesawat MH370 telah diservis dan diperiksa selamat 10 hari sebelum penerbangan.

Oleh: MatRodi

09 March 2014

Mengapa MH370 Boleh ‘HILANG’ Tiba-Tiba? Ini Penjelasan Pakar

Artikel di bawah saya petik dari http://www.lamankongsi.com/
yang menjelaskan kemungkinan mengapa kehilangan MH370 dari KL ke Bejing, China.

Saya sendiri berpeluang menaiki pesawat ini beberapa kali dalam Kelas Perniagaan (Business Class) dan memangnya kita boleh rasa keselamatan dan keselesaannya. Diam-diam saya bangga dengan MAS walau MAS pernah menghadiri beberapa siri konflik dalam pengurusannya.

PETALING JAYA - Walau apa pun yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines yang hilang, yang pastinya sesuatu perkara telah berlaku secara tiba-tiba kerana juruterbang mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan bantuan, kata juruterbang bersara Kapten Lim Khoy Hing.

Beliau berkata juruterbang biasanya menggunakan komunikasi radio VHF, yang mempunyai jarak liputan terhad sehingga 402km.

Untuk komunikasi jarak jauh, beliau berkata mereka menggunakan komunikasi radio HF yang mempunyai jarak liputan yang lebih luas, melebihi 1,609 km.

Pilihan lain adalah menggunakan ‘Controller-pilot data link communication’ (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan.

“Dalam kes ini, B777 -200 dilengkapi dengan CPDLC. Para juruterbang akan dapat berkomunikasi dan mengatasi pelbagai masalah, jadi ini memberitahu anda sesuatu mesti telah mengganggu mereka daripada membuat panggilan ini,” katanya kepada The Star Online.

Kapten Lim berkata pada ketinggian 35,000 kaki penerbangan MH370 yang dilapor telah terputus hubungan, juruterbang akan memerlukan sekitar lima minit untuk turun ke tahap yang selamat, 10,000 kaki.

Katanya, pada ketinggian ini penumpang tidak perlu menggunakan topeng oksigen, sambil menambah ini juga memberikan masa kepada juruterbang untuk membuat panggilan kecemasan.

“Juruterbang dilatih untuk membuat panggilan kecemasan sebaik sahaja mereka menghadapi berada dalam keadaan cemas. Semua orang di ruang udara yang sama pada frekuensi yang sama akan mendengarnya dan keutamaan akan diberikan kepada kapal terbang supaya ia dapat mendarat dengan selamat,” katanya.

Kapten Lim, yang mempunyai sembilan tahun pengalaman terbang dengan model B777- 200 MAS bersetuju dengan pakar-pakar penerbangan Amerika yang ditemuramah di CNN bahawa kehilangan pesawat berlaku di titik penerbangan yang paling selamat.

Beliau berkata ini disebabkan beberapa faktor, termasuk fakta bahawa ia berada di mod ‘pelayaran’ pada kuasa dan kelajuan tetap.

“Hal yang paling berbahaya dalam penerbangan adalah pelepasan dan pendaratan kerana terdapat banyak pemboleh ubah. Di samping itu, B777 -200 adalah salah satu pesawat yang paling selamat kerana teknologi yang moden,” kata Kapten Lim, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1967 sebelum bersara pada tahun 2011.

Pandangan Saya:

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan pesawat dan semua penumpang. Semoga Allah permudahkan kerja-kerja mencari dan menyelamat. 

29 November 2013

Kemalangan Di DUKE Highway

Semalam saya ada tugas di SPA Putrajaya. Selepas selesai tugas di SPA masa dah tengahari dan saya mengajak pemandu Jabatan untuk makan tengahari di Ampang. Sebaik sahaja kami naik Lebuhraya DUKE saya dapati berlaku kesesakan.

Tanpa syak saya jangkakan mungkin kesesakan tidak lama. Apabila saya membuka Waze baru saya tahu rupanya sebuah tanker yang membawa minyak telah terbakar. Sebab itulah sejumlah 6 buah jentera Bomba berulang alik.

Kami terperangkap di lebuhraya ini hampir 1 jam setengah dan tepay jam 3 petang laluan dilepaskan sedikit demi sedikit. Saya dimaklumkan melalui facebook kereta-kereta terawal telah diarah untuk membuat pusing balik. Itulah rupanya kebakaran tanher tersebut.

Bayangkan jika ada seseorang yang terpaksa menghadiri mesyuarat pada jam 2.30 petang... apa nak katakan?????